Siapa sini dalam kalangan pembaca blog ini mengalami body acne? Aku merupakan salah seorang yang mengalami body acne. Sebetulnya baru terjadi. Tak tahulah tiba-tiba naik jerawat di badan. Bukan satu badan. Tapi di belakang badan. Lagi tepat, di tulang belikat.
Ingatkan jerawat naik di muka saja, tapi tidak. Naik di badan juga. Aku macam bersyukur sangat bila jerawat dah tak naik di muka since aku pulih breakout tahun lepas iaitu tahun 2020. Aku pernah breakout sebanyak dua kali iaitu pada tahun 2018 dan 2019.
Tak sanggup nak lalui pengalaman breakout lagi sekali. Tipulah sekarang ini tak naik jerawat langsung. Jerawat masih ada masa nak period. Naik satu dua ketul di dahi dan dagu. Tapi setakat satu dua ketul sahaja.
Alih alih, sekarang ini naik jerawat di tulang belikat pula. Sesiapa yang pernah kena, dan sembuh dari body acne, boleh beritahu tak sabun apa yang kalian pakai untuk rawat body acne tersebut?
Aku macam nak beli juga sabun mandi yang boleh rawat body acne aku ini. Aku selalu pakai sabun lifebuoy body wash botol merah, jadi berhajat nak cuba sabun body acne yang betul-betul mampu rawat body acne aku.
Memanglah jerawat badan tak nampak dimata orang lain, memang tak banyak jerawatnya tapi tetap kena rawat.
Bila aku search di Twitter, aku ada nampak Doktor Irma Shida ada berkongsi tentang body acne di laman Twitter miliknya. Salah satu soalan yang sering ditanya oleh orang ramai adalah mengenai body acne.
Menurut Doktor Irma Shida, jerawat bukan sahaja boleh tumbuh di muka tapi juga boleh tumbuh di badan terutama sekali di belakang badan.
Jadi, bagaimanakah cara untuk merawat body acne tersebut?
1. Ketahui apa yang menyebabkan body acne berlaku. Untuk mengatasi masalah body acne ini, seseorang harus mencari tahu apa penyebabnya. Body acne boleh disebabkan oleh hormon, persekitaran, diet dan lain-lain lagi.
2. Berubah kepada diet yang lebih sihat. Sekiranya body acne berlaku disebabkan oleh diet, maka berubahlah kepada diet yang lebih sihat. Kurangkan makan makanan yang berminyak dan makanan ringan. Sebaliknya, banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Juga jangan lupa banyakkan minum air kosong.
3. Jaga kebersihan diri. Yang ini tidak ditujukan kepada seseorang yang mempunyai masalah body acne sahaja, tapi turut ditujukan kepada semua orang. Jaga kebersihan diri. Pastikan untuk menukar tuala setiap seminggu sekali. Jangan gunakan tuala yang sama untuk lap badan dan muka. Gunakan tuala yang berasingan.
4. Pakai baju yang boleh menyerap peluh dengan baik. Apabila berpeluh, ia boleh menjadikan jerawat badan menjadi lebih teruk. Jadi, pastikan untuk memakai baju yang boleh menyerap peluh dengan baik. Jangan pakai baju yang sama berulang kali tanpa dibasuh.
5. Guna sabun yang boleh merawat body acne. Ketepikan dahulu sabun yang biasa digunakan. Sebaliknya, gunakan sabun yang boleh merawat body acne. Kebiasaannya sabun yang mampu merawat body acne ini lebih gentle dan low pH.
6. Gunakan body wash selepas shampoo dan conditioner. Kadang-kadang ada yang gunakan body wash terlebih dahulu, barulah guna shampoo dan conditioner. Bila kita tak cuci badan dengan sabun, liang pori boleh tersumbat dan dan akan menyebabkan jerawat badan kembali semula. Jadi, pastikan shampoo dan conditioner terlebih dahulu sebelum menggunakan body wash.
7. Jangan gunakan body scrub. Jangan sesekali scrub badan bila anda ada masalah body acne. Kalau muka breakout, kita pun dilarang untuk scrub muka kan? Begitu juga dengan badan. Kalau kita scrub, nanti jerawat akan luka dan menjadi teruk.
Dan yang terakhir,
8. Jumpa doktor. Sekiranya body acne berlaku disebabkan hormon, anda disarankan untuk berjumpa doktor. Doktor akan memberikan antibiotik mengatasi masalah body acne tersebut.
Sumber: Body Acne by Doktor Irma Shida
Okey, aku mungkin disebabkan oleh diet dan hormon lah. Makan dan minum tak healthy sikit hehehe. Sebab lain lain itu memang aku tak ada masalah.
Okey sekali lagi, aku baru teringat tentang body scrub! Dan setiap minggu, aku akan scrub badan sebanyak dua atau tiga kali seminggu. Adoi, asal baru teringat ya? HAHAHA.
Memang nak kena ditch dululah body scrub itu, kena pastikan body acne dah tak ada, barulah boleh sambung pakai body scrub semula.
Antara sabun sabun yang dicadangkan oleh warga Twitter. Ada sesiapa yang pernah pakai sabun diatas? Atau mungkin sabun body acne brand lain?
Mind to share?
Social Icons