Sunday, 29 May 2022

Renew Domain Blog Selepas Setahun

Ya Allah, tahu tahu dah dua bulan ya aku tak update blog since 29 March lepas. Penyakit malas makin menjadi-jadi masa bulan puasa, sampai terbawa-bawa ke bulan syawal. Inipun dah masuk penghujung syawal dah. Sekejap je masa berlalu. 

Aku ada baca komen Kak Ret yang wish "Selamat Hari Raya, lama budak ni menghilang." Maafkan saya Kak Ret hahaha. Aku Alhamdulillah masih dipanjangkan usia untuk hidup di muka bumi ini dan dikurniakan kesihatan yang baik baik selalu. Rutin harian aku masih sama seperti dulu. Tak ada apa-apa yang berubah pun kecuali tempat duduk aku. Aku pindah meja sebelah selepas partner meja sebelah dah berhenti kerja. Aku pindah sebab tempat tu tertutup kiri kanan. Tempat aku yang lama tutup belah kri je which is pemisah antara meja aku dengan meja sebelah. Belah kanan terlopong tak ada tutup tutup. So macam tak ada privasi. Aku dahlah suka bersila atas kerusi, kadang-kadang waktu rehat aku tidur. So, lepas partner meja sebelah berhenti, aku terus pindah sebelum orang lain masuk. Nasib baik pegawai tak bising, siap sokong lagi kikiki. 

Penangan dua bulan tinggal blog, memang kaw-kaw pageview blog jatuh. Target nak capai 1 USD setiap hari pun memang ke laut china selatan lah jawabnya! Kalau ikutkan hati, memang banyak benda nak diceritakan. Iyelah dah dua bulan ditinggalkan. Kalau rumah ni memang berhabuk lah. Siap bersawang kot. Tapi tak apa, kita cerita mana yang penting jelah, iyedok?