Showing posts with label Juruukur Bangunan. Show all posts
Showing posts with label Juruukur Bangunan. Show all posts

Thursday, 11 March 2021

Juruukur Bangunan / Building Surveying



Assalamualaikum dan selamat pagi! Semalam tengah scroll scroll facebook, nampak salah seorang lecturer yang pernah mengajar aku masa diploma dan degree ada berkongsi keratan akhbar Harian Metro (gambar diatas) di status facebook miliknya. 


Rupa rupanya, keratan akhbar tersebut tentang peranan juruukur bangunanDipetik dan diubah sedikit dari akhbar Harian Metro, 08 Mac 2021, 7.00 pagi.


Sebagaimana aku pernah beritahu sebelum ini, kerjaya juruukur bangunan ini tak lah sepopular seorang arkitek yang melukis dan melakar idea yang kreatif bagi pembinaan sesebuah bangunan. 

Tapi, peranan seorang juruukur bangunan ini sangatlah penting walaupun hanya membina sebuah rumah apatah lagi membina bangunan pencakar langit. Seorang juruukur bangunan itu ialah seseorang yang membantu memastikan proses reka bentuk sesebuah bangunan itu menepati ciri ciri piawaian perundangan yang telah ditetapkan. 

Juruukur bangunan juga ialah seseorang yang akan mengawasi dan memantau proses pembinaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang tanpa sebarang dengan berpandukan spesifikasi yang telah dipersetujui sebelum pembinaan bangunan dimulakan.

Pelbagai isu yang melibatkan bangunan yang akan didiagnosis oleh seorang juruukur bangunan antaranya termasuklah isu reka bentuk, kaedah pembinaan dan penggunaan bahan pembinaan. Dalam kata lain, juruukur bangunan ni boleh digelar sebagai seorang 'doktor bangunan'. 

Doktor Irwan Mohammad Ali iaitu Koordinator Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni UiTM Perak berkata, juruukur bangunan ini juga sebagai tonggak pengurusan aset dan fasiliti negara. 

Sekadar info, Dr Irwan ini merupakan bekas pensyarah aku. Doktor Irwan pernah mengajar subjek AutoCAD and Revit. Subjek melukis yang menggunakan software yang sangat melemahkan aku HAHAHA.


   


Gambar alat diatas dipanggil alat meter kelembapan atau moisture meter. Moisture meter digunakan untuk mengesan kandungan kelembapan pada permukaan dinding bangunan. 92.6 dan 93.8 tu bacaan kelembapan pada permukaan dinding yang berjaya dikesan. 

Gambar ini diambil semasa academic trip semester 4 waktu diploma ke Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Acheh, Pulau Pinang. Syok betul guna alat moisture meter ini, hanya tekan ke permukaan dinding dan ada juga yang tekan ke kulit kawan kawan sebab nak tahu kulit kering ke lembap HAHAHA. 

Okey sambung. Antara pengiktirafan yang diterima adalah daripada Royal Institute Surveyor Malaysia (RISM), Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), Malaysian Qualifications Agency (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam dan Royal Institution of Chartered Surveyors of United Kingdom (RISCs). 

Macam pernah diberitahu sebelum ini, kerjaya lepasan Diploma Ukur Bangunan antaranya termasuklah pembantu pegawai fasiliti bangunan, pembantu perunding ukur bangunan, kontraktor dan penyelia tapak binaan. 

Manakala, lepasan Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan pula ialah pengurus fasiliti bangunan, pengurus bangunan, pengurus penyelenggaraan dan pemuliharaan bangunan.

Wednesday, 3 March 2021

Life As Building Surveying's Student Part I

Assalamualaikum and hi peeps! Today, nak sambung cerita pasal Building Surveying tapi bukan lagi "apa itu building surveying". Tetapi, pasal kehidupan seorang pelajar jurusan Ukur Bangunan. Firstly, masa isi borang UPU dulu kan, aku sendiri tak tahu apa benda yang diisi sebab pakat tekan tekan je. Alhamdulillah, rezeki dapat course Ukur Bangunan. Masa itu memang tak kisah langsung dapat course apa tapi yang dikisahkan dekat mana aku akan pergi. Search punya search pakcik google tu, dapat tahu course ini for diploma hanya ada di UiTM Seri Iskandar. Nun jauh di Perak sana. 


Atas nasihat and pandangan family, maka 02 June 2015 selamat mendaftarkan diri sebagai salah seorang pelajar diploma jurusan Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar. Seminggu yang menyeksakan sebab ada MDS ala ala orientasi sekolah. First semester masih main main, tak belajar sungguh sungguh so hasilnya boleh dilihat pada keputusan peperiksaan. Tapi, Alhamdulillah still 3.0 above. Life sebagai seorang junior, gigih mencari senior senior sebab nak minta notes or soalan exam yang sebelum sebelum ini. Alhamdulillah lagi sekali, kenal senior yang baik. Tanya macam macam pun still jawab dengan baik.


Sekadar info, semester 1 dan 2 tak akan ada academic trip. Academic trip inilah yang paling disukai oleh semua pelajar sebab boleh pergi makan angin! HAHA! Semua kos ditanggung oleh pihak pengurusan universiti. Siap dapat duit poket lagi. Usually, academic trip ini tak lama pun dalam 3 hari 2 malam sahaja. Unless pergi tempat jauh, jadi berkemungkinan akan makan masa dalam seminggu. Masa semester 3, pergi Taiping, buat inspection bangunan kerajaan. Inspection cari kecacatan pada bangunan dan lukis semula pelan asal bangunan. 


Dan kebiasaannya juga, academic trip ini akan bergabung dengan beberapa subjek. Jadi senang sebab case study yang sama. Tak payah dah nak pergi cari case study yang lain.

 


Gambar kenangan depan bangunan yang diinspect. Gigih tahu scroll balik gambar gambar lama semata mata nak letak dalam blog ini haha! Kami berlima satu groupmates. Kami stay satu group untuk semua subjek sebab menyenangkan! Tak payah pening pening nak pilih orang itu ini. Buat group whatsapp pun senang senang! HAHA! Jujur saja, academic trip ini buat kerja sehari saja, selebihnya makan angin. Lecturers pun geleng kepala tapi as long as kami siap buat kerja dan tak ada tertinggal apa apa maklumat, lecturers okey. 


Ini pun salah satu gambar kenangan yang masih ada dalam hard disc. Lecturer lelaki yang boleh buat aku menangis bila dia tanya soalan hahaha, aku pun tak tahu lah asal lah aku mudah dengan air mata padahal sir tanya elok elok je, aku saja yang mudah benar menitikkan air mata HAHAHA. Dalam gambar diatas semua classmates aku tapi ada 2 atau 3 orang budak repeaters. Repeaters ni maksudnya mereka gagal dalam subjek ini pada semester lepas jadi mereka kena repeat ambil masa pada next semester.

Tuesday, 2 March 2021

Building Surveying (BS)


Assalamualaikum and selamat pagi semuanya. Rest sekejap daripada join segmen or giveaway. Today nak cerita pasal "Building Surveying" (BS). Apa itu Building Surveying? Kerja ukur ketinggian bangunan ke? Mostly, orang ramai tak tahu apa itu course BS. 


Sering disamakan dengan "Quantity Surveying" (QS). Tidak sama sekali. Building Surveying ini ialah Juruukur Bangunan while Quantity Sureying pula ialah Juruukur Bahan. 


Berbeza kan? So dah boleh bezakan antara BS dan QS?


Apa yang dilakukan oleh seorang Building Surveyor?


Building Surveying atau Surveyor menawarkan perkhidmatan pakar dalam hal-hal yang berkaitan dengan pembangunan bangunan dan harta tanah seperti pengelolaan projek dan pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan bangunan, pembaikan dan pemulihan harta tanah lama, undang-undang dan peraturan bangunan, kerja-kerja pembongkaran dan pembangunan harta tanah. 


Building Surveying atau Surveyor yang kompeten diharapkan dapat mengurus, mengatur, mengawasi, mengawasi, menilai, dan menyelaraskan setiap aspek kerja bangunan dan pembangunan dan bertindak sebagai penghubung penting dalam projek antara semua profesi yang berafiliasi seperti arkitek, jurutera, perancang dan pembina. Selain itu, Building Surveying atau Surveyor juga menyediakan perkhidmatan perhubungan dan perundingan dengan pihak berkuasa awam dan tempatan untuk pelanggan.