Showing posts with label Mental. Show all posts
Showing posts with label Mental. Show all posts

Wednesday, 14 July 2021

Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale)

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), hampir setengah juta penduduk di Malaysia mengalami kemurungan pada tahun 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat di Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kesihatan mental."


Petikan Harian Metro yang disiarkan pada 10 Oktober 2020 pada pukul 3.43 petang. 

Itu aku ambil berdasarkan statistik pada tahun 2019. Tak ada Covid lagi pada tahun 2019. Dan sekarang 2021, aku rasa memang makin bertambah peratusan rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan mental. 

Memang tak boleh dinafikan lagi, penularan pandemik Covid-19 memang memberi impak yang besar kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kebanyakan emosi rakyat terkesan dan terganggu sebab takut, bimbang, tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan.

Dan ini termasuklah golongan yang bekerja menghadapi risiko dibuang kerja, hilang tempat untuk mencari rezeki dan sebagainya. Yang frontliners pun tidak ketinggalan daripada mengalami tekanan emosi sebab dah terlampau burn-out, diberi tugas yang berganda ganda dan lain-lain lagi.

Sedih, tapi itulah kenyataan. Tak kira usia dan jantina, ramai dah mula mengalami masalah kesihatan mental. Kena faham, kalau cakap ada masalah kesihatan mental jangan anggap GILA semata-mata. Depression, anxiety, stress itupun termasuk dalam kategori masalah kesihatan mental. Jangan terus hakimi seseorang kalau dia cakap dia ada masalah kesihatan mental. Kita tak ada ditempat dia, jadi kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Menyelit sekejap, siapa ada tengok video frontliner yang jatuh masa tengah berlari sambil tolak stretcher? Sedih tak? Kalau tanya aku, aku sedih tengok video itu :') Walaupun tengok 10 kali, 10 kali tetap rasa sedih. 

Tak pasti jatuh sebab tersadung ke tergeliat kakinya atau memang badan dah penat sangat sampai terjatuh. Yang pesakit tengah baring atas stretcher tak payah cakaplah, memang dah kasihan ditambah pula frontliner yang tengah tolak dia tiba-tiba terjatuh, memang dengan dia dia sekalilah jatuh.


Okey kembali kepada tajuk, hari ini nak ajak yang baca entri ini untuk buat Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Tak lama pun, dalam tiga hingga lima minit sahaja. Kalau aku buat tak sampai tiga minit hehehe. 

Melalui ujian ini, kita boleh ketahui status kesihatan mental samaada kita stress, bimbang atau kemurungan. Tapi perlu ingat dan tahu, ujian DASS hanya berfungsi sebagai saringan awal sahaja. Sebarang pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan. 

Nak buat ujian saringan minda sihat, boleh click disini: https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/dass/dass-awam-public.html

Soalan dia tak susah dan tak banyak pun. Dalam 21 soalan sahaja. Dan jangan risau, memang tak ada soalan yang kena buat karangan. Cuma perlu pilih dan tick pada kotak yang disediakan. Hanya perlu pilih

  • Tidak pernah
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat kerap

Itu sahaja. Mudah kan? 


Dan ini hasil ujian saringan minda sihat yang aku jawab tadi. Alhamdulillah, tahap kemurungan aku dalam kategori sederhana, tahap kebimbangan dan tahap tekanan aku pun berada dalam kategori normal.

Tapi, keadaan emosi boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang sedang kita lalui.

Buat masa sekarang, aku tak ada apa-apa masalah yang perlu dibimbangkan sangat. Aku tak ada komitmen hidup yang tinggi macam orang lain lagi. Tak ada hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Cumanya aku bimbang nanti dapat email dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) suruh bayar hutang 😂 

Tapi tak apa, duit elaun yang abang aku bagi RM 200 setiap bulan, boleh aku bayar hutang belajar aku. Bayar sikit sikit tak apa kan? Janji bayar. Betul tak? Sekurang-kurangnya bergerak lah juga amount hutang yang aku pinjam kan? Walaupun jenuh juga lah nak habis bayar, tapi tak apalah. Nak buat macam mana? Kita bukannya tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan? Macam sekarang, tak sangka pun yang satu dunia akan dilanda Covid-19 kan? Dan nanti nanti bila dah dapat kerja, bolehlah aku tambah amount yang aku bayar setiap bulan. 

Jadi, selamat menjawab! 

Nanti sharelah result ujian masing masing macam mana :D