Showing posts with label Period. Show all posts
Showing posts with label Period. Show all posts

Monday, 26 April 2021

Pelajar Dipaksa Calit Kemaluan?

Pelajar Dipaksa Calit Kemaluan? | Kontroversi tak tajuknya? Harap harap tak ada yang salah faham. Baru baru ini viral di sosial media apabila ada seseorang wanita yang meminta pendapat daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) iaitu Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al Bakri. 

Ia berkenaan isu yang agak sensitif iaitu isu ada sesetengah sekolah yang memaksa pelajar perempuan membuktikan bahawa dirinya sedang haid (period).

Menurut wanita tersebut, sekolah yang melakukan perkara sedemikian meminta pelajar perempuan untuk mencalit kemaluan dan kemudian ditunjukkan kepada pengawas atau guru. Perkara ini dibuat setiap kali pelajar memberi alasan mereka tidak dapat bersolat. 


Menurut Mufti Pulau Pinang iaitu Wan Salim Wan Mohd Noor memberitahu dan menjelaskan bahawa sesiapa pun tidak wajar memalukan seseorang dengan memeriksa bahagian sulit individu tersebut.

Setiap orang mempunyai maruah diri yang wajib dihormati oleh orang lain termasuklah hak menutup bahagian bahagian sulit tubuh mereka daripada dipertontonkan oleh orang lain.

Agama Islam sendiri melarang keras umatnya melihat aurat orang lain walaupun dengan alasan untuk melaksanakan kewajipan yang dituntut seperti menghalang seorang pelajar perempuan daripada berdalih untuk meninggalkan kewajipan solat.

Baca sini: Astro Gempak


Berdasarkan pengalaman aku masa sekolah menengah, aku pernah berdepan dengan situasi macam ini. Tapi bukan aku yang diperiksa. Pelajar pelajar perempuan yang dipaksa tunjuk bukti mereka sedang haid adalah batch aku dan memang aku kenal.

Mostly yang diperiksa itupelajar perempuan yang agak nakal. Biasalah zaman sekolah menengah kan, ada yang nakal, ada yang baik dan sebagainya. Biasanya yang terpilih untuk diperiksa ini ialah muka muka yang kerap sangat tak boleh solat.

Ada saja yang period masa itu tapi tak diperiksa pun oleh ustazah. Yang period dan tak perlu diperiksa semua pakat tengok apa yang berlaku masa itu termasuklah diri aku. 

Jadi pelajar perempuan yang terpilih diperiksa oleh ustazah beratur depan tandas yang ada berdekatan dengan surau sekolah, semua tunggu turn nak calit dan tunjuk kepada ustazah. 

Bila memang terbukti pelajar perempuan tersebut sedang period, ustazah lepaskan dan suruh duduk di luar surau sementara tunggu aktiviti di dalam surau selesai. 

Yang kantoi menipu, tak pasti dikenakan tindakan apa. Mungkin dipanggil ke bilik disiplin sekolah. 

Ada yang raba sebab nak rasa ada pakai pad ataupun tidak. Kalau period mesti pakai pad kan? Jadi yang tak pakai mungkin menipulah. Tapi kalau ada yang pakai panty liner saja macam mana ya? Mungkin period dah nak habis, jadi pakai panty liners sahaja.

Pada pendapat kalian? Perkara ini wajar atau tidak wajar?

Pada pendapat aku, perbuatan ini tidak wajar. Ya tahu ustazah buat semua ini untuk membuktikan bahawa pelajar perempuan yang terbabit tidak menipu semata mata malas bersolat. Tapi itu masih salah.

Ya, solat itu wajib. Aku tak kata solat itu tak wajib. Kita memang sedia maklum bahawa solat itu tiang agama. Tiang tak kukuh, robohlah rumah. Begitu juga dengan solat. Tak solat, sia sia sajalah kita hidup selama ini.

Tapi tak perlulah sampai suruh pelajar mencalit kemaluan mereka semata mata untuk membuktikan mereka period. Ada banyak cara lain lagi contohnya sediakan buku period.

Masa aku tingkatan 4, aku pindah ke sekolah teknik. Duduk di asrama. Memang ada disediakan buku period. Tulis nama dan catat bila kita start period sampai habis period. 

Memang buku itu dipantau oleh warden asrama. Warden akan check senarai nama pelajar, dan panggil pelajar yang period berbelas belas hari. Warden akan bertanya soalan berkaitan period, dan kalau lebih 15 hari, dah dikira istihadah. 

Tak ada pula warden nak suruh calit dan tunjuk kepada dia. 
Tak ada pula warden nak raba raba semata mata nak tahu pakai pad ataupun tidak. 

Jadi pendapat kalian macam mana? Marilah kongsi pendapat sama sama :)