Sunday, 1 January 2023

Main Games Online Secara Percuma di Mortgage Calculator


Lama dah rasanya tak main games sebab sibuk dengan urusan harian. Ecececey acah sibuk betul, kalah perdana menteri. Seminggu dua ni aku ada main games dekat Mortgage Calculator, best jugak lah sebab ada banyak pilihan mainan yang boleh dimainkan. Aku selalunya main dekat telefon je sebab lagi senang! Tak payah susah-susah nak buka laptop.

Dalam banyak-banyak games, ada beberapa games yang aku suka main! Aku repeat main acap kali jugaklah antaranya


Best! Sebab boleh tekan-tekan mesin wang tu walaupun tekan dalam game je hahaha. Kalau beli barang dapur dekat AEON kan, kalau aku nampak ada counter closed, aku akan tekan tekan mesin wang tu. Tekan kejap je pastu cepat-cepat lari sebab takut kantoi! 


Awal-awal game aku pening sikit, tapi bila dah lama main terus jadi mahir. Orang cakap practice makes perfect gitu. Sumpah tak complicated pun game ni, just tekan-tekan harga barang, berapa total barang, berapa jumlah customer bayar dan last sekali berapa baki duit customer. Budak darjah 1 pun boleh main ni aku rasa. 





Aku rasa aku pernah cakap yang aku suka main game mahjong walaupun dalam realiti aku tak pernah main pun. Tak tahu halal ke haram game mahjong tu(?) Selalu nampak Chinese main game mahjong. Jadi aku main dalam game je sebab bagi aku game ni macam cari pasangan gitu je. Bila dah ada cooking mahjong, aku pun try main. Lah! Rupanya kena siapkan menu makanan tapi dalam bentuk mahjong. Sebab tu nama game dia Cooking Mahjong.

Belah atas kiri tu ada dia paparkan menu yang kita kena siapkan. Jadi, kita pilihlah ingredients dekat bawah tu yang perlu kita gabungkan biar jadi satu menu. Awal-awal macam loading jugak sebab nak kena ingat menu 1 nak kena ada itu ini, menu 2 kena ada itu ini, tapi bila dah main tiga empat kali dah automatik ingat itu ini ada yang diperlukan dalam satu menu.



Banyak je lagi pilihan games yang lain dan aku tak adalah tak main games lain langsung. Ada tu ada, tapi paling kerap aku main ialah dua games atas ni. Aku tak nak main games yang boleh stress kan aku, aku main games nak release stress, kalau main games jadi makin bertambah stress, boleh jadi double triple stress aku nanti 😂

3 comments

  1. Menariknya! Happy New Year! Semoga maju jaya untuk 2023!

    ReplyDelete
  2. wah. seronoknya. kita suka main cooking madness je. tu pun pening haha

    ReplyDelete
  3. seronoknya kalau dpt main mcm zaman bujang.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)