Friday, 4 June 2021

Konvokesyen Ijazah Sarjana Muda UiTM pada December 2021


Tiga empat hari yang lepas, ada ternampak kawan kawan yang satu batch di universiti upload story di Instagram tentang konvokesyen untuk ijazah sarjana muda. Dan semalam aku pun check jugalah. In shaa Allah bulan Disember 2021 ini bakal bergraduasi daripada UiTM Seri Iskandar. 


Walaupun tahu agak mustahil bagi pihak UiTM untuk mengadakan majlis konvokesyen dalam keadaan negara tengah menghadapi pandemik Covid19 ini, aku tak meletakkan harapan yang tinggi pun. 


Cukuplah sekadar sijil ijazah sarjana muda dan transkrip aku selamat sampai ke tangan. Sebab apa aku tak kisah kalau tak ada majlis konvokesyen untuk ijazah sarjana muda ini? Sebabnya aku dah pernah berkonvokesyen semasa diploma tempoh hari. Itupun sudah cukup dan memadai hehehe.


Tapi kasihan juga dekat orang yang pertama kali konvokesyen kan, tapi terpaksa konvokesyen secara alam maya (online) ataupun terima sijil daripada abang poslaju hehehe. 


Tapi apa boleh buat kan? Keadaan tak mengizinkan kita semua nak bebas macam dahulu kala. Pakai ayat dahulu kala rasa macam terbang ke tahun 1950-an, 1960-an hahahaha.


Kalau sebelum ini, pelajar akan berkonvokesyen di UiTM yang berhampiran dengan rumah masing masing. Contoh, sepatutnya aku akan berkonvokesyen di UiTM Seri Iskandar, Perak tapi disebabkan Covid19, aku terpaksa pergi ke UiTM berhampiran iaitu UiTM Kuala Terengganu di Chendering. 


Tapi apa apapun tunggu pengumuman rasmi daripada pihak UiTM. 


Alhamdulillah berjaya juga habiskan ijazah sarjana muda walaupun mulut setiap hari duduk meratib nak quit nak quit HAHAHA. Biasalah, stress tengah belajar, tengah buat assignment, tengah lukis pelan, memang mulut meratib nak quit sajalah. Tapi tak buat pun 😂


Aku, diploma dan ijazah sarjana muda dalam jurusan yang sama iaitu Ukur Bangunan (Building Surveying). Dalam dua tahun setengah sahaja aku dalam ijazah sarjana muda sebab potong credit hours (subjek yang pernah diambil semasa diploma). Itu untung kalau sambung jurusan yang sama, banyak credit hours boleh potong. 


Boleh baca disini untuk tahu apa itu Ukur Bangunan dan juga disini Juruukur Bangunan. Dan Life as Building Surveying's student.


Walaupun pihak UiTM ada menawarkan untuk sambung ke master dalam jurusan Master of Science in Green Architecture di UiTM Seri Iskandar juga, tapi aku menolak hehehe. Cukup sampai ijazah sarjana muda dulu buat masa sekarang 😂


Kalau umur masih panjang, dah ada pekerjaan yang tetap, boleh difikirkan semula untuk ambil master sebagai part time hehehe. In shaa Allah suatu hari nanti. 

36 comments

  1. Tahniah kerana berjaya menghabiskan pengajian walaupun dok meratib gitu. Hahahahaha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak adinda.
      Hehehe mulut je meratib, tapi tak seiring dengan perbuatan :D

      Delete
  2. Selamat bergraduasi. Seronok sudah ditawarkan buat Master.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak NA. Kita tangguh dulu master hehehe, tak ready mana lagi :D

      Delete
  3. tahniah kerana berjaya lulus peringkat ijazah sarjana muda dgn kepujian....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...
      Terima kasih abam kie hehehe :D

      Delete
  4. tahniah tiqah!!
    k ret tau ukurbahan je hahaa sbb ramai kengkawan amek course ni dulu...

    tp ada sorang member buat surveyor lbh 10 thn tp br je benti keje heheh sbb dah penat sgt keje nya..
    so aja aja fighting tiqah semoga tiqah dapat kerjaya yang diidamkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh kak ret! Hehehe
      Haah ukur bangunan ni tak famous mana, selalu disalahanggap ukur bahan hahahaha.
      Tapi lebih kurang jugak subjek yang belajar, subjek ukur bahan pun ada saya belajar, budak ukur bahan pun ada belajar jugak subjek ukur bangunan hehehe.
      Aamiin aamiin ya rabbal alamin! Terima kasih atas doa kak ret :)

      Delete
  5. tahniahh tauu
    rabia ni entahlah bila konvo
    sepatutnya bulan march baru ni konvo tapi tak jadi sebab covid kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih rabia! In shaa Allah kalau tak ada aral melintang, akan sampai masa untuk rabia konvo :)

      Delete
  6. Tahniah, Atiqah. Saya antara yang tak pernah merasa pengalaman konvokesyen sebab situasi semasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jannah! Disebabkan situasi sekarang kan, tak dapat nak merasa pengalaman konvokesyen, tapi apa boleh buat :') Semoga ada rezeki untuk Jannah suatu hari nanti untuk merasa pengalaman konvokesyen :)

      Delete
  7. Tahniah sebab dah berjaya graduate. Saya sedang menghadapi Final Year. agak barai ya final year ni :(. Tak sabar nak tamatkan kebaraian saya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih nadia.
      Hahahaha saya faham perasaan kebaraian tuuuuu :') Perasaan nak habis cepat cepat memang membuak buak sebab terlampau barai, tapi be strong okey. Sikit lagi nak habis ^^

      Delete
  8. Tahniah, Atiqah. Kalau ada offer sambung belajar, sambung je, dik. Sekarang bukan senang nak dapat kerja. Akak dulu pernah tinggal di Seri Iskandar. Dari anak sorang ke anak 3 orang, duduk di Bandar Seri Iskandar. Akak dulu diploma itm jengka, konvo diploma di shah Alam. :) Itm tau, bukan uitm lagi masa zaman akak, sudah tua la.. huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak nur hehehe.
      Ada dapat tapi kita tangguh dulu, ingat nak cari kerja dulu baru sambung master part time in shaa Allah.
      Ohhhh kak nur pernah duduk bandar Seri Iskandar, baru tahu hehehe.
      Itm tuu memang dah lama sangat tuuuuu hahahaha, alaa 40an tak tua mana lagi kak nur, steady lagi boleh berlari berkilo kilo meter ;)

      Delete
  9. Selamat berkonvo Tiqah.Tapi tak syoklah kan sebab feeling amik scroll tak ada😢.
    BTW,course yang Tiqah amik ni under FSPU kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maceh kak syu ;)
      Hahahaha tak apa, dah pernah dah ambil scroll masa diploma dulu hekhek
      Haah under FSPU tapi sekarang FSPU dah tukar nama dahhhhh :D
      Lupa lah nama baru dia apa, Jabatan Alam Bina dan Teknologi kot kalau tak silap hehehe

      Delete
  10. mana tau ada rezeki konvo norma baharu kan? doakan semua dapat vaksin cepat hehehek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann sha kann hehehe.
      Aamiin, semoga semuanya cepat cepat dapat vaksinnn :)

      Delete
  11. budak BS uitm rupanya tiqah.. adik akak pun BS jugak dlu.. masa tu akak lah yg hantar dia reg di shah alam... lamaaaa sgt dh.. selamat berkonvo ye.. adik akak 2 org lg x konvo.. sepatutnya sorg thn lepas tp pkp terus xde bunyi smpai skrg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul kak mim, budak BS hehehe. First time orang tahu BS hahahaha. Ohhh patutlah, adik kakmim BS jugakkk. Terima kasih kakmim :)
      Zaman Covid ni memang susah dah nak buat majlis rasmi, takut cetus kluster baru pulak kang nanti huhuhu

      Delete
  12. Kalau ada niat nak sambung belajar, elok teruskan. Nanti dah kerja, nak sambung, masa tiada pula..

    UiTM dihatiku 2001 - 2004.

    ReplyDelete
  13. Tahniah
    Mudah2an majlis konvo dapat dilaksanakan nanti.
    Wak dulu belajar tak pandai
    Dapat ijazah ukur jalan aje.

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah, tahniah!! semoga dapat berkonvo secara fizikal di bulan Disember nanti..

    kalau ada peluang kerja, kerjalah dulu..cari pengalaman, praktikkan ilmu yang dipelajari..belajar secara teori dgn kerja hands-on, sangatlah lain..rasa lebih seronok sambung Master bila ada pengalaman kerja..my 2cents.

    ReplyDelete
  15. Dah nak convo ye? Tahniah AN :)
    Alhamdulillah dah berjaya habiskan belajar!

    ReplyDelete
  16. Taknak grad online T_T harap2 covid hilanggggg arhhh

    ReplyDelete
  17. Wah tahniah!!!! Moga dapatlah meeasa konvo nanti..

    Kalau ada peluang untuk sambung study, sambung je. Bukan senang nak dapat peluang tu.

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah.. Selamat bergraduasi..

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah. Tahniah dah berjaya grad dan convo soon. Harap harap pandemik dah berakhir lah masa tu. Walaupun dah convo dip tetap kena feel convo degree. musim pandemik ni konvo di UiTM terdekat ye. Okaylah dekat. in case kes masih mencanak naik better online. Dulu dulu konvo kena kat UiTM SA. masa start degree dh start konvo UiTM cawangan.

    ReplyDelete
  20. Tahniah! Penat lelah belajar akhirnya berjaya menggenggam segulung ijazah nanti. 💪

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)