Showing posts with label Top Commentators. Show all posts
Showing posts with label Top Commentators. Show all posts

Wednesday, 8 September 2021

Anti-Bacterial Hand Gel dari Blog AnakOmak6

Buka pintu sebab tunggu abang foodpanda mart datang hantar barang, tapi abang poslaju yang sampai. Akhirnya hadiah kecil dari budak kecil yang bernama Uyyum selamat tiba sempena menjadi salah seorang top commentator bulan Ogos di blog Kak Ret.


Anti-Bacterial Hand Gel from Bath & Body Works


Aku dapat Sweet Pea & Cucumber Melon. Paling suka bau Sweet Pea sebab bau manis! Cucumber Melon tu sedap juga bau dia, tapi paling sedap Sweet Pea. Ngam teruk bagi hand sanitizer ni sebab sanitizer lama aku kena kebas dengan kakak ketiga aku. 

Kecik molek. Memang senang letak dalam poket seluar je bila keluar memandangkan aku jenis tak suka bawa beg, letak dalam poket seluar pun okey dah. 

Kepada Uyyum dan Kak Ret, terima kasih untuk hadiah ini 🙆 Moga moga Allah melimpahkan rezeki yang berterusan kepada Uyyum dan juga Kak Ret. Aamiin. 

Jangan lupa singgah di blog Kak Ret -- https://anakomak6.blogspot.com/ ;)

Nota jemari: Font blog okey ke tidak? Hihihi

Monday, 6 September 2021

Hadiah Sempena Top Komentator Blog Jurnal Shikin Razali & Sihatimerahjambu

Alhamdulillah selamat sampai hadiah sempena top commentators di blog Jurnal Shikin Razali a.k.a Kak Shikin bulan Ogos lalu. Hadiah dah sampai lama, tapi aku tak ada dirumah. Semalam baru sampai di rumah sewa selepas dua minggu lebih bertapa dekat rumah kakak kedua aku. Tengok dah ramai yang terima hadiah dari Kak Shikin ni. Kita baru berkesempatan untuk update entri hari ini. 



Dapat storage box! Warna purple lagi! Warna favorite kita! Hehehe. Kak Shikin macam tahu tahu je barang dalam cart shopee saya apa dia kan, tiba tiba dapat percuma dari Kak Shikin. Ada dua size yang Kak Shikin iaitu larga dan juga small. Yang large tu boleh lah letak buku buku sebab sekarang ni buku buku terbiar je tepi dinding, at least bila letak dalam storage tak nampak serabut sangat kan? Dan tak berhabuk. 

Hadiah lain yang Kak Shikin bagi ialah sheet mask, eye mask dan juga thank you note. Thanks a lot Kak Shikin untuk hadiah-hadiah ni semua! Dah dua kali terima hadiah daripada Kak Shikin, semuanya hadiah sempena top commentators. 

Dannnnnnnn.....

Wednesday, 1 September 2021

Top Komentator Bulan Ogos 2021


Bertemu lagi dalam entri mencari seorang pemenang dalam kalangan Top Commentator di blog Atiqah Najihah bagi bulan Ogos 2021. Alhamdulillah, dari bulan Jun 2021 dan sampai Ogos 2021, aku masih konsisten dalam mencari seorang pemenang dalam usaha menghargai penat lelah korang semua yang sudi singgah, baca dan tinggalkan komen di blog aku. Eleh baru tiga bulan, cara cakap macam konsisten dah selama 3 tahun kikiki 😜

Walaupun hanya hadiah kecil yang mampu aku bagi, aku harap korang semua gembira dengan pemberian aku. Aku rasa semua dah boleh agak kan hadiah apa yang selalu aku bagi hehehe. Tak lain dan tak bukan mestilah hadiah berupa sebotol chocojar yang terdiri daripada pelbagai jenama.

Okey tak nak cakap panjang, meh kita tengok senarai Top Commentator bagi bulan Ogos di blog Atiqah Najihah. 


Top Commentator Ogos 2021

Sesiapa yang perasan, widget top commentator ni aku dah tak letak di sidebar main page macam sebelum ni sebab utamanya tak nak memberatkan main page blog aku. Jadi aku letak dalam page lain. Malas nak serabutkan banyak benda dalam main page pun iye juga. Cukuplah serabut dengan iklan AdSense hehehe.

Aku cuba sehabis mungkin untuk minimise main page blog sebab takut orang serabut bila singgah ke blog aku. Eh jap, macam menyimpang jauh dah dari tajuk asal entri ni kikiki. Sekali sekala, kira tak apalah kan? Kuikuikui.

Friday, 13 August 2021

Hadiah Top Commentator Bulan April Baru Selamat Diterima

Sesiapa yang masih ingat, aku terpilih sebagai salah seorang top commentator bulan April 2021 di blog Shikin Razali. Dan 24 May 2021 tempoh hari, aku ada update entri di blog yang menyatakan bahawa aku ada dapat satu parcel dari seorang blogger tapi sayang parcel tu sampai di rumah kakak kedua aku di Marang sedangkan aku berada di rumah sewa Kuala Terengganu. 

Ingat lagi tak entri aku 'Mencari cari tapi tak ketemu'? Adoi bila teringat balik rasa lucu sekejap sebab cari pekerja J&T tak jumpa jumpa! Memang tak akan jumpalah sebab pekerja J&T nya di Marang! Aku pula di rumah sewa Kuala Terenggnau. 

Dari bulan May lagi kan Malaysia terikat dengan lockdown jadi memang tak boleh rentas daerah untuk pergi ambil parcel kiriman Kak Shikin. Akhirnya bulan Ogos baru selamat diterima di tangan aku. Fuhh! Lama betul ya HAHAHA. Nasib baik parcel masih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

Aku terima parcel ni pun sebab masa cucuk vaksin dos pertama, aku cucuk di tempat yang sama dengan kakak kedua aku. Alang alang tu, aku suruh dia bawa parcel tu ke tempat cucuk vaksin.


Berat ya parcel kiriman Kak Shikin sebab gel aloe vera tu hahaha. Banyak juga isi kandungan dalam parcel tu. Ada gel aloe vera, beberapa keping sheet mask, eye mask, name card Kak Shikin dan bekas letak barang. Aku tak tahulah panggil apa, tapi aku panggil tempat letak barang je. Comel!

Masih memikirkan nak isi apa dalam bekas tersebut. Mungkin boleh letak coklat? Letak atas meja. Sambil blogging sambil makan coklat. Hehehe. Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada Kak Shikin untuk pemberian ini. Saya suka! Thanks alot! Semoga Kak Shikin dilimpahkan rezeki yang berterusan sepanjang masa. Aamiin.


Kepada sesiapa yang masih tak kenal blogger Kak Shikin, bolehlah melawat blog Kak Shikin. Dont shy shy to comment and follow. Mana tahu boleh tersenarai dalam top commentator blog Kak Shikin ke? Nak terjah, boleh click disini: Jurnal Shikin Razali.

Thursday, 12 August 2021

Jovian Disposable 3Ply Monogram Mask Black dan Extender dari Shida Radzuan

Dua minggu lepas ada terima satu email dari Kak Shida yang menanyakan alamat terkini untuk pos hadiah sempena menjadi salah seorang top komentator di blog Kak Shida. Aku tak tahu bila sampai sebab semalam aku baru balik ke rumah sewa lepas bertapa selama dua minggu di rumah lain. And yes, baru dapat laptop. Jadi sekarang dalam proses blogwalking. Hehehehe.

Nanti cucuk second dose aku akan bawa laptop sebab takut kena bertapa lagi lama di rumah lain. Tak nak pisang berbuah dua kali, aku mesti bawa laptop hahaha. Jenuh ya nak blogwalking kalau dah lama tak blogwalking. Bukan seorang dua, tapi berpuluh puluh blogger. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk blogwalking setiap blog, in shaa Allah. 


Okey kembali kepada hadiah yang diberikan oleh Kak Shida, aku dapat sekeping mask berwarna hitam keluaran Jovian Mandagie. Mask premium dan exclusive sebab tengoklah siapa pemilik brandnya siapa. Siapa je tak kenal Jovian Mandagie ni? Pereka fesyen yang terkenal dan merupakan menantu kepada Ismail Sabri. Dalam sampul surat kiriman Kak Shida, ada sekeping disposable 3ply monogram mask berwarna hitam dari Jovian dan juga extender yang mempunyai warna seperti bendera Palestin. Cantik! 

Kak Shida macam tahu tahu je saya tengah survey mask Jovian ni. Alhamdulillah rezeki dapat sekeping, jadi dapatlah kita test mask keluaran Jovian ni. Best ke tidak, selesa ke tidak dan sebagainya sebelum beli satu kotak. Dah lama add to cart mask Jovian yang warna putih tapi tak beli beli sebab masih berlambak mask yang sediaada HAHAHA. Mask banyak banyak nak buat apa? Bukan pergi mana mana pun! Jadi, sila habiskan dulu mask yang sediaada ya najihah (cakap dengan diri sendiri hehehe).

Apa-apapun terima kasih ya Kak Shida untuk hadiah ini. Saya suka dan saya hargai! Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Kak Shida, bolehlah terjah blog Kak Shida sekarang. Jangan segan silu nak terjah ya, sangat dialu-alukan!

Banyak kegunaan ya phone holder ni HAHAHA 

Wednesday, 4 August 2021

Top Komentator Bulan Julai 2021


Baru muncul entri ni, sepatutnya muncul 01 Ogos tempoh hari tapi memandangkan tak ada laptop, makanya 04 Ogos baru muncul pemenang Top Komentator Bulan Ogos 2021 di blog Atiqah Najihah. 


Inipun masih bersiaran daripada telefon. Masih belum ada laptop bersamaku :'( Tapi gigih ya update blog sebab pageviews menurun. Biasa pageviews dalam 2000 something, tapi beberapa hari tak update terus cecah 500+. 


Rasa terharu jap baca komen Rabia di entri semalam. Tertanya tanya mana pergi tuan blog ni, biasa setiap hari ada update entri. Tapi lama menyepi hehehe. Kak sal pun tanya, kemana pergi laptop aku. Laptop ada Kak Sal, tapi diri saya yang tak ada di rumah laptop saya berada. Tak bawa laptop sebab ingat stay rumah lain (sebab nak cucuk vaksin) sekejap je, eh alih-alih seminggu juga bertapa dekat rumah lain tu.


Nak blogwalking pun susah kalau pakai telefon ni. Nanti gigih lah ya blogwalking bila dah ada laptopnya. Kalau melalui telefon ni, aku biasa baca je. Jadi silent reader. Nak tinggalkan komen tapi mostly blog buat komen kena tunggu approval dari owner kan, jadinya takut aku komen komen komen, tapi hampeh. Tak ada naik pun bila buka melalui laptop. Dah selalu terkena dah macam tu. Jadi, sis serik nak komen melalui telefon.


Okay panjang dah mukadimahnya, lari dari topik asal lagi. Jadi tanpa membuang masa, jom kita tengok senarai top komentator di blog Atiqah Najihah pada bulan Julai 2021.


Tapi sebelum aku umumkan siapakah pemenang bertuah antara 10 orang top komentator, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada para pembaca semuanya yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku. 


Aku nak minta maaf sebab hanya pilih seorang sahaja daripada sepuluh orang tersebut. In shaa Allah di lain bulan, mungkin aku akan pilih dua atau tiga, atau mungkin kesemua sekali. In shaa Allah. 


Doakan kita semua dilimpahkan rezeki yang berterusan biar dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain.


 



Aku letak nama dalam wheel of names sebagaimana yang terpapar dalam senarai top komentator di blog aku (rujuk gambar kedua).


Dan sepertimana kamu semua tengok, pemenang yang bertuah antara sepuluh orang top komentator bulan Julai 2021 blog Atiqah Najihah jatuh kepada


Drum roll!



SalbiahM or better known as Kak Sal! 


Blog Sal


Tahniah diucapkan kepada Kak Sal! Harap harap Kak Sal boleh bagi details untuk terima hadiah kecil dari saya. 


Nama: _______

Alamat: _______

No telefon: __________


Ke jiehahzak@gmail.com


Apa apapun, tahniah lagi sekali diucapkan kepada sembilan top komentator yang lain. Harap harap kalian masih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini tanpa jemu.


Tahniah! 😍

Monday, 12 July 2021

Hadiah Top Komentator dari Blog AnakOmak6

Rasanya dah tak ada beli barang apa-apa dari Shopee, tapi tiba-tiba dapat parcel dari J&T express dua hari yang lepas. Check Shopee, takut ada terbeli time tak sedar HAHAHA tapi memang tak ada.


Tapi, bila dah ada nama kita atas parcel, kita pun buka sajalah. Nak tengok apa isinya. Rupa-rupanya parcel daripada blog anakomak6.blogspot.com iaitu Kak Ret. Hadiah sempena top commentator di blog anakomak6 untuk bulan Jun.



Dapat beg mekap yang boleh letak nama di bahagian depan beg. Comel gila! Beg mekap pun tebal, memang puas hati letak alat mekap dalam beg ini. Aku suka sebab makeup bag pemberian Kak Ret ini ada nama aku hehehe. Rasa macam special. 

Dan yang paling penting, kakak aku tak boleh guna sebab ada nama aku HAHAHA. Nama dia Athirah, nama aku Atiqah. Jadi, aku seorang saja yang boleh guna 😜

You Can Change The world, Girl! 


Terima kasih banyak banyak diucapkan kepada Kak Ret untuk hadiah ini! Rasa dah banyak kali juga terima hadiah dari Kak Ret. Buah kurma, coklat, duit raya RM 50 dan yang paling latest ialah beg mekap. Semua hadiah yang aku terima sebab menjadi top commentator di blog Kak Ret. 

Jangan lupa jelajah blog Kak Ret di anakomak6.blogspot.com. Kalau blogwalking blog Kak Ret mesti terhibur tengok celoteh Uyyum yang penuh ragam 😆 Dan tak lupa cerita travel Kak Ret. Memang best! Tak boleh nak travel, jadi kita baca saja kisah travel Kak Ret 😂

Thank you once again Kak Ret! <3

Friday, 2 July 2021

Top Komentator Bulan Jun 2021

Julung julung kalinya aku ada nak bagi hadiah kecil kepada salah seorang top komentator bagi bulan Jun 2021 di blog aku.


Tapi sebelum aku umumkan siapakah pemenang bertuah antara 10 orang top komentator, aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada kalian yang sudi singgah dan tinggalkan komen di blog aku. 

Memang kamu semua seorang pengomen tegar! Bukan di blog aku sahaja, tapi di blog blog yang lain juga. Terima kasih yang tak terhingga!

Sebelum aku umumkan pemenang bertuah, aku nak minta maaf sebab hanya pilih seorang sahaja daripada sepuluh orang tersebut. In shaa Allah di lain bulan, mungkin aku akan dua atau tiga, atau mungkin kesemua sekali. 

Doakan kita semua dilimpahkan rezeki yang berterusan biar dapat berkongsi rezeki antara satu sama lain. 

Okay yang sebetulnya aku ada buat video yang wheel of names, tapi lepas dah record baru aku perasan bayangan diri aku ada dalam video tersebut. 

Memandangkan aku tak bertudung masa record video tersebut, memang nampak bayangan kepala dan badan aku. Jadi aku membatalkan niat untuk letak video tersebut dalam entri ini.


Ini buktinya. 

Aku letak nama kalian sebagaimana yang terpapar dalam senarai top komentator.

Dan sepertimana kalian tengok, pemenang yang bertuah antara sepuluh orang top komentator Jun 2021 blog Atiqah Najihah jatuh kepada

Drum roll!


Azhafizah MN iaitu Kak Fiza!


Tahniah diucapkan kepada Kak Fiza! Harap harap Kak Fiza boleh bagi details untuk menerima hadiah kecil daripada saya. 

Nama: _______
Alamat: _______
No telefon: __________

Ke jiehahzak@gmail.com

Apa apapun, tahniah lagi sekali diucapkan kepada sembilan top komentator yang lain. Harap harap kalian masih sudi singgah dan tinggalkan komen di blog ini tanpa jemu.

Tahniah! 😍


Nota jemari: Excited pula rasa bila nak umumkan pemenang bertuah top komentator hehehe. Nanti in shaa Allah tunggu bulan Julai pula. Mana tahu rezeki yang lain pula ke next month? Jadi jangan segan silu untuk selalu bertandang dan tinggalkan komen ;)

Thursday, 6 May 2021

Hadiah Komentator daripada Blog AnakOmak6

Hadiah Kometator daripada Blog AnakOmak6 | Alhamdulillah, hadiah sempena cabutan bertuah antara top komentator blog AnakOmak6 selamat mendarat di Terengganu! 

Dah sampai semalam, tapi hari ini baru sempat nak update hehehe. Sebelum itu, baca disini: Pemenang Top Komentator April Blog AnakOmak6

Pelik dah bila housemate cakap ada satu parcel atas nama kita ada sampai. Me be like "masa bila aku membeli?". Tempoh hari masa menang yang top komentator untuk bulan March, Kak Ret ada bagi number tracking. Tapi kali ini senyap saja hahaha.

Last last tanpa membuang masa terus buka parcel. Tadaaaaa, hadiah daripada Kak Ret rupanya. Tahu tahu dah sampai hadiahnya ya 😂 Memang betul betul kejutan!


Cantikkk kotak dan ribbonya, warna hijau pula! Another my favorite color hehehe.


Tadaaaaaaaa, isi dalam kotak. Coklat rupanya! Packaging coklat pun sempena Hari Raya. Menarik! Mula mula nak makan rasa sayang HAHAHA, tapi memikirkan ini makanan, jadi kena makan juga.

Jadi nanti siap makan, kita simpan kotak, ribbon dan card wish saja untuk kenangan. Bukan senang tahu nak dapat hadiah daripada orang 😆

Kepada Kak Ret: 

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.
Terima kasih untuk hadiah coklat ini 💚

Jangan lupa singgah blog Kak Ret! 

Boleh click sini: Blog AnakOmak6

Sunday, 4 April 2021

Hadiah Top Commentator Bulan March 2021 Daripada Blog AnakOmak6

Hadiah Top Commentator Bulan March 2021 daripada Blog AnakOmak6 | Alhamdulillah hadiah sempena top commentator bulan March daripada blog AnakOmak6 berjaya mendarat di Marang, Terengganu. Fast delivery from seller and courier. Hari Khamis, Kak Ret whatsapp dan bagitahu hadiah dah diposkan. Hari sabtu (semalam) tengah hari, abang ninjavan selamat delivered. 


Alhamdulillah rezeki dapat menang sempena top commentator, walaupun haritu tak ada rezeki nak menang giveaway Kak Ret hehehe. Bak kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Begituuuuuuuu 😂



First impression, pegang parcel dan rasa berat. Terfikir Kak Ret bagi kain batik ke aku ke. Lepas buka parcel tu, jeng jeng jeng...


*Maaflah gambar tak berapa menarik sebab tak pandai ambil gambar*

Dapat kurma! Sempena ramadhan yang bakal tiba tak lama lagi, Kak Ret hadiahkan kurma. Boleh makan masa bulan puasa nanti, banyak pulak tu. Cukuplah kot untuk sebulan puasa hihihi. Cantikkkkk kotak kurmanya, sekali pandang macam al-Quran pun ada. Walaupun ada kemek pada kotak, tapi kurma masih dalam keadaan baik. Biasalah kemek tu, benda biasa terjadi dah tuuu hehehe.

Kepada Kak Ret, terima kasih untuk hadiah ni. Semoga Kak Ret dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah! Thank youuuuu! 💜

Friday, 12 March 2021

Tutorial: Letak Top Commentators



Hello! Malam ini rajin sikit nak berkongsi tutorial macam mana nak letak widget top commentators dalam blog. Tadi ada baca komen, Kak Nadyya tanya macam mana nak add widget tersebut. Jadi tanpa membuang masa, lets proceed to the steps.


Langkah pertama:

  • Scroll ke bawah dan kemudian kalian akan nampak widget options. Kalau nak edit or tukar apa apa, just tukar ikut selera masing masing. Nak kekalkan pun boleh. 

Langkah kedua:
  • Tekan add widget yang ada dibawah widget options tadi.


Langkah ketiga:
  • Lepas tekan add widget, dia akan bawa kita seperti gambar di bawah.
  • Dekat title kalau nak tukar, tukarlah. Ikut nama apa kita nak letak. Then tekan add widget dalam kotak biru tu.

  • Lepas itu, dia akan bawa kita ke blog layout blog kita. Boleh lah pilih nak letak di bahagian mana mana yang kita nak dan suka. Drag sahaja. 
  • Tekan view dan bila dah puas hati, baru tekan save. 

Itu sahaja. Simple kan? Hehehe semoga membantu :)