Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, 29 March 2022

Pertama Kali Makan Vietnamese Cuisine di MyViets, Ayer 8, Putrajaya

21 March 2022 haritu housemates tiba-tiba ajak makan malam sama-sama. Tiberr sangat hahaha. Kami berempat tak permah makan malam dekat luar bersama-sama. Dalam rumah tu pernahlah. Mula-mula aku tak nak pergi sebab dah beli lauk untuk makan malam nanti, just masak nasi je nanti bila balik kerja. Tapi bila fikirkan balik, join jelah sekali mereka bertiga sebab bukan selalu kan. Gituh. 


Sampai rumah dalam pukul 5 petang, solat asar then tunggu housemate lagi seorang belum sampai rumah. Tunggu punya tunggu, dalam pukul 5.30 petang jugaklah naik grab pergi MyViets, Ayer 8. Dekat je. Tambang grab RM7.00. Aku macam terkejut jugak sebab ingatkan nak pergi makan malam dekat kedai masakan Melayu, rupanya nak pergi makan dekat MyViets. Aku dah lah tak pernah makan. First time! Tapi bedal jelah. Nanti sampai, tengoklah menu apa yang ada kan.

MyViets, Ayer 8, Putrajaya MyViets, Ayer 8, Putrajaya

Aku order menu simple je sebab nak buat alas perut je. Lauk dah beli dah, nanti balik rumah nak makan nasi lagi. Mahu kembung perut aku nanti.

Grilled Marinated Chicken with Lemongrass and Lime Leaf

Makanan pertama yang sampai lepas siap order. Kena order melalui QR Code yang disediakan. Kiranya scan QR Code then nanti automatik dia akan bawa kita ke link untuk order makanan. Kalau tak silap aku, nama menu ni Grilled Marinated Chicken with Lemongrass and Lime Leaf. Harga mungkin RM15.90. Maafkan aku kalau salah sebab dah lupa resit letak mana. 

Aku dengan housemate yang tak makan sayur ternganga kejap bila makanan ni sampai HAHAHA. Sebab penuh sayur! Kami bukan tak makan sayur tapi ada sesetengah sayur je yang makan. Paling tak suka taugeh! Housemate cakap sedap. Ayam pun sedap. Aku try rasa ayam and memang sedap. Ayam apa je yang tak sedap kan? Hihihi.