Showing posts with label Health. Show all posts
Showing posts with label Health. Show all posts

Tuesday, 27 July 2021

Covid-19 Self-Test Kits


Semalam dah share pasal isu vaksin kosong beserta tatacara vaksinasi, dan hari ini nak kongsi Covid-19 Self-Test Kits yang telah diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Covid-19 Self-Test Kits ini membolehkan individu untuk membuat ujian saringan sendiri untuk Covid-19 dan mendapatkan keputusan yang cepat

Dua Covid-19 Self-Test Kits yang diluluskan ialah:
  • Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test (sampel air liur dan hidung) by Reszon Diagnostic International Sdn Bhd Malaysia
  • Gmate Covid-19 Ag Saliva for home use by Philosys Co Ltd, Korea Selatan


Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test merupakan kit buatan pertama bagi Malaysia. MyMedKad menyatakan bahawa bahawa ia adalah satu-satunya self-test kits yang tersedia untuk orang ramai yang akan mempunyai integrasi dengan MySejahtera. 

RT-PCR vs RTK Ag Tests

Untuk makluman, RTK Ag test boleh menghasilkan keputusan negatif palsu jika kepekatan antigen terlalu rendah atau sampel diambil dengan tidak betul. Oleh itu, ujian ini hanya boleh digunakan untuk pemeriksaan segera sahaja. RTK Ag test hanya berharga RM 40 sahaja dan boleh dapat keputusan yang cepat. 

Untuk mendapatkan ujian pengesahan, seseorang mesti melakukan RT-PCR di klinik atau hospital. Ujian RT-PCR biasanya berharga sekitar RM 190 hingga RM 240 dan keputusan akan keluar dalam masa 24 jam. 

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test

Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test adalah ujian yang menggunakan sampel air liur dan sampel hidung untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. Jangan risau, sampel hidung untuk RTK Ag test tak perlu sampai dalam masuknya, cukup sekadar masuk sedalam 2 centimeter sahaja.

Macam mana nak guna Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test


  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya menggunakan sampel air liur untuk mengesan kehadiran antigen SARS-CoV-2. 

Macam mana nak guna Gmate Covid-19 Ag Saliva

Gmate Covid-19 Ag Saliva hanya mempunyai lima cara sahaja tetapi anda mesti membilas mulut anda dengan air terlebih dahulu. Tidak boleh makan, minum atau merokok 30 minit sebelum membuat ujian. 


Dan keputusannya adalah sama seperti Salixium Covid-19 Rapid Antigen Rapid Test.

  • Kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C', bermaksud keputusan anda adalah negatif.
  • Tapi, kalau nampak ada satu line merah di sebelah 'C' dan di sebelah 'T' (walaupun pudar), bermaksud keputusan anda adalah positif.
  • Sekiranya anda tidak melihat line merah di sebelah 'C' tapi ada line merah di sebelah 'T', bermaksud ujian anda tidak sah. Boleh cuba lagi sekali.

Murah! Hanya RM 39.90 sahaja kalau nak dibandingkan dengan harga swab test. Dan boleh tahu keputusan dalam masa yang singkat. Kakak aku pun macam nak beli juga self-test kits ni, simpan dekat rumah. Anything, boleh check dekat rumah dulu.  Kalau swab test di klinik atau hospital, kena tunggu dalam masa 24 jam. Nak menunggu tu memang tak senang duduk. Asyik terfikir je kan? Macam housemate akulah.

Sabtu lepas buat swab test lepas salah seorang pesakit yang pernah berjumpa dengan housemate aku positive Covid-19. Walaupun housemate aku dalam kategori low risk sahaja, tapi dia tetap buat swab test. Dan Alhamdulillah, keputusan swab test dia negatif. Risau juga kalau positive, habislah satu rumah termasuk aku kena swab test sekali.

Kena swab test tu tak kisah, yang kisahnya keputusannya nanti samaada negative ataupun positive. Sudahlah aku seorang je yang belum dapat panggilan vaksin, yang lagi empat orang dah selamat dah dengan dua dos vaksin. Bulan April lagi dah selesai semuanya vaksin memandangkan mereka semua frontliners walaupun dalam bidang farmasi (ubat-ubatan). 

Dan sekarang, kakak aku dah masuk department ward. Lagilah terdedah dengan pesakit di dalam ward. Minta mintalah baik baik sahaja. Aku ni dahlah satu katil tidur dengan kakak aku, tapi Alhamdulillah setakat hari ini aku masih sihat walafiat. Tak ada demam ke sakit tekak ke atau simptom simptom lain. Dah lama dah tak jenguk luar rumah. 

Memang tak pergi mana mana pun. Kalau dulu, rajin juga turun beli lauk tengah hari dekat kedai bawah, tapi sekarang tak ada dah. Memang foodpanda atau grabfood semuanya. Kalau rajin, masak. Memang nak elakkan keluar rumah. 

Lately ni, kes di Terengganu agak tinggi dari hari hari biasa. Tapi tak adalah kes setinggi di Selangor atau Kedah yang cecah ribu kes. Terengganu yang cecah 300 kes pun dah risau, dah gusar inikan pula yang cecah 7000, 8000 ribu kes dalam masa sehari. Fuhhh! Minta dijauhkanlah. Nauzubillahminzalik. 

Apa-apapun stay safe semuanya! 

Monday, 26 July 2021

Isu Vaksin Kosong?

Dua tiga hari lepas tular satu kes di Malaysia dimana ada beberapa orang membuat laporan polis berhubung isu suntikan vaksin Covid19 kosong disebabkan kecuaian. Tapi menurut Berita Harian, hanya satu kes daripada 13 laporan polis yang dibuat berhubung isu tersebut.


Boleh terjadi ya kes cucuk vaksin kosong ni. Dan memang berlaku di pusat pemberian vaksin (PPV) Kem Lapangan Terbang Sungai Petani, Kedah. Amaran juga sudah diberikan kepada jururawat terbabit dan akan dikenakan tindakan tatatertib oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Lepas tular isu cucuk vaksin kosong, ramai yang berkongsi di laman twitter yang mengatakan bahawa ibu bapa mereka berasa risau selepas cucuk vaksin sebab tak ada kesan sampingan macam orang lain. Risau dapat vaksin kosong. 

Tapi jangan risau, kesan sampingan ini berbeza antara satu sama lain. Ada yang akan demam lepas cucuk, ada yang sihat walafiat. Ada yang lenguh tangan lepas cucuk vaksin dan mungkin juga boleh jadi ada yang tak ada lenguh lenguh pun.

Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan berulang, penerima vaksin boleh dan dibenarkan untuk merakam proses pemberian vaksin. 

Sumber: Berita Harian

Tapi itulah, kalau yang remaja dan muda mudi bolehlah buat video semasa proses pemberian vaksin tu. Tapi kalau ibu bapa yang dah tua? Mana retinya nak rakam rakam semua tu.  

Tapi apa-apa pun, aku ada nak share tatacara vaksinasi bagi sesiapa yang belum cucuk vaksin lagi (termasuk aku) hehehe. Puas menunggu bilalah giliran aku pula untuk dapat vaksin. Tapi aku akan tetap menunggu. Macam tengah tunggu kekasih, eh tiber! Kah! Setiap hari buka dan refresh MySejahtera, tapi masih belum ada panggilan. 


Standard of Procedure (SOP) Penyuntik Vaksin

  • Tunjuk jarum suntikan yang telah diisi dengan vaksin mengikut kuantiti yang ditetapkan kepada penerima vaksin
    • Pfizer: 0.3 ml
    • AstraZeneca: 0.5 ml
    • Sinovac: 0.5 ml
  • Suntik vaksin dengan sempurna
  • Tunjuk jarum suntikan yang telah dikosongkan kepada penerima vaksin

Standard of Procedure (SOP) Penerima Vaksin

  • Pastikan jarum suntikan diisi vaksin dengan kuantiti yang tepat mengikut jenis vaksin
  • Pandang ke arah lengan yang disuntik untuk memastikan kesemua kuantiti vaksin disuntik. Rakaman video atau gambar dibenarkan
  • Pastikan jarum suntikan kosong sebelum mengimbas kod untuk melengkapkan vaksinasi

Pandang eh masa orang nak cucuk hmmm agak menyeramkan HAHAHA sebab aku macam takut sikit kalau tengok orang cucuk. Bukan takut sakit, tapi entah. Rasa takutlah bila tengok orang nak cucuk aku. Jadi memang aku takkan pandang bila kena cucuk. Tahu tahu dah siap hahaha. 

Masa nak check bacaan gula dalam darah tempoh hari pun aku tak tengok masa housemate cucuk dekat jari aku. Pejam mata beb. Sakit tu tak kisah sebab sakit macam kena gigit semut api (semut merah) je. Bukannya sakit macam kena tikam pisau. Eh dah pernah ada pengalaman kena tikam dengan pisau ke? (aku cakap dengan diri sendiri tiber hehehe).

Tapi pandang ke tak pandang ke, bergantung kepada individu. Janji sebelum cucuk, kita nampak dalam syringe ada vaksin, dan selepas cucuk, syringe dah kosong. Kosong sebab dah selamat dicucuk ke dalam badan kitalah, bukan kosong sebab lain pula.

Stay safe semuanya!  

Monday, 19 July 2021

Mangkuk tandas perlu ditutup sebelum di'flush'?

Tandas. Kalau cakap pasal tandas, mesti kita akan bayangkan tempat kita mandi, buang air kecil dan air besar dan lain-lain lagi. Jadi pernah terbayang tak betapa kotornya tandas yang selalu kita gunakan walaupun pada mata kasarnya, kita nampak tandas rumah kita berada dalam keadaan yang bersih sebab selalu disental dan dibersihkan seminggu sekali. 


Tapi apa yang aku nak highlightkan dalam entri kali ini adalah berkenaan mangkuk tandas. Mangkuk tandas yang macam pintu tu, yang boleh dibuka dan ditutup. Sebetulnya, aku sendiri baru tahu selepas tertengok satu video yang dikongsi oleh seorang lelaki di aplikasi TikTok. Dalam video tersebut, dia ada menerangkan beberapa sebab kenapa mangkuk tandas perlu ditutup terlebih dahulu sebelum di'flush'. 

Jadi, aku ambil kesempatan ini untuk berkongsi di halaman blog aku. Kongsi apa yang aku tahu. Selagi benda tu tak mengaibkan orang lain atau memudaratkan orang yang membaca, aku fikir tak salah untuk aku berkongsi. Mana tahu ada yang pakar dalam bab bab ni, bolehlah kita sama sama bertukar tukar pendapat. Hehehe.

Apa yang dia bagitahu dalam videonya, bila kita flush, air yang berpusar yang membantu untuk menarik najis akan bercampur antara satu sama lain. Apabila bercampur, maka akan menghasilkan particles particles halus yang tak dapat dilihat pada mata kasar. Apa yang jadi dengan particles particles yang terhasil tu?

Particles particles tu akan menyembur ke atas dan seterusnya tersebar ke udara. Yiks! Aku lepas tengok video tersebut terus google sebab nak tahu kesahihannya, dan aku ada terbaca satu articles yang dipetik dari journal Philip Tierno yang merupakan seorang pakar mikrobiologi di Universiti New York, ia mengatakan bahawa semburan najis tersebut boleh menjangkau sehingga 5 kaki tinggi. 

Semburan najis tu yang terhasil daripada particles particles aku sebut tadi hehehe. Jadi boleh bayangkan tak kita sebenarnya dah diliputi oleh semburan najis bila kita keluar dari tandas kalau kita flush tanpa tutup mangkuk tandas terlebih dahulu! 

Semburan najis yang tersebar ke udara tadi boleh merebak ke seluruh bahagian tandas termasuklah dinding tandas, lantai tandas dan tidak dilupakan berus gigi kita yang tak bertutup. Lagi sekali, yiks! Aku bila baca tiba tiba rasa gelinya ya Allah. Berus gigi aku memang tak bertutup dan memang duduk betul betul dekat atas mangkuk tandas tu!

Berapa banyak dah semburan najis yang tersebar, memang den tak dapat nak bayangkan HAHAHA. Jadi, lepas tengok video tersebut dan baca beberapa articles, aku dah perlahan lahan tutup mangkuk tandas sebelum flush. Kadang-kadang terbabas juga, tapi cepat cepat tarik mangkuk tandas. 

Terus pesan dekat kakak aku, sebab kalau aku seorang saja yang tutup tapi kakak aku tak tutup, rasa macam sia sia saja lah sebab semburan najis masih bebas menyembur masa kakak aku flush :')

Sesiapa yang nak kena semburan najis, boleh teruskan flush tanpa menutup mangkuk tandas terlebih dahulu. Tiba rasa geli pula bayangkan semburan najis tu 😷 Nak kena tukar berus gigilah lepas ni! 

Wednesday, 14 July 2021

Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale)

"Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS), hampir setengah juta penduduk di Malaysia mengalami kemurungan pada tahun 2019. Statistik merangkumi 2.3 peratus rakyat di Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas mengalami kesihatan mental."


Petikan Harian Metro yang disiarkan pada 10 Oktober 2020 pada pukul 3.43 petang. 

Itu aku ambil berdasarkan statistik pada tahun 2019. Tak ada Covid lagi pada tahun 2019. Dan sekarang 2021, aku rasa memang makin bertambah peratusan rakyat Malaysia yang mengalami kesihatan mental. 

Memang tak boleh dinafikan lagi, penularan pandemik Covid-19 memang memberi impak yang besar kepada seluruh dunia termasuklah Malaysia. Kebanyakan emosi rakyat terkesan dan terganggu sebab takut, bimbang, tekanan perasaan akibat perubahan dalam norma kehidupan.

Dan ini termasuklah golongan yang bekerja menghadapi risiko dibuang kerja, hilang tempat untuk mencari rezeki dan sebagainya. Yang frontliners pun tidak ketinggalan daripada mengalami tekanan emosi sebab dah terlampau burn-out, diberi tugas yang berganda ganda dan lain-lain lagi.

Sedih, tapi itulah kenyataan. Tak kira usia dan jantina, ramai dah mula mengalami masalah kesihatan mental. Kena faham, kalau cakap ada masalah kesihatan mental jangan anggap GILA semata-mata. Depression, anxiety, stress itupun termasuk dalam kategori masalah kesihatan mental. Jangan terus hakimi seseorang kalau dia cakap dia ada masalah kesihatan mental. Kita tak ada ditempat dia, jadi kita tak tahu apa yang dia lalui. 

Menyelit sekejap, siapa ada tengok video frontliner yang jatuh masa tengah berlari sambil tolak stretcher? Sedih tak? Kalau tanya aku, aku sedih tengok video itu :') Walaupun tengok 10 kali, 10 kali tetap rasa sedih. 

Tak pasti jatuh sebab tersadung ke tergeliat kakinya atau memang badan dah penat sangat sampai terjatuh. Yang pesakit tengah baring atas stretcher tak payah cakaplah, memang dah kasihan ditambah pula frontliner yang tengah tolak dia tiba-tiba terjatuh, memang dengan dia dia sekalilah jatuh.


Okey kembali kepada tajuk, hari ini nak ajak yang baca entri ini untuk buat Ujian Saringan Minda Sihat DASS (Depression Anxiety Stress Scale). Tak lama pun, dalam tiga hingga lima minit sahaja. Kalau aku buat tak sampai tiga minit hehehe. 

Melalui ujian ini, kita boleh ketahui status kesihatan mental samaada kita stress, bimbang atau kemurungan. Tapi perlu ingat dan tahu, ujian DASS hanya berfungsi sebagai saringan awal sahaja. Sebarang pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan. 

Nak buat ujian saringan minda sihat, boleh click disini: https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/dass/dass-awam-public.html

Soalan dia tak susah dan tak banyak pun. Dalam 21 soalan sahaja. Dan jangan risau, memang tak ada soalan yang kena buat karangan. Cuma perlu pilih dan tick pada kotak yang disediakan. Hanya perlu pilih

  • Tidak pernah
  • Jarang
  • Kerap
  • Sangat kerap

Itu sahaja. Mudah kan? 


Dan ini hasil ujian saringan minda sihat yang aku jawab tadi. Alhamdulillah, tahap kemurungan aku dalam kategori sederhana, tahap kebimbangan dan tahap tekanan aku pun berada dalam kategori normal.

Tapi, keadaan emosi boleh berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada apa yang sedang kita lalui.

Buat masa sekarang, aku tak ada apa-apa masalah yang perlu dibimbangkan sangat. Aku tak ada komitmen hidup yang tinggi macam orang lain lagi. Tak ada hutang kereta, hutang rumah dan sebagainya. Cumanya aku bimbang nanti dapat email dari Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) suruh bayar hutang 😂 

Tapi tak apa, duit elaun yang abang aku bagi RM 200 setiap bulan, boleh aku bayar hutang belajar aku. Bayar sikit sikit tak apa kan? Janji bayar. Betul tak? Sekurang-kurangnya bergerak lah juga amount hutang yang aku pinjam kan? Walaupun jenuh juga lah nak habis bayar, tapi tak apalah. Nak buat macam mana? Kita bukannya tahu apa yang akan jadi pada masa hadapan kan? Macam sekarang, tak sangka pun yang satu dunia akan dilanda Covid-19 kan? Dan nanti nanti bila dah dapat kerja, bolehlah aku tambah amount yang aku bayar setiap bulan. 

Jadi, selamat menjawab! 

Nanti sharelah result ujian masing masing macam mana :D

Sunday, 4 April 2021

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa | Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma in shaa Allah 13 April ni, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi tentang ubat ubatan dan beberapa prosedur yang boleh membatalkan puasa dan yang tidak akan membatalkan puasa jika dimakan. Macam biasa, aku nak kongsikan disini just in case masih ada yang keliru termasuklah diri aku hehehe.





Pertama sekali, ubat yang boleh membatalkan puasa terbahagi kepada empat jenis ubat iaitu:
  1. Ubat biji
  2. Ubat minum
  3. Pesari (Ubat yang masuk ke dalam vagina)
  4. Ubat masuk bontot (supositori dan enema)

Kedua, ubat yang tidak akan membatalkan puasa jika diambil terbahagi kepada lapan jenis ubat iaitu:
  1. Ubat yang diletakkan dibawah lidah (dengan syarat, LETAK bawah lidah. Bukan TELAN)
  2. Ubat cucuk insulin
  3. Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash)
  4. Ubat sapu seperti krim dan losyen
  5. Ubat kumur (dengan syarat, KUMUR sahaja, bukan DITELAN)
  6. Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat, TAK DISEDUT)
  7. Ubat bius setempat atau separuh
  8. Ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler untuk asthma

Ketiga, prosedur yang tidak akan membatalkan puasa terbahagi kepada 16 jenis prosedur iaitu:
  1. Hemodialisis atau peritoneal dialysis
  2. Mengambil darah untuk pemeriksaan
  3. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
  4. Cucuk melalui kulit, ke dalam otot, sendi, ke dalam pembuluh darah kecuali bahan yang dicucuk itu mengandungi zat
  5. Menderma atau menerima darah
  6. Menerima oksigen atau gas untuk dibius
  7. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
  8. Memasukkan ovules ke dalam vagina, cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina atau memasukkan jari ke dalam vagina (oleh doktor atau bidan) untuk pemeriksaan 
  9. Memasukkan tiub catheter untuk pemeriksaan
  10. Memasukkan tiub ke dalam mulut atau dubur (endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
  11. Mencuci mulut, kumur, spray mulut dengan syarat tidak ditelan
  12. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat ke dalam rahim
  13. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi) dengan syarat tidak ditelan
  14. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
  15. Cucuk pada dubur, pemeriksaan dubur atau pemeriksaan dubur menggunakan jari
  16. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia)

Dulu zaman sekolah menengah tingkatan 1 tahun 2010, pernah bagi alasan tengah ganti puasa sebab masa tu nak kena cucuk Pelalian HPV yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan budak sekolah berumur 13 tahun ambil Pelalian HPV. Tak pasti zaman sekarang masih ada ke tidak. Padahal penakut dengan jarum! Rupanya rupanya tak batal puasa pun HAHAHA. Pandai sangat bagi alasan yang tak valid padahal nurse yang nak cucuk itu lagi arif daripada aku 😆

Monday, 22 March 2021

Ulser Mulut

Ulser Mulut | Siapa dekat sini tak pernah kena ulser mulut? Semua pernah rasa kot. Baik kanak kanak mahupun dewasa. Semua pernah alaminya. Ada yang kena seminggu sekali, ada yang kena sebulan sekali dan ada yang kena jarang jarang sekali. 


Kalau aku, aku termasuk dalam kategori jarang jarang sekali. Sekali kena, seminggu tak ada selera makan HAHAHA. Sumpah tak ada selera langsung nak makan kalau kena dekat bibir dan pipi. 


Hidanglah makanan favorite masa itu, memang tak ada juga selera makan. Ke kalian masih ada selera makan kalau kena ulser? 😂



Nama lain ulser ni ada yang panggil guam, serawan atau mata ikan. Menurut Dr Samhan, ulser mulut ni boleh berlaku disebabkan oleh stress, kekurangan zat makanan, kurang tidur dan rehat, mulut yang kotor dan tidak bersih, perubahan hormon, jangkitan virus dan berlaku kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah


Dr. Sivakama Sunthari iaitu Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial di Hospital Kuala Lumpur berkata, ulser mulut jika tidak sembuh dalam masa dua minggu, ia perlu dirawat bagi mengesan jika itu simptom awal penyakit kanser mulut


Kanser SCC iaitu 'squamous cell carcinoma  adalah barah yang paling kerap berlaku dalam rongga mulut iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut. 


Antara tips untuk mengelakkan terkena ulser mulut ini adalah:

  • Minum air sebanyak 2 liter sehari
  • Urus stress dengan baik
  • Tidur secukupnya
  • Berus gigi selepas makan
  • Pastikan gigi palsu bersih *bagi yang memakai gigi palsu
  • Hindari fake braces
  • Banyakkan makan buah buahan, sayur sayuran
  • Berhenti merokok

Adalah ditegah bagi kanak kanak bawah umur 16 tahun untuk menggunakan bonjela. Hal ini demikian kerana bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin (ubat cair darah). 

Aspirin ni boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome iaitu satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian (Medicines and Healthcare products Regulatory Agency).

Kalau tak boleh guna bonjela, nak guna apa? Okey, kanak kanak bawah 16 tahun disarankan untuk menggunakan ubat ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid. 

Contoh contoh ubat yang mengandungi Hyaluronic Acid ialah Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 Gel. Rawatan lain yang boleh digunakan untuk rawat ulser mulut ini adalah dengan berkumur air garam, antiseptik dan guna aloe vera.

Sumber: Ulser Mulut

Thursday, 18 March 2021

Panadol Bahaya?

Siapa sini suka makan panadol? Setiap kali sakit, terus telan panadol. Panadol dan dirinya tak dapat dipisahkan. Tidak bagi aku hehehe. Panadol dengan aku ibarat musuh okay. Demam teruk sangat baru aku akan makan panadol. 


Tengok size panadol. Kalau size panadol kecil macam ubat selsema boleh ditelan lagilah. Kalau size panadolnya besar gila, kirim salam awal awal. Memang tak akan aku telan HAHAHA. Telan telan pastu keluar balik sebab tekak tak relakan panadol itu memasuki perut aku 😆


Tapi, betul ke panadol ini boleh membahayakan kesihatan? Boleh rosakkan buah pinggang? Betul ke panadol ni bila kita telan, dia akan kekal dalam badan kita selama 5 tahun? Siap boleh rosakkan hati? Betul ke? Nak tahu betul atau salah, jom baca entri ini sampai habis. Aku macam biasa, terjumpa masa tengah scroll twitter. Ternampak Dr Samhan (@DoktorSamhan) share berkenaan panadol ni di laman twitter miliknya.



Panadol atau Paracetamol ini biasanya digunakan sebagai ubat demam (antipyretic). Selain itu, panadol ini juga bertindak sebagai ubat tahan sakit atau biasa dipanggil sebagai painkiller. 

Panadol ini paling selamat dan sesuai digunakan oleh sesiapapun dan tidak mengenal usia, contoh: kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan warga emas.

Nak telan panadol ini mestilah mengikut dos yang ditetapkan. Jangan telan sesuka hati. Itu yang jadi bahayanya bila telan tak mengikut arahan doktor. 

  • Dewasa: 
    • Panadol 2 biji (500 mg) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4 g sehari). 
  • Kanak-kanak: 
    • Sirap pracetamol (ubat cair) adalah 15 mg per kilogram berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali sehari).
    • Kalau ubat peluru yang masuk ikut rektum tu pulak 30 mg per kilogram setiap enam jam sekali (maksima 5 g sehari).

Berapa dos yang boleh rosakkan hati?

Menurut Dr Samhan, kalau orang dewasa ambil 20 biji dalam satu masa dan bagi kanak kanak pula, 200 mg/kilogram dalam satu masa. Itu semua memang dah melebihi dos yang dibenarkan dan tak mengikut arahan doktor. Jadi, kesan pengambilan yang melebihi dos itulah yang akan merosakkan hati kita.

Tuntasnya, jangan risau kalau telan panadol. Janji jangan melebihi dos yang dibenarkan dalam satu masa. Kena berpada-pada. Kena baca dan dengar arahan doktor. Doktor lagi pandai daripada kita. Memang diakui paracetamol ada kesan sampingan lain seperti loya dan sebagainya, tapi apa apa pun, rujuk doktor terlebih dahulu. Jangan ikut sedap tekak kita sahaja.

Nota jemari: Aku lagi suka ubat cair daripada telan panadol hiks 😂

Baca lebih lanjut: Panadol Bahaya

Sunday, 14 March 2021

Sebab Sebab Anda Sering Digigit Nyamuk

Okey, mula mula aku terjumpa article pasal nyamuk ini kan aku tergelak kecil sikit. Serious lah nyamuk gigit kita pun ada sebab sebabnya. Bagi aku macam lawak jugalah sikit sebab ingat nyamuk gigit random saja. Rupanya ada enam sebab kita sering digigit nyamuk. Sharing by @DrSamhan di twitter. Jom baca sebab sebabnya.



  • Berdarah O
    • Siapa sini darah jenis O? Okey kalian selalu ke kena gigit nyamuk? Sebab menurut Dr Samhan, darah jenis O ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi iaitu sebanyak 83% untuk digigit nyamuk. 
    • Tetapi sebaliknya dengan darah jenis A. Jadi sesiapa darah A itu selamat sikit daripada digigit nyamuk. Eh ini sebab betul betul ke auta? HAHAHA.
  • Individu bertubuh besar
    • Masalah badan besar atau kecil pun memainkan peranan juga ya? Nyamuk pun pandai juga eh main pilih-pilih orang untuk menggigit? Menurut kajian, ia ada kena mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
    • Sebab apa? Sebab nyamuk mengesan sasaran mereka menggunakan karbon dioksida dan boleh dikesan dari jarak 50 meter. 
    • Makin besar badan anda, makin banyak karbon dioksida yang dilepaskan jadi makin besar peluang anda untuk digigit oleh nyamuk.
  • Wanita hamil
    • Wanita yang mengandung mempunyai 2 kali ganda peluang digigit nyamuk sebab mereka lagi banyak membebaskan karbon dioksida. 
    • Wanita sarat mengandung lebih banyak membebaskan karbon dioksida iaitu sebanyak 21% lebih banyak berbanding wanita biasa.
  • Individu sedang bersenam
    • Nyamuk tertarik dengan asid laktik iaitu kompaun yang yang dikesan dalam peluh. Haba tubuh badan yang meningkat semasa bersenam turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
  • Memakai pakaian gelap
    • Sebab ini boleh diterima sebab boleh dikira logik. Persekitaran yang gelap membuatkan nyamuk jadi selesa jadi memakai pakaian gelap boleh membuatkan nyamuk menumpang di badan kita dan seterusnya menggigit kita.
  • Individu mudah berpeluh
    • Asid asid tertentu seperti laktik dan urik serta kolestrol yang berada dalam badan kita mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Jadi, ia mampu menarik nyamuk kerana orang jenis ni mempunyai kadar metabolisme tinggi dan memproses kolestrol lebih cepat dari yang lain.

Jadi macam mana? Sebab sebab yang betul atau auta semata mata? HAHAHA. Sebab sebab digigit nyamuk ini hasil perkongsian Dr Samhan, jadi aku sampaikan dalam blog aku. 

Aku bukan berdarah jenis O pun selalu sangat digigit nyamuk :( Gigit tak tinggal parut tak apalah, ini pakej sekali dengan parut. Dah satu kerja pula nak kena pudarkan parut. Berbintik bintik tangan kaki kesan parut nyamuk 😭