Showing posts with label Contest. Show all posts
Showing posts with label Contest. Show all posts

Monday, 7 June 2021

Blog Review dan Kad Raya Virtual daripada Blog Alien Oren


Blog review daripada blog Alien Oren akhirnya muncul juga.

Alien Oren screenshot blog aku yang masa itu post entri tentang kucing aku Sayang yang tak pulang ke rumah :( 

Boleh baca: Sayang Oh Sayang

Tapi Alhamdulillah Sayang dah balik rumah dah! Dia hilang 04 Mei dan pulang ke rumah pada 25 Mei! Gembira tak terkata bila kakak kedua hantar gambar sayang 😭 Tapi sayang, Sayang balik dalam keadaan teruk. 

Luka di hidung, atas kepala dan bahu semakin teruk! Ibarat Sayang terkena penyakit kulit yang merebak sampai satu badan. 

Balik balik badan kurus kering. Ya Allah tak sanggup nak bercerita, nak menggambarkan keadaan sayang, takut air mata menitik kembali. Berharap sangat boleh rentas daerah, boleh bawa Sayang pergi klinik haiwan :( 

Okey kita back to the topic, 


From number 1 to number 5 real quick ya HAHAHA. Tak ada rezeki nak menang tempat pertama, kedua dan ketiga. Tapi Alhamdulillah mendapat tempat walaupun nombor lima. Dapat duit raya RM 10 daripada Alien Oren hehehe.

Jatuh daripada nombor 1 kepada nombor 5 sebab kerja part time, memang tak sempatlah nak collect points setiap satu jam. Tapi tak apa, menang kalah adat pertandingan. Kita santai santai sahaja.

Mengenai blog review, bagus juga sebenarnya sebab ada orang sudi untuk review blog kita. Free of charge! Tak dikenakan sebarang bayaran pun! Memang syok! Hehehe.

Aku berterima kasih kepada Alien Oren kerana sudi untuk review blog aku. Sangat bagus sebab aku boleh tahu pandangan pembaca mengenai blog aku. Aku boleh betulkan dimana yang terkurang atau terlebih supaya penulisan aku mudah difahami dan dapat disampaikan dengan baik.

Bak kata Alien Oren, aku sangat rajin membuat artikel mengikut arus semasa. Aktif menulis dan melontar pandangan dalam menyuarakan pendapat. Kadang kadang terasa macam mini Facebook. Alahai, mini Facebook pun bolehlah Alien Oren 😜 

Tapi tak boleh dinafikan, aku membuat artikel mengikut arus semasa. Kadang kadang, kebuntuan idea nak menulis pasal apa, maka kita ambil isu semasa. Kita ulas mengikut citarasa kita sendiri. Bertukar tukar pendapat sesama blogger yang lain. 

Tak naklah setiap hari bercerita tentang kehidupan aku yang sangat membosankan. Tak ada apa apa yang menarik dalam kehidupan aku 😂

Tidak dilupakan juga kad raya virtual daripada Alien Oren, walaupun sudah memasuki 25 Syawal, tapi masih dikira bulan raya! ;)


Terima kasih Alien Oren! 💜