Wednesday, 30 June 2021

Bunuh Diri

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih celik) dah sampai penghujung bulan Jun. Esok dah masuk 1 Julai. Terasa baru tempoh hari baca entri 'Selamat Datang Jun' di blog para bloggers. Eh eh esok dah masuk bulan baru ya huhuhu.


Masa berlalu dengan begitu pantas, dan sedar tak sedar dah 30 hari kita semua rela paksa berkurung di dalam rumah bagi membantu negara mengurangkan angka kes Covid-19 yang tiada penghujungnya. 


Angka kes yang tidak menunjukkan sebarang perubahan drastik, dan hanya menambahkan lagi tekanan mental kepada rakyat Malaysia yang mengalami masalah kewangan akibat hilang pekerjaan, hilang sumber mencari pendapatan dan sebagainya.


Entah bila ya agak-agaknya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 ini akan berakhir? 


Dengan angka kes bunuh diri yang makin meningkat dari tahun lepas iaitu sebanyak 631 kes daripada tahun sebelumnya (2019) sebanyak 609 kes. Setakat Mac 2021, sejumlah 336 kes bunuh diri yang telah dilaporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Itu yang dilaporkan. Kalau ada yang dirahsiakan? Mungkin lagi tinggi angka kesnya.



Salah siapa? Apa puncanya? Dimana silapnya?


Tak berani nak komen lebih lebih sebab aku sendiri tak berada di tempat mereka yang mengambil keputusan untuk membunuh diri. Mungkin bagi mereka, bunuh diri adalah jalan terakhir yang boleh menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh mereka semua?


Macam semalam, cerita yang disampaikan oleh kakak aku. Ada seorang budak perempuan yang berumur 19 tahun cuba menamatkan riwayat hidupnya dengan memakan beberapa belas biji racun tikus (ubat gegat).


Puncanya? Terdengar suara suara halus yang berbisik di telinganya yang menyebabkan dia berasa serabut dan ingin membunuh diri. Dicampur pula dengan bebelan ayahnya kepada adiknya dan juga stress yang dihadapi kerana perlu belajar secara online (online distance learning - ODL). 


Lagi satu, cubaan membunuh diri kerana kurang kasih sayang daripada seorang suami. Untuk makluman, perempuan tersebut merupakan isteri keempat kepada suaminya. 


Nampak macam remeh saja kan punca dia ingin membunuh diri? Tapi tidak remeh bagi seseorang yang ingin membunuh diri. 


Mereka yang bunuh diri kadang-kadang bukan sebab nak mati sangat, cuma mereka hanya nak kesakitan yang mereka alami berakhir. Mereka memang dah tak nampak jalan lain dah selain tamatkan riwayat hidup mereka.


Jadi teman teman, kalau ada nampak simptom simptom awal kemurungan yang dialami oleh kaum keluarga mahupun kawan kawan kalian yang boleh menyumbang kepada tingkah laku bunuh diri antaranya:


1. Perubahan tingkah laku kepada individu

  • Sentiasa kelihatan sedih dan murung
  • Hilang minat terhadap aktiviti yang biasa dilakukan
  • Mengalami gangguan tidur dan selera makan
  • Kesukaran untuk menumpukan perhatian dan melakukan tugas harian yang biasa
  • Mengasingkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan
  • Menyalahguna alkohol dan dadah
  • Bertindak agresif dan kasar kepada diri sendiri dan orang sekeliling


2. Menyatakan perasaan hilang harapan atau bosan untuk hidup dan kehadirannya membebankan keluarganya


3. Menyatakan keinginan untuk menamatkan riwayat hidup secara verbal atau penulisan



Dinasihatkan mendapatkan nasihat perubatan profesional dalam kadar yang segera bagi mengelakkan keadaan yang lebih buruk berlaku.





Monday, 28 June 2021

Korean Drama: Monthly Magazine House


Drama: Monthly House / Monthly Magazine House
Jumlah episod: 16 episod
Network: JTBC
Tarikh tayangan: 16 June - 05 August 2021
Negara: South Korea
Bahasa: Korean

Sinopsis:

Na Young Won (Jung So Min) merupakan seorang editor di Monthly House Magazine. Dia telah bekerja selama 10 tahun tapi masih tidak memiliki rumah sendiri. Setelah dipaksa keluar dari rumah sewa lamanya, Young Won telah menyewa di salah sebuah rumah kepunyaan bosnya iaitu Yoo Ja Sung (Kim Ji Suk) setelah diserang oleh anak lelaki kepada tuan rumah sewanya (rumah kedua yang disewa oleh Young Won selepas dipaksa keluar). Kiranya rumah kepunyaan bos Young Won ini adalah rumah ketiga.

Yoo Ja Sung merupakan seorang CEO dalam syarikat Monthly House Magazine. Bagi Ja Sung, rumah hanyalah alat untuk meningkatkan aset kepunyaannya dan sekadar tempat untuk melelapkan mata. 

Ja Sung dibesarkan dalam keluarga yang miskin dan bagi Ja Sung, satu-satunya cara untuk menjadi kaya raya adalah melalui real estate. 

Sinopsis tamat.

Ada sesiapa yang tengah tengok juga drama ini? Aku macam menyesal juga lah sebab tertengok drama yang on-going. Drama yang dah completed tak nak tengok pula, sibuk tengok drama yang on-going. Jadi, terseksalah tunggu episod baru setiap minggu >.<

Aku tak tahulah aku yang mudah terhibur atau drama Monthly Home Magazine ini memang lawak. Semalam tertengok episod 1 lepas kakak aku cakap yang dia ada terbaca good review tentang drama ini.

Nak tengoklah best ke tidak, eh eh tahu tahu dah habis tengok dah empat episod. Empat episod saja yang baru aku tengok sebab baru ada empat episod. Macam berbelit pula ayat dekat sini hahaha.

Mula mula aku tak minat nak tengok sebab tak minat pelakonnya iaitu So Min dan Ji Seok. So Min bukan ahli member Running Man. Ini So Min lain hehehe.

Tapi rupa rupanya ada juga pelakon lelaki yang pernah berlakon dalam Strong Woman Do Bong Soon. Ala gangster yang  patah gigi itu. Siapa yang tengok drama Do Bong Soon memang akan ingat watak gangster patah gigi itu 😂

Aku memang minat sungguh kalau dia berlakon. Memang menjadi lakonannya, dah lah lawak. Tengok muka dia pun rasa nak gelak dah HAHAHA.

Dan watak yang dibawa oleh Young Won dan Ja Sung pun kelakar. Punyalah kedekut Ji Suk, sampai total makan malam bersama pekerjanya ada limit iaitu 30,000 won sahaja. 

Memang sakit hati lah pekerjanya sebab tak boleh nak minum arak banyak banyak. Sudah lah dua jam sahaja masa yang diperuntukkan untuk makan malam. Memang tak puaslah sebab tak boleh lepak lama lama.

Dan Young Won pula, bercita cita nak beli rumah dalam usia yang muda, dia mula berjimat cermat dalam kehidupannya. Tapi tapi aku rasa macam laju sangat Ja Sung fall in love dengan Young Won. Eh tiberr.

Overall, setakat empat episode aku tengok, aku berpuas hati. Tak boleh tengok sebelum tidur sebab tak bebas nak gelak. Sebab kakak aku selalu tidur awal. Jadi nak ketawa ke gelak ke kena tahan. Kadang kadang tergelak juga, mulalah kakak aku 'adik, bising.' 'adik senyap sikit' 😂

Mahu kena bebel marah dengan kakak aku sebab bising tengah tengah malam HAHAHA. Member dah lah kena bangun awal pergi kerja, kalau tidur terganggu, memang tak dapat tidur yang berkualitilah. 

Nota jemari: Aku tertanya tanya siapalah yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung? Mesej ugutan nak bunuh Ja Sung, dan rumah yang Young Won sewa itupun ada kaitan dengan orang yang hantar mesej ugutan kepada Ja Sung.

Sunday, 27 June 2021

Hadiah Pemberian Blogger Anies


Alhamdulillah, hadiah pemberian daripada blogger Anies akhirnya selamat sampai. Hadiah sempena aku ada menolong blogger Anies menjawab beberapa soalan mengenai Covid-19. Tak sangka dapat hadiah, ingatkan jawab soalan saja-saja sahaja.

Sebenarnya dah sampai 15 Jun tapi semalam baru aku jumpa hadiahnya. Tak jumpa cari hadiah masalah utamanya hahaha.


Aku pun terpadam mesej blogger Anies hantar, jadinya tak boleh nak trace hadiah dah sampai di mana. Tiba tiba 20 Jun aku teringat, terus whatsapp lagi sekali minta tracking number. 

Eh sekali check hadiah dah selamat delivered 15 Jun. Aku turun bawah pergi check peti surat. Aku pun satu hal juga sebab keliru nombor peti surat rumah aku 08/15 ke 15/08 😂 Kan tak pasal pasal jadi masalah lain bila tangan menggagau peti surat rumah orang lain.  

Tapi aku tetap gigih hulurkan tangan celah peti surat antara dua peti surat tersebut, mana tahu ada suratnya. Sudah macam nak mencuri gayanya :') Tapi hampa, tetap tak ada. 

Bukan tak ada, tapi tangan aku tak sampai nak ambil. Mahu terkehel pergelangan tangan aku kalau aku paksa juga masuk dalam peti surat. Aku pun 'cerdik' turun bawah tak bawa kunci peti surat. 

Dan kali kedua turun, aku bawa kunci peti surat. Nasib baik dapat buka memandangkan tempat masuk kunci itupun berkarat. Nampaklah ada beberapa kering surat, dan memang ada hadiahnya. Terbaring sepi dalam peti surat rupanya kamu ya. 



Hadiah yang berisi buku nota, eye mask, sticker bernombor, extender mask dan pencil case (aku panggil pencil case sebab aku suka letak stationery dalam beg rajut ini). 

Cute betul extender mask! Eye mask punn cute! Tahu tahu saja aku memang tengah survey eye mask hehehe. 

Kakak aku tanya, hadiah sempena apa lagi aku dapat kali ini hahaha. Curious betul kakak aku. Aku ceritalah yang pasal surat PIN AdSense, eh eh tanya dah sampai ke suratnya? Ya Allah, ingat pos surat dari Kuala Lumpur ke Terengganu ke? Surat dari luar negara kot, ajaib sungguh kalau boleh sampai dalam masa dua tiga hari sahaja.

Apa apapun, terima kasih kepada blogger Anies untuk hadiah ini 🙆

Saturday, 26 June 2021

Emak


Aku screenshot tweet yang ditulis oleh aku sendiri. Yang aku * faham saja kan? Malas nak tulis penuh. Kasihan dengan encik khinzir, nama dia terpalit sekali. Hahaha. 

Aku tweet lepas aku terbaca satu tweet luahan hati seseorang yang berjantina perempuan yang berbunyi sama seperti apa yang aku tulis. Aku tak tahu apa masalah yang dihadapi oleh budak perempuan tersebut. Aku tak pernah kenal dia dan tak pernah berada dalam kehidupan dia.

Aku tak berada di tempat dia, jadi aku tak tahu situasi apa yang dia lalui dalam kehidupan sehariannya. Cumanya, bila terbaca tweet budak perempuan tersebut, tiba tiba teringat dekat mak yang jauh di mata, tapi sentiasa dekat di hati. Sentiasa. 

Tak pernah sesaat pun jauh dari hati. Tak pernah sekali pun hilang dari ingatan. Tak pernah tak rindu, tapi dalam konteks ayat 'tidur'. Rindu nak tidur dengan mak. Ala rindu semuanyalah! 

Okey sebelum aku pergi lebih jauh, entri ini bukanlah untuk menagih simpati para pembaca. Sekadar diri aku yang suka bercerita selagi benda itu tak mengaibkan sesiapa. Panjang ya entri kali ini 😂

Aku memang dari kecil lagi tidur dengan arwah mak. Memandangkan ayah aku kerja luar negeri Terengganu, jadi memang akulah yang teman mak aku tidur setiap malam.  

Kakak ketiga aku pun teman dan tidur sekali juga tapi dia tidur bawah, atas toto. Aku special tidur atas katil dengan mak aku 😜 Anak bongsu katakan hehehe.

Dari kecil atau lagi tepat dari bayi lagilah rasanya aku tidur dengan mak sampai aku umur berumur 11 tahun 7 bulan. Sampai 11 tahun 7 bulan sahaja sebab mak meninggal masa aku umur 11 tahun 7 bulan. Tapi aku tak pernah rasa terganggu, rasa si*l, rasa penat atau rasa perasaan perasaan yang negatiflah bila tidur dengan mak. 

Aku tak boleh kalau tak nampak mak aku, mulalah fikir macam-macam. Contoh situasi 1:

Mak aku pergi rumah mak cik saudara dengan abang kedua, tinggal kunci rumah dalam rak kasut. Aku pun balik sekolah, tengok mak tak ada di rumah. Menangis. Serious, aku menangis. Padahal mak pergi rumah saudara saja. Bukannya pergi jauh pun. 

Setia duduk luar rumah atas buaian, tunggu mak balik. Buka television sebab nak bagi ada suara bising, padahal tak tengok pun. Tengok jalan raya (tak ada telefon lagi masa ini) menunggu bila mak nak balik HAHAHA. Aku tak tahulah, tapi aku memang tak boleh kalau tengok mak tak ada dekat rumah. Takutnya mak aku tinggalkan aku. Takut mak pergi dalam keadaan bernyawa, pulang dalam keadaan tidak bernyawa. 

Tapi nasib baik (nasib baik ke?) masa mak meninggal, aku dalam kategori remaja, boleh berfikir. Dan aku sendiri pun redha dengan pemergian mak aku. Dah tak sanggup nak tengok mak terseksa. Dari aku umur lima tahun lagi, mak dah sakit.

Keluar masuk hospital perkara biasa. Macam rumah kedua dah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan. Pembedahan dua kali, kimoterapi tak tahu lah berapa kali, rasanya 18 kali kalau tak silap aku. Even mak aku warded pun, aku teman mak sekali di wad. 

Doktor bagi kerusi malas untuk aku tidur hehehe. Padahal abang kedua aku dah siap sewa homestay berhampiran hospital lagi untuk kemudahan bermalam masa di Kelantan. Tapi aku masih nak tidur dalam wad walaupun aku sendiri tak suka bau hospital :')

Kanser. Tak ada penawarnya lagi buat masa sekarang. Mungkin kalau tahu di peringkat awal, boleh sembuh. Tapi dalam kes mak aku, tahu tahu dah peringkat teruk. Doktor pun tak letak harapan tinggi, tapi Alhamdulillah, tujuh tahun bertahan atas sebab nak tengok anak-anak membesar.  

Okay kembali kepada tajuk, apa yang aku rasa ialah perasaan gembira. Macam mana nak cakap ya? Gembira sebab dapat tidur dengan mak. Orang lain belum tentu ada kesempatan nak tidur setiap malam dengan mak masing masing kan? 

Dan ya sampai sekarang, aku masih rindu nak tidur dengan mak. Tak kisahlah orang nak cakap apa, dah besar panjang, dah boleh bersuami dah tapi masih nak tidur dengan mak lagi. Like mak aku ya, bukannnya aku tidur dengan mak orang lain pun kan? 

Kalau mak aku masih ada sampai sekarang pun, aku rasa aku tetap akan tidur dengan mak aku setiap malam sampailah aku kahwin. Itupun kalau sempat kahwin. Tapi itulah, cakap pasal kalau, semua benda boleh jadi kan 😂


Tiap tiap malam, mak main main dengan jari lebih aku hahaha. Selimutkan aku tapi tak sampai lima minit, selimut dah jatuh bawah HAHAHA sebab dulu dulu masa aku kecil, aku tak suka berselimut walaupun cuaca sejuk macam apa.


Kebal sungguh ya kulit aku masa kecil. Memang pantang diselimut, terus ditolak jatuh katil hahaha. Bila dah tua dah sikit, barulah reti berselimut kalau tidur waktu malam. 

Kembali kepada budak perempuan tersebut, mungkin budak perempuan tersebut ada masalah tersendiri kan? Mungkin wujud family toxic dalam kehidupannya. Kita tak tahu sebab kita tak ada dalam kehidupannya. Aku sendiri bukan nak judge budak perempuan tersebut, sekadar bercerita pengalaman aku sendiri.

Tapi satu saja aku nak cakap, selagi boleh tidur dengan mak (tidur sekali sekala pun boleh), tidurlah. Tak salah pun tidur dengan mak. Jangan rasa si*l, penat, ba*i dan sebagainya bila dengan mak. Nanti bila mak dah tiada, jangan menyesal di kemudian hari. Bila mak dah tiada, baru nak menangis, meraung memang tak ada guna dah. 

Hargai mak selagi mak masih hidup, masih bernyawa dan masih berada di depan kita. Peluk cium puas puas, sebab bila dah meninggal, dah tak ada kesempatan lagi dah nak buat semua itu :)

Dan satu persoalan dari aku, ada sesiapa percaya tak family toxic itu wujud? 

Friday, 25 June 2021

AdSense dan Personal Identification Number (PIN)

Alhamdulillah, lima belas hari menunggu akhirnya kamu muncul juga. Apa yang muncul? Iklan AdSense di blog ini.

Itulah, tukar domain blog tak fikir panjang, nasib baik menyebelahi aku sebab hanya perlu menunggu selama lima belas hari sahaja. Kalau baca pengalaman orang lain, ada yang sampai berbulan bulan lamanya. 


Pukul 10.33 pagi aku dapat email daripada Google AdSense yang mengatakan blog aku iaitu atiqahnajihah.com sudah bersedia untuk memaparkan iklan AdSense. Terus buka blog, tengok tengok dah ada iklannya. 

Setiap hari aku check email, tunggu bilalah Google AdSense nak hantar email dekat aku HAHAHA. Kalau dulu, masa first time apply, aku hanya menunggu dalam masa tiga hari sahaja, terus diterima. Tapi kali kedua, terpaksa tunggu lima belas hari.

Lima belas hari pun lima belas hari lah, janji lulus hehehe. Takut juga kalau kena reject, macam contoh baca pengalaman orang lain yang pernah direject oleh Google AdSense atas beberapa sebab, contohnya:

  • Do not create multiple pages or sites with duplicate content
  • Provide content that gives users a reason to visit, and return to your site
  • Provide the information or service promised
  • Pages should provide originality and added value
  • Strive for well-organized and information rich content
  • Avoid placing ads on non-content based pages

Ini antara sebab-sebab direject oleh Google AdSense yang dialami oleh Sii Nurul. Nurul dan Kak Fiza antara orang yang aku selalu tanya kalau berkenaan AdSense. Yang sebenarnya, aku tersangatlah segan nak email untuk tanya beberapa soalan, tapi memandangkan aku masih tak faham juga, terpaksa aku email juga.

Terima kasih ya sudi menjawab persoalan yang bermain di mindaku, bukan aku tak google, tapi bila dah google google pun masih pening, terpaksalah bertanya juga. 

Sebab itu, aku buang semua broken links yang ada dalam blog aku, edit semula entri lama lama dan bagi lebih patah perkataan. Minimum patah perkataan yang aku kena tulis dalam sesebuah entri ialah 300 patah perkataan. Ada yang cakap kena melebihi 500 patah perkataan dan ada yang cakap 300 patah perkataan sudah mencukupi. Tapi kalau boleh, aku nak tulis lebih daripada 500 patah perkataan.

Itupun kalau bolehlah HAHAHA. Ada saja entri yang 300 lebih patah perkataan, 400 lebih patah perkataan, janji melebihi 300 patah perkataan lah. Kalau tak cukup patah perkataan, kena panjangkanlah. Tapi kalau tak ada idea sangat, aku padam entri. Jenuh tahu nak edit satu satu entri. 

Aku banyak juga padam entri sebab rasa macam tak penting. Tapi nak lulus AdSense kan, kenalah berusaha sikit hehehe. 

Dan lagi satu, semua entri yang berkaitan dengan segmen, contest, giveaway yang aku anjurkan atau aku sertai, lepas dah selesai atau tamat, aku akan padam entri tersebut. Kalau tak padam, aku akan revert to draft. 

Dan dan lagi satu, aku tak pakai bahasa singkatan, sebab itu kalau perasan aku guna bahasa yang formal. Contoh, kalian, itu, ini dan sebagainya. Kadang kadang rasa macam cringe juga bila baca balik penggunaan bahasa yang aku pakai, tapi tak apalah 😂 

Tiba tiba, dalam pukul 6.25 petang, dapat email lagi sekali daripada Google AdSense yang mengatakan Google AdSense akan menghantar Personal Identification Number (PIN) melalui surat kepada aku.

Zaman dah maju pun masih hantar melalui surat ya. Dari luar negara lagi. First time nak terima surat dari luar negara, bukan biasa biasa 😂 


Personal Identifiation Number (PIN) ini akan dihantar apabila akaun AdSense kita telah mencapai USD10. Alhamdulillah, semalam juga akaun AdSense aku berjaya mencecah USD10. 

Entah berapa minggu surat akan sampai ya. Jangan sampai berbulan bulan :') Tak senang duduk rasanya hahaha. Harap haraplah surat selamat sampai. Ada yang cakap alamat kena sama seperti dalam kad pengenalan, ada yang cakap tak sama pun tak apa.

Aku macam takut juga sebab alamat yang aku isi dalam akaun Google AdSense tak sama seperti dalam kad pengenalan aku. Dah tak ada orang duduk di rumah yang beralamat dalam kad pengenalan aku, jadi terpaksalah aku buat alamat rumah menyewa sekarang ini. Moga moga selamat sampai. 

Nak kena check peti surat seminggu sekali ke macam mana? Hahaha. Sudahlah peti surat duduk dekat kawasan terlindung, seram aku nak pergi check HAHAHA. Memang kawasan perumahan aku duduk selamat, tapi itulah, takut juga kadang kadang bila sunyi sangat.

Jadi sekarang hanya perlu menunggu surat PIN dari luar negara sampai ke rumah. Barulah boleh verify address.

Nota jemari: Berapa lama surat PIN sampai ke rumah kalian bagi sesiapa yang pernah terima PIN? Ada yang pernah request PIN kali kedua atau kali ketiga ke? 

Wednesday, 23 June 2021

Blood Glucose Meter Sinocare Part 2


Inilah barang barangnya. Harga asal RM 46.90, add on alcohol pad RM 1.00, jadi total RM 47.90. Aku redeemed 1, 198 Shopee coins yang bersamaan RM 11.98, jadi harga yang aku bayar untuk alat ini hanya RM 35.92 sahaja.


Bagi aku tak salah pun beli alat glucose meter ini. Benda boleh pakai lama (kalau pakai elok elok), siap ada warranty lagi. Memudahkan kerja. Check di rumah sahaja. Tak payah keluar rumah masa musim musim pandemik Covid-19 ini.

Apa itu Blood Glucose Monitoring System? Aku salin semula apa yang dinyatakan dalam user manual.

 - The Safe-Accu Blood Glucose Monitoring System is designed for the quantitative measurement of glucose in fresh capillary whole blood samples taken from the fingertip and in venous whole body samples. 
- The Blood Glucose Monitoring System is for use outside the body only (in vitro diagnostic use) for self-testing and professional use as an aid in the management of diabetes.
- The Safe-Accu Blood Glucose Monitoring System is intended for in vitro diagnostic use and should not be used for the diagnosis of or screening of diabetes.


Alcohol Pad (50 keping)


Safe-Accu Blood Glucose Test Strips (50 keping)


Twist Lancets (50 keping)


Safe-Accu Blood Glucose Meter


Lancing device

First time try, tak menjadi. Bazir dah satu strip dan lancet. Tapi tak apa. Second time try, baru menjadi. First try kakak aku yang tolong aku. Second try pula housemate aku yang tolong.

Tak sakit pun bila cucuk nak ambil darah. Kena gigit semut gatal (semut api) lagi sakit rasanya. Perasan tak ada nombor nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 dekat lancing device? Nombor nombor itu macam nak mewakili berapa kedalaman jarum masuk masa cucuk ke jari kita. 

  • 1 - 2 (least depth) for soft or thin skin
  • 3 - 4 (average depth) for average skin
  • 5 (deepest depth) for thick or calloused skin

Semalam first try, kakak aku set nombor 2. Hasilnya, gagal sebab darah tak cukup. Second try, housemate set nombor 3, barulah menjadi. Tapi serious, tak sakit pun. 

Bila dah detect darah, jadinya kita nervous tunggu result pula HAHAHA. Untuk tunggu bacaan gula dalam darah keluar, kena tunggu dalam masa 10 saat. Alhamdulillah, bacaan gula dalam darah aku normal. Oh ya, second try dibuat lepas sejam aku makan. 

Kakak aku cakap better buat dua kali iaitu check selepas makan dan check selepas kita bangun tidur. Nak tengok, bacaan gula dalam darah kita berapa selepas makan dan berapa semasa perut kosong.

Abang aku cakap tinggi. Like seriously? Kakak dan housemates aku cakap okey dah, kalau rendah sangat nanti hipoglisemia. Tinggi sangat jadi hiperglisemia. Jadi, kena seimbang. Begitu hehehe.


5.7 mmol/L

Walaupun bacaan gula dalam darah aku dalam kategori normal (rujuk gambar dibawah), bukan bermaksud aku boleh makan makanan dan minuman manis sesuka hati :') Jarang jarang sekali tak apa hehehe. 

Kena kawal dari sekarang. Nak nak ada aku terbaca cakap penyakit kencing manis inipun salah satu penyakit keturunan. Tapi apa apapun, minta dijauhkan. Nauzubillahminzalik.


Blood Glucose Indicator Card

Blood glucose indicator card yang dibagi sekali masa pembelian. Untuk rujukan nak tahu gula dalam darah kita samaada tahap low, normal, borderline, high mahupun dangerous.

Nota jemari: Next time nak beli blood pressure meter pula, kakak aku tanya, nak buka farmasi ke dalam rumah ini adikk oi 😆

Blood Glucose Meter Sinocare Part 1

Duduk rumah kerjanya asyik makan, minum, tidur, tengok korean drama dan ulang ulang sampai bila pun aku sendiri tak tahu. Perut asyik berkeroncong minta makanan saja setiap satu jam.

Tuan badan pula suka sangat makan makanan atau minuman manis. Bacaan gula dalam darah pula tak pernah diperiksanya. Sudahnya, aku mimpi, tiba tiba bacaan gula dalam darah aku mencecah 33.3! 

Ya Allah, bukan biasa biasa ya mimpi aku HAHAHA. Puncanya, masa makan malam dengan housemate, housemate aku ceritalah yang dia ada check gula dalam darah dekat farmasi, dan nasib baik tak tinggi bacaan gula dalam darah dia, katanya. Dia pun suka juga makan makanan dan minuman manis. Boleh dikatakan hari harilah dia minum air manis. 

Kakak aku pun selit juga sekali cerita tentang seorang perempuan yang umur baru 23 tahun (muda setahun saja dari aku) dah ada penyakit kencing manis. Perempuan muda itu dah kena cucuk insulin. 

Meremang bulu romaku bila dengar. Aku dengan makanan atau minuman manis memang tak dapat dipisahkan HAHAHA. Dengan popia pisangnya, tealive, xi fu tang dan sebagainya. 

Minuman tak adalah selalu sangat minum, sebab most of the time aku memang minum air masak tapi yang disimpan dalam peti sejuk sahaja. 

Dalam sebulan sekali ataupun tiga minggu sekali baru minum minuman manis. Itupun satu gelas panjang itu kadang kadang berkongsi dengan kakak aku. Cumanya, makanan manis lah susah nak ubah >.< Syok sangat tengok drama korea sambil kunyah popcorn dan lain lain lagi.

Tapi serious, aku memang mimpi yang bacaan gula dalam darah aku cecah 33.3 mmol/L. Dan dan pula, dalam beberapa hari ini aku kerap sangat kencing. Terus google, tanda tanda penyakit kencing manis. Tanda pertama, kerap kencing. Allahu. Lagilah tak senang duduk aku. Asyik terfikir sepanjang hari. 

Sampaikan aku tak makan makanan atau minuman yang manis untuk beberapa hari. Tipulah tak makan langsung. Tapi kuranglah sikit kalau nak dibandingkan dengan sebelum sebelum ini.

Keesokan harinya (lepas aku mimpi), terus survey di Shopee blood glucose meter 😂 Memang dah lama nak beli, tapi macam biasalah. Tak terbeli beli.

Sampailah 18 Jun hari itu, fikir punya fikir, baca review sana sini, akhirnya aku pun beli Blood Glucose Meter jenama Sinocare

"Membazir saja beli, padahal boleh check di farmasi."

Tak apalah, bagi aku, selagi harga tak mencecah ratus ratus, aku masih boleh terima. Tapi blood glucose meter yang aku beli ini tak adalah mahal sangat. Range harga bawah RM 50.00 sahaja. 

Nak nak pula seketul Nur Atiqah Najihah ini memang seorang yang penakut! Bukannya takut kena cucuk ambil darah ke apa ke, tapi takut dengan keputusannya. 

Tunggu punya tunggu, selamat sampai barangnya hari Isnin lepas. Geram betul dengan Shopee sebab dah tak boleh pilih courier apa yang kita suka. Shopee pergi pilih NinjaVan. Memang tak boleh buat apa. NinjaVan bagi aku service agak lambat kalau nak bandingkan dengan J&T. J&T memang laju. Hari ini pos, esok dah sampai!


Inilah barang barangnya. Nak tahu ada apa dalam kotak di atas? Next entri sebab rasa dah panjang sangat entri ini 😂

Bersambung! 

Tuesday, 22 June 2021

Pemenang Mellow Crunch Giveaway


Entri yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Yakin betul ya ditunggu tunggu, entah entah peserta pun dah lupa hahaha.

Okey okey, pertama sekali 11 jari disusun daripada aku memohon maaf sebab lambat umumkan pemenang. Ada yang hairan tak aku masih tak umumkan pemenang sedangkan blog aku berupdate? Itu semua schedule post. Aku dah schedule semalam, jadi sampai masa yang ditetapkan, blogger tolong publish kan hehehe.

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, aku akan pilih dua orang pemenang yang akan memenangi Mellow Crunch iaitu chocojar berasaskan milo. Tapi tapi, memandangkan jumlah peserta melebih 50 orang, aku tambah lagi seorang pemenang. Acah acah nak buat surprise, tapi tak terkejut pun kan? HAHAHA

Jadi, total pemenang yang aku cari ialah seramai tiga orang. Hehehe. 

Sebelum itu, ayat cliche aku nak cakap. Aku nak cakap terima kasih kepada semua para peserta yang sudi join giveaway kedua aku. Walaupun hadiah yang disediakan simple sahaja, tapi masih ada yang sudi join. 

In shaa Allah, aku akan buat lagi giveaway seterusnya. Bila? Aku sendiri belum ada tarikhnya. Kalau giveaway pertama, sempena pembukaan blog. Giveaway kedua sempena followers blog mencecah 100 orang. Giveaway ketiga? Mungkin sempena followers mencecah 300 orang atau 500 orang? Mungkin hehehe.

Dan, aku juga nak minta maaf kalau ada terkurang ataupun terlebih sepanjang giveaway ini berlangsung. Yang mana nama terpilih, aku ucapkan tahniah! Dan yang mana nama tak terpilih untuk menang, aku harap kalian tak serik lagi nak join giveaway ketiga, keempat dan seterusnya daripada aku. 

Drum roll *bayangkan lah ya ada music aku masukkan dalam entri ini, music ala ala nak umumkan pemenang yang biasa ditengok di television hehehe*



Dan pemenang ketiga jatuh kepada peserta no...


Tahniah diucapkan kepada para pemenang! 💃 Tahniah kepada Kak Ret, Kak Amie dan juga Kak Dana! Kalau tertanya tanya kenapa masa yang agak berbeza antara Kak Ret dan Kak Amie vs Kak Dana, itu sebab aku ada buat blood glucose test lepas selesai naik nombor Kak Amie. Itu lain entri aku cerita hehehe.

Dan satu lagi kalau tertanya tanya, kenapa jumlah nama masa pilih pemenang ketiga hanya ada 50 nama sahaja, itu kerana aku dah buang nombor peserta 10 dan 24. Jadi tinggal 50 orang sahaja.

Aku harap kalian sudi terima hadiah kecil dan tak seberapa daripada aku ini. Masa naik nombor nombor para pemenang ini, aku terus terbayang muka Firdaus, Uyyum dan Aiyan. 

Mesti Mellow Crunch ini akan jadi hak milik mereka bertiga 😆 

Dan kepada para pemenang, boleh email details diri masing masing kepada aku di jiehahzak@gmail.com

Email maklumat diri macam biasa, nama, alamat dan no telefon untuk aku poskan Mellow Crunch. Nanti bila dah ada tracking number, aku akan update ya. Aku minta maaf kalau lambat bagi tracking number.

Beli di shopee, kadang kadang seller makan masa nak poskan barang customers. Nak nak sekarang dah tak boleh pilih courier, berserah saja pada shopee untuk tentukan courier mana yang mereka nak. Jadi, aku minta maaf awal awal. In shaa Allah, kalau dah ada tracking number, aku terus update kepada para pemenang.

Jumpa lagi di lain giveaway hehehe.

Nota jemari: Next giveaway nak bagi hadiah apa pula eh? Hahaha. Mesti jemu kan kalau asyik bagi chocojar setiap kali buat giveaway kan 😂 Tak ada kepelbagaian langsung hehehe

Monday, 21 June 2021

Pengambilan 18, 702 Guru Secara One Off - Sesuai atau Tidak?

Dipetik daripada Utusan Malaysia online, pengambilan seramai 18, 702 pegawai pendidikan gred DG41 secara 'one off' yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan adalah untuk mengatasi masalah kekurangan guru di Malaysia yang membabitkan negeri dan matapelajaran tertentu.

Iklan tawaran yang akan dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan bermula 07 Julai dan penempatan secara berperingkat akan dibuat bermula Oktober, kata Menteri Kanan Pendidikan iaitu Datuk Dr. Radzi Jidin.

Kementerian Pendidikan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk memastikan perancangan ia lebih teratur dengan pendekatan baharu dibuat oleh kementerian bersama SPP dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 

Pengambilan guru secara one off ini adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang kekurangan guru dan matapelajaran yang menghadapi masalah kekurangan guru. 

Empat negeri yang kekurangan guru ialah:
  • Sabah
  • Sarawak
  • Selangor
  • Johor

Antara subjek yang kekurangan guru untuk diisi ialah:

Sekolah Rendah:
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Sekolah Menengah:
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk dan Teknologi

Berita pengambilan guru secara one off ini menarik minat aku memandangkan aku sekarang tak ada pekerjaan. Nak mencari pekerjaan sekarang bukan senang, mostly tak ambil pekerja disebabkan masalah kewangan akibat Covid-19. 

Bila tengok ada subjek Sejarah, lagilah menarik minat aku memandangkan aku memang minat dengan subjek Sejarah. Boleh dipertimbangkan untuk apply bila tawaran sudah dibuka. 

Tapi tengah tengah scroll pasal berita ini, tiba tiba ternampak satu berita yang mengatakan pengambilan guru secara one off ini tidak sesuai. 

Sebab apa tidak sesuai? Sebab takut akan menimbulkan masalah dari segi struktur dan kualiti keguruan. Hanya graduan yang memang dari bidang pendidikan sahaja yang layak untuk memohon dan diterima untuk mengisi kekosongan sebanyak 18, 702 jawatan baru yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). 


Pendapat kalian macam mana? Sesuai atau tidak graduan yang datang dari pelbagai bidang dan mohon untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai guru seperti yang ditawarkan oleh Kementerian Pendidikan? 

Atau graduan yang datang dari pelbagai bidang tersebut hanya perlu fokus kepada bidang asal mereka sahaja? Senang cerita, jangan menyibuk nak mohon sebagai guru. Kalau bidang asal perubatan, fokus saja dalam bidang perubatan. Jangan fokus bidang pendidikan.

Bagi aku, tak salah kalau nak mencuba bidang lain. As long as, kita diberikan pengetahuan, tunjuk ajar yang secukupnya sebelum mula mengajar para pelajar. 

Mudah kata, sebelum nak mengajar, kenalah belajar dulu selok belok bidang pendidikan. Sekurang kurangnya tak ada lah kosong sangat ilmu di dada. Mungkin boleh hadir kursus, ataupun belajar lagi dalam setahun hingga tiga tahun sebelum mula mengajar.

Kawan aku pernah ajak aku untuk ambil bidang perguruan. Kiranya, second degree aku dalam bidang perguruan. First degree dalam bidang Ukur Bangunan. Bila baca balik syarat kemasukan Institut Pendidikan Guru (IPG), rasa macam lambat lagilah boleh bekerja HAHAHA. 

Pertama sekali, kena ambil Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau tiga semester di IPG yang ditetapkan. Kemudian, akan ditawarkan untuk mengikuti pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan selama empat tahun atau 12 semester

Okay rasa macam menyimpang jauh jugalah tajuk entri dengan isi entri hehehe. Tapi bagi aku, pendapat aku, tak salah kalau mencuba untuk memohon walaupun aku bukan dari bidang pendidikan. 

Dunia sekarang, kena cuba semua benda. Ada rezeki, dapat tawaran. Tak ada rezeki, kita cuba di tempat lain. 

Jangan memilih kerja. Cari kerja, janji dari rezeki yang halal :)

Nota jemari: Takut sampai email daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 😂

Sunday, 20 June 2021

Buang Broken Link dalam Blog

Bosan bosan tak tahu nak buat apa, jadi marilah kita selongkar blog kita. Nak jadi seorang blogger, bukan hanya menulis dan publish entri semata mata. Kena tahu juga perkembangan semasa blog kita ini.


Sebenarnya aku tak pernah tahu tentang broken links ini sampailah aku terjumpa satu entri daripada Sis Awa yang mengatakan ada kemungkinan broken links yang ada di blog kita terlalu banyak. 


Apa itu broken links?

Broken links ini ialah sebarang link yang ada di dalam blog kita terutama sekali dalam entri yang telah di publishkan oleh kita yang telah rosak. Link link yang memang error, memang tak boleh diakses lagi. Error 404.


Broken links boleh terdiri daripada pelbagai sumber antaranya ialah link giveaway, link contest, link facebook, profile blogger dan lain lain lagi. 


Boleh bayangkan lagi tak apa itu broken links?


Senang cerita, ada seseorang letak link blog aku ke dalam entry dia sebagai rujukan. Tiba tiba, aku tukar link blog aku daripada atiqahnajihah.com kepada akubudakgirl.com (contoh sahaja). 


Jadinya, link blog aku yang seseorang itu tadi letak di dalam entri dia sebagai rujukan sudah menjadi broken link sebab link blog aku yang lama iaitu atiqahnajihah.com sudah tidak dapat diakses lagi. 


Tak dapat akses lah sebab aku dah tukar kepada akubudakgirl.com. Itu maksudnya broken links. Boleh dikatakan hampir semua blog akan mengandungi broken links ini. Blog yang lagi lama aktif, lagi banyaklah broken links yang ada dalam blog mereka.


Penting ke buang broken links ini? Jawapannya terpulang kepada diri sendiri. Nak buang broken links tak adalah susah mana, cuma atas kerajinan diri sendiri sahaja. Kalau sikit sahaja broken links nya mungkin rajin lagilah. 


Tapi bila dah beratus atau boleh jadi beribu broken links yang ada dalam blog, maka penyakit yang bermula dengan huruf M mula menguasai diri HAHAHA. Malaslah nak cakap penyakit M itu apa, eh tapi dah tersebut dah pula hehehe.


Nak tahu tutorial macam mana nak buang broken links? Boleh sahaja rujuk disini tapi aku tetap nak tunjuk juga demi memanjangkan entri 😂


Cara Buang Broken Links




Macam biasa, masukkan link blog kalian dan tekan 'Find broken links'. 

Seterusnya, masukkan security code yang dibagi dan tekan 'Find broken links now!'

Maka bermulalah proses mencari broken links yang ada dalam blog kalian. Akan dipaparkan kesemua broken links yang ada dalam blog kalian beserta lokasinya.


Gambar diatas ialah broken links yang ada dalam blog aku. Eh! Satu saja ke broken link yang ada dalam blog aku?

Tidak teman teman. Tadi aku dah check dan ada 12 broken links. Almaklumlah blog aku masih dikategorikan sebagai blog baru, jadi broken links nya tak banyak hehehe. 

Lepas dah setel buang kesemua broken links, aku buat second check. Tiba tiba naik yang satu broken link ini (rujuk gambar diatas). Yang satu inipun dah selesai aku buang. 

Kalau blog sesiapa yang ada terlampau banyak broken links, boleh tekan stop dahulu. Setelkan dulu sedikit demi sedikit sampai selesai buang kesemua broken links. Buat sikit sikit pun tak apa, janji proses bergerak. 

Okay, kalau tengok gambar yang aku letak diatas, broken link itu datang daripada profile blogger. Yes, mostly broken links yang ada dalam blog aku datangnya daripada profile blogger. Komen komen daripada para pembaca yang menggunakan anonymous atau unknown profile ketika meninggalkan komen di entri aku.

Jadi, apa yang aku buat? Aku cari komen komen tersebut dan padam. Selesai. Lepas itu, aku ubah setting blog aku. Kalau sebelum ini, aku setkan kepada semua orang boleh komen. Tapi sekarang tidak lagi. Orang yang ada google account sahaja yang boleh komen. 

Kadang kadang, sesiapa yang suka share video daripada Youtube pun boleh jadi broken links bila video tersebut menjadi copyright. Jadi nak tak nak terpaksa buang video tersebut. Kalau tak, dia akan menjadi broken links dalam blog kita.

Gambar gambar yang diambil di google pun begitu juga. Ada juga broken link dalam blog aku. Aku ambil gambar dari google.com. Nak mudahkan kerja, terus aku delete entri hahaha. Sebab itu, mostly gambar yang aku letak dalam entri, aku buat sendiri di canva. Senang.

Nak lagi senang, tak payah letak gambar. Tapi kadang rasa kosong sangat kalau tak ada gambar. Ke tak begitu? Hehehe.

Aku buang broken links sebab broken links ini boleh mengganggu tahap Search Engine Optimization (SEO) pada blog kita. Lama lama, blog kita boleh dianggap spam oleh Google Search bila terlampau banyak sangat broken linksnya.

Broken links boleh mengurangkan kualiti Search Engine Optimization (SEO) bagi sesebuah blog dan secara tak langsung mengganggu prestasi blog kita. 

Hari ini buang, esok ada broken links baru pula. Buang broken links, eh esok ada lagi dan lagi dan begitulah seterusnya. Buang sikit sikit, lama lama jadi bukit hehehe. 

Friday, 18 June 2021

Korean Movie: Spellbound


Sinopsis:

Sejak usia muda, Yeo Ri boleh melihat hantu dan disebabkan kebolehannya melihat hantu, banyak perkara yang telah berlaku kepada orang yang berada di sekelilingnya. Yeo Ri mula mengasingkan diri daripada dunia luar.

Ketika menjadi pembantu di dalam Horror Magic Show seorang ahli silap mata yang bernama Jo Goo, Yeo Ri secara tidak langsung menjadi rapat dengan Jo Goo setelah Jo Goo diganggu oleh seorang budak kecil yang dilihat berada di rumah Yeo Ri.

Bolehkah Jo Goo membantu Yeo Ri untuk mencari jalan keluar atau adakah dia akan dikejar oleh hantu hantu seperti semua orang yang hadir dalam hidup Yeo Ri?

Sinopsis tamat.

Beginilah kehidupan seorang atiqah najihah yang kebosanan terperap dalam rumah. Habis semua drama atau movie ditengok. Yang habis tengok, habislah. Yang tergendala sekerat jalan, tak tahu bila boleh habis tengok HAHAHA.

Sebenarnya dah lama nampak poster movie ini di dalam aplikasi Viu tapi tak tergerak hati pula nak tengok. Tapi lepas tengok review daripada seseorang di twitter, terus pergi tengok.

Movie Spellbound ini dah keluar lama dah, tahun 2011. Awal awal tak cam siapa dia Yeo Ri itu. Eh rupa rupanya girlfriend Hyun Bin iaitu Son Ye Jin! Tak berubah mukanya ya, makin cantik sekarang ini hehehe.

Okay back to the movie, boleh tahan lah. Not bad. Nak cakap best sangat, tak juga. Nak cakap tak best, itupun tidak juga. Tengah tengah 😂

Kasihan dengan kehidupan Yeo Ri sebab dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai. Keluarga dia sendiri terpaksa berpindah ke Norway sebab takut terjadi sesuatu kepada mereka. Makna kata, Yeo Ri tak boleh ada sesiapa dalam hidup dia. Tak boleh rapat. Kalau rapat, nanti nanti adalah berlaku sesuatu kepada orang yang rapat dengan Yeo Ri.

Kawan kawan? Dia berhubung melalui telefon sahaja. Nak berjumpa takut. Jadi telefon saja tempat dia berkomunikasi dengan kawan kawannya dan keluarganya. Tidur malam pun tak lena sebab sentiasa ada hantu yang akan mengganggunya. 

Tapi lepas berjumpa Jo Goo, kehidupan Yeo Ri agak berubah. Jo Goo pun tak terlepas daripada terkena sesuatu. Kemalangan jalan raya, signboard kedai (kalau tak silap) almost jatuh atas kepala dari tempat yang tinggi. Dan paling teruk masa tengah buat magic show. Hampir mati. Tapi berjaya diselamatkan.

Lawak part last sekali bila kawan Jo Goo jatuh cinta dengan hantu HAHAHA. Dia tak tahu itu hantu, siap luah perasaan lagi. Luah perasaan itu okey lagilah, ini siap ajak kahwin lagi 😂 

Kalaulah dia tahu itu hantu, sah sah demam seminggu rasanya :')

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tengok di aplikasi Viu bagi sesiapa yang ada akaun Viu. Bolehlah buat hilang bosan musim lockdown ini hehehe.

Wednesday, 16 June 2021

Thesis Degree Part 2


Kesinambungan dari Thesis Degree Part 1. Boleh baca disini: Thesis Degree Part 1

Fikir punya fikir, buat online questionnaires. Nak distributes among students with disabilities di UITM. Dah dapat contact seorang doktor merangkap pensyarah (kalau tak silap aku) yang jaga hal ehwal students with disabilities ini.
 
Tapi untuk sekian kalinya, terpaksa tukar target students lagi sekali. Sebab apa? Sebab takut tak ramai students with disabilities di UITM. Supervisor aku cakap nak dalam 150 respondents. Ya Allah!

150 orang itu agak ramai! Fikir punya fikir punya fikir, aku tukar target kepada student without disabilities. Memang online questionnaires sajalah yang mampu. Keadaan tak mengizinkan waktu itu. 

Ya, walaupun tukar target kepada students without disabilities, total respondents aku tetap tak capai 150 orang. Hanya capai 120 orang sahaja. Supervisor pun cakap, tak apalah Atiqah. Awak analisis saja walaupun hanya ada 120 orang sahaja yang menjawab online questionnaires aku. 

Jenuh nak analisis! Pakai Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Tak pernah pernah belajar pakai software SPSS, tiba tiba analisis pakai software ini. Belajar last minit di Youtube! Dan belajar dengan kakak aku juga sebab thesis dia sebelum ini pun pakai SPSS juga. 

Beli software di Shopee, tak silap berharga RM 3.00. Memang murah 😂 Nak dijadikan cerita, aku baru nak analisis data 01 Julai 2020, tiba tiba supervisor merangkap penyelia subjek Academic Project hantar whatsapp dalam group batch aku, full report thesis mesti dihantar pada 03 Julai 2020! 

Ya Allah lagi sekali! Dalam masa dua hari nak kena setelkan Chapter 1, 2, 3, 4 dan 5! Tak termasuk format thesis lagi! Classmate aku pula ada yang laptop di kedai sebab rosak, bincang punya bincang, penyelia extend tarikh sampai 09 Julai 2020 kalau tak silap aku.

Maka pulun atiqah pulun siapkan thesis. Tak tidur malam selama beberapa hari. Tidur lepas subuh. Sampai kakak kedua aku membebel sebab tak tidur malam. Dia tak tahu ke, students memang suka buat kerja last minit? 😂 

Idea mencurah curah kalau last minit! 

Kakak kedua aku nak tidur waktu malam, jenguk bilik aku sekejap. Tengok aku masih di depan laptop. Eh! Bangun pagi siap siap nak pergi kerja, tengok aku masih di depan laptop. Geleng kepala saja yang mampu HAHAHA. 

Kakak ketiga aku memang dah sedia faham sebab dia pun student juga masa itu. 

Akhirnya, setelah beberapa hari tak tidur malam, tidur lepas subuh, sambung buat kerja lepas zohor, berjaya submit full report thesis pada 08 Julai 2020. Dia punya gembira, memang tak terkata! 

Awareness and Observation Among UITM Students on Facilities Provided for Students with Disabilities. 

Tajuk rasmi thesis ijazah sarjana muda aku 👆

Itu baru siap submit full report thesis. Tak siap lagi presentation. Ada mini kolokium. Alhamdulillah bersyukur juga sebab tak payah present melalui google meet. Cukup sekadar buat slide presentation dan record suara. Then, submit melalui email. 

Nak record suara pun banyak masalah. Masa itu duduk di Marang. Rumah betul betul depan jalan raya utama. Tak kira masa, pukul 3 pagi ke 4 pagi ke mesti ada lah bunyi motor lah ekzos kereta yang bising lah dan sebagainya.

Aku sajalah nak record suara pagi pagi buta dengan harapan tak ada gangguan, tapi tetap ada gangguan. Kalau record siang hari, tak payah cakaplah sebab memang lagi double triple gangguan. 

Aku redha dah, sebab letih dah nak record. Memang akan ada banyak gangguan. Tak termasuk gangguan oleh makhluk Allah yang berbulu dan berfish ball. Meow meow tak berhenti henti HAHAHA. Jentik fish ball kan baru tahu! 😆

Dah setel buat slide presentation, dah setel record suara, dah submit di email. Akhirnya, sudah boleh di hard coverkan. Tapi, aku rasa tersangatlah membazir buat hard cover yang harganya agak mahal. Sebab apa membazir? 

Sebab kesudahannya, akan masuk bakul sampah :') Tapi terpaksalah ikut arahan. Penyelia nak hard cover, kita pun buat saja lah. Janji dapat A. Hahaha.

Teringin Nak Beli Etsy Template Blog

Teringin betul ya, setiap malam buka tutup website etsy.com. Sebab terkenankan template blog di etsy. 

Tak dinafikan, template blog di etsy banyak yang cantik cantik. Tapi harganya pun cantik HAHAHA. Aku tak tengoklah template yang cecah ratus ratus apatah lagi ribu ribu itu.

Tengok bawah RM 50.00 sahaja. Itupun dah banyak yang cantik cantik! Cantik pada pandangan akulah. Simple sahaja. Layout simple.

Tapi tak beli beli lagi sebab masih memikirkan. Tak tahulah bila nak habis fikir. Perempuan kan, selagi tak beli, selagi itulah berlegar legar dalam kepala otak :')

Nanti dah beli, mulalah menyesal lah, itulah, inilah dan macam macam lagi. Rumit ke seorang perempuan? HAHAHA. Ke aku saja yang macam itu? Hehehehe.

Memikirkan bila dah beli, mestilah kena tukar template. Tak akan nak disimpan saja. Nak kena hadap coding template yang memeningkan kepala satu hal. Lagi satu hal, ada terbaca time mohon AdSense tak boleh tukar tukar template blog. 

Betul ke? 

Sebab itulah aku masih kekal dengan template blog yang sedia ada ini. Dah lama tak tukar. Terdetik juga nak tukar tapi tahan diri. Hmmm dengan template blog bukan main tahan diri, tapi bila buka shopee, tak boleh tahan diri pula 😂




Pilihan pertama aku. Berkenan betul aku dengan font dia pakai. Jenis aku, aku cerewet sikit pasal font. Benda pertama aku tengok ialah font. Yang kedua baru tengok layout blog. 

Memang boleh tukar font di template sedia ada ini, tapi kadang kadang bila tukar font yang aku minat, dia macam tak jadi. Itu yang frust menonggeng. Gigih download dan install dalam laptop, sekali apply di blog, tetap tak menjadi. Tak tahu kenapa dia tak detect.

Kadang di laptop aku dia detect, tapi bila orang lain buka blog aku, dia jadi font lain pula. Mungkin sebab font itu hanya ada di laptop aku sahaja kan? Jadi dia tak boleh detect bila buka di laptop atau telefon orang lain? 

Boleh jadi ke macam itu?




Dan yang terakhir, pilihan kedua hehehe. 

Bagi kalian, yang mana cantik? Kalau ikutkan harga, yang kedua lagi murah berbanding yang pertama. Tapi kalau ikut pilihan hati, aku lagi suka pilihan nombor satu.

Bak kata kakak aku, yang percuma ada. Pakai saja yang percuma. Jimat duit HAHAHA. Tak membantu langsung! Tapi bila difikirkan balik, ada betulnya juga kan? Yang percuma dah ada, pakai saja yang percuma. Tak payah pening pening fikir nak beli ke tidak 😂

Jadi, nombor satu ataupun nombor dua? In case, tak boleh tidur, tiba tiba terbeli. Macam terbeli domain blog hari itu HAHAHAHA.

Nota jemari 1: Banyak lagi template blog yang cantik cantik, pergi etsy.com dan search blogger template. Mana tahu ada yang TERbeli hehehe :P

Nota jemari 2: Dulu berangan, kalau menang contest yang #luckyblog by Alien Oren, nak pakailah template ini, sekali nah merudum jatuh dari nombor satu kepada nombor lima HAHAHA :')