Friday, 11 June 2021

Claim Free 40GB YES Sim on Shopee


01 Jun 2021 hari itu, aku berjaya redeem untuk eBelia sebanyak RM 150.00. Masa redeem eBelia itu, ada satu voucher bernilai RM 50.00 yang diperuntukkan untuk YES sim card. 

Alang alang dah ada voucher free RM 50.00, kita pun redeem. Benda percuma kan, kena gunakan 😆


Tak payah bayar satu sen pun sebab guna voucher yang diberikan. Aku redeem 02 Jun, seller ship out 05 Jun dan selamat sampai 10 Jun. Seller pakai courier ninjavan. Bagi aku agak lambat tapi never mind. Bukan urgent pun hehehe.

Sebelum itu, kalau nak tahu, sesiapa yang membeli di shopee sebanyak RM 50.00 dan keatas, mereka akan dapat data internet percuma daripada YES iaitu sebanyak 5GB. 

Misal kata bulan Januari, seseorang membeli RM 100.00 di shopee, nanti masuk bulan Februari, dia akan mendapat 10GB internet percuma daripada YES. Nak kena ada YES sim card lah jawabnya. Tapi kalau tak nak, tak apa. Tak jadi masalah. Boleh abaikan sahaja. 

Atau boleh bagi code data internet percuma kepada sesiapa yang pakai YES sim card. Sekurang kurangnya, tak terbiar begitu sahaja.


Ini antara data internet percuma yang aku boleh redeem dengan YES sim card. Banyakkkk! Free of charge! Cumanya, kalau sesiapa yang tak boleh redeem eBelia, boleh beli YES sim card dengan harga RM 1.00 sahaja.

Kalau nak tahu berapa yang para pembaca dapat data internet percuma daripada YES, boleh buka shopee dan rujuk gambar dibawah.


Tekan yes yang aku bulatkan


Scroll ke bawah sampai jumpa see all my voucher codes. Nanti akan keluar macam gambar ketiga yang aku tunjukkan dalam entri ini.

Aku redeem eBelia voucher dan aku dapat 40GB internet. Dan aku boleh redeem juga internet percuma yang aku dapat seperti gambar di atas. Sayang, yang bulan Januari dan Februari dah expired sebab dia hanya valid untuk empat bulan selepas tarikh 01 Januari atau 01 Februari dan seterusnya.

Bulan Jun baru aku redeem. Memang expired lah yang internet percuma untuk bulan Januari dan Februari. Nasib baik yang bulan Mac, April, May dan Jun masih belum expired. Hehehe.

Okay semalam bila sampai, terus aku register sim. Macam biasalah, proses pendaftaran. Nak kena ambil gambar kad pengenalan, selfie bersama kad pengenalan dan sebagainya. Tak lama pun prosesnya.

Tapi ada satu masalah bila aku tak boleh nak login aplikasi YES. Puas refresh email sebab dia cakap dia akan hantar email untuk password sementara. Tapi tak sampai sampai. Buat letih aku saja register sim (cakap dalam hati) HAHAHA.

Tapi pagi tadi, tengah buka email, ternampak email daripada YES. Cepat cepat login dan pakai password sementara yang diberi oleh pihak YES. Dan finally, berjaya juga! Jangan lupa tukar password ya :)


Tadaaaaa! Inilah hasilnya hehehe. Total 60GB.

40GB (hasil redeem voucher eBelia) + 20GB (aku redeem internet percuma yang aku dapat untuk bulan Mac - boleh rujuk gambar ketiga)

Jadilah 60GB!

Dan yang paling best, line internet sangatlah laju ya Allah. Jadi sekarang, aku ada tiga sim card iaitu TuneTalk, Hotlink dan YES :')

Sim card TuneTalk aku guna untuk iphone, YES dan Hotlink aku guna di OPPO A37. Nasib baik OPPO A37 support 4G! Aku macam risau juga sebab takut OPPO tak support 4G. Almaklumlah OPPO A37 ini yang lama punya.

Aku beli tahun 2017 kalau tak silap 😂 Tapi lagi sekali, nasib menyebelahi aku, bila masukkan YES sim card, dia menjadi. 

Automatik internet YES ini aku jadikan hotspot. Gembira lain macam kakak aku sebab ada data internet percuma. Internet redONE yang dia pakai cepat sangat habis. Puas suruh tukar ke TuneTalk tapi tak ada masa nak pergi tukar. 

Kesudahannya, memang akulah yang selalu jadi mangsa, kena buat internet Hotlink then buka hotspot. Tapi sekarang dah ada YES, memang pakai internet YES sajalah hehehe. Bagi aku berbaloi! Sangat berbaloi. 

Aku tak keluarkan satu sen pun duit dan dapat data internet percuma. Bolehlah layan korean drama or movie sampai lebam biji mata HAHAHA. Padahal internet TuneTalk pun unlimited. 

Tapi apa apapun, ini semua berdasarkan pengalaman aku. Sebelum nak beli, check coverage dulu. Laju atau tidak. Check samaada telefon kalian support atau tidak YES sim card (macam mana nak check aku pun tak sure huhuhu). 

Mostly aku baca review di shopee yang bagi satu bintang, mostly cakap tak boleh nak aktifkan sim card, coverage tak ada padahal duduk tengah bandar dan sebagainya. 

Macam aku, aku mencuba nasib. Tak dapat guna YES sim card pun tak apa, sebab aku tak rugi apa apa. Tapi Alhamdulillah, aku boleh guna. 

17 comments

  1. saya start guna YES mco 1.0 haritu dan masih guna sampai skrg. mmg sini laju hehe

    ReplyDelete
  2. Untung ada eBelia.
    Tapi akak pernah guna Yes sebagai hotspot daripada adik punya.

    ReplyDelete
  3. Untung...nasib akak pakai postpaid

    ReplyDelete
  4. Tak dapat nak claim. Shopee reject. Uni buat hal.

    ReplyDelete
  5. su claim ebelia guna tng... nk guna shopeepay tapi IC tak ambil lagi dekat JPN huhuhu

    ReplyDelete
  6. Banyak kelebihan tu . Tapi CCL xdapat claim . Melangkaui umur da . Hehe

    ReplyDelete
  7. untung..seronok la duk hotspot heheee ^_^

    ReplyDelete
  8. Hari tu plan nak claim.Tpi baru teringat yang diri ini bukan lagi belia remaja.Hu3

    ReplyDelete
  9. bestnya boleh claim free 40g byk tu

    ReplyDelete
  10. sayangnya yang dah expired tu. Tapi kira untung lagi ada baki boleh gunakan. Untung juga line laju. Musim pandemik tak keluar ni boleh layan drama/movie sakan.

    ReplyDelete
  11. Perasan benda ni dlm shopee tp xboleh claim sbb dh terover belia 😂😂 bestlah boleh guna nanti

    ReplyDelete
  12. Bestnya bole guna ebelia. Akk dah tua agaknyaaa niii hahahahha

    ReplyDelete
  13. Untung Atiqah. Akak yang ada sekarang pun dah ok. Tempat akak, Digi paling laju. Lagipun, akak bukan belia lagi, dah remaja purba dah. Hehe..

    ReplyDelete
  14. Wah, beruntungnya Atiqah! Ini kenyang data namanya 😁

    ReplyDelete
  15. Sep sikit.. Walaupun tak boleh claim ebelia tu tapi memang selalu tebus data Yes tu sebab rajin shopping dekat Shopee kan.. hehehe.. Lagipun dekat rumah ini laju juga Yes tu..

    ReplyDelete
  16. my bro pun buat.. byk juga kannnn

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)