Showing posts with label UiTM. Show all posts
Showing posts with label UiTM. Show all posts

Sunday, 29 August 2021

Tawakal? Last Minit? Gifted? Pilih Satu!


Tak ingat jumpa gambar ni dimana, tapi bila tengok gambar ni teringat zaman belajar dahulu kala. Bukan main ya dahulu kala, padahal baru habis belajar bulan Januari tempoh hari kikiki. Tapi, jujur aku cakap memang rindu suasana belajar di universiti before covid datang melanda satu dunia.

Tak sangka ya dalam sekelip mata, Covid-19 mengubah segala-galanya. Aku bernasib baik sebab hanya satu semester sahaja kena online distance learning (ODL) iaitu semester 6. Satu-satunya semester tak ada peperiksaan akhir sebab benda berlaku sangat mengejut. Tiba tiba terpaksa belajar secara online. Keadaan mungkin kelam kabut sikit memandangkan pihak universiti cuba cari jalan penyelesaian. Kesudahannya untuk semester tu memang tak ada peperiksaan akhir. Tapi assignment berlambak! 

Kalau semester before covid, memang wajib ada peperiksaan akhir. Agak agak, aku dalam kategori apa? Tawakal? Last minit? Atau gifted? Jeng jeng jeng. Sudah pasti aku dalam golongan last minit HAHAHA. Seminggu sebelum peperiksaan bermula, baru kalut jawab soalan soalan past semester. Baru kalut buat nota, cari slides lecturers yang missing dan sebagainya. 

Kalau UiTM, seminggu sebelum final exam, dia ada satu minggu yang dinamakan 'Study Week'. Masa study week itulah kalut buat semua. Pulunlah jawab semua soalan soalan past semester untuk semua subjek yang ada final paper. Letih tu memang letihlah, tapi berbaloi. Boleh tahu jenis soalan apa yang biasa ditanya dalam peperiksaan, boleh agak soalan apa yang bakal ditanya dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi diri kami (baca: aku dan classmates) juga bilamana kita target soalan tu akan keluar, tapi dia tak keluar 😂

Saturday, 17 July 2021

Rumah Kutai Rumah Tradisional Negeri Perak

Siapa sini orang Perak? Dan keluarga masih ada rumah tradisional iaitu Rumah Kutai? Aku terinspirasi untuk tulis entri ini lepas tengok Kak Ret update di blognya sebuah rumah tradisional Negeri Sembilan. Masih cantik rumahnya!

 


Jadi hari ini, aku nak bawa semua pergi melancong ke negeri Perak dan lihat rumah tradisional di Perak. Serba sedikit maklumat tentang Rumah Kutai:

  • Dibina sekitar tahun 1890an
  • Kutai adalah istilah orang tempatan gunakan untuk merujuk kepada tua atau sudah lama
  • Terdapat 37 buah Rumah Kutai yang dibina sepanjang tebing Sungai Perak
  • Selepas berakhir Perang Dunia Kedua pada tahun 1918, Rumah Kutai tidak lagi dibina di Perak


Ciri-ciri asli Rumah Kutai:

  • Menggunakan atap sagu (rumbia)
  • Dinding buluh
  • Menggunakan banyak cerucuk
  • Menggunakan bahan semulajadi yang dapat dijumpai sekitar kampung seperti kayu dan buluh

Keunikan Rumah Kutai dapat dilihat pada bumbungnya yang panjang dan mempunyai ruang penyimpanan di bumbung yang dikenali sebagai loteng. Rumah Kutai juga mempunyai hiasan yang menarik seperti tunjuk langit, papan pemeleh, kekisi, pagar musang dan sebagainya. Rumah jenis ini dikatakan mempunyai pengaruh senibina Acheh dan Bugis yang mempunyai sejarah dengan Kesultanan Perak.

Layout Rumah Kutai

Serba sedikit maklumat tentang Rumah Kutai yang aku dapat masa buat assignment pasal Rumah Kutai hehehe. Requirement assignment yang lecturer aku suruh buat masa aku semester lima ialah aku kena cari sebuah rumah tradisional dan kaji senibina yang ada pada rumah tersebut.

Rumah Kutai

Dan inilah Rumah Kutai yang berjaya aku jumpa dan terletak di Bota Kanan. Sebetulnya, aku tak jumpa pun rumah ini. Rumah ini aku dapat sebab lecturer aku yang bagi alamat rumah ini. Rumah Kutai diatas merupakan rumah nenek kepada kawan lecturer aku. Lecturer aku cakap rumah ini famous. Kesahihannya aku tidak pasti hahaha.

Aku ada sedikit masalah transportation nak pergi mencari rumah tradisional sebab aku tak ada lesen. Nak minta tolong kawan pun segan sebab makan masa juga kalau nak cari rumah tradisional ini. 

Bukan cari cari terus dapat. Kalau cari dan jumpa, kena minta pendapat lecturer dulu samaada dia luluskan atau tak untuk ambil rumah tersebut. Kalau lecturer tak luluskan, kena cari dan cari lagi sampailah dia puas hati. Kalau ada lesen, at least boleh sewa kereta kan? Tapi aku lesen pun tak ada. Menyedihkan betul lah hidup seorang Atiqah Najihah HAHAHA.

Dulu masa diploma, aku ada kawan yang boleh tolong aku bawa kemana-mana sahaja, tapi masa degree, dia dapat di UITM Shah Alam dan aku di UITM Seri Iskandar. Jadi, takkanlah aku nak suruh dia datang ke Seri Iskandar semata mata nak teman aku cari rumah tradisional 😂

Last last, lecturer aku bagi Rumah Kutai kepunyaan nenek kawannnya. Rumah Kutai peninggalan nenek kawannya dah tak ada orang duduk dan selenggara. Sayang sebab terbiar begitu sahaja. Tak ada orang jaga dan uruskan. Jadinya, bila lecturer aku dah bagi rumah nenek kawan dia, mudahlah untuk aku terus pergi ke rumah tersebut. Dah tak payah susah susah round satu dua tiga kampung untuk cari rumah tradisional.

Aku pergi dengan housemates merangkap classmates juga. Kami pergi bertiga. Aku segan nak minta tolong dia hantarkan sebab dah selalu menyusahkan dia, tapi nak tak nak terpaksa aku tebalkan muka dan minta tolong dia juga. Kereta Myvi Putih itu yang kawan aku punya hahaha.

Rumah Kutai ini memang duduk betul betul depan jalan raya yang sibuk. Agak menyeramkan juga masa mula mula sampai. Bukan takut dengan cik ponti dan seangkatan dengannya, tapi takut berjumpa dengan binatang yang bernama ular. Semak samun kiri, kanan dan belakang rumah, siapa saja tak takut? Sekali dia munculkan diri, memang tak cukup tanah nak berlari 😂

Sayang seribu kali sayang, aku tak dapat masuk ke dalam rumah sebab berkunci. Jadi aku tengok bahagian luar sahaja. Nak buat floor plan pun tak ada masalah sebab boleh rujuk floor plan melalui bawah rumah. 

Floor plan

Ini floor plan yang dilukis semula menggunakan AutoCAD. Aku lukis? Tidak sama sekali. Aku upah classmate aku masa diploma untuk lukiskan measured drawing untuk aku. Measured drawing yang lengkap dengan floor plan, empat elevation iaitu front, rear, left dan right elevation, section X X dan juga section Y Y

Kawan aku silap buat dimension kecil jadinya tak nampak dimenstion dekat belah kiri dan atas (rujuk gambar diatas). Tapi tak apalah, kecil pun kecil lah janji siap HAHAHA. Kedudukan pintu aku hentam saja sebab tak pasti kedudukannya, boleh intai ikut celah celah tingkap macam itu saja. Kan nanti orang kampung ingat kami nak mencuri pula.

Sekarang aku nak tunjuk architectural style yang ada pada Rumah Kutai tersebut. 

Tunjuk Langit

Bukan cucuk langit ya hahaha. Maaf ya gambar kabur sebab aku ambil dari pdf. Tak jumpa cari pula gambar yang aku ambil. Okey, tunjuk langit yang menghala ke langit itu. Sebab itu dipanggil tunjuk langit. 

Kepala Pintu

Kepala pintu terlindung disebalik tulisan jawi yang ada diatasnya. Jadi tak nampak mana kan kepala pintunya? 

Kepala Tingkap

Kalau tadi kepala pintu, sekarang kepala tingkap. Sebab apa kepala tingkap? Sebab berada dibahagian atas tingkap rumah. 

Ande-ande

Yang ini dipanggil ande-ande. Term yang selalu digunapakai di negeri Kelantan dan Terengganu untuk fascia board. 

Papan pemeleh

Juga dikenali sebagai peles, pemeles, papan layan dan sebagainya. 

Gerbang

Gerbang merupakan pemisah antara Anjung dan Rumah Ibu. Gerbang juga biasa terletak di depan rumah sebelum masuk pintu utama rumah.

Seterusnya, mari kita tengok building element yang ada pada pada Rumah Kutai.


Lantai yang tinggi daripada ground floor iaitu tanah. Tinggi banyak juga iaitu setinggi dua meter. Bijak orang zaman dulu dulu sebab buat lantai tinggi tinggi sebab satu, boleh elak rumah dinaiki air kalau musim banjir. Dan sebab yang kedua nak membenarkan pengudaraan keluar masuk dari dalam ke luar rumah dan sebaliknya.


Rumah Kutai didirikan atas tiang sebanyak 12 atau 16 tiang yang dipanggil tiang seri atau tiang adat. Banyak betul tiang kan? Sebab itulah Rumah Kutai ini masih kukuh berdiri sampai sekarang. 


Dinding Rumah Kutai pula biasanya dibina daripada buluh atau kelarai dan juga kayu. 


Rumah Kutai ada dua pintu masuk iaitu satu untuk lelaki dan satu lagi untuk perempuan. Pintu dibuat rendah untuk para tetamu tunduk ketika masuk ke dalam rumah. Kiranya, tanda hormat kepada tuan rumah lah.

Menarik sebenarnya rekabentuk rumah tradisional. Tak kisahlah rumah tradisional negeri Terengganu ke Perak ke Negeri Sembilan ke dan lain-lain lagi sebab rumah tradisional itu ada keunikan tersendiri. Ada  ukiran ukiran yang menarik yang diukir oleh nenek moyang kita dulu-dulu.

Pandangan hadapan

Pandangan belakang

Pandangan sisi kiri


Pandangan sisi kanan

Okey, habis dah bawa melancong ke Rumah Kutai di Perak. Rasa macam panjang entri kali ini HAHAHA. Dan kalau aku ada salah tulis pasal Rumah Kutai, boleh tegur aku ya. Adios! 

Wednesday, 16 June 2021

Thesis Degree Part 2


Kesinambungan dari Thesis Degree Part 1. Boleh baca disini: Thesis Degree Part 1

Fikir punya fikir, buat online questionnaires. Nak distributes among students with disabilities di UITM. Dah dapat contact seorang doktor merangkap pensyarah (kalau tak silap aku) yang jaga hal ehwal students with disabilities ini.
 
Tapi untuk sekian kalinya, terpaksa tukar target students lagi sekali. Sebab apa? Sebab takut tak ramai students with disabilities di UITM. Supervisor aku cakap nak dalam 150 respondents. Ya Allah!

150 orang itu agak ramai! Fikir punya fikir punya fikir, aku tukar target kepada student without disabilities. Memang online questionnaires sajalah yang mampu. Keadaan tak mengizinkan waktu itu. 

Ya, walaupun tukar target kepada students without disabilities, total respondents aku tetap tak capai 150 orang. Hanya capai 120 orang sahaja. Supervisor pun cakap, tak apalah Atiqah. Awak analisis saja walaupun hanya ada 120 orang sahaja yang menjawab online questionnaires aku. 

Jenuh nak analisis! Pakai Statistical Packages for Social Sciences (SPSS). Tak pernah pernah belajar pakai software SPSS, tiba tiba analisis pakai software ini. Belajar last minit di Youtube! Dan belajar dengan kakak aku juga sebab thesis dia sebelum ini pun pakai SPSS juga. 

Beli software di Shopee, tak silap berharga RM 3.00. Memang murah 😂 Nak dijadikan cerita, aku baru nak analisis data 01 Julai 2020, tiba tiba supervisor merangkap penyelia subjek Academic Project hantar whatsapp dalam group batch aku, full report thesis mesti dihantar pada 03 Julai 2020! 

Ya Allah lagi sekali! Dalam masa dua hari nak kena setelkan Chapter 1, 2, 3, 4 dan 5! Tak termasuk format thesis lagi! Classmate aku pula ada yang laptop di kedai sebab rosak, bincang punya bincang, penyelia extend tarikh sampai 09 Julai 2020 kalau tak silap aku.

Maka pulun atiqah pulun siapkan thesis. Tak tidur malam selama beberapa hari. Tidur lepas subuh. Sampai kakak kedua aku membebel sebab tak tidur malam. Dia tak tahu ke, students memang suka buat kerja last minit? 😂 

Idea mencurah curah kalau last minit! 

Kakak kedua aku nak tidur waktu malam, jenguk bilik aku sekejap. Tengok aku masih di depan laptop. Eh! Bangun pagi siap siap nak pergi kerja, tengok aku masih di depan laptop. Geleng kepala saja yang mampu HAHAHA. 

Kakak ketiga aku memang dah sedia faham sebab dia pun student juga masa itu. 

Akhirnya, setelah beberapa hari tak tidur malam, tidur lepas subuh, sambung buat kerja lepas zohor, berjaya submit full report thesis pada 08 Julai 2020. Dia punya gembira, memang tak terkata! 

Awareness and Observation Among UITM Students on Facilities Provided for Students with Disabilities. 

Tajuk rasmi thesis ijazah sarjana muda aku 👆

Itu baru siap submit full report thesis. Tak siap lagi presentation. Ada mini kolokium. Alhamdulillah bersyukur juga sebab tak payah present melalui google meet. Cukup sekadar buat slide presentation dan record suara. Then, submit melalui email. 

Nak record suara pun banyak masalah. Masa itu duduk di Marang. Rumah betul betul depan jalan raya utama. Tak kira masa, pukul 3 pagi ke 4 pagi ke mesti ada lah bunyi motor lah ekzos kereta yang bising lah dan sebagainya.

Aku sajalah nak record suara pagi pagi buta dengan harapan tak ada gangguan, tapi tetap ada gangguan. Kalau record siang hari, tak payah cakaplah sebab memang lagi double triple gangguan. 

Aku redha dah, sebab letih dah nak record. Memang akan ada banyak gangguan. Tak termasuk gangguan oleh makhluk Allah yang berbulu dan berfish ball. Meow meow tak berhenti henti HAHAHA. Jentik fish ball kan baru tahu! 😆

Dah setel buat slide presentation, dah setel record suara, dah submit di email. Akhirnya, sudah boleh di hard coverkan. Tapi, aku rasa tersangatlah membazir buat hard cover yang harganya agak mahal. Sebab apa membazir? 

Sebab kesudahannya, akan masuk bakul sampah :') Tapi terpaksalah ikut arahan. Penyelia nak hard cover, kita pun buat saja lah. Janji dapat A. Hahaha.

Tuesday, 15 June 2021

Thesis Degree Part 1


Tiba tiba rindu nak buat assignment. Eh! Dulu time buat assignment, stress lah, tak faham skop assignment lah, menangis lah, itulah dan inilah. Alih alih sekarang rindu pula HAHAHA.

Petanda nak kena sambung master ke? 

Sudah pasti tidak hahaha. UITM hantar email semalam, suruh sambung master tapi tak apalah. Tapi entri kali ini bukan nak cakap master. Tapi nak bercerita tentang thesis aku yang aku buat semasa belajar tempoh hari. 

Thesis termasuk dalam subjek yang diberi nama Academic Project. Serious talk, mula mula aku sambung degree, aku tak tahu aku kena buat thesis! Begitu juga aku tak expect aku kena ambil subjek Lukisan Kejuruteraan bila apply sekolah teknik semasa tingkatan 4!

Nampak tak ambil cakna kan? HAHAHA.

Disebabkan aku sambung degree atas course yang sama sewaktu diploma, jadi aku terus lompat ke semester 3. Kalau sesiapa yang datang dari matrikulasi, STPM atau diploma course lain, kena start dari semester 1. Tapi aku boleh lompat terus ke semester 3. Agak menjimatkan masa.

Jadi, masa semester 5, bermulalah subjek Academic Project I. Thesis ada 5 chapter yang penting iaitu:

Chapter 1: Introduction
Chapter 2: Literature Review
Chapter 3: Research Methodology
Chapter 4: Results and Discussions
Chapter 5: Conclusion and Recommendations

Untuk semester 5, hanya perlu buat Chapter 1, 2 dan 3 sahaja. Next semester iaitu semester 6 baru sambung Chapter 4 dan 5.

Masa semester 5, tak ada covid lagi masa itu. Bukan tak ada, cumanya tak teruk macam sekarang. Masa itu kalau tak silap, dalam 2 atau 3 kes sahaja. Kalau tak silaplah hehehe. 

Cadangnya nak buat pasal kemudahan pelajar kelainan upaya di tiga buah sekolah. Nak pergi tiga buah sekolah yang dipilih dan nak kaji kemudahan kemudahan yang ada disediakan oleh pihak sekolah kepada para pelajar kelainan upaya yang mendaftar di sekolah mereka. Target thesis aku pada masa itu ialah murid sekolah rendah. 

Consult dengan supervisor, dan supervisor pun setuju. Maka buatlah Chapter 1, 2 dan 3 based on tajuk yang dipersetujui. Bila masuk semester 6, awal bulan 3, masa inilah Covid dah slow slow merebak di Malaysia. Awal semester 6, dah siap call, email dan buat official letter kepada tiga sekolah yang aku pilih. 

Buat surat rasmi, nak maklumkan dan minta kebenaran untuk buat kajian di sekolah mereka and at the same time, nak interview beberapa orang pelajar kelainan upaya.

Eh! Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segala galanya. Tiba tiba dikhabarkan dengan khabar berita yang buruk iaitu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) berkuatkuasa 18 Mac 2020. 

Maka punahlah semua yang aku rancangkan. Masa itu, keadaan agak kelam kabut. Since 18 March 2020 sampailah awal bulan 5 rasanya, aku tersangatlah relax! Sebulan lebih tak ada kelas sebab UITM masih dalam peringkat perbincangan untuk adakan Open and Distance Learning (ODL) yang masih dijalankan sampai sekarang disebabkan Covid-19.

Memang sebulan lebih aku tak fikir pasal thesis langsung! Sampailah satu hari di pertengahan bulan 6, aku dapat call dari supervisor, membebel dekat aku HAHAHA.


"Atiqah, kenal tak lagi suara saya?"
"Atiqah, awak langsung tak contact saya ya, mentang mentang duduk rumah sekarang ini."

Dan banyak lagi HAHAHAHA. Aku akui salah aku sebab tak contact langsung supervisor aku. Sudahlah supervisor aku itu merangkap penyelia kepada subjek Academic Project ini :')

Tiba tiba supervisor cakap, tak lama dah submission thesis. Dah boleh mula dah sekarang ini. Nak kena adjust balik Chapter 1, 2 dan 3 aku yang lepas. Sah sah dah bertukar tajuknya sebab tak dapat pergi sekolah.

Bersambung...

Friday, 4 June 2021

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda UiTM pada December 2021


Tiga empat hari yang lepas, ada ternampak kawan kawan yang satu batch di universiti upload story di Instagram tentang konvokesyen untuk ijazah sarjana muda. Dan semalam aku pun check jugalah. In shaa Allah bulan Disember 2021 ini bakal bergraduasi daripada UiTM Seri Iskandar. 


Walaupun tahu agak mustahil bagi pihak UiTM untuk mengadakan majlis konvokesyen dalam keadaan negara tengah menghadapi pandemik Covid19 ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi pun. 


Cukuplah sekadar sijil ijazah sarjana muda dan transkrip aku selamat sampai ke tangan. Sebab apa aku tak kisah kalau tak ada majlis konvokesyen untuk ijazah sarjana muda ini? Sebabnya aku dah pernah berkonvokesyen semasa diploma tempoh hari. Itupun sudah cukup dan memadai hehehe.


Tapi kasihan juga dekat orang yang pertama kali konvokesyen kan, tapi terpaksa konvokesyen secara alam maya (online) ataupun terima sijil daripada abang poslaju hehehe. 


Tapi apa boleh buat kan? Keadaan tak mengizinkan kita semua nak bebas macam dahulu kala. Pakai ayat dahulu kala rasa macam terbang ke tahun 1950-an, 1960-an hahahaha.


Kalau sebelum ini, pelajar akan berkonvokesyen di UiTM yang berhampiran dengan rumah masing masing. Contoh, sepatutnya aku akan berkonvokesyen di UiTM Seri Iskandar, Perak tapi disebabkan Covid19, aku terpaksa pergi ke UiTM berhampiran iaitu UiTM Kuala Terengganu di Chendering. 


Tapi apa apapun tunggu pengumuman rasmi daripada pihak UiTM. 


Alhamdulillah berjaya juga habiskan ijazah sarjana muda walaupun mulut setiap hari duduk meratib nak quit nak quit HAHAHA. Biasalah, stress tengah belajar, tengah buat assignment, tengah lukis pelan, memang mulut meratib nak quit sajalah. Tapi tak buat pun 😂


Aku, diploma dan ijazah sarjana muda dalam jurusan yang sama iaitu Ukur Bangunan (Building Surveying). Dalam dua tahun setengah sahaja aku dalam ijazah sarjana muda sebab potong credit hours (subjek yang pernah diambil semasa diploma). Itu untung kalau sambung jurusan yang sama, banyak credit hours boleh potong. 


Boleh baca disini untuk tahu apa itu Ukur Bangunan dan juga disini Juruukur Bangunan. Dan Life as Building Surveying's student.


Walaupun pihak UiTM ada menawarkan untuk sambung ke master dalam jurusan Master of Science in Green Architecture di UiTM Seri Iskandar juga, tapi aku menolak hehehe. Cukup sampai ijazah sarjana muda dulu buat masa sekarang 😂


Kalau umur masih panjang, dah ada pekerjaan yang tetap, boleh difikirkan semula untuk ambil master sebagai part time hehehe. In shaa Allah suatu hari nanti. 

Sunday, 14 March 2021

Keputusan Final Semester UiTM

Dua hari lepas, result final semester aku keluar. Alhamdulillah. Maka, berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar. 


Kebiasaannya, kalau practical training memang akan dapat result yang tersangatlah elok unless pelajar ada masalah dengan supervisor universiti mereka atau supervisor di company mereka berpraktikal.Tapi, Alhamdulillah sekali lagi. Aku dapat kedua dua supervisor yang sangatlah baik dan tak kedekut markah. Baik supervisor uitm mahupun supervisor company aku practical. 


Masa mula mula dapat supervisor UITM, aku takut and ketar lutut jugalah sebab lecturer itu bekeng! Bekeng is garang. Bekeng is from negeri Darul Iman hehehe. Untuk practical training, aku buat report pasal "Maintenance work at Sekolah Tunas Bakti (P) Marang, Terengganu". Dah selalu ikut penolong jurutera pergi site visit untuk project itu, jadi terhasillah report based on maintenance work sekolah tersebut. 


Tersangatlah mudah report practical sebab tak boleh lebih 60 pages. Tapi aku tetap terlebih HAHAHA. Syok menaip katakan sampai tak sedar dah masuk 70 pages. Dan english exit test aku mujurlah lulus walaupun speakingnya berterabur. Masa speaking test tu, aku banyaklah juga terkeluar "emm, emm, apa lagi ya" sebab tak ada idea nak speaking. Diberi 5 soalan dalam masa 20 minit kena speaking. 


Walaupun ada masa preparation untuk setiap soalan, tapi tetap tak cukup. Bagi soalan on the spot, so otak kena ligat lah fikir nak cakap apa. Aku pula perut meragam sebab nervous punya pasal. Turn speaking aku pula pukul 2.20 petang, otak jammed betul! 😆


Dan dan abang J&T datang hantar parcel pula. Kalut lah aku bangun pergi ambil parcel sampai tergelak lecturer. Untuk writing test pula tersangatlah bagus. Sebab tak perlu bercakap, hanya menulis dua karangan dan kemudian hantar melalui UFuture. Soalan pun agak senang. 



Dapat 4.0 untuk GPA. Masa diploma tempoh hari pun dapat 4.0 juga untuk GPA. Memang mudah nak score kalau practical training ni. Dan CGPA pun naik lah sikit daripada semester lepas. Alhamdulillah. Dah lega dah untuk degree. Sekarang tengah fokus mencari kerja, semoga ada rezeki dapat kerja nanti. Aamiin.

Saturday, 13 March 2021

Graduation's Day 2019

Seperti biasa, assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Semoga harini berjalan dengan lancar dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Pagi ini nak throwback to graduation's day pada tahun 2019. 


Graduated from UiTM Seri Iskandar in Diploma of Building Surveying. Alhamdulillah dapat graduate on time bersama kawan kawan yang lain. Tak ada repeat paper and CGPA 3.37. Daftar 02 June 2015 and officially tamat 12 December 2018. Tak tahu kenapa tamat 12 December sedangkan aku habis praktikal pada bulan June 2018. 



Gambar atas pentas masa ambil sijil. Menyesal sebut "thank you" sebab mulut jadi muncung, sepatutnya sebut "terima kasih" baru mulut jadi senyum. Itulah, sehari sebelum hari kejadian tak nak pergi rehearsal, kesudahannya menyesal tak sudah. 

Yang print gambar pun, macam tak ada gambar lain nak pilih. Oh maybe gambar ini sajalah yang paling okey HAHAHA. Tapi tak apalah, benda dah siap jadi gambar dah.

Nanti degree tak tahu lah boleh konvo macam ini ataupun tidak. Tidakpun konvo secara atas talian atau mungkin ambil sijil dengan abang poslaju HAHAHA. Lagi satu kemungkinan, pergi ke UiTM yang berhampiran. 

Nak buat macam mana, keadaan pandemik Covid19 ini yang tak ada kesudahan. Moga moga pandemik ini berakhir dengan segera. 

Okey back to konvokesyen diploma, keluarga aku tak dapat datang. Jadi, aku tumpang lah mak ayah kawan kawan aku hehehe. Ada mak housemates aku siap bagi bunga and teddy bear sebab kasihankan aku yang family tak datang. Aku terharu kejap bila mak dia bagi sejambak bunga beserta teddy bear. Rasa dikasihi!

Sempat spend time bersama kawan kawan diploma sebab mostly kawan diploma aku bila sambung degree dalam bidang yang sama, mereka dapat UiTM Shah Alam. Batch degree aku yang tinggal 18 orang sahaja, yang selebihnya pergi UiTM Shah Alam. Dalam 10 orang tak sambung degree sebab ada komitmen lain. 

Nah kalian enjoy lah tengok gambar gambar pre-convo aku. Bukan main posing ya!








Hari konvokesyen kalian macam mana pulak? Mind to share? 

Tuesday, 9 March 2021

Polydactyly / Individu Mempunyai Jari Lebih

 

Assalamualaikum dan selamat pagi! 

Hari ini nak berkongsi dengan para pembaca semua mengenai polydactyly. Dan untuk pengetahuan kalian, aku merupakan salah seorang polydactyly. Aku dalam kategori preaxial di tangan kanan. 

Sebab itu aku kidal? Sebab tak boleh menulis dengan baik kalau pakai tangan kanan. Lagi satu, jari lebih aku ini bertulang dan ada kuku, ada sesetengah orang lain dia cuma isi sahaja. Kalau tengok, dia macam huruf U hehe. 

Jadi sebelum itu, aku nak terangkan serba sedikit apa itu polydactyly. Polydactyly bermaksud keadaan di mana seseorang itu dilahirkan dengan jari tangan atau jari kaki tambahan. 

"Poli" yang berasal dari kata-kata Yunani yang membawa maksud "banyak" dan "dactylos" yang bermaksud "digit". Kebiasaannya, polydactyly ini berjalan dalam keluarga, mutasi genetik atau persekitaran. 

Fakta mengenai polydactyly ialah:
  • Tangan kanan dan kaki kiri paling kerap terkena
  • Tangan terkena lebih kerap berbanding kaki
  • Polydactyly adalah dua kali lebih biasa dalam kalangan lelaki
  • Berlaku dalam 1 dari 1,000 kelahiran pada populasi umum
  • Dijumpai lebih kerap pada penduduk Afrika, Amerika dan berlaku dalam 1 dari 150 kelahiran

Source: https://www.healthline.com/health/polydactyly#types

Back to my story, zaman persekolahan iaitu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan zaman yang menyedihkan juga bila bercerita tentang jari lebih ini. Dipanggil cacat itu normal. 

Siap tanya, ada kad OKU tak? Ya Allah aku tak kurang upaya pun, jari terlebih satu saja. Zaman sekolah dulu aku selalu lah sembunyikan jari lebih dengan tarik lengan baju sampai terkoyak! 

Masuk sekolah menengah pun masih macam itu juga. Sama sahaja. Bagi aku zaman sekolah rendah dan sekolah menengah masih dalam zaman budak budak dan masih tak matang, jadi ejek mengejek itu perkara biasalah walaupun kadang kadang terasa juga bila dipanggil cacat. Nasib baik kawan perempuan aku tak perangai macam sesetengah kawan lelaki aku.

Bila masuk UITM, terasa debarannya. Mula-mula masuk saja UITM, aku sembunyikan juga tapi lama kelamaan aku beranikan diri untuk bebaskan tangan kanan aku yang tersembunyi dalam lengan baju. Sebab apa? 

Sebab susah nak buat kerja kalau tersembunyi selalu. Alhamdulillah, mereka okey. Habis habis mereka tanya sahaja pengalaman hidup masa zaman sekolah dulu. Dah masuk universiti kan, boleh dikatakan semua dah matang dah semuanya dan tak sama macam zaman sekolah dulu dulu kala. 

Orang cakap, jari lebih banyak kelebihan. Betul ke? HAHAHA. Dah lebih jari, jadi kelebihan terlebih sikitlah daripada orang yang ada lima jari ini hahaha. Ada yang cakap, selalu murah rezeki, pandai and kreatif, pandai melukis dan sebagainya. Tapi apa apa pun, itu semua dari Allah s.w.t.

Apa yang aku boleh simpulkan disini, janganlah ejek atau hina fizikal seseorang itu. Dia tak minta dilahirkan dengan fizikal macam itu sebab itu semua kerja Allah. Kalau ejek atau hina juga itu bermaksud hina ciptaan Allah. Berani ya ejek atau hina ciptaan Allah?

Macam mana dengan kalian? Ada family yang polydactyly juga? Mind to share?