Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Friday, 17 September 2021

Apa Yang Dibeli?

Dah siap makan Mr Dakgalbi, apa lagi, pusing mall lah jawabnya. Alang alang dah keluar kan, kita ronda ronda lah sekejap dalam mall tu. Cari barang apa yang perlu dibeli atau sengaja nak beli. Mula mula pergi F.O.S. Niat tak nak beli apa apa, sekali terbeli jeans. Murah jugalah sebab harga asal RM 69.00, tapi bila bayar cuma RM 29.00 sahaja. Discount RM 40.00!
 
Next station pergi Watsons. Beli moisturizer jenama Rosken. Aku memang pengguna setia moisturizer ni, memang dah banyak tube aku pakai. Memang best dan ngam dengan muka aku. Siapa pernah pakai dan memang tengah guna moisturizer ni? Angkat tangan, kita geng! Hehehe.
 
 
Keluar Watsons, housemates ajak pusing dalam Mr. Diy. Salah satu tempat 'berhantu' selain kedai Eco. Awal awal memang tak ada apa pun nak dibeli, tapi bila dah masuk, memang penuh satu troli 😂 Habis RM 80.00 shopping dekat Mr. Diy. Ini barang aku dan kakak akulah. Beli lanyard, sticky notes, bulu ayam, sepit rambut, karpet bulu bulu, bantal buat alas duduk dan lain-lain lagi.

 
Ini barang aku. Dua benda ni saja dah RM 40.00. Tapi tak menyesal lah beli sebab memang best bila dah guna. Karpet bulu bulu warna coklat tu RM 26+ dan bantal warna ungu tu RM 13+. Selama ni aku blogging, memang direct duduk atas lantai. Atas tiles. Dan memang sakit ya tulang punggungku bila duduk lama lama tak ada alas. 

Dah lama nak beli tapi tak terasa nak beli. Tapi pergi Mr. Diy semalam, laju je tangan ambil dua benda ni. Karpet tu memang lembut gila wei. Syok duk gosok gosok kaki atas karpet hahaha. Memang lembut, serious tak tipu. Aku mula mula tak perasan pun karpet ni, tapi housemate pi tunjuk. Kita pun cepat cepat pergi scan barcode sebab nak sahih harga, sekali tengok RM 26+. Kira masih boleh diterima, terus letak dalam troli sebab tak banyak dah karpet ni dekat rak. Warna putih banyak, tapi tak nak lah ambil warna putih. Takutlah aku ada tumpahkan makanan, jenuh nak hilangkan nanti >.<

Harap harap tak sakit tulang punggung lepas ni kikiki. Dan harap harap bantal ungu ni tahan lama lah ya. Aku bukan berat sangat, jadi jangan nak kempis ke bocor ke awal sangat 😆