Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Wednesday, 9 March 2022

Golden Salted Egg Chahan & Original Pudding from FamilyMart

Hari jumaat lepas pergi FamilyMart untuk beli makanan tengah hari. Dah tak berapa suka pergi cafe company sebab lauk yang sama sahaja dimasak setiap hari. Kadang-kadang tepu otak fikir nak makan apa. Memang boleh hafal lauk yang cafe masak setiap hari. Ini bukan aku seorang sahaja ya yang cakap pasal ni, even staff lain pun ada merungut benda yang sama. 


Alang-alang rehat hari Jumaat panjang, jadi aku pun pergilah FamilyMart. Mujurlah dekat je FamilyMart tu. Jalan kaki dalam 3 atau 4 minit dah sampai. Duduk termenung depan rak makanan sebab tak tahu jugak nak makan apa HAHAHA. Last-last ambil Golden Salted Egg Chahan.

 

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Foresight

Golden Salted Egg Chahan FamilyMart
Close view

Itulah golden salted egg chahan yang berharga RM6.20. Kecil sahaja portionnya. Dan tak cukup. Lepas makan tu aku masih rasa lapar ya teman teman sebab sikit πŸ˜‚ Udang pun 2 ekor je, size besar sikit daripada udang kering kikiki. 

Monday, 7 March 2022

Review: Honey Ice Cream from Bubblebee

Dua tiga hari lepas tengok housemate makan honey ice cream ni rasa terliur pulak sebab nampak sedap. Tup tup keesokan harinya, kita pulak yang membeli hahaha. Nasib baik beli dekat shopee food sebab boleh dapat harga yang murah! Kalau beli dekat foodpanda atau grabfood, memang kirim salam awal-awal sebab mahal. 


Bagi aku, comel jugaklah dia ikat macam tu. Nak nak warna kuning! Memang lagi comel! First of all, maaflah ya sebab gambar tak berapa menarik sebab bilik aku tak ada tingkap, jadi kuranglah sikit pencahayaan dalam bilik aku. Nak edit pun malas jadi kita letak jelah apa yang ada hehehe.


Haa bila dah buka ikatan tu, beginilah rupanya. Ice cream dah cair dah sikit, itu pasal yang bahagian atas dah tak berapa nak tinggi πŸ˜‚

Thursday, 3 February 2022

Susu Berperisa Pisang dari Brand Nilofa

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari. Seronok minggu ni sebab cuti dua hari. Isnin kerja, Selasa dan Rabu cuti, Khamis dan Jumaat sambung kerja balik. Next cuti bulan March pulak. Itupun sehari je. Tak ambil cuti sebab cuti limited. Lagipun, tak balik Terengganu. Jadi, malas lah nak ambil cuti. Kita duduk rehat di rumah saja.

Semalam lepas makan tengah hari di mamak, singgah sekejap pasar raya sebelah mamak. Makan mamak sebab malas dah nak fikir nak makan dekat mana. Masalah besar nak fikir nak makan dekat mana πŸ˜‚ Jadi, nak senangkan cerita, terus pergi mamak. Makan je nasi kandar dekat mamak. 

Dah siap makan, singgah pasar raya mini tepi mamak. Saja je masuk. Tak berniat nak shopping barang dapur pun sebab gaji belum masuk. Gaji MyStep masuk lambat which is setiap 10 haribulan baru masuk :') Even kerja dekat sektor kerajaan, tapi gaji tak masuk sama tarikh dengan staff kerajaan iaitu 25 haribulan. Tak tahu kenapa gaji masuk lambat, tak ada sesiapa yang boleh menjawab soalan tu.

Pusing pusing dalam pasar raya mini tu terbeli susu pisang brand Nilofa. Susu ni dah keluar berzaman lamanya, tapi baru semalam aku terasa nak mencuba.


Harga RM4.90 kalau tak silap. Resit tak tahu campak mana. Masuk kereta terus buka dan minum. Bagi aku, air susu berperisa pisang ni not bad. Tak over manis. Sebab ada terbaca review orang lain yang cakap yang susu ni terlampau manis. Tak boleh habiskan sebab terlampau manis. Tapi bagi aku, okay saja. Tapi rasa pisang macam kurang sikit. Ke aku je yang rasa macam tu? πŸ˜‚

Tapi secara keseluruhan okay sahaja. Boleh diterima oleh mulut dan perut aku yang baru mencuba buat pertama kali. Repeat? Mungkin tidak hehehe. 

Monday, 31 January 2022

Review Mangold Milkshake with Jelly & Sago from Tealive

Berkesempatan untuk mencuba menu baru keluaran Tealive iaitu Mangold Milkshake with Jelly & Sago! Tealive mengeluarkan satu siri minuman yang berasaskan buah mangga iaitu Mangold Series with Jelly and Sago.

Sebelum ni dah pernah mencuba Tealive ft Famous Amous. Jadi menu tu dah tak ada dan digantikan dengan Mangold Series pulak. Bosan ya tiap kali beli Tealive mesti beli Signature Brown Sugar! Punyalah fikir nak mencuba air lain tapi bila sampai depan kaunter, automatik mulut order Signature Brown Sugar.

Untuk Mangold Series with Jelly and Sago ni, Tealive memperkenalkan 4 jenis minuman yang berasaskan buah mangga iaitu Mangold Tea, Mangold Collagen Milkshake, Mangold Organic Oat Milk dan Mangold Milkshake


Harga:

Mangold Tea: RM 8.80 (R) & RM 9.90 (L)
Mangold Collagen Milkshake: RM 12.90 (L)
Mangold Organic Oat Milk: RM 11.80 (R) & RM 12.90 (L)
Mangold Milkshake: RM 10.90 (L)

Selepas fikir beberapa minit, akhir sekali aku pilih Mangold Milkshake. Mangold Milkshake gabungan pati mangga, susu, jelly dan juga sago. Aku beli di Shopee Food dengan harga RM 9.90. Jimat RM 1.00!


Dah nama air minuman berasaskan buah mangga, mestilah rasa mangga! Biasa makan boba kan? Tapi kali ini makan jelly dan sago sebagai pengganti boba. Sedap! Bagi aku, gabungan jelly, sago dengan mangga milkshake ni memang sedap! Memang masuk lah kiranya. Lembut je jelly dengan sago tu. Jelly dengan sago pun banyak. Air pun tak manis dan tak masam. Memang nice. Dan memang tak menyesal beli.

Next time boleh try menu Mangold Series yang lain pulak. Rasa nak try Mangold Tea pulak. Jadi korang yang nak rasa, boleh pergi beli sekarang sementara masih ada!

Sunday, 12 December 2021

Homemade Brownies Cookies

Setelah sekian lama mengidam nak makan brownies cookies, akhirnya dapat juga makan. Homemade brownies cookies by shopee. Aku tak kuasa nak buat cookies bilamana alat kelengkapan nak buat cookies tak cukup di rumah sewa ni. Jadi, kita sebagai warganegara Malaysia haruslah support local business di shopee.

Lagipun, aku memang dah selalu membeli brownies cookies dekat seller di shopee ni. Tak tahulah dah kali keberapa aku repeat order. Masa intern tempoh hari, kawan-kawan yang satu tempat praktikal dengan aku pun join order sekali bila aku bawa brownies cookies tu di office. Dah macam promoter dah rasanya kikiki.

Harga pun murah which is RM7.50 sahaja. Tapi size kecil lah. Jangan expect besar gedabak. Tapi ngam ngamlah sumbat sekeping dalam satu mulut.


Tak hancur langsung! Memang seller bungkus elok-elok. Sikit pun tak pecah cookies ni. Aku beli 2 botol sebab nak cukupkan fee shipping RM15. Bolehlah buat stok mengunyah sambil buat kerja yang tak pernah habis ni. Sambil tengok drama korea pun boleh. 

Sekali hadap je terus habis sebotol. Tengok tengok dah licin isi dalam bekas. Bagi aku, brownies cookies ni tak manis sangat. Kiranya kenalah dengan citarasa aku. Mungkin lain orang, lain rasanya kan? Tapi bagi aku okey dah dengan rasa macam ni. Berbaloi untuk aku membeli sekali sekala.

Nak beli boleh beli disini: https://click.accesstra.de/go/CDivW5di

Bye!

Saturday, 11 December 2021

Tealive ft Famous Coco Lava

Sebagai seorang peminat biskut Famous Amos dan Tealive, semestinya akan mencuba air keluaran baru Famous Amos dan Tealive. Collaboration. Biskut Famous Amos sedap sangat bagi aku walaupun agak mahal. Jarang jarang sekali membeli. 



Antara menu air baru yang dikeluarkan oleh Tealive hasil kerjasama dengan Famous Amos iaitu Famous Coco Lava, Famous Coco Smoothie, Famous Coco Toffee dan Famous Vanilla Smoothie

Semalam aku beli Famous Coco Lava di Shopee Food. Berbaloi ye beli dekat Shopee Food sebab banyak vouchers! Boleh reedem coins lagi! Kalau duduk di Terengganu, aku pencinta setia foodpanda tapi bila duduk di Putrajaya, aku dah tak pandang foodpanda. Bukanlah tak pandang langsung, tapi tak pernah lagilah membeli makanan di foodpanda since duduk Putrajaya bulan Oktober tempoh hari. 

Aku guna foodpanda bila nak membeli di pandamart. Makanan semua aku beli dekat kawasan rumah aku. Alhamdulillah sebab dikelilingi kemudahan yang banyak untuk membeli makanan. Cumanya tak tahu nak makan apa :')

Memang jauhlah beza antara air yang aku dapat dengan illustration dalam poster. 

Okey kembali kepada air, jujur aku cakap Famous Coco Lava ni biasa biasa sahaja. Bukan tak sedap langsung atau sedap sangat, tapi pertengahan. Not bad. Repeat? Mungkin tidak. Repeat perisa lain? Mungkin ya. 

Aku tak tahulah aku sorang je ke yang rasa macam ni, tapi air tu kadang-kadang rasa pahit, kadang okey. Biskut pun okey je. Awal-awal tersedak sebab biskut tersedut dengan laju. Even biskut tu dah dihancurkan macam serbuk tapi aku tetap tersedak kah! Haritu try yang Onde Onde pun tersedak jugak. Apa je yang aku tak tersedak πŸ˜‚

Tengok dekat TikTok ramai yang cakap Famous Vanilla Smoothie tu sedap tapi terlampau manis. Mungkin boleh order next time. Tapi kena request nak slight sugar or half sugar only sebab takut diabetes memanggil manggil hahaha. 

Ada sesiapa yang dah pernah cuba? Sedap ke tidak?

Monday, 27 September 2021

Iced Onde Onde with Toasted Coconut Crunch & Pearls Tealive

Perasaan ingin mencuba dah lama ada bilamana tengok Tealive ada keluarkan menu ni. Tapi macam biasalah tak beli beli sebab takut rasa pelik. Kalau kuih onde onde tu memang kuih kegemaran. Tapi bila daripada kuih menjadi air ni, takut rasa pelik padahal makanan sama je hehehe.

Tealive onde onde
 
Tealive keluarkan 3 pilihan untuk menu terbaharu iaitu Iced Onde Onde, Onde Onde Yam Balls Smoothie dan Onde Onde Smoothie. Iced Onde Onde menjadi pilihan aku buat kali pertama. Tak ada gambar dari aku sebab tak cantik aku ambil. Kita pinjam gambar pak cik google je lah.


Sehari sebelum balik Marang, aku sempat beli air tealive sebab dah lama tak minum. Sekali sekala teringin juga nak minum hehehe. Aku beli 2 jenis air tealive iaitu onde onde dan juga yam yam. Total RM 15.30 sahaja untuk 2 air tersebut sebab dapat less RM 12.50 (voucher HOTDEALSGF kalau beli di Grabfood). Salah satu sebab aku lagi suka membeli makanan atau minuman di Grabfood sebab setiap bulan ada bagi promo code yang sangat sangat berbaloi (bagi aku) πŸ˜‚ 
 
Sedutan pertama air onde onde ni buat aku terkejut sekejap sebab manis. Manis sungguh. Tapi sedap kikiki. Aku suka! Bila dah suka tu, memang tak pelik lah rasanya. Memang sebijik sejibik sama rasa macam makan kuih onde onde. Cuma versi air ni terus telan. Tak payah kunyah. 

Sunday, 19 September 2021

Kek Batik Indulgence dan Pandan Gula Melaka

Cerita dah basi tapi makanan tak basi. Makanan dah selamat masuk perut hehehe. Cerita dia kakak aku dah lama nak makan kek batik. Nak buat tak sempat, jadi apa salahnya kita support bisnes orang melayu yang jual kek batik, kita beli je. Tolong menolong itukan amalan mulia πŸ˜›

Dah lama nak beli, tapi tak whatsapp whatsapp. Sampailah minggu lepas, dia whatsapp sendiri seller yang jual kek batik ni. Biasa dia suruh aku yang berurusan sebab dia malas nak berurusan. Yang dia tahu, berapa jumlah yang kena bayar. Tapi aku lupa nak whatsapp seller sebab kali terakhir aku singgah instagram seller tersebut, seller ada update dia tutup kedai untuk beberapa hari. 

Terus lupa nak whatsapp lepas tu. Tahu tahu kakak aku tanya nak perisa apa. Aku cakap terserah, tak kisah pun perisa apa sebab nampak semua sedap sedap belaka. Kakak aku pun pilih kek batik perisa indulgence dan juga pandan gula melaka. 

Kali pertama beli sebab nak rasa sedap atau tidak. Kalau sedap, dia akan repeat beli untuk bagi dekat staff nurse, doktor-doktor dan juga pegawai farmasi yang ada dalam ward department dia kerja. Kira macam tradisilah, bila dah habis kerja dekat satu department, mesti akan sediakan makanan sebagai tanda berterima kasih kepada orang yang ada dalam department tersebut. 
 
 
Atas: Kek batik indulgence
Bawah: Pandan gula melaka
 
Harum semerbak bau dia! Tak payah buka kotak, memang dah boleh bau dari luar.  Sedap ke tidak? Mestilah sedap! Kiranya menepati citarasa kakak akulah. Kira lulus! Bolehlah beli lagi lepas ni.

Aku suka pandan gula melaka tu. Memang sedap. Kek batik indulgence tu bahagian atas je indulgence, bahagian bawah macam kek batik biasa je. Tapi overall, kedua-duanya sedap belaka. Tapi aku paling suka pandan gula melaka. 

Seminggu juga nak habiskan sebab tak boleh makan banyak banyak sekaligus. Makan sikit sikit. Tapi nasib baiklah kek ni maintain sedap walaupun berada dalam peti sejuk dalam tempoh masa seminggu. Mostly kek kan tak boleh simpan lama lama sebab nanti rasa dah makin tak sedap. "Rasa peti". Itu yang aku selalu rasa kalau kek disimpan lama lama dalam peti. Tapi kek batik ni, tidak rasa peti. Masih sedap.
 
 
Sisi lain Pandan Gula Melaka (bawah kanan) 
 
 
Sisi lain Kek Batik Indulgence (bawah kiri)

Jadi, sesiapa yang nak COD dalam kawasan Kuala Terengganu, Gong Badak dan juga Rusila, boleh order di @shainaasdessert (instagram). Atau boleh whatsapp disini: https://www.wassap.my/+60143060251/shainaasdessert
 
Disclaimer: Ini bukan paid atau sponsored review ya. Ini dibeli menggunakan duit kakak aku sendiri hehehe.

Saturday, 18 September 2021

Bukan Popia Pisang, Tapi Pisang Cheese

Okey dah setel makan Mr Dakgalbi, dah setel shopping, kita pun pulanglah ke sarang semula. Mata pun dah ngantuk, memang terbayang-bayang keempukan katil je masa tu. Sekali sampai dekat rumah, tak tidur tidur pun. 
 
Sampai rumah, simpan barang yang dibeli tadi dan cuba seluar jeans yang baru dibeli. Susah ya sekarang ni sebab memang tak boleh nak cuba dulu sebelum buat pembayaran. Dahlah tak boleh tukar kalau salah saiz. Memang tawakal je masa beli. Nasib baiklah saiz betul dan memang menepati piawaian aku. Jeans jenis slim fit memang aku suka. Tapi tak adalah ketat sampai kaki tak boleh bernafas. Kalau aku pakai seluar yang betul betul melekat dekat kaki, mahu terbalik biji mata kakak aku. Dia memang marah kalau aku beli seluar jenis gitu.
 
Aku pun tak suka sangat pakai jeans yang terlampau ketat yang memang betul betul melekat dekat kaki. Ibaratnya macam pakai legging. Tahu kan legging macam mana?

Tiba-tiba perut rasa lapar. Padahal memang dah lapar balik masa dalam Mr. Diy tadi. Jadi, bukalah foodpanda. Dilemma. Tak tahu nak makan apa. Last last aku beli pisang cheese. Tak beli dah popia pisang. Kali ni kita beli pisang cheese. Masih berunsurkan pisang. Kalau tunggu kakak aku buat pilihan nak makan apa, memang berjanggutlah jawabnya. Tu aku beli terus pisang cheese. Malas nak fikir lama-lama. Kakak aku pun bukan suka sangat pisang cheese. Last last dia beli sate. Dah lama tak makan sate katanya. 

Hari raya puasa tempoh hari tak merasa makan sate sebab raya berdua dengan aku je dekat rumah sewa. Tak tempah sate. Kalau tidak, memang wajiblah sate tu dalam hidangan raya kami sekeluarga. Aku tak makan sate, tapi makan nasi kapit or better known as nasi himpit. 
 
 
Foresight

 
Close view 

Baca review semua cakap sedap gila gila tapi bagi aku lagi sedap pisang cheese di Marang (di rumah kakak kedua aku). Masa cucuk vaksin tempoh hari, memang nak beli juga pisang cheese ni sebab dah lama tak makan, tapi malas nak dengar kakak kedua aku membebel sebab biasalah, harga dalam foodpanda kan mahal.

Kalau pergi beli di kedai, pisang cheese nya harga RM 5.00 sahaja. Tapi, dalam foodpanda dia jadi RM 8.00. Campur delivery RM 5.00, jadilah RM 13.00. Jadi, terpaksalah aku batalkan niat untuk beli pisang cheese di Marang tempoh hari demi menyelamatkan tahi telingaku HAHAHAHA
 
Yang aku beli semalam tak berapa kick rasanya tapi okey je buat makan petang sambil sambil tengok drama korea. Harga RM 10.50 + delivery RM 3+ jadilah RM 14+. Ada 12 ketul pisang yang disaluti coklat dan cheese.

Aku memang tak boleh lari dari coklat, coklat dan coklat. Kalau lari pun antara cheese ataupun caramel. Memang minat tiga perisa ni. Tapi paling minat coklat lah. Siapa pernah makan pisang cheese? Sama tak rupanya? Sedap ke tidak? 

Mungkin aku tak repeat beli dah lepas ni sebab rasa dia okey okey je dan a little bit pricey bila campur dengan harga delivery πŸ˜‚