Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Monday, 10 May 2021

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC

Contract Staff Sempena Hari Raya Aidilfitri di KFC | Apa macam tajuk post entri kali ini? Biar betul aku dah mula bekerja? Hehehe.

Alhamdulillah, aku diterima bekerja sebagai contract staff di Kentucky Fried Chicken atau biasa kita panggil KFC.


Alkisahnya bermula apabila aku ternampak iklan KFC mencari pekerja sempena Hari Raya Aidilfitri bila aku siap membeli di KFC. Belikan snack plate untuk kakak kedua aku sebelum dia bersalin tempoh hari. 

Keluar pintu, nampak iklan ditampal di pintu kaca KFC. Apalagi, terus ambil gambar. Fikir punya fikir, 06 May baru aku whatsapp person in charge untuk pengambilan pekerja ini. 

Aku ambil masa 5 hari untuk berfikir sama ada nak bekerja ataupun tidak 😂 Pengalaman bekerja di McD beberapa tahun yang lepas terimbau kembali HAHAHAHA.


Aku whatsapp person in charge pukul 4.25 petang, dan dalam masa dua saat, person in charge dah reply whatsapp aku. Laju betul! 

Dan hari khamis malam Jumaat, aku telah selamat ditemuduga oleh manager di KFC. Aku pergi lepas berbuka dalam pukul 9 malam macam tu. Temuduga pun biasa biasa sahaja. Lebih kepada briefing skop kerja di KFC nanti.

Ahhhhhhhhhhhh! Nervous! Poyo kan? Hahahaha. Aku dah lama tak bekerja, jadi macam ini lah. Nervous, takut, sakit perut dan macam macam lagi. Padahal ini bukan pekerjaan pertama aku.

Aku akan start bekerja bermula 10 May iaitu pada hari ini sehingga 20 May. 11 hari sahaja hehehe. Jadi nanti aku busy dan tak sempat nak blogwalking setiap blog untuk selama 11 hari. Tapi aku akan usahakan juga untuk buka blog setiap hari walaupun sekejap. Harap harap aku larat lagilah untuk blogwalking hahaha.

Aku dengan pekerjaan yang berunsurkan fast food restaurants memang tak boleh dipisahkan kan? Hahahaha. Dulu McD, dan sekarang KFC. Tak apalah, janji cari rezeki yang halal. Bukannya buat pekerjaan yang haram kan hehehe. 

Lepas ini nak kena cari tshirt putih, kasut hitam dan stoking hitam. Raya pertama dan kedua dibenarkan memakai baju raya tapi ya Allah susahlah nak buat kerja kalau pakai baju kurung. Nak bergerak ke sana ke sini dalam keadaan laju mungkin agak terbatas kan?

Tapi boleh saja kalau nak pakai tshirt putih, tak ada masalah. Tapi bak kata manager masa temuduga tempoh hari, nak terasa suasana hari raya, nak nampak comel masa hari pertama hari raya, elok pakai baju raya hehehe.

Okay kawan kawan bloggersku sekalian, wish me luck! 😛

Nota jemari: Nak kena ingat menu KFC lah lepas ini 😆 

Tuesday, 4 May 2021

Amalan Perempuan yang Haid untuk Mendapat Pahala Lailatul Qadar

Amalan untuk Perempuan yang Haid untuk Mendapat Pahala Lailatul Qadar.

"Ruginya period di 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Tak dapat nak beribadah untuk mencari malam Lailatul Qadar."

Jangan risau, walaupun kita tengah berhadas besar, masih ada amalan yang boleh dilakukan untuk mendapat pahala Lailatul Qadar. 


  • Berdoa dan berzikir.

Kita boleh berdoa dan berzikir tanpa henti. Perbanyakkan berdoa dengan apa sahaja doa kebaikan dan juga berzikir seperti bertahmid, bertasbih, bertakbir, bertahlil dan sebagainya. 

  • Mendengar al Quran.

Tak ada masalah untuk seseorang wanita yang tengah berhadas besar untuk mendengar al Quran. Walaupun tidak boleh membaca al Quran, tapi kita masih boleh mendengar alunan merdu surah daripada al Quran. Mendengar al Quran pun merupakan satu ibadah dan salah satu cara mengambil manfaat daripada al Quran.

  • Menuntut ilmu.

Menuntut ilmu khususnya fardhu ain merupakan ibadah yang utama. Bahkan ia lagi afdal berbanding solat sunat. Cara untuk menuntut ilmu ketika berhadas besar, kita boleh membaca, mendengar kuliah atau ceramah ilmu.

Lagi satu, menyediakan juadah sahur kepada orang yang berpuasa turut menghasilkan pahala ibadah pada malam Lailatul Qadar. 

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

"Sesiapa yang mempersiapkan (peralatan) bagi mereka yang berperang, dia juga dianggap telah pergi berperang. Dan sesiapa yang menjaga kebajikan keluarga seseorang yang pergi berperang, dia juga telah dianggap pergi berperang.' 

Apa sahaja ibadah yang tidak disyaratkan bersih dari haid yang dilakukan, yang tidak disebutkan dalam beberapa contoh di atas, maka ia akan menghasilkan pahala beribadah pada malam Lailatul Qadar. 

Wednesday, 28 April 2021

Zakat Fitrah

Zakat Fitrah | Ya zakat yang wajib di bayar di bulan Ramadhan al Mubarak. Alhamdulillah sudah selesai bayar zakat fitrah pagi tadi. Walaupun aku masih belum bekerja, tapi duit elaun yang abang kedua aku bagi setiap bulan, aku gunakan sedikit untuk membayar zakat fitrah bagi diri aku.


First time aku bayar zakat fitrah untuk diri sendiri tahun ini. Kebiasaannya abang kedua ataupun ayah aku akan bayarkan. Tapi tahun ini, aku cuba bayar sendiri. Tak mahal pun, dalam RM 7.00 sahaja. 


Cara nak bayar pun senang dan mudah. Seperti sebutan ABC dan Alif Ba Ta hehehe. Aku bayar online sahaja melalui e-zakat Online MAIDAM. Senang betul proses pembayarannya, cuma isi maklumat diri dan bayar melalui bank pilihan kita. Tak sampai lima (5) minit sudahpun selesai. 



Lepas dah selesai bayar, pihak MAIDAM akan bagi resit kepada kita. Simpanlah resit itu sebagai bukti.

1.    Zakat Fitrah
  • Zakat fitrah ialah zakat yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat syarat yang ditetapkan.

2.    Syarat Wajib Zakat Fitrah
  • Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya atau keluarganya atau tanggungannya ialah:
    1. Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
    2. Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
    3. Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
    4. Seseorang yang meninggal selepas matahari terbenam akhir Ramadhan.

3.     Kadar Zakat Fitrah
  • Kadar zakat fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri Negeri.

4.    Waktu Menunaikan Zakat Fitrah
  • Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari Satu Syawal
  • Afdal: Sebelum solat Hari Raya
  • Sunat: Sepanjang bulan puasa
  • Makruh: Selepas solat Hari Raya sehingga matahari terbenam Satu Syawal
  • Haram: Selepas terbenam matahari Satu Syawal


Jadi jangan lupa bayar zakat untuk diri sendiri dan keluarga :)

Saturday, 17 April 2021

Dugaan Kecil


Dugaan Kecil | Salam Ramadhan al Mubarak dan Salam 5 Ramadhan. Betul betul tak ada idea nak update sebab puasa kan, tak ada pergi mana mana kecuali bazaar. 


Sepanjang lima hari berpuasa, tiga kali aku pergi bazaar. Hari Ahad, Jumaat dan Sabtu. Hari lain semuanya foodpanda hehehe. Biasa aku berbuka makan sejenis lauk sahaja, memang dari kecil lagi makan sejenis lauk pun dah memadai. Contoh, ayam masak merah pun dah cukup. Tak ada sayur pun tak apa. 


Semalam berbuka beli sayur pucuk paku dengan ayam goreng RM 1.00 sebanyak empat ketul. Sahur makan roti gardenia sekeping sapu dengan kaya. Puasa hari ini betul betul letih dan kurang berdaya daripada hari sebelum sebelum ini. Letih dan kurang berdaya sebab apa? Sebab ulang alik ke tandas! Almost 20 kali aku pergi tandas since sahur.


Since sahur kawan kawan :') Sampai sekarang aku tengah taip pukul 7.07 petang, sampai sekarang perut masih sakit. Kalau tandas boleh bercakap, mesti dia akan cakap "asyik muka kau saja yang masuk tandas." 😂


Tak tahulah silap makan ke atau sebab apa. Nak cakap silap makan, apa yang aku makan, kakak aku pun makan. Sama saja makanan kami berdua. Tapi yang membezakan sahur pagi tadi. Kakak aku tak sahur makan roti, sahur makan makanan lain. 


Tadi pergi bazaar pun dah terasa letih dan tak bermaya. Pergi bazaar pun tak senang sebab perut asyik memulas. Kakak suruh berbuka sebab suruh makan ubat since sahur aku dah membuang, air pun minum sikit masa sahur, memang banyak hilang air lah dalam badan. Tapi sayang! Sayang nak tinggal hehehe.


Ini nak makan pun tak tahulah ada selera ke tidak, rasa takut nak makan pun ada, sebab takut terbeli makanan yang dah lama, mana kita tahu kan? Tapi still membeli jugak di bazaar HAHAHA. Sebelum ini ada saja hari sakit perut tapi tak adalah melarat sampai ke petang pun, biasa lepas makan pil chi kit teck aun dah lega tapi since puasa tak boleh nak makan lagi, tunggu lepas berbukalah baru kita makan. Moga moga tak sakit dah lepas ini. Aamiin.

Tuesday, 13 April 2021

Kenangan Melucukan Tarawih 2019


Kenangan Tarawih 2019 | Bila datangnya bulan Ramadhan al Mubarak ini, pasti tiba sekali dengan solat tarawih. Solat yang ditunggu tunggu sebab hanya ada semasa bulan Ramadhan sahaja.


Hari ini rasa nak berkongsi cerita kenangan tarawih masa tahun 2019. Tahun 2020 tak ada kenangan sebab Corona virus jadi tarawih tak dapat dilakukan di masjid, dan bazaar Ramadhan pun dibatalkan. Puasa tahun 2019, aku berpuasa di Seri Iskandar sebab masih belajar dan masa itu tengah semester 5 kalau tak silap aku hihihi. 


Pagi petang pergi kelas macam biasa. Kalau tak ada kelas, buat assignment atau kalau tak ada assignment lagi, buat hal sendiri dalam bilik masing masing. Oh ya, aku as degree student tak duduk kolej dah, jadi kena sewa rumah yang berdekatan dengan UiTM. 


Duduk satu rumah dalam lima orang. Empat orang classmates aku dan lagi seorang kawan kepada classmates aku tapi course yang berbeza iaitu course Estate Management (Pengurusan Hartanah). 


Biasanya juadah berbuka ini kebanyakan harinya membelilah di bazaar. Kalau hari cuti atau hari tak ada kelas sampai petang barulah akan memasak. Lepas solat Maghrib, siap siap nak pergi solat tarawih di Masjid As Siddiq. 


Masjid inipun berhampiran dengan rumah sewa juga. Jalan kaki dalam lima minit dah sampai ke masjidnya. 


Kami berlima tak buat banyak pun tarawihnya, buat lapan rakaat dan witir tiga rakaat hihihi. Buat 8 rakaat terus balik rumah sebab imam masjid tu terus sambung tarawih. Balik rumah, kami berlima terus solat witir. Bergilir gilir jadi imam antara kami berlima. 


Apa kenangan yang melucukan bagi kami semua? Kenangan terkejut disebabkan budak budak main mercun! Seorang saja yang terkejut, habis punah barisan makmum dibelakang HAHAHA. Biasalah musim puasa, bunyi mercun itu bunyi wajib lah kan. 


Si housemate merangkap classmate aku yang namanya Akashah terkejut sebab bunyi mercun bola. Sangat kuat. Rasa macam budak budak baling dalam kawasan rumah aku saja. Lagipun kami semua solat di ruang tamu. 


Aku walaupun melatah dan mudah terkejut, tapi aku still boleh tenangkan diri masa solat tu. Sebab kalau aku terkejut masa solat, biasanya aku terus pejamkan mata.


Kalau zaman sekolah menengah dulu, mungkin aku boleh bersilat kalau terkejut. Tapi sekarang Alhamdulillah melatah aku dah bertambah baik. Kalau terkejut, aku biasanya pejam mata sambil tutup telinga hehehe.


Si Akashah terkejut, dia boleh pergi gelak. Aku dengan si Fatihah pun dah terangkat bahu tahan gelak tapi tak boleh. Tetap tergelak juga. Tinggallah seorang makmum iaitu si Fitrah yang masih kukuh imannya. 


Gelak kejap terus masuk saf balik sebab imam dah nak rukuk. Siap solat, sambung gelak. Semua salahkan si Akashah lah sebab dia punca. Kalau dia tak tergelak, aku dengan Fatihah takkan tergelak sekali hehehe.


Kenangan yang terakhir yang tarawih ialah makmum lagi laju daripada imam HAHAHA. Siapa makmumnya? Mestilah si Akashah. Dia dengar imam dah sebut Allahuakhbar dah, jadi dia terus bangun dan duduk antara dua sujud. Aku yang duduk tepi dia ternampak lah dia bangun dan duduk antara dua sujud dan terus sujud semula lepas sedar imam masih sujud. 


Tapi Alhamdulillah, masa aku nampak dia bangun dan sujud semula, terus aku pejamkan mata. Tak nak kejadian terkejut bunyi mercun itu berulang kembali. Jadi sampai sekarang lah, asal puasa menjelma saja duduk terbayang bayang dua kejadian yang berlaku masa solat witir itu. Semuanya gara gara si Akashah 😂


Macam mana dengan kalian? Ada kenangan melucukan tak berlaku masa bulan puasa kalian? Mind to share? ;)

Monday, 12 April 2021

Salam Ramadhan Al Mubarak 1442H / 2021M


Salam Ramadhan Al Mubarak 1442 H 2021 M | Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah s.w.t untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ni.

Semoga puasa tahun ini lebih baik daripada tahun tahun sebelum ini.


Just sharing. Biasa aku niat sebulan terus tapi tiap tiap malam sebelum tidur, masih niat macam biasa. Kalau period tengah tengah bulan puasa, niat sebulan dah tak valid. Jadi kena niat macam biasa jugak. 

Sahur macam mana? Korang sahur makan makanan berat ke? Atau sekadar sebiji dua buah kurma dan segelas air atau susu? Kalau aku pulak, waktu sahur biasanya tak makan berat, biasa makan roti sekeping dua dan air segelas. Kecuali ada lauk lebihan masa berbuka puasa sebelum tu, memang akan dihabiskan masa sahur. 

Sekejap je masa berlalu, pejam celik pejam celik dah puasa. Tahun lepas first time puasa dalam keadaan dunia menghadapi pandemik Covid19, jadi tahun ni tahun kedua dah rasa biasa dah. Apa apapun, stay safe and take care! Selamat menunaikan ibadah puasa! 💛

Sunday, 4 April 2021

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa

Ubat Yang Batalkan Puasa vs Ubat Yang Tidak Batalkan Puasa | Sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelma in shaa Allah 13 April ni, Dr Ahmad Samhan ada berkongsi tentang ubat ubatan dan beberapa prosedur yang boleh membatalkan puasa dan yang tidak akan membatalkan puasa jika dimakan. Macam biasa, aku nak kongsikan disini just in case masih ada yang keliru termasuklah diri aku hehehe.





Pertama sekali, ubat yang boleh membatalkan puasa terbahagi kepada empat jenis ubat iaitu:
  1. Ubat biji
  2. Ubat minum
  3. Pesari (Ubat yang masuk ke dalam vagina)
  4. Ubat masuk bontot (supositori dan enema)

Kedua, ubat yang tidak akan membatalkan puasa jika diambil terbahagi kepada lapan jenis ubat iaitu:
  1. Ubat yang diletakkan dibawah lidah (dengan syarat, LETAK bawah lidah. Bukan TELAN)
  2. Ubat cucuk insulin
  3. Ubat titis mata, telinga dan cuci telinga (ear wash)
  4. Ubat sapu seperti krim dan losyen
  5. Ubat kumur (dengan syarat, KUMUR sahaja, bukan DITELAN)
  6. Ubat sembur atau pancit hidung (dengan syarat, TAK DISEDUT)
  7. Ubat bius setempat atau separuh
  8. Ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler untuk asthma

Ketiga, prosedur yang tidak akan membatalkan puasa terbahagi kepada 16 jenis prosedur iaitu:
  1. Hemodialisis atau peritoneal dialysis
  2. Mengambil darah untuk pemeriksaan
  3. Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing
  4. Cucuk melalui kulit, ke dalam otot, sendi, ke dalam pembuluh darah kecuali bahan yang dicucuk itu mengandungi zat
  5. Menderma atau menerima darah
  6. Menerima oksigen atau gas untuk dibius
  7. Menerima semua bahan yang diserap ke dalam badan melalui kulit seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya
  8. Memasukkan ovules ke dalam vagina, cuci vagina, memasukkan alat speculum ke dalam vagina atau memasukkan jari ke dalam vagina (oleh doktor atau bidan) untuk pemeriksaan 
  9. Memasukkan tiub catheter untuk pemeriksaan
  10. Memasukkan tiub ke dalam mulut atau dubur (endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention)
  11. Mencuci mulut, kumur, spray mulut dengan syarat tidak ditelan
  12. Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat ke dalam rahim
  13. Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi) dengan syarat tidak ditelan
  14. Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy)
  15. Cucuk pada dubur, pemeriksaan dubur atau pemeriksaan dubur menggunakan jari
  16. Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia)

Dulu zaman sekolah menengah tingkatan 1 tahun 2010, pernah bagi alasan tengah ganti puasa sebab masa tu nak kena cucuk Pelalian HPV yang Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan budak sekolah berumur 13 tahun ambil Pelalian HPV. Tak pasti zaman sekarang masih ada ke tidak. Padahal penakut dengan jarum! Rupanya rupanya tak batal puasa pun HAHAHA. Pandai sangat bagi alasan yang tak valid padahal nurse yang nak cucuk itu lagi arif daripada aku 😆

Tuesday, 16 March 2021

Ganti Puasa

Alhamdulillah, semalam sudah selesai ganti puasa. Sekarang dah masuk 2 Syaaban, jadi tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bulan puasa tahun lepas niat nak ganti puasa masa bulan Syawal. 


Eh eh niat tak kesampaian HAHAHA last last bulan Rejab atau bulan Syaaban juga baru habis gantinya. Sesiapa yang belum setel hutang tinggal puasa, boleh dah ganti terus hehehe. Kalau tak sempat, kena bayar fidyah. 


Apa itu Fidyah?


Fidyah itu DENDA ke atas seseorang umat Islam yang telah mencapai akal baligh kerana telah melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan hal hal lain yang berkaitan. 


Kalau melibatkan hukum puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib semasa bulan Ramadhan atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun seterusnya.


Dari segi hukum, hukum fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia dikira satu tanggungan (hutang) kepada Allah s.w.t jika tidak dilaksanakan. 


Kiraan fidyah:


Contoh: Aminah telah meninggalkan puasa selama tujuh hari kerana haid pada bulan Ramadhan 1438 H (2017). 


Situasi 1: Aminah belum menggantikan puasa sehingga memasuki bulan Ramdhan seterusnya iaitu 1439 H (2018). 


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah


7 hari x RM 4.00 = RM 28.00


Situasi 2: Aminah belum menggantikan puasa yang ditinggalkannya pada 1438, 1439 dan sehinggalah 1441 H. Aminah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah x Berapa tahun yang ditinggalkan


7 hari x RM 4.00 x 3 tahun = RM 84.00


**3 tahun bermula dari 1439 hingga 1441 H. 


Bayaran Fidyah dan Qada' Puasa bagi golongan ini?

  • Perempuan hamil
  • Perempuan susukan anak
  • Orang tua yang uzur
  • Sakit hingga tidak dapat puasa


*Rujuk jadual dibawah


Harga fidyah (sehari) di Malaysia 2021:

  • Wilayah: RM 4.00
  • Kedah, Perak dan Selangor: RM 1.80
  • Penang, Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah, Terengganu, Johor, Pahang, Perlis dan juga Kelantan: RM 1.75
  • Melaka: RM 1.70


Nak tahu selebihnya, boleh rujuk disini: Fidyah dan Bayaran Fidyah. Semoga kita diberikan kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini 💜