Showing posts with label Wedding. Show all posts
Showing posts with label Wedding. Show all posts

Sunday, 18 July 2021

Selamat Pengantin Baru!


Alhamdulillah, akhirnya selamat juga bernikah! Tapi jangan salah faham, bukan aku yang menikah hehehe. Tapi kawan baik aku. Simple wedding sahaja. Tak ada makan makan pun. Pagi menikah di pejabat agama, kemudian balik rumah ambil gambar sebagai memori. 

Macam macam masalah yang timbul sebab pkp sekejap, lockdown sekejap, member pun frust nak kahwin banyak betul masalahnya HAHAHA. Tapi berjaya juga nikah. Sedih memang sedih sebab sanak saudara yang duduk jauh tak dapat datang, tapi apakan daya. Buat apa yang mampu sahaja. Tapi, kalau tengok dari sudut lain, jimat kan kalau wedding simple? Baik simpan duit untuk kegunaan masa akan datang.


Dari kiri (depan): Farena, Atiqah, Aishah
Dari kiri (belakang): Shamimy, Azyan

Wah hidung aku memang tak boleh cover eh HAHAHA. Hidung penyek ni ikut belah mak ya teman teman hahaha. Hanya mampu video call sebab masa ni tengah meraikan Farena 'bride to be'. Aku jauh nun di Seri Iskandar, memang tak dapat balik untuk meraikan hari hari terakhir Farena sebagai wanita bujang sebab kebiasaannya minggu minggu akhir semester memang huru hara sikit dengan submission assignment, presentation dan sebagainya.

Jadi, video call saja lah yang mampu. Itu pasal aku duduk dalam telefon hahaha. Sedih memang sedih sebab tak dapat join sekali tapi keadaan tak mengizinkan. Aku kenal Farena, Azyan dengan Shamimy masa aku pindah dari Sekolah Menengah Kebangsaan ke Sekolah Menengah Teknik. Aishah aku kenal masa darjah 2 lagi. Alhamdulillah, masih utuh persahabatan kami walaupun jarang jarang berjumpa.

Tiga daripada lima orang dah off market, tinggal lagi dua orang yang masih bujang trang tang tang iaitu aku dengan shamimy.


Aishah dan Amin


Farena dan Firdaus (tak ada dalam gambar)


Azyan dan suaminya (lupa nama)

Cantik cantik kawan kita dalam pakaian perkahwinan! Farena tu pengantin lama 😆 Dah ada anak dah si Farena tu hahaha. Saja letak gambar dia sekali dengan pengantin baru. Biar dia baca dan acah acah rasa macam pengantin baru. 

Farena nikah 07 Disember 2019, Azyan nikah 16 Jun 2021 dan Aishah 16 Julai 2021. Sebulan saja beza tarikh perkahwinan Azyan dengan Aishah. 

Atiqah? Shamimy? In shaa Allah bulan Disember tapi tahun bila tak tahu lagi HAHAHA. Lamberttt lagi. Muda lagi kan 24 tahun? Ini kalau arwah nenek aku dengar mesti dia akan cakap 'Aku masa umur 24 tahun dah berderet anak anak.

Uish, nak bandingkan zaman dulu dengan sekarang susahlah. Dulu lain, sekarang lain. Nenek aku berumur 24 tahun pada tahun 1948. Itu kalau ikut kad pengenalan dia yang nyatakan nenek aku lahir pada tahun 1924. Tahun 1948 pun tak merdeka lagi. Memang jauh sungguhlah perbezaannya kalau nak dibandingkan dengan zaman sekarang.

Kahwin bukan ikut trend semata mata, tapi kahwin bila kita dah bersedia untuk pikul tanggungjawab yang mendatang. Ke pendapat korang lain? Kahwin saja, ready ke tak ready ke belakang cerita. Ke macam mana?

Zaman sekarang, semua pakai duit. Tak ada pakai air liur. Takkan nak makan pasir? Betul tak? Tak salah pun kahwin lambat, yang salahnya bila ada manusia yang suka jaga tepi kain orang lain. Hehehehe. 

Apa-apapun, Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada Aishah dan Azyan. Semoga perkahwinan awak berdua kekal hingga ke hujung nyawa, dikurniakan anak anak yang soleh dan solehah dan berbahagia selalu! 

Eh geli pula bila bahasakan diri 'awak' dengan Azyan sebab aku biasa bahasakan diri aku mu dengan Azyan dan Shamimy. Dengan Farena dan Aishah saja aku bahasakan diri awak saya. Ini kalau Azyan dengar aku cakap awak ni, memang dia buat buat nak muntah HAHAHA.


Muhammad Muqsith Farrel - anak Farena