Showing posts with label Games. Show all posts
Showing posts with label Games. Show all posts

Sunday, 25 September 2022

Mengasah Bakat dan Minda Diri Sendiri dengan Game Matematik bersama Calculators.org

Menjadi seorang juruwang tu merupakan salah satu cita-cita aku masa kecil. Betul ya, sikit tak tipu. Aku suka betul bila teman family pergi shopping barang dapur dan sampai giliran family aku untuk bayar, aku akan tengok cashier scan setiap satu barang yang dibeli. Tengok cashier tekan tekan mesin wang tu aku rasa macam WOW! 


Sekarang dah jarang main games sebab kekangan masa, cumanya bila boring sangat, aku akan main Sudoku tapi jaranglah sebab aku ni boleh tahan loadingnya bila main Sudoku HAHAHA. Tengok kakak aku main Sudoku senang gila, bila time aku, me be like what is this? Tapi kejap, Sudoku ni dikira adik beradik dengan game matematik jugak kan?


Mengasah Bakat dan Minda Diri Sendiri dengan Game Matematik bersama Calculators.org


Jadi, sesiapa nak asah bakat dan minda dengan game Matematik macam aku boleh pergi website Calculators.org. Banyak sangat game matematik tapi bagi aku tak adalah susah sangat pun, simple sahaja. Tapi bila dah berkait dengan pengiraan ni haruslah ada masanya. Kalau lambat memang kalah teruslah. Tapi tak apa, boleh cuba banyak kali sampai mahir. Tak ada masalah!

Thursday, 10 March 2022

Main Teka Teka di Katapat Pada Setiap Hari

Main game Katapat pada setiap pagi ni dah jadi rutin harian dalam hidup aku hahaha. Sambil sambil tunggu bas nak pergi kerja, sempatlah main game Katapat ni. Korang tahu tak game Katapat ni game apa? 


Katapat ni dalam versi Bahasa Melayu. Kalau sesiapa nak main dalam versi English, boleh main Wordle. Sama sahaja. Konsep pun sama. Cuma yang membezakannya ialah Bahasa Melayu dan English. Aku malas nak sakit kepala pagi-pagi, jadi aku mainlah dalam versi Bahasa Melayu. Senang! 


Katapat ni game teka perkataan. Korang fikirlah perkataan apa yang ada 5 huruf dalam Bahasa Melayu. Contoh, tuala, lipas, cicak, askar, badan dan sebagainya as long as ada 5 huruf. 

Game Katapat

Dan gambar di atas tu adalah arahan game Katapat. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi hijau, maksudnya huruf tu memang berada dalam perkataan dan di tempat yang betul. Kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kuning (ke warna apa tu?), maksudnya huruf tu ada dalam perkataan tu tapi kedudukannya tak betul. Dan last sekali, kalau huruf yang korang tulis tu bertukar menjadi kelabu, maksudnya huruf tu salah dan tak ada dalam perkataan tu.

Sunday, 30 January 2022

Main Masak Masak di Culinary School

Siapa sini tak pernah main masak masak masa zaman kanak-kanak dulu? Aku rasa mostly pernah ada kenangan main masak masak masa kanak-kanak ribena dulu kala. Rasa macam tua sangat bila guna dulu kala. Aku pun selalu main masak masak masa umur 5 ke 7 tahun. 


Tak guna bahan masakan yang betul lah, just guna daun, pokok bunga mak saudara, pasir dan sebagainya sebagai bahan memasak 😂 Kalau guna bahan masak yang betul, memang kena marahlah jawabnya sebab membazir. 


Tapi sekarang zaman dah maju, teknologi dah canggih kan? Tak payah susah susah nak main masak masak macam dulu lagi dah. Main masak masak secara online pun boleh! Guna telefon je. Semua di hujung jari. Dekat mana nak main? Mestilah dekat Culinary School. Ada banyak jenis game yang boleh dipilih untuk dimainkan. Rambang mata! 


1. Food Memory Game



Aku suka game yang melibatkan daya ingatan sebab boleh bantu aku untuk menguatkan daya ingatan. Gituu. Kiranya kita akan fokus untuk ingat kedudukan buah yang kita kena pilih. Game ni simple dan senang sahaja. Tapi kalau daya ingatan kita tak kuat, mahu jadi lama juga masa yang diambil untuk cari gambar buah yang sama jenis. Lepas satu level, makin bertambah kotak buah yang perlu kita cari pasangannya. Tapi yang penting, simple dan senang sahaja.

Tuesday, 7 September 2021

Di Solitaire.org Kita Habiskan Masa Terluang

Kebelakangan ni aku banyak habiskan masa dengan bermain game. Bukanlah 24 jam aku main game, tapi boleh dikatakan banyak jugalah aku habiskan masa dengan bermain game di laptop mahupun game dalam telefon. Bila telefon tengah cas, aku beralih kepada game dalam laptop. Bila kakak aku guna laptop, aku main game dalam telefon.

Aku main game yang biasa biasa sahaja. Tak suka game yang advance macam PUBG ke Mobile Legend ke Among Us ke, memang tak suka 😂 Selalu juga kawan kawan ajak main, tapi aku tetap tak main. Aku lagi suka main game yang santai dan tenang. 


Dan beberapa hari ni aku sangatlah suka main game di Solitaire.org ni. Banyak betul ya pilihan game yang ada dekat situ. Memang puas hati kalau main. Dan yang paling penting, game-game tersebut boleh main secara PERCUMA dan tanpa IKLAN. Memang satu kelebihan ya bilamana tak ada iklan bila tengah main game. Dan game pun percuma. Tak payah bayar apa-apa. Siapa je tak suka benda percuma ni kan? 😛

Game mengikut kategori:


Saturday, 3 July 2021

Main Game di Plays.org Secara Percuma dan Tanpa Iklan

Hello! Siapa sini suka main game? Tak kisahlah main game dekat telefon ke laptop ke komputer ke, janji main game. 

Aku? Aku tak payah cakap. Aku memang dan merupakan salah seorang yang suka main game! Tapi game biasa biasa saja lah aku reti main HAHAHA.

Jadi hari ini, aku nak berkongsi dengan para pembaca semua tentang satu website game dimana semua orang boleh main puas puas tanpa ada sebarang iklan atau bayaran yang dikenakan. Ya betul, langsung tak ada IKLAN dan yang paling penting PERCUMA

Menyampah betul kalau main game yang ada iklan kan? 😂 Nak tunggu iklan habis walaupun hanya 5 saat ataupun 20 saat, tetap jenuh menunggu.

Nak kena download ke? Itupun tak payah. Ya, tak payah download apa-apa pun. Kadang-kadang risau juga kalau kena download kan, takut takut tak cukup storage dalam telefon pula. 

Bagi sesiapa yang memang seorang kaki game, tapi bukan 'game'kan orang lain, boleh terus pergi ke website Plays.org untuk bermain game. Ada banyak pilihan game yang boleh dimain. Rambang biji mata nak pilih game apa!


Aku memang suka main game di telefon, antaranya Homescapes dan Township. Selain tengok drama korea, blogging, main game pun salah satu aktiviti aku buat untuk isi masa lapang. Actually, bukan mengisi masa lapang tapi mengisi masa bosan sebab terperap dalam rumah hahaha.

Dah lockdown, nak pergi mana-mana pun tak boleh, nak tengok drama sepanjang masa pun letih, jadi kita mainlah game. Tapi lama-lama bosan juga sebab hadap game yang sama sahaja setiap hari. Nak main Mobile Legend ke Among Us ke aku memang mengalah awal. Memang tak pandai 😂


Game catalog yang ada di Plays.org

Jadinya, bila jumpa website Plays.org ini, memang lagi syok lah nak main sebab ada banyak pilihan game. Nak main berdua dengan kakak aku pun boleh. Ajak housemates sekali pun boleh HAHAHA. Pilih dan pilih dan pilih dan main. Senang!


Game yang menarik minat aku mestilah game yang berunsurkan typing! Aku pilih game Zombie Typing. Aku memang suka game typing macam ini sebab aku boleh latih diri aku untuk menaip dengan pantas dan tanpa ada sebarang kesalahan hehehe. Syok betul main game ini sampai tak sedar dekat satu jam lebih juga aku main HAHAHA. 

Click sini terus kalau nak main game Zombie Typing yang macam aku main hehehe.

Cita-cita nak jadi setiausaha tak kesampaian, jadi kita main game sajalah. Acah acah jadi setiausaha terpaling busy menaip hehehe. Aku suka berlawan dengan kakak aku. Nak tengok siapa yang paling laju menaip dan siapa paling tinggi markah.

Dan sudah pasti, akulah yang paling laju HAHAHA. Bukan riak tahu, cuma cakap benda betul 😜 Family aku sendiri mengaku aku paling laju menaip dengan kesalahan menaip yang paling sikit. Hehehehe.


Saja buat buat kalah demi kakakku tercinta hahaha.


Zuma! Game legend! Game favorite! Berebut komputer dengan adik beradik dulu sebab nak main game punya pasal. Game Zuma dengan Pinball. Komputer ada satu saja, yang nak main ada enam orang. Mahu tak berebut. Last last abang kakak kena mengalah. Bagi adik bongsu main 😆


Setiap game yang akan dimain, akan ada review. Bolehlah tengok dari segi overall game, design game, tahap kesusahan game tersebut dan juga berapa ramai replay game tersebut. 

Jadi, sesiapa yang bosan bosan tak tahu nak buat apa, bolehlah pergi ke website Plays.org tersebut. Ajak anak anak ke anak saudara ke adik beradik ke untuk main sekali. Kadang-kadang budak-budak stress juga kalau selalu tengok buku kan, jadi apa salahnya ajak mereka main game di Plays.org. Release stress orang kata. 

Selamat bermain! :)