Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. Seronok minggu ni sebab cuti dua hari. Isnin kerja, Selasa dan Rabu cuti, Khamis dan Jumaat sambung kerja balik. Next cuti bulan March pulak. Itupun sehari je. Tak ambil cuti sebab cuti limited. Lagipun, tak balik Terengganu. Jadi, malas lah nak ambil cuti. Kita duduk rehat di rumah saja.
Semalam lepas makan tengah hari di mamak, singgah sekejap pasar raya sebelah mamak. Makan mamak sebab malas dah nak fikir nak makan dekat mana. Masalah besar nak fikir nak makan dekat mana 😂 Jadi, nak senangkan cerita, terus pergi mamak. Makan je nasi kandar dekat mamak.
Dah siap makan, singgah pasar raya mini tepi mamak. Saja je masuk. Tak berniat nak shopping barang dapur pun sebab gaji belum masuk. Gaji MyStep masuk lambat which is setiap 10 haribulan baru masuk :') Even kerja dekat sektor kerajaan, tapi gaji tak masuk sama tarikh dengan staff kerajaan iaitu 25 haribulan. Tak tahu kenapa gaji masuk lambat, tak ada sesiapa yang boleh menjawab soalan tu.
Pusing pusing dalam pasar raya mini tu terbeli susu pisang brand Nilofa. Susu ni dah keluar berzaman lamanya, tapi baru semalam aku terasa nak mencuba.
Harga RM4.90 kalau tak silap. Resit tak tahu campak mana. Masuk kereta terus buka dan minum. Bagi aku, air susu berperisa pisang ni not bad. Tak over manis. Sebab ada terbaca review orang lain yang cakap yang susu ni terlampau manis. Tak boleh habiskan sebab terlampau manis. Tapi bagi aku, okay saja. Tapi rasa pisang macam kurang sikit. Ke aku je yang rasa macam tu? 😂
Tapi secara keseluruhan okay sahaja. Boleh diterima oleh mulut dan perut aku yang baru mencuba buat pertama kali. Repeat? Mungkin tidak hehehe.
Social Icons