Showing posts with label Weight. Show all posts
Showing posts with label Weight. Show all posts

Thursday, 8 July 2021

Jom Timbang Berat Blog

Suka betul ya buat entri yang ada kaitan dengan berat 😂 Tapi kali ini bukan nak cakap pasal berat badan. Tapi berat blog kita semua. Ya, blog pun ada berat mereka tersendiri. 


Pernah tahu ke berapa berat blog anda? Berapa lama tempoh masa loading blog anda? Ya, tempoh masa loading blog memainkan peranan yang sangat penting sebab kalau lambat sangat loading, ada kemungkinan besar untuk para pengunjung close tab atau tekan butang pangkah sebelum selesai loading page blog. 

Jadi, dekat mana nak timbang berat blog?



URL macam biasa, isikan URL blog masing-masing dan TEST FROM itu aku pilih Asia. Sebab aku rasa itu saja yang macam kena dengan Malaysia huhuhu. Ke aku salah? Dan tekan START TEST. Tunggulah beberapa saat, keputusan akan keluar dekat bawah.

Dan ini keputusan berat blog aku

Masa yang diambil untuk load ialah selama 20.95 saat. Agak lama juga ya blog aku ambil masa untuk load? Sebab aku ada baca dekat satu blog dan dia cakap, better 10 saat dan ke bawah. Tapi masalahnya, benda ini ikut line internet juga kan? 

Kalau line internet slow, jadi slow lah load time yang diambil. Betul tak? Aku cuba dua tiga kali juga, dan aku dapat sekejap 18+ saat, sekejap 20+ saat dan sekejap 17+ saat. Itu aku cakap tadi, bergantung kepada kelajuan internet yang digunapakai juga.

Performance grade blog aku 62, dan ada tulis huruf D. Ini kalau dalam peperiksaan, teruk juga kalau dapat D 😂 Yang requests itu aku tak faham. Ada sesiapa faham? Mind to explain? Hehehe.

Itu dia! Berderet deret grade F! Bawah sekali saja yang A. Tapi nak explain dengan lebih terperinci pun aku tak berapa faham juga, yang aku faham load time dan performance grade sahaja HAHAHA. 

Ada lagi keputusan lain lain tapi macam aku cakap tadi, aku tak faham hehehe. Kalian bolehlah cuba timbang berat blog masing-masing. Tengok seberat apakah blog anda semua. Seberat durian kampungkah? Atau seberat durian musang king kah?

Eh tiber, mentang-mentang musim raja buah sekarang ini. Walaupun musim raja buah, tapi aku tak makan hehehe, hanya mampu melihat saja.

Tips mengurangkan masa loading blog:

  • Kurangkan penggunaan gambar (jpeg) kerana size jpeg kebiasaannya adalah besar
  • Kurangkan bilangan entri pada home page blog. Setting bilangan entri kepada dua atau tiga entri sahaja
  • Kurangkan widget yang banyak menggunakan javascript
  • Letak widget yang mempunyai size yang besar seperti blog achieve, bloglist atau followers di bahagian bawah blog supaya elemen blog yang lain dapat dibaca terlebih dahulu
  • Letak "Read More" bagi meringkaskan post entri supaya loading setiap entri dapat dibaca dengan lebih cepat

Ada banyak faktor yang mempengaruhi loading time sesebuah blog. Jadi, kalau blog berat, kena kurangkan atau buang widget widget yang tak penting. 

Kalau zaman dulu dulu, suka betul letak lagu dalam blog HAHAHA. Lagu pun bukan main jiwang. Tapi sekarang dah tak ada blogger yang letak kan? 

Dan dulu pun selalu juga letak jam digital, kononnya nak memudahkan readers tahu pukul berapa padahal di telefon mahupun di laptop pun mesti ada paparan masa dah. Jadi itupun salah satu faktor yang boleh mempengaruhi loading page blog. 

Tuesday, 6 July 2021

BMI Underweight ke Normal?

Selamat pagi semuanya. Tengah tengah termenung semalam, tiba-tiba terfikir lamanya tak timbang berat badan. Kali terakhir timbang berat badan pada bulan April tempoh hari rasanya masa balik rumah kakak kedua di Marang. Balik nak jenguk kucing, tapi kucing tak balik balik huhuhu. 


Baik Hitam, baik Sayang mahupun Nana, semua dah lesap! Kasihan Muhammad Arfan tak sempat nak jumpa abang long, kak long dan abang ngah hehehe. 


Baca abang long as Sayang, kak long as Nana dan abang ngah as Hitam. Kucing kan macam family kita juga? Jadi, aku anggap Sayang dan Hitam sebagai abang long dan abang ngah kepada Arfan. Nana sebagai kak long sebab pernah bersuami dengan Sayang 😂 


Oh ya, Muhammad Arfan itu anak saudara aku yang kelapan yang baru saja lahir 3 Mei tempoh hari. 


Bila balik rumah sewa di Kuala Terengganu dah tak timbang timbang. Nak timbang celah mana pun tak tahu sebab tak ada alat penimbang dekat rumah. Mulut dah berapa kali cakap dengan kakak ketiga nak beli penimbang, tapi kesudahannya macam biasalah, tetap tak beli HAHAHA.


Kali terakhir aku timbang berat badan, berat aku 36.4 atau plus minus 1. Ringan kan? Ya, sangat ringan. Berat masa lahir 3.3 kilogram. Jadi sepanjang aku hidup selama 24 tahun, berat badan aku hanya meningkat sebanyak 33 kilogram sahaja :') Orang panggil plywood bergerak. Atau lagi tepat, tengkorak hidup.



Dan ini hasilnya. Body Mass Index atau biasa kita panggil BMI. Dan BMI aku sudah semestinya dalam kategori underweight. 

Your Body Mass Index is 14.76 which is underweight.

Nak normal BMI kena capai 18.5 dan ke atas. Jauh lagi perjalanan nak capai 18.5 dan ke atas. Dan siapa sini geng dengan aku? Geng underweight hehehe. Sebetulnya, dah lali dah setiap kali check BMI, memang dah boleh agak HAHAHA. 

Memang underweight. Tak rajinlah atau tak pernahlah nak normal. Bila nak normal? Itupun aku tak ada jawapan. 

Kalau ada sesiapa nak check juga BMI diri sendiri, boleh check disini: BMI Calculator

Rujukan:

  • 18.5 atau kurang = underweight
  • 18.5 - 24.99 = normal weight
  • 25 - 29.99 - Overweight
  • 30 dan lebih = Obes

Dan untuk makluman, kadar obesiti di Malaysia adalah tertinggi dalam Asia Tenggara iaitu sebanyak 15.6%, diikuti oleh Brunei iaitu 14.1%, Thailand sebanyak 10.0% dan Indonesia sebanyak 6.9%

Ini sumber aku ambil dari Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia yang dimuatnaik pada 10 November 2020. 

Okey kembali ke BMI aku, aku letak 35 kilogram sebab aku rasa berat badan aku makin menurun. Kakak ketiga aku selalu cakap, 

'Adik, mu tak cukup makan ke duduk dengan aku? Aku tak bagi makanan yang secukupnya ke?

HAHAHA. Sebab masa aku duduk Marang tempoh hari, berat badan aku naik dan mencecah 38 atau 39 kilogram. Makan sedap duduk di Marang! Kakak kedua aku kan pandai masak, hari hari dia masak, kena habiskan lauk pauk yang dia masak, jadinya naiklah berat badan aku. 

Dan ya, aku pendek sahaja. 154 cm sahaja. Ala orang cakap dalam kategori cute. Eh? 😛 Kakak kedua, kakak ketiga dan aku memang pendek. Kakak sulung saja yang tinggi. Empat orang adik beradik lelaki aku semuanya tinggi tinggi, tapi tak adalah tinggi macam Lee Kwang Soo. Standard lelaki melayu? Maybe 170 cm plus minus 2.

Ketinggian tak cukup cm ini ikut belah mak sebab mak aku pun pendek orangnya. Yang empat adik beradik lelaki aku dengan kakak sulung aku mungkin ikut belah ayah. Saudara mara belah ayah semua tinggi-tinggi dan besar. Yang sebaya dengan aku pun tinggi macam apa.

Kembali kepada BMI, ya aku dalam kategori underweight. Nak cakap tak makan, makan macam biasa. Mungkin tak cukup jumlah kalori yang perlu aku makan setiap hari. Aku tak pernah kira pun bilangan kalori yang aku makan setiap hari. 

Gambar atas menunjukkan maintenance calories aku. Aku check disini: TDEE Calculator

Setiap hari kena makan 1, 238 kalori dan bersamaan 8, 665 kalori setiap minggu. Kalori untuk satu senduk nasi putih bersamaan 100 kalori. Tapi lain jumlah kalorinya kalau nasi putih itu bertukar menjadi nasi lemak ataupun nasi goreng dan sebagainya.

Memang tak kiralah jawabnya hahaha. Entah betul entah salah aku kira. Huhuhu. Hari hari bukan makan benda yang sama. Kalau makan benda yang sama, mungkin agak senang untuk dikira. Mungkin? 

Ke ada aplikasi yang boleh tolong kira kalori kita? Just masukkan sahaja apa makanan yang kita makan, nanti aplikasi tersebut akan tolong kirakan untuk kita. Ada ke? 

Dan ini ideal weight yang aku perlu capai untuk dapatkan BMI yang normal

Ideal weight between 47 kilogram to 54 kilogram

Ya Allah, nak capai 40 kilogram pun susah! Apatah lagi nak capai 47 kilogram! Mana mahunya berat badan nak capai 47 kilogram HAHAHA. Naik 40 kilogram pun mujur. Tapi tak pernah lagilah capai 40 kilogram. Bila sikit lagi nak capai, dia jatuh dua tiga kilogram. Tak tahu apa masalah :')

Punyalah susah nak naik dua tiga kilogram, tapi nak turun dua tiga kilogram itu macam air mengalir. Laju! Senang senang saja nak turun. Kakak aku pun ada suruh aku makan Vitamin B Complex tapi aku tak makan makan lagi 😂 

Dia cerita, dia makan B Complex lah berat badan dia mencanak naik dari 40 kilogram ke 52 kilogram. Memang bertambah selera makan dia. Jadi, dia pun suruh aku makan. Tapi aku tak makan makan HAHAHA. Nanti aku makan. Nak tengok juga perubahan berat badan lepas makan B Complex nanti. 

Dan lagi satu, exercise. Jangan ingat badan kurus kering tak perlu exercise. Jadi, esok macam nak mula bersenamlah. Harap harap aku istiqomah lah macam Kak Nur. Hari hari berlari kecuali hari berpuasa! Kagum betul dengan semangat Kak Nur. Larian Kak Nur bukannya 3 kilometer ke 4 kilometer ke, tapi lebih dari 10 kilometer :')

Jadi, dah selesai cerita aku, sekarang nak tanya, BMI kalian dalam kategori apa? Mind to share? 😉

Nota jemari: Kalau bagi sesiapa yang rasa berat badan adalah isu sensitif bagi mereka, tak perlu share BMI kalian dalam kategori mana. Aku faham ada orang yang rasa atau anggap berat badan ini salah satu isu sensitif bagi dirinya. Sama juga macam usia :)