Sunday, 6 June 2021

Korean Drama: Doom at Your Service


Sinopsis:

Doom At Your Service mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Tak Do Kyung (Park Bo Young) yang merupakan seorang penyunting, di sebuah syarikat novel. 

Myul Mang (Seo In Guk) secara tiba tiba muncul dalam kehidupan Do Kyung. Dia membuat perjanjian selama 100 hari dengan Myul Mang, mempertaruhkan nyawa dan cintanya. 

Sinopsis tamat.

Serious talk, sampai episode yang paling latest iaitu episode lapan, aku masih tak faham jalan cerita drama korea ini 😂 Aku tak tahu lah kenapa aku pending teruk bila tengok Doom At Your Service ini. 

Kakak aku pun tengok dan dia pun sama macam aku. Tak faham jalan cerita. Aku tengok pun sebab minat heroin dalam drama ini iaitu Park Bo Young. 

Tapi nak memahami 100% jalan ceritanya, aku masih tak boleh HAHAHA. Ada yang tengah tengok juga ke drama ini? Adalah juga baca komen komen orang lain di Facebook, Twitter, Instagram tapi masih tak faham faham :')

Tak tahulah episode berapa aku akan faham semuanya, entah entah sampai habis episode pun masih tak faham faham. 

Yang aku faham, Do Kyung ada penyakit dan mempunyai beberapa bulan sahaja lagi untuk hidup. Dan masa mabuk, Do Kyung ada membuat permintaan ketika meteor melintas iaitu nak musnahkan dunia ini sebelum dia meninggal. Tiba tiba muncul Myul Mang dalam kehidupannya. 

Yang perjanjian 100 hari yang aku tak faham sebenarnya. Apa yang mereka janjikan? Kalau salah seorang langgar kontrak, apa yang akan jadi? Dan sebagainya.

Yang dewa itupun aku tak tahu tugas dia apa. Sepanjang masa duduk di hospital. Kadang kadang muncul secara tiba tiba dalam hidup Do Kyung. 

Nota jemari: Sesiapa yang tengah layan drama ini, mind to explain jalan cerita dia? 😂

18 comments

  1. Alaaa kalau xpaham susah la nk tgk hahahaa ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah pasal kak shida hahaha, tengok dalam keadaan blur >.<

      Delete
  2. Lama tak layan drama, apatah lagi drama Korea.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa dah ni, kaum adam susah sikit nak layan korea korea ni hahaha

      Delete
  3. Tak pernah layan lgi drama ni... kat netflix ada ke.?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada di netflix, tapi di viu ada kak dana hehehe

      Delete
  4. lama dah tak layan korea. last hospital playlists hari tu...pastu layan drama thai...bolehlah bookmark lu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hospital playlist dah nak masuk Season II kannnnn. Saya yang first tak tengok lagi hahaha >.<

      Delete
  5. Hahaha drama ni pun k ret pending lg sbb bc sinopsis mcm blur kejap hahaha.. Nmpk gaya mmg hold smp dh xde cite br layan la hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak ret :')
      Pending terukkkk. First time tengok kdrama pending macam ni. Memang tengok semata mata bo young aje hahahaha >.<

      Delete
  6. menarik cerita nii. tapi baru layan sampai episod 2 je haritu. ni belum cek episod terbaru lagii

    ReplyDelete
  7. dulu2 minat Seo In Guk..suka lagu2 dia..

    ReplyDelete
  8. Tak tengok lagi walaupun suka heroin tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  9. Banyak pulak ye lakonan Park Bo Young. Alahaii teringat pulak film Park Bo Young dan Kwang Soo collective invention.

    ReplyDelete
  10. Okey, kalau Atiqah tak faham, kemungkinan untuk akak tak faham ialah kuasa 2 hahaha

    ReplyDelete
  11. oKay cerita dia macam ni~

    Do Kyung sakit, pahtU mengharapkan dunia yang tak adil ni musnah. Itu lah si myul Mang tu. pahtu dorang ikat kontrak tu sempena 100hari lagi sebelum hari kematian si Do kyung, Myul mang akan bantu Do Kyung untuk kurangkan sakit dia dan suruh dia buat pilihan sama ada nak betul dunia ni musnah ataupun dirinya saja yang mati. Kalo Do Kyung langgar perjanjian maka orang yang paling Do Kyung sayang akan mati. Gituuu


    Awak baca tak ni.. hAha

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)