Sunday, 29 August 2021

Tawakal? Last Minit? Gifted? Pilih Satu!


Tak ingat jumpa gambar ni dimana, tapi bila tengok gambar ni teringat zaman belajar dahulu kala. Bukan main ya dahulu kala, padahal baru habis belajar bulan Januari tempoh hari kikiki. Tapi, jujur aku cakap memang rindu suasana belajar di universiti before covid datang melanda satu dunia.

Tak sangka ya dalam sekelip mata, Covid-19 mengubah segala-galanya. Aku bernasib baik sebab hanya satu semester sahaja kena online distance learning (ODL) iaitu semester 6. Satu-satunya semester tak ada peperiksaan akhir sebab benda berlaku sangat mengejut. Tiba tiba terpaksa belajar secara online. Keadaan mungkin kelam kabut sikit memandangkan pihak universiti cuba cari jalan penyelesaian. Kesudahannya untuk semester tu memang tak ada peperiksaan akhir. Tapi assignment berlambak! 

Kalau semester before covid, memang wajib ada peperiksaan akhir. Agak agak, aku dalam kategori apa? Tawakal? Last minit? Atau gifted? Jeng jeng jeng. Sudah pasti aku dalam golongan last minit HAHAHA. Seminggu sebelum peperiksaan bermula, baru kalut jawab soalan soalan past semester. Baru kalut buat nota, cari slides lecturers yang missing dan sebagainya. 

Kalau UiTM, seminggu sebelum final exam, dia ada satu minggu yang dinamakan 'Study Week'. Masa study week itulah kalut buat semua. Pulunlah jawab semua soalan soalan past semester untuk semua subjek yang ada final paper. Letih tu memang letihlah, tapi berbaloi. Boleh tahu jenis soalan apa yang biasa ditanya dalam peperiksaan, boleh agak soalan apa yang bakal ditanya dan sebagainya. Tapi kadang-kadang, nasib tak menyebelahi diri kami (baca: aku dan classmates) juga bilamana kita target soalan tu akan keluar, tapi dia tak keluar 😂

Kuiz Sempena Hari Kemerdekaan Negara ke - 64

Dekat dekat nak merdeka ni, macam macam jenis kuiz muncul. Jadi bila dah ada kuiznya, kita pun dengan senang hati cuba menjawab. Nak tengok sejauh manakah tahap pengetahuan kita tentang kemerdekaan negara. Tapi serious talk, memang banyak benda dah aku lupa.

Sebelum sebelum ni bukan main lagi ya seketul atiqah najihah cakap suka sejarah, suka sejarah. Nah sekali bila jawab kuiz pasal kemerdekaan negara, hancur. Dah lupa semuanya. Apa benda yang ingat pun tak tahulah. Dulu masa sekolah, pantang ditanya oleh cikgu yang mengajar subjek Sejarah, memang laju je mulut menjawab dengan betul. 

Tapi tadi masa jawab kuiz, terkerut kerut dahi memikirkan jawapan apa yang betul HAHAHA. Dan hasilnya bolehlah tengok gambar dibawah hehehe.


Aku berjaya menjawab 14 soalan dengan betul dan salah 11 soalan. Yang betul itupun soalan-soalan senang, memang semua orang tahu jawapannya. Contoh soalannya, siapakah Bapa Kemerdekaan Malaysia, berapakah jalur putih dan merah dalam bendera Jalur Gemilang, tahun bilakah Malaysia merdeka, berapa lamakah Malaysia sudah merdeka dan sebagainya.

Memang senang. Kalau soalan begitu pun boleh salah, boleh dah slow slow tukar kewarganegaraan. Okeyy kita gurau hehehe.


Confident level seketul atiqah najihah tinggi sungguh ya bila aku jawab lima bilah keris dalam jata negara itu mewakili lima prinsip Rukun Negara. Mentang-mentang Rukun Negara ada lima, ingat lima bilah keris itu mewakili Rukun Negara lah? Salah ya teman teman. Lima bilah keris itu sebetulnya mewakili Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.

Saturday, 28 August 2021

Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry McDonalds

Last minit plan petang tadi pergi McDonalds. Dah lama sangat tak makan, tiba-tiba hari ini teringin nak makan burger mekdi. Mengada sungguh ya, padahal kalau beli burger ramly tepi jalan tu boleh je, tapi nak juga burger mekdi. Sekali sekala beli dan makan makanan mekdi. Kalau hari-hari mahu kempis beg duit hehehe.

Punyalah panjang barisan drive-thru, last-last pergi beli dekat kaunter. Tak ada seorang pun yang membeli di kaunter dan nasib aku baik, sampai depan pintu terus manager ambil pesanan dan tunggu dalam lima hingga tujuh minit, pesanan pun siap. Beli depan pintu je sebab kawasan kaunter banjir. Tak tahulah apa yang berlaku, mungkin atap bocor barangkali. Nasib baik aku cepat, sebab lepas aku siap order, terus ramai beratur belakang aku. 

Okey dipendekkan cerita, maka menu pilihan aku kali ini ialah Spicy Chicken Mcdeluxe dan Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry. Tak nak cerita pasal burger sebab burger tu semua orang tahu kan? Tapi nak cerita pasal salted caramel mcflurry. Mula mula ambil sundae chocolate tapi ternampak perkataan salted caramel dekat menu board, terus cancel sundae chocolate dan order salted caramel mcflurry. Memang favorite sungguh kalau ada aiskrim yang berunsurkan salted caramel ni! 

Dulu masa kerja dekat mekdi, memang tiap tiap hari aku beratur dekat kaunter semata mata nak beli salted caramel mcflurry lepas dah habis waktu bekerja hihihi. Aiskrim yang macam ni biasanya bermusim, jadi selagi tak habis musim dia, selagi itulah aku membeli 😂 Itu dululah, sekarang beli sekali sekala aje. 


First of all, maaf ya aku ambil gambar orang di google. Aku ada ambil gambar aiskrimnya tapi gambar bergegar sebab ambil masa dalam kereta. Makan dalam kereta. Tak sempat sampai rumah, aiskrim dah habis dimakan. Memang sebijik sama rupa aiskrim yang aku terima dengan gambar diatas. Sikit tak tipu. Memang sama.

Friday, 27 August 2021

Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part II

Sambungan daripada entri lepas. Baca disini: Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part I

Ingat nak jadikan satu entri je tapi macam panjang sangat dah entri sebelum ni. Jadi, apa salahnya kita jadikan dia menjadi dua entri kikiki. Dah dipaksa buat poster kemerdekaan, benda pertama kita kena tahu ialah tema merdeka pada tahun ini. Kita tengok juga requirement pertandingannya apa. 

Mula mula kakak aku cakap buat ala kadar sahaja. Senang kata, buat syarat je. Menang kalah tak peduli. Yang dia peduli, merit. Memandangkan dia tengah housemanship, jadi ada merit kalau dia masuk sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh hospital tempat dia bekerja. 

Aku ni tak ada idea nak buat poster macam mana sebab memang tak pernah buat poster kemerdekaan ni. Gigih search di google contoh contoh poster kemerdekaan yang pernah orang lain buat sebelum ni. Buka Tiktok, nampak ada seorang perempuan ni ajar macam mana cara nak buat poster menggunakan canva. Bukan main ya siap download lagi video Tiktoknya sebab senang nak buat rujukan masa buat poster nanti. Dah semangat dah bila dah tahu nak buat poster apa, pergilah ke website canva. Maka terhasil lah poster pertama aku seperti gambar di bawah.


Mula-mula sedih sebab akaun canva aku tak premium. Kiranya tak boleh access semua gambar. Kalau nak access semua gambar, akaun kena jadi Canva Pro. Sedih. Kita dah excited nak buat tapi gambar yang kita nak tu tak boleh guna. Kalau gambar free itu ada, tapi tak cantik. Macam low resolution gitu. Senang kata, memang tak cantiklah.

Thursday, 26 August 2021

Poster Kemerdekaan Malaysia Prihatin Part I

Mood malas makin menjadi jadi lepas cucuk suntikan kedua vaksin tempoh hari. Tak tahu mana pergi mood rajin aku. Alhamdulillah, dua tiga hari lepas cucuk baru rasa sihat. Dont worry, hari ini dah sihat sepenuhnya. Perasan sungguh seketul atiqah najihah, ingat ada orang risau dekat dia ya kikiki.

Hari ini nak cakap pasal kemerdekaan negara. Tak lama dah kan negara kita iaitu Malaysia nak sambut Hari Kemerdekaan yang ke - 64. Pejam celik, pejam celik, hampir mencecah 64 tahun negara kita bebas daripada penjajah-penjajah yang pernah datang menjajah Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu. Nak cakap pasal sejarah kan, mahu mengantuk semua yang membaca entri ni nanti.

Jadi, kita skip pasal sejarah negara. Kita cakap pasal poster kemerdekaan. Ya, poster kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang selalu dianjurkan atau dipertandingkan dalam bulan kemerdekaan termasuklah membuat poster kemerdekaan mengikut tema tahun tersebut. 

Bukan aku yang masuk pertandingan membuat poster kemerdekaan, tetapi kakak ketiga aku. Hospital di tempat dia bekerja ada anjurkan pertandingan sempena hari kemerdekaan negara iaitu pertandingan membuat poster kemerdekaan dan mendeklamasikan sajak.

Tuesday, 24 August 2021

Kesan Sampingan Suntikan Kedua Vaksin

Empat hari berlalu selepas suntikan kedua vaksin dan aku masih mengalami beberapa kesan sampingan vaksin. Dalam pukul 12 lebih tengah malam, tiba tiba aku menggigil kesejukan. Memang betul-betul mengejut menggigil tu sebab sebelum tu memang tak menggigil langsung, tak sejuk langsung. Macam aku tulis dalam entri sebelum ni, aku sekadar minor headache dan lenguh tangan je.


Baca disini: Selesai suntikan kedua vaksin


Aku tengah blogwalking masa tu, tengah blogwalking blog kak fiza. Awal awal aku macam okey lagi tapi tak sampai 10 minit, dah rasa tak mampu nak mengadap laptop lagi, aku terus shutdown laptop dan selubung bawah selimut. Ingatkan selubung bawah selimut bolehlah redakan kegigilan (betul ke term aku pakai ni?) tapi tak berjaya. Aku still menggigil. Nak tutup kipas kan rasa lemas pula nanti sebab tak ada pengudaraan, tapi bila buka kipas rasa sejuk gila. Last last aku buka kipas juga tapi volume 1 dan pusingkan kepala kipas. Bagi kena sikit je dekat badan aku. 


Lama juga lah aku cuba tidur tapi tak tidur tidur. Tapi tak adalah tak tidur sampai ke subuh. Last aku tengok jam pukul 1:40 pagi. Celik mata pukul 3 pagi tapi sekejap je. Sambung tidur balik. Celik lagi pukul 3.20 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.45 pagi. Tidur balik. Celik lagi pukul 3.55 pagi dan berterusan sampai pukul 5 pagi. Aku anggarkan dalam 20 kali kot aku terkejut dari tidur. Aku gelisah tak tahu nak apa.

Saturday, 21 August 2021

Suntikan Kedua Vaksin Sudah Selesai!

Alhamdulillah selesai juga akhirnya! Setelah sekian lama menunggu panggilan vaksin, 31 Julai 2021 baru dapat untuk suntikan pertama. Dan hari ini 21 Ogos 2021, telah selesai untuk suntikan kedua. Sejujurnya aku sangatlah nervous second dos vaksin ni. Tak tahulah teman kenapa teman nervous.


Baca disini: Selesai Dos Pertama Vaksin 



Nervous dia tak adalah sampai tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. Itu hiperbola semuanya hahaha. Sebab apa nervous? Sebab takut dapat kesan sampingan yang teruk. Jenis aku kalau demam, memang demam teruk sungguh. Bukanlah nak cakap orang lain demam tu demam olok olok. Tapi jenis aku memang macam tu. Sekali demam, suhu boleh cecah 39 darjah celcius. Sebab tu aku jarang demam. Bila dah demam, memang teruk demamnya.

Friday, 20 August 2021

Harga Domain NetKL Berubah Bermula 01 September 2021

Mula-mula dapat email macam terkejut jugalah sebab fikir ada masalah yang ingin dikhabarkan oleh pihak NetKL kepada aku mengenai domain blog aku. Tapi lepas baca isi-isi dalam kandungan email, terus rasa lega. Rupa-rupanya pihak NetKL email sekadar untuk memberitahu bahawa harga domain akan naik bermula 01 September 2021

Harga asal - Domain - Harga Baharu

RM 45.00 - .com - RM 50.00

RM 49.00 - .net - RM 55.00

RM 52.00 - .org - RM 55.00

RM 60.00 - .biz - RM 65.00

Double lega sebab harga naik sebanyak RM 5.00 sahaja untuk .com. Tak naik banyaklah. Seram juga kalau naik RM 30.00 dan ke atas. Tapi naik RM 5.00 ni kira okey lah. Masih boleh diterima hihihi. Beli domain blog ni pun salah satu investment untuk blog.

Tak Boleh Masuk Kecuali dah Cucuk Dua Dos Vaksin

Selamat pagi semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Pagi ni, topik santai santai sebab tak ada idea nak menulis kikiki. Mood pun macam chipsmore, kejap ada kejap tak ada. Tak tahulah kenapa jadi macam tu. Tapi dah nama pun manusia kan? Mesti ada okey sekejap dan tak okey sekejap. Jangan tak okey lama lama pula, boleh ganggu mental health nanti.


Sajalah nak bercerita, semalam pergi mall untuk beli barang abang keempat. Ingat nak belilah baju, tracksuit, jeans dan lain-lain lagi sebab dah lama tak beli barang baru untuk dia dan memandangkan dia baru nak mula bekerja, kiranya nak bagi semangatlah dekat dia. Tapi pergi dengan harapan, pulang dengan kekecewaan hahaha.


Kecewa sebab tak boleh masuk kecuali dah cucuk dua dos suntikan vaksin. Masuk dalam main mall tu memang boleh. Tapi nak masuk store yang ada dalam main mall tu tak boleh. Bukan semua store lah yang tak boleh. Store yang kami nak masuk itulah tak bolehnya. Tempat korang dah start tetapkan peraturan macam ni ke? Atau korang tak tahu lagi sebab tak jejakkan kaki ke mall lagi? Frust jugalah sebab tak boleh masuk, tapi nak buat macam mana kan? Dah itu peraturannya, memang kena patuhlah. 


Hari Sabtu yakni esok baru aku akan dapat suntikan kedua vaksin. Itupun kena tunggu lagi tujuh atau empat belas hari barulah betul betul valid suntikan vaksin aku tu. Jadi, kecewa punya pasal, kami turun escalator pergi beli roti dan creme brulee cheese tart di kedai Harold's Bread. Salah satu kuih (kuih ke?) kesukaan aku! Memang wajib beli kalau singgah Harold's Bread.

Thursday, 19 August 2021

Kapal Terakhir di Dunia oleh Teme Abdullah

Semalam di entri ini, aku ada bagitahu yang aku tengah menunggu tiga buah buku baru sampai. Dan akhirnya, dua hari lepas buku tersebut telah selamat sampai! Yahoooooooo! Siapa yang follow aku di instagram, mesti nampak story aku pasal buku ni hehehe. 


Aku tak tahulah kenapa aku excited sangat menunggu parcel, tapi aku rasa bukan aku sorang je yang excited setiap kali check tracking, 'parcel out for delivery'. Semua orang excited juga even beli guna duit sendiri sebab ibarat bagi hadiah kepada diri kita hehehe. Self-reward orang cakap.


Macam biasa sebelum membayar, aku akan search dulu feedback atau review dari orang lain. Dua tiga hari juga baca review orang, akhirnya beli juga buku karya Teme Abdullah. Siapa Teme Abdullah? Tak pernah kenal? Penulis baru ke? Nak tahu siapakah Teme Abdullah? Mari sambung baca.


Sedikit info tentang Teme Abdullah

Wednesday, 18 August 2021

Menjauhkan Diri Daripada Sakit Hati dengan Kata-katanya dan juga Perbuatannya

Siapa sini suka jauhkan diri dari kawan kawan bagi mengelakkan sakit hati dengan kata-kata yang keluar dari mulut mahupun dari perbuatannya? Kalau tanya aku, aku tak akan jauhkan diri dari kawan-kawan yang mulut puaka, senang kata mulut puaka atau mulut tak ada lesen hahaha. Cakap ikut sedap hati dia saja. 

Tapi, kalau 'dia' memang dah melampaui batas, aku akan jauhkan diri juga bagi mengelakkan kesihatan mental aku terganggu. Selagimana aku masih boleh tolerate, aku bertahan dan bersabar. Sebab jenis aku, lantak kau lah. Janji dia tak cuba cederakan aku, aku masih okey.

Perbuatan menjauhkan diri dari kawan-kawan bagi mengelakkan diri kita daripada sakit hati dengan kata-katanya dan perbuatannya adalah suatu perkara yang dianjurkan disisi syarak. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn 'Amru R.Anhuma, beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud,

"Seorang muslim itu adalah mereka yang membuatkan muslim yang lain selamat dari kejahatan lidahnya dan juga tangannya."

Tuesday, 17 August 2021

Al Quran dan Terjemahannya

Alhamdulillah my new collection dah selamat sampai! Dah sampai dua hari lepas dan excited gila tunggu bila check tracking, parcel dah out for delivery. al-Quran beserta terjemahannya ni dalam bahasa Melayu, bukan dalam bahasa Indonesia. 


Walaupun kita serumpun dengan Indonesia tapi ada juga sesetengah perkataan Indonesia yang aku tak faham maksudnya. Tapi normal kan? Tak semua orang akan faham bahasa negara lain, begitu juga sebaliknya. 


Dah lama sebetulnya nak beli al-Quran yang ada terjemahan ni tapi macam biasalah seketul atiqah najihah, tak beli beli juga. Beli benda lain ingat pula contohnya makanan kikiki. Bukan tak ada al-Quran sebelum ni, tapi al-Quran lama tak ada terjemahan. Memang ayat ayat suci al-Quran semata mata. Jadi teringinlah nak beli yang ada terjemahan. Boleh baca. 


Macam mana boleh beli? Alkisahnya tengah syok scroll twitter, ternampak ada orang promot buku terjemahan al-Quran ni. Terus rasa nak beli sebab nampak menarik. Terus search di shopee sebab nak free shipping hehehe. Sebab tu, kalau nak beli apa apa, memang aku akan tuju shopee dulu. Bagus sebab ada free shipping, dan lagi bagus kalau ada cashback sekali hihihi.

Monday, 16 August 2021

Taliban Kembali Menguasai Afghanistan Selepas 20 Tahun

Kalau sesiapa ada scroll Twitter hari ini, mungkin ada yang dah terbaca berita tentang Taliban kembali menguasai Afghanistan selepas 20 tahun. Aku tak pasti di Facebook dah ada ke belum. Aku baru tahu dan baru baca isu ini di Twitter.

Siapa Taliban? Taliban ialah sebuah parti pejuang.

Menurut Ayman Rashdan Wong, benda ini dah dijangka sejak Biden mengumumkan pengunduran tentera US pada bulan Mei tempoh hari. Dan kini, salah satu tempat di Afghanistan iaitu Kabul telah lumpuh. Presiden Afghanistan sendiri iaitu Ashraf Ghani telah meninggalkan bumi Afghanistan selepas Taliban berjaya menakluk bangunan presiden dan juga bangunan-bangunan kerajaan yang lain.


Dan Taliban juga dijangka akan mengumumkan pengenalan nama baru Afghanistan iaitu Islamic Emirate of Afghanistan. Sejak malam semalam lagi, puluhan ribu warga Afghanistan lari ke kawasan lapangan terbang dimana kawasan tersebut telah dikawal dan dijaga oleh Amerika Syarikat untuk keluar dari konflik yang kini diperintah oleh Taliban.

Sunday, 15 August 2021

Okey ke Tak Okey

Akhirnya selamat juga edit template baru. Padahal tak banyak benda pun yang diubahsuai kikiki. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah update entri iaitu teringin nak beli etsy template. Dan ya, hari ini dah selamat templatenya aku beli. 


Sudahnya beli template lain yang jauh lagi murah HAHAHA. Dah beli baru rasa nak menyesal. Ahhhh tak payah nak menyesal sangatlah najihah, dah beli dah pun, kata aku kepada diri aku sendiri.


Bosan tak tahu nak buat apa, nak komen entri blog orang lain tak boleh sebab apa? Aku pun tak pasti. Bila nak komen, cakap sila cuba lagi. Frust jugalah, jadi kita pun merayaulah cuci cuci mata di etsy. Tiba tiba ter'proceed order' beli template. Ini kalau kakak aku tahu ni, mahu kena bebel. Bazir katanya.

 


Tak jauh beza pun template lama dengan template sekarang kan? Kalau ada perubahan pun hanyalah minor sahaja. Bukan major. Antara perubahannya ialah warna blog. Dulu pakai warna putih dan ungu pastel. Sekarang dah jadi putih semuanya. Perubahan yang lain tak ada dah kot, itu pasal aku cakap memang tak jauh beza pun dengan template lama. 

Saturday, 14 August 2021

Afdhal Jaga Wuduk Sampai Solat Seterusnya atau Ambil Wuduk Baharu?

Siapa sini yang mampu jaga wuduk dia dari solat Zohor ke solat Asar? Ataupun solat Maghrib ke solat Isyak? Angkat tangan! Hebatnya kamu! Hehehe. Kalau tanya aku, aku tak mampu nak jaga wuduk walaupun daripada solat Maghrib ke solat Isyak 😂 Solat Zohor ke solat Asar tak payah cakaplah, lagi tak mampu nak jaga wuduknya HAHAHA.

Walaupun singkat je waktu Maghrib, most of the time aku tak mampu jaga. Tak tahulah kenapa, kadang kadang tak buat perkara yang membatalkan wuduk pun tapi aku akan tetap ambil wuduk baru. Kalau dah was was tu, baik ambil wuduk baharu je. Baru yakin!

Mana tahu ada terkentut tanpa sengaja kan? Jadi jalan selamat, aku ambil wuduk baharu. Tak susah pun. Tak sampai dua minit ambil wuduk. Dah selesai dan dah boleh tunaikan kewajipan yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. Jadi, yang mana satu lagi afdhal? Jaga wuduk sampai solat seterusnya atau ambil wuduk baharu?

Jaga wuduk dan juga sentiasa dalam keadaan berwuduk merupakan salah satu perbuatan yang terpuji. Sebab apa? Sebab kita dapat bersedia dan lebih memudahkan untuk beribadah tak kira ibadah fardhu mahupun sunat. Walaupun kita dapat jaga wuduk dari solat Zohor ke solat Asar, kita disunatkan untuk memperbaharui wuduk kerana ia merupakan salah satu sunnah dan kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.


Jadi, yang mana satu lagi afdhal? Ambil wuduk baharu adalah lebih afdhal dan baik kerana perbuatan tersebut tergolong dalam kelebihan orang yang banyak berwuduk. Perbuatan memperbaharui wuduk setiap kali solat merupakan sunnah Rasulullah s.a.w. Satu hadis yang diriwayatkan daripada Saidina Anas bin Malik yang bermaksud,

'Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berwuduk setiap kali solat. Aku bertanya: Bagaimanakah kalian (para sahabat) lakukan? Anas r.a. menjawab: Pada kami cukup hanya satu wuduk sahaja jika tidak berhadas.'

Terdapat beberapa pandangan berbeza tentang syarat-syarat bagi seseorang yang disunatkan memperbaharui wuduk dalam kalangan para ulama mazhab al-Syafie. Iman al-Nawawi berkata:

Para ulama' mazhab al-Syafie berpandangan disunatkan untuk memperbaharui wuduk iaitu seseorang yang yang sudah berada dalam keadaan suci daripada hadas kemudian dia berwuduk buat kali kedua tanpa sebab hadas.

Pertama, disunatkan memperbaharui wuduk bagi sesiapa yang telah mendirikan satu solat samaada solat fardhu mahupun sunat. Kedua, tidak disunatkan kecuali bagi sesiapa yang mendirikan solat fardhu sahaja. Ketiga, disunatkan bagi sesiapa yang ingin melakukan sesuatu perbuatan yang tidak sah kecuali dengan bersuci seperti memegang al-Quran dan sujud tilawah. Keempat, disunat walaupun tidak melakukan apa-apa ibadah yang memerlukan wuduk dengan syarat hendaklah disenggangkan waktu antara berwuduk dan perbuatan memperbaharui wuduk itu dengan satu kadar waktu yang sama dengan perbuatan mengambil wuduk sebagai satu pemisah

Memperbaharui wuduk bukanlah perkara wajib. Hanya sunat sahaja. Tak jadi masalah pun kalau kita jaga wuduk sediaada dan dibawa ke solat seterusnya. Tak ada masalah. Boleh. Janji kita yakin yang wuduk kita masih belum batal. Kelebihan kelebihan orang yang sentiasa berwuduk antaranya ialah sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:

'Apabila seseorang muslim atau mukmin mengambil wuduk, lalu dia membasuh wajahnya, maka keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua-dua matanya melalui air atau titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah tangannya, maka keluarlah daripada kedua-dua belah tangannya setiap dosa yang dilakukan oleh tangannya itu bersama titisan air yang terakhir. Ketika dia membasuh kedua-dua belah kakinya, makan keluarlah dari kedua-dua belah kakinya itu setiap dosa yang dilangkah oleh kedua-dua kakinya itu bersama air atau titisan air yang terakhir sehinggalah dia selesai berwuduk dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.

(Riwayat Muslim - 360)

WaAllahu a'lam

Shopee Saving Pass

Memandangkan shopee sekarang dah makin kedekut dengan free shipping, jadi nak tak nak terpaksalah beli voucher free shipping tambahan. Geram betul dengan shopee sekarang ni. Dulu best, seronok je shopping dekat shopee. Sekarang, kecil besar kecil besar aku tengok shopee. Sekarang, tengah syok nak checkout, tiba tiba voucher tak valid lah, tak boleh apply lah, itulah, inilah dan macam macam lagi. 

Dahlah sekarang dah tak boleh nak select courier yang kita nak sebab memang sepenuhnya shopee yang akan tentukan. Itu tak kira yang shopee setkan shopee express as courier. Memang berjanggutlah tunggu parcel tu sampai ke tangan (based on my experience). Dah banyak kali jadi macam tu. Tapi itulah, mulut je bising, geram geram pun still membeli lagi dekat shopee HAHAHA.

Sebab dekat shopee je aku yakin untuk shopping. Kalau dekat platform lain contohnya Lazada, Alibaba dan sebagainya ke aku tak yakin. Tak tahu kenapa. Padahal baca pengalaman orang lain yang pernah membeli dekat platform tersebut elok je. Tak ada masalah pun. Tapi tetap tak dapat nak meyakinkan diri aku hahaha. Shopee juga yang aku cari. 

Bila dah habis voucher shipping tapi masih ada barang yang nak dibeli, maka gigihlah kita mencari cari dekat mana nak beli voucher shipping. Aku tahu boleh beli voucher shipping lepas tertengok satu video dekat TikTok yang ajar macam mana cara nak beli hehehe. Belek punya belek, jumpalah Shopee Saving Pass. Tengok harga, nasib baik murah! RM 3.00 sahaja. 


Dengan membayar RM 3.00, kita akan dapat dua voucher free shipping dan satu voucher discount RM 5.00 bagi pembelian RM 15.00 dan ke atas. Aku? Banyak kali jugalah beli HAHAHA. Dah voucher yang boleh redeem setiap bulannya makin sikit. Memang tak cukup. Jadi, terpaksalah beli. Bila kita dah beli, voucher voucher tersebut akan expired dalam masa seminggu. Jadi, kena cepat cepat guna lepas beli Shopee Saving Pass tu takut expired tak sedar. Kan dah membazir nanti hehehe. Seminggu sekali je boleh beli Shopee Saving Pass tu. Tak boleh dua tiga empat kali ya. Sekali sahaja. 

Bagi aku berbaloi. Kalau ikut harga asal Shopee Saving Pass tu ialah RM 15.00. Mahal ya teman teman. Kalau RM 15.00 memang aku tak akan beli. Sanggup tunggu masuk bulan baru untuk redeem voucher free shipping dan barulah beli barang or makanan yang aku nak beli. Tapi memandangkan dia hanya berharga RM 3.00, aku pejam mata jelah hehehe. 

Macam mana nak beli Shopee Saving Pass? Boleh rujuk gambar dibawah. Aku ada tulis nombor 1,2,3,4 dan 5 dalam gambar. Senang je cara nak beli. Semudah ABC dan alif ba ta hahaha.




Nanti bila dah place order dan bayar RM 3.00, shopee akan hantar satu notifikasi kepada kita untuk redeem voucher voucher tersebut. Jangan lupa redeem pula ya kalau dah siap bayar tu. Dia tak auto masuk dalam list voucher kita tahu. Kita kena redeem sendiri. Jadi, sesiapa yang rasa tak cukup voucher shipping tu bolehlah beli Shopee Saving Pass ni. Selamat membeli dan selamat ber'shopping'! Hahahaha.

Nota jemari: Nak kena uninstall shopee demi kesejahteraan duit dalam akaun bank aku 😂

Friday, 13 August 2021

Boleh Ke Bertemu Kucing Kesayangan di Syurga nanti?

Bila sebut kucing, mesti ramai yang membela kucing sebagai haiwan peliharaan kan? Tidak kurang juga yang tidak membela atas sebab-sebab yang tertentu seperti takut kucing, masalah kesihatan dan sebagainya. Aku sendiri tergolong dalam golongan orang yang suka bela kucing di rumah. Dululah. Sekarang tak bela dah sebab duduk rumah bertingkat. Kesian dengan kucing nanti sebab terperap je dalam rumah. Tak bebas. 

Kucing kucing aku bela semua kucing kampung. Tak pernah lagilah beli kucing sebab tak mampu. Kadang kadang geram juga tengok kucing orang lain, semua bulu kembang setaman. Manja. Kaki pendek. Hidung penyek. Tapi bila fikir semula, kalau semua orang pakat beli kucing, kucing kampung nanti siapa nak bela? Kucing kampung pun ada je yang comel comel. Nak kucing gangster, belalah kucing warna oren. Memang gangster kampung pisang!

Kalau ada sesiapa yang masih ingat, aku pernah cerita tentang dua ekor kucing kepunyaan kakak kedua aku yang bernama Sayang dan Hitam. Sadly, Sayang dah mati (kami semua fikir dia dah mati) sebab dah lama tak balik rumah walaupun kakak kedua aku dah habis pantang. Dah balik rumah di Marang semula dah. Sayang tetap tak balik balik. 

Kami (baca: aku, kakak ketiga dan kakak kedua) fikir Sayang mati sebab sebelum kakak kedua aku start cuti bersalin, Sayang macam ada luka atas hidung dan atas kepala. Memang teruk. Dia punya luka tu dah jadi berair, berdarah. Mula mula luka kecil je, tapi lama lama macam makin merebak sampai ke pipi sikit. Kiranya dah tak nampak macam hidung dah, nampak luka yang makin besar dan setompok atas hidung Sayang. 

Puas kesat sebab ingatkan luka biasa je tapi masih tetap sama. Tak sempat bawa pergi klinik haiwan sebab aku dan kakak ketiga dah berpindah ke rumah sewa di Kuala Terengganu. Kakak ketiga kena pergi kursus selama beberapa hari sebelum masuk bekerja. Kakak kedua aku pula dah start cuti bersalin dan duduk di rumah mentua dia buat sementara waktu. 

Kami rasa Sayang mati sebab penyakit sporo. Google google tentang penyakit sporo, rasa macam betul dah Sayang kena sporo. Penyakit sporo bahaya ya teman teman, memang boleh bawa mati dan boleh merebak kepada manusia dan juga kucing kucing yang lain kalau tak dirawat. Nak rawat kucing kena sporo ni memang memerlukan kesabaran, kena selalu bagi semangat dekat kucing. Biar dia terus kuat untuk lawan penyakitnya.

Pendek cerita, Hitam masih setia balik ke rumah kakak kedua aku tu. Balik, makan dan terus keluar semula. Dasar kucing jantan! Dah rasa diri tu besar, memang tak melekat dekat rumahlah kan. Tapi tak apalah as long as dia masih balik makan, masih sihat, itupun dah bersyukur. Sekarang dah pandai memancut. Berapi kepala kakak kedua aku bila Hitam memancut dekat sofa mahal dia 😆


Jadi ada satu persoalan yang bermain main dalam fikiran aku iaitu bila dah kiamat nanti boleh ke kalau kita nak jumpa semula kucing kucing yang pernah kita bela. Selalu orang cakap, in shaa Allah nanti di akhirat sana di syurga sana boleh jumpa semula kucing kucing kita. Tapi betul ke?

Bila tak tahu betul atau salah, kita pun google. Terus jumpa satu artikel yang ditulis oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Jadi jom kita baca adakah kita boleh berjumpa semula kucing kesayangan di syurga nanti ataupun tidak.

Sebuah riwayat dari Abu Hurairah R.A. bahawa beliau berkata yang bermaksud,

'Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat kelak) iaitu setiap haiwan, burung-burung dan juga manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan-haiwan dan burung-burung, jadilah kamu tanah.'

Tafsir Al Thabari (24/181)

Keadaan haiwan ≠ dengan keadaan manusia di akhirat kelak. Haiwan tak akan dihisab seperti manusia dari segi kebaikan dan keburukannya. Dan haiwan-haiwan juga tak akan dimasukkan ke dalam syurga seperti manusia yang bertakwa. Maka, jadilah debu semuanya.

Ya, itulah jawapannya. Kita tidak akan dapat berjumpa dengan kucing kesayangan di syurga nanti. Tapi para penghuni syurga boleh minta apa sahaja yang mereka mahukan, mungkin mereka boleh minta untuk bertemu dengan kucing mereka? 

Setiap manusia itu lebih utama untuk berusaha memastikan dirinya dapat masuk ke syurga Allah semasa di akhirat kelak. Jadi, jaga kebajikan haiwan-haiwan juga merupakan salah satu perbuatan amalan soleh yang boleh membawa seseorang menuju ke syurga.

Bila seseorang itu sudah berada di syurga, pasti semua kemahuan dan kehendaknya akan ditunaikan dan dituruti sebagai ganjaran dari Allah s.w.t kepada hambaNya yang taat padaNya. 

Hadiah Top Commentator Bulan April Baru Selamat Diterima

Sesiapa yang masih ingat, aku terpilih sebagai salah seorang top commentator bulan April 2021 di blog Shikin Razali. Dan 24 May 2021 tempoh hari, aku ada update entri di blog yang menyatakan bahawa aku ada dapat satu parcel dari seorang blogger tapi sayang parcel tu sampai di rumah kakak kedua aku di Marang sedangkan aku berada di rumah sewa Kuala Terengganu. 

Ingat lagi tak entri aku 'Mencari cari tapi tak ketemu'? Adoi bila teringat balik rasa lucu sekejap sebab cari pekerja J&T tak jumpa jumpa! Memang tak akan jumpalah sebab pekerja J&T nya di Marang! Aku pula di rumah sewa Kuala Terenggnau. 

Dari bulan May lagi kan Malaysia terikat dengan lockdown jadi memang tak boleh rentas daerah untuk pergi ambil parcel kiriman Kak Shikin. Akhirnya bulan Ogos baru selamat diterima di tangan aku. Fuhh! Lama betul ya HAHAHA. Nasib baik parcel masih berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kerosakan.

Aku terima parcel ni pun sebab masa cucuk vaksin dos pertama, aku cucuk di tempat yang sama dengan kakak kedua aku. Alang alang tu, aku suruh dia bawa parcel tu ke tempat cucuk vaksin.


Berat ya parcel kiriman Kak Shikin sebab gel aloe vera tu hahaha. Banyak juga isi kandungan dalam parcel tu. Ada gel aloe vera, beberapa keping sheet mask, eye mask, name card Kak Shikin dan bekas letak barang. Aku tak tahulah panggil apa, tapi aku panggil tempat letak barang je. Comel!

Masih memikirkan nak isi apa dalam bekas tersebut. Mungkin boleh letak coklat? Letak atas meja. Sambil blogging sambil makan coklat. Hehehe. Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada Kak Shikin untuk pemberian ini. Saya suka! Thanks alot! Semoga Kak Shikin dilimpahkan rezeki yang berterusan sepanjang masa. Aamiin.


Kepada sesiapa yang masih tak kenal blogger Kak Shikin, bolehlah melawat blog Kak Shikin. Dont shy shy to comment and follow. Mana tahu boleh tersenarai dalam top commentator blog Kak Shikin ke? Nak terjah, boleh click disini: Jurnal Shikin Razali.

Thursday, 12 August 2021

Surprise Box Belated Birthday untuk Aisyah

Lama dah berhasrat nak bagi surprise box untuk kawan aku yang bernama Aisyah tapi tak tahu alamat rumahnya. Takkan nak tanya dia kan? Macam tiba-tiba je tanya alamat dia. Kalau aku jadi dia, confirm aku boleh tahu mesti nak hantar hadiah 😂 Fikir punya fikir, teringat dulu masa praktikal diploma, aku pernah guna alamat rumah dia masa membeli di shopee. 

Gigih ya scroll dekat bahagian 'my purchase' dalam shopee sebab nak cari alamat rumah Aisyah. 2018 aku praktikal diploma dan sekarang dah 2021. Aku pun lupa barang apa aku pernah beli guna alamat Aisyah. Kalau aku tahu, boleh je search dalam my purchase tu. Tak payah scroll sampai ke tahun 2018.

Dan finally, jumpa pun! Setel masalah! Tak payah dah minta alamat rumah dia hehehe. Siap setting address Aisyah dan terus beli surprise box sempena birthday dia. Birthday dia bulan June, tapi bulan Ogos baru aku bagi hadiah. Bukan main lama eh. Hahaha. 

Dan hari ini, surprise box belated birthday sudah selamat sampai ke tangannya. 


Dia upload di story whatsapp HAHAHA. Aku rasa macam berdosa kejap sebab tak nak mengaku surprise itu dari aku. Tak berdosa kan kalau tak mengaku? Ke macam mana? Surprise box biasa biasa je aku bagi. Chocojar juga hahaha. Ingat chocojar, ingatlah daku. Ingat daku, ingatlah chocojar HAHAHA. Aku dengan chocojar memang tak dapat dipisahkan. Bagai isi dengan kuku. Eh betul ke peribahasa tu? 

Selain chocojar, ada tambahan makanan lain sikit dalam surprise box tu. Aku beli chocojar sebab aku tahu semua orang mesti makan. Kalau bagi makanan lain, takut ada yang tak makan ke apa ke. Jadi, nak selamat aku bagi chocojar hehehe. Bolehlah makan sambil sambil tengok korean drama. Sambil sambil tengok Park Seo Joon. 

Minat betul dia dengan Park Seo Joon tu. Yang paling penting, harap harap dia tak mesej lah aku tanya aku ke bagi surprise tu. Nanti kantoi! Aku tak reti nak menipu kalau bab bab surprise ni 😂

Kalau dia baca entri ni, maka dia akan tahulah siapa pengirimnya. Itupun kalau dia baca. Tapi harap harap tak bacalah sebab tu aku berani update dekat blog. Berhasrat juga nak bagi dekat kawan kawan yang lain, tapi tak ada alamat rumah mereka semuanya. Kalau boleh tak nak lah mesej mereka tanya alamat. Tapi tak apa, nanti aku usahakan juga untuk dapatkan alamat mereka hehehe. 

Kepada Ecah (in case dia baca): Ingat daku dalam doamu. Dah lama tak jumpa, dah lama tak lepak sama sama, dah lama itu dan dah lama ini. Rindu. Stay safe. Take care 💖

Jovian Disposable 3Ply Monogram Mask Black dan Extender dari Shida Radzuan

Dua minggu lepas ada terima satu email dari Kak Shida yang menanyakan alamat terkini untuk pos hadiah sempena menjadi salah seorang top komentator di blog Kak Shida. Aku tak tahu bila sampai sebab semalam aku baru balik ke rumah sewa lepas bertapa selama dua minggu di rumah lain. And yes, baru dapat laptop. Jadi sekarang dalam proses blogwalking. Hehehehe.

Nanti cucuk second dose aku akan bawa laptop sebab takut kena bertapa lagi lama di rumah lain. Tak nak pisang berbuah dua kali, aku mesti bawa laptop hahaha. Jenuh ya nak blogwalking kalau dah lama tak blogwalking. Bukan seorang dua, tapi berpuluh puluh blogger. Tapi tak apa, aku akan cuba untuk blogwalking setiap blog, in shaa Allah. 


Okey kembali kepada hadiah yang diberikan oleh Kak Shida, aku dapat sekeping mask berwarna hitam keluaran Jovian Mandagie. Mask premium dan exclusive sebab tengoklah siapa pemilik brandnya siapa. Siapa je tak kenal Jovian Mandagie ni? Pereka fesyen yang terkenal dan merupakan menantu kepada Ismail Sabri. Dalam sampul surat kiriman Kak Shida, ada sekeping disposable 3ply monogram mask berwarna hitam dari Jovian dan juga extender yang mempunyai warna seperti bendera Palestin. Cantik! 

Kak Shida macam tahu tahu je saya tengah survey mask Jovian ni. Alhamdulillah rezeki dapat sekeping, jadi dapatlah kita test mask keluaran Jovian ni. Best ke tidak, selesa ke tidak dan sebagainya sebelum beli satu kotak. Dah lama add to cart mask Jovian yang warna putih tapi tak beli beli sebab masih berlambak mask yang sediaada HAHAHA. Mask banyak banyak nak buat apa? Bukan pergi mana mana pun! Jadi, sila habiskan dulu mask yang sediaada ya najihah (cakap dengan diri sendiri hehehe).

Apa-apapun terima kasih ya Kak Shida untuk hadiah ini. Saya suka dan saya hargai! Bagi sesiapa yang belum kenal dengan Kak Shida, bolehlah terjah blog Kak Shida sekarang. Jangan segan silu nak terjah ya, sangat dialu-alukan!

Banyak kegunaan ya phone holder ni HAHAHA 

Wednesday, 11 August 2021

Google AdSense Personal Identification Number (PIN) Selamat Sampai!

Alhamdulillah akhirnya surat yang ditunggu tunggu telah selamat tiba di bumi Terengganu! Aku melompat bila buka peti surat dan nampak ada surat dari Google AdSense! Mujur tak ada orang disekeliling aku masa tu. Kalau tak, tak malu pun sebab pakai mask HAHAHA. Habis habis orang nampak mata je. 


Niat asal turun check peti surat sebab nak check samaada hadiah dari Kak Shida dah sampai ke belum, alih alih surat Google AdSense pun dah selamat sampai. Tak tahulah bila sampai sebab setiap hari kakak ketiga aku check memang tak ada. Memang tak adalah sebab dia dah jatuh berbaring dalam peti surat. Kakak aku just tengok bahagian luar peti surat je sebab dia tak bawa kunci, jadinya tak nampaklah isi dalam peti surat rumah kami. 

Personal Identification Number (PIN) dari Google AdSense akan sampai bila akaun AdSense kita dah cecah 10 USD. Mula mula aku dapat email yang mengatakan PIN AdSense akan dihantar kepada aku pada tarikh 24 June 2021. Tapi sebulan menunggu masih tak kunjung tiba, aku request PIN lagi sekali pada 24 Julai 2021. 


Aku dah bercadang nak pergi pejabat poslaju dalam minggu ini atau minggu depan. Tapi nasib baik tak sempat pergi! Ish seronok dia lain macam bila dah dapat PIN AdSense ni. Padahal bukan apa sangat pun hahaha.


Dah selamat verify address, maka hilanglah warning merah di dashboard akaun AdSense. Akhirnya. Harap harap lepas ni tak ada dah naik warning apa apa lagi. Tak suka betul kalau ada naik warning macam tu. 

Kepada sesiapa yang tengah tunggu PIN AdSense, aku doakan surat PIN AdSense kamu semua selamat sampai. Mungkin lambat sikit sebab pandemik Covid-19 kan, jadi jangan expect akan sampai dalam masa sebulan. Lepas sebulan tak sampai juga, request lagi. Tak sampai juga lagi, request lagi sampailah surat tu sampai. Ingat besar sampul suratnya, sekali sampai kecil je. Macam payslip pun ada juga. Tapi tak kisahlah kecil besar, janji sampai. Dan yang penting, aku tak payah pergi pejabat poslaju HAHAHA. 

Musim pandemik ni memang malas nak keluar rumah sebab takut. Gila tak takut dengan macam macam jenis varian delta sekarang ni, siap ada delta plus lagi. Dah macam smartphone dah. Nak pergi kedai pun malas sebab takut tak pasal pasal jadi close contact. 

Tuesday, 10 August 2021

Lunch Bersama Pizza Hut Island Tuna, Chicken Popcorns dan Mushroom Soup


Cerita beberapa hari yang lepas teringin nak makan pizza. Walaupun lunch biasanya makan nasi, tapi kita dah bosan makan nasi dan perut menginginkan pizza, jadi kita pun belilah pizza. Beli yang kecil je sebab faham kuota perut kita tak besar mana, nanti beli banyak banyak tak mampu nak habiskan pula dah jatuh membazir hehehe. Selalu share dengan kakak ketiga, tapi memandangkan aku tak ada di rumah sewa tersebut, aku makan seorang diri je. 

Scroll punya scroll dalam foodpanda, akhirnya beli pizza dari Pizza Hut. Honest opinion aku, pizza Dominos lagi sedap daripada Pizza Hut. Pizza Hut bila dah sejuk, dia punya keras tu tak boleh bawa bincang HAHAHA. Dominos tak, walaupun dah sejuk tetap sedap untuk dimakan. Tak keras. Tapi masa aku nak beli tempoh hari, tak ada pilihan lain selain Pizza Hut. Jadi, beli je. 

Fikir punya fikir, beli yang Signature Combo sebab ada up to 45% dicount! Tapi tak macam ada discount pun harganya hahaha. Macam sama je. Tapi tak apalah, sekali sekala hehehe. Sampai sudahlah pakai konsep 'tak apa, sekali sekala.' Hehehehe. 


Total RM 18.40 lepas tolak RM 8.00 sebab voucher. Gigih ya add mushroom soup tu padahal aku tak makan pun. Add mushroom soup sebab nak redeem voucher RM 8.00. Minimum spend RM 25.00. Tak pernah makan sebab tak minat. Selalu mushroom soup tu aku bagi dekat kakak ketiga aku selaku 'tong sampah' HAHAHAHA. Dia jenis makan banyak, jadi apa benda yang aku tak makan, aku akan bagi dekat dia.

Dulu dulu kalau makan dekat kedai makan, selalu kena ugut dengan abang kedua, abang ketiga dan kakak kedua. Kalau makan tak habis, mereka nak tinggalkan aku dekat kedai makan tu. Jadi, siapakah penyelamat aku? Semestinya kakak ketiga aku.


Pizza Island Tuna. Salah satu topping kegemaran aku. Tapi sedih, tunanya sedikit je atas tu. Aku macam kecewa jugalah sebab sikit je tunanya. Tapi nak buat macam mana kan? Hanya boleh bagi review dekat foodpanda. Harap harap lepas ni pihak mereka boleh perbaiki masalah ni. 


Chicken popcorns. Tak kira pula ada berapa ketul tapi bolehlah rasanya. Tak pedas pun. Makan time panas memang sedap, tapi bila sejuk tahu tahu sajalah rasanya macam mana hahaha. 


Mushroom soup. Dekat sejam masa diambil untuk aku habiskan mushroom soup ni sebab aku tak suka. Tapi terpaksa makan juga. Tak tahulah kenapa aku tak suka, padahal bukannya rasa apa pun, rasa mushroom je. Dan rasa mushroom tu tak kuat mana pun, tapi still susah untuk aku terima hehehe.

Overall? Bolehlah walaupun tak puas hati topping tuna sikit. Oh ya, dalam satu set ni ada air pepsi sekali tapi tak letak dalam entri ni sebab aku tak minum hehehe.

Nota jemari: Dalam proses blogwalking hehehe

Salam Maal Hijrah 1443

Assalamualaikum semuanya. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat seperti sediakala. Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Siti Sarah yang telah selamat kembali kepada PenciptaNya setelah beberapa hari bertarung nyawa melawan virus Covid-19. Salam takziah untuk keluarga arwah Siti Sarah. Semoga arwah Siti Sarah berada dalam kalangan orang orang yang beriman. 


Walaupun tak pernah berjumpa, tapi bila dapat tahu berita kematian dia, tak tahu kenapa rasa sedih menjelma di hati. Membayangkan bayi kecil yang diberi nama Ayyash Affan yang belum sempat bertemu dengan orang yang mengandungkannya selama lapan bulan. Baca berita, makin ramai ibu ibu yang mengandung turut mengalami perkara yang sama seperti Siti Sarah. Berapa ramai yang dah kehilangan ibu bapa, datuk, nenek, adik beradik dan sanak saudara angkara Covid-19? Terlalu ramai. Sampai bila ni semua akan berlaku? Wallahualam. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang berlaku. 


Hari ini kita sihat, belum tentu esok pun kita akan masih sihat seperti semalam. Hari ini kita masih bernafas, belum tentu esok hari kita masih bernafas seperti hari hari sebelumnya. 


Apa apapun, sempena masuk tahun baru dalam kalendar Islam, aku ingin ucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam tidak kira dimana jua anda berada. Sudah memasuki 1443 Hijrah selepas waktu Maghrib semalam. 



Apa yang istimewa dalam bulan Muharram ni?


Bulan Muharram merupakan salah satu daripada empat bulan Haram. Lagi tiga bulan Haram ialah bulan Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan haram ini bermaksud bulan bulan yang sangat dihormati dan dimuliakan. 


Berpuasa pada bulan Muharram juga merupakan puasa yang paling afdal selepas berpuasa pada bulan Ramadhan. Berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw yang diriwayatkan oleh Riwayat Muslim (1163) yang bermaksud:


"Dan puasa yang paling afdal selepas bulan Ramadhan ialah berpuasa pada bulan al- Muharram."


Bulan Muharram juga merupakan satu satunya bulan yang disifatkan sebagai bulan Allah swt berdasarkan hadis sahih. Sesebuah tempat, seseorang individu dan sesuatu masa apabila disandarkan kepada Allah, maka secara automatiknya ia menjadi mulia. 


Berpuasa pada 10 Muharram atau kita panggil Hari Asyura juga dianjurkan pada bulan Muharram. Berpuasa pada Hari Asyura menghapuskan dosa dosa kecil setahun yang berlalu (Riwayat Muslim 1162). Pada hari Tasu'a yakni pada 9 Muharram juga disunatkan untuk berpuasa oleh umat Islam. Hadis Nabi yang bermaksud 


"Sekiranya aku masih hidup pada tahun hadapan, nescaya aku akan berpuasa pada hari ke-9 Muharram." - Riwayat Muslim 1134.


Dan akhir sekali, tak ada sebarang doa khusus dari Nabi saw dengan sifat doa awal tahun dan akhir tahun kerana penetapan awal tahun Hijrah juga dibuat selepas kewafafan Nabi Muhammad saw. Namun begitu, secara logiknya tak ada yang salah bagi seseorang itu untuk membaca doa meminta kebaikan dan kesejahteraan buat dirinya sebaik dia memasuki 1443 Hijrah. 


Sumber: Muhammad Fahmi

Sunday, 8 August 2021

What is Your First Impression on Me?

Bosan bosan tak tahu nak buat apa, kita pun try lah update story di instagram tentang "What is Your First Impression on Me". First time buat. Selalu nampak kawan kawan je yang buat macam ni. Aku memang tak pernah buat sebab instagram aku sendu je. Takut tak ada feedback HAHAHAHA. Tapi nasib baik ada lima enam orang kawan aku yang layan juga story instagram aku ni hehehe.


Ala buat suka suka je, bukannya kena buat report pun. Sekadar nak tahu apa tanggapan orang lain waktu pertama kali jumpa aku. Jujur aku cakap, kalau aku tanya kawan kawan aku, ramai cakap aku sombong pada mulanya 😂 Dan ya, aku tak nafikan, aku tak reti nak mulakan perbualan. Tapi kalau dah start membual, haaaa bercakap jelah kerjanya hihihi. 


Senang kata, orang kena tegur aku dulu. Tegur tanya nama apa pun dah cukup. Aku macam tak berani nak tegur orang dulu sebab takut dia tengah bad mood ke, tengah sakit ke dan sebagainya. Jadi, biarlah dia yang tegur aku dulu. Kalau aku nampak dia macam okey, aku cakap macam biasalah. 


Macam aku intern diploma pada tahun 2018, budak intern sediaada yang tegur aku dulu. Dia kenal aku sebab sepupu dia satu sekolah dengan aku. Pum pam pum pam, Alhamdulillah masih berkawan baik sampai sekarang. Nur Aisyah namanya. 



Ini antara yang aku dapat dari kawan kawan aku




2, 6, 13, 15, 16, 23, 24, 27 dan 28


Scary - 2 orang  

Tiny - 3 orang 

Talented - 1 orang 

Quiet - 2 orang

Talkative - 1 orang

Caring - 1 orang

Annoying - 1 orang

Aggressive - 1 orang

Fearless - 1 orang


Yang tulis ayat tu tak menjawab soalan 😂 Kenal sangat dia tu, kawan since tadika lagi. Arissa namanya. Yang pilih annoying tu tak lain dan tak bukan ialah kakak ketiga aku. Mestilah dia annoying sebab ingatkan dia dah jadi anak bongsu, tiba tiba aku keluar HAHAHAHA. Dah tak bongsu dah dia. Aku beza dua tahun dengan kakak ketiga aku. Rezeki arwah mak dapat mengandungkan aku pada umur 42 tahun. 


Yang pilih quiet pun aku rasa saja je tu hahaha. Nampak letak emoji jelir lidah pun tahu dah dia tu saje je. Salah seorang yang pilih quiet tu kawan baik aku iaitu Farena. Siapa yang masih ingat, mommy kepada Muhammad Muqsith Farrel. 


Boleh baca disini: Selamat Pengantin Baru!


Pendiam lah sangat aku ni HAHAHAHA. Aku memang suka bercakap kalau dah jumpa topik yang ngam dengan aku. Kadang kadang orang lain letih nak melayan aku bercakap. Sesuai lah dengan aku, ada lalat "berak" atas dan bawah mulut. Orang cakap kalau tahi lalat atas bawah mulut ni memang suka bercakap. Betul ke?


Si Aisyah (orang pertama tegur aku masa intern diploma) pilih nombor 2. Eh dia ni, memang main main kan HAHAHAHA. Yang lagi seorang pilih nombor 2 tu aku nak tanya "scary sangat ke aku ni?" Mungkin sebab aku bekeng (baca: garang). Tapi tak adalah garang sangat pun. Mungkin nada aku bercakap kot, dia rasa aku scary. Tapi itulah, dah memang macam tu suara aku 😂 Tak adalah macam suara lelaki pun. Tapi tak apa, aku terima dengan hati terbuka dengan first impressions kawan kawan terhadap aku.


Haaa yang lagi 3 orang pilih tiny :') Memang kecil sangat ke aku ni? Hahahaha. Dahlah pendek, kurus lagi tu. Memang dari dekat ke dari jauh ke, memang nampak tiny lah kot ek? 


Ada juga yang pilih nombor 13 iaitu talented. Allahu speechless sis sekejap HAHAHA. Talented celah mana pun aku tak tahulah. Tapi nak buat macam mana kan? Dah itu impression orang terhadap kita kan? Walaupun pada hakikatnya, aku bukanlah seorang yang talented! Hehehe.


Yang pilih aggressive dengan fearless tu aku rasa main main juga. Mungkin bagi dia, aku kecil tapi ganas. Eh! Aku ni dalam hati ada taman tau. Fearless tu jauh sekali! Tidur dalam bilik yang gelap gelita pun takut. At least kena ada juga lampu jalan raya yang tembus ke dalam bilik aku walaupun sedikit sahaja cahayanya. Janji tak gelap gelita. Tapi lain kesnya kalau tidur berdua. Tidur berdua dengan kakak ketiga aku tak apa kalau gelap gelita. Sebab ada kakak akulah.


Kalau gelap gelita, aku jadi takut nak tidur. Overthinking. Bukan takut cik ponti, tapi takut dengan cik 🐍 Aku kalau tertengok video dia sebelum tidur, automatik satu bilik aku geledah. Aku akan check bawah katil ke, tepi almari ke, belakang pintu ke mana mana tempat yang ada ruang kosong lah. Sebab tu aku tak suka kalau tertengok video dia. Daripada tak fikir, terus terfikir. 


Eh, macam menyimpang jauh pula penerangan aku pasal fearless ni hehehe. Tapi tak apa kan sebab bukan selalu pun sekali sekala je. Jadi, aku nak tanya yang tengah baca ni, what is your first impression on me? Walaupun kita tak pernah bersua muka, hanya kenal melalui penulisan, tapi nak tahu jugalah apa first impression korang terhadap aku hehehe. 


Bawah ni antara first impression on me daripada aku kepada beberapa orang blogger.


Kak Ret - 34, 28

Kak Fiza - 19, 13

Kak Syu - 24

Kak Sal - 26, 27

Kak NA - 14, 15

Kak Farrah - 13, 14, 15

Kak Nadyaa - 15

Kak Amie - 23

Kak PC - 20

Kak Nina - 34

Alien Oren - 15, 13

Rabia - 15


Jangan ambil hati naaa kalau tak betul. Ini sekadar first impression sahaja hehehe. Orang cakap, kalau nak tahu baik ke jahat ke seseorang tu, kena kawan dulu dengan dia. Jangan dengar dari mulut mulut orang ;)

Friday, 6 August 2021

Makan Petang Bersama Cheezy Popcorn Bowl dan Banana Ball dari KFC


Buka tutup buka tutup aplikasi foodpanda. Terasa nak makan kepci tapi tak tahu nak makan apa. Bukan kisah hari ini, tapi kisah beberapa hari yang lepas. Beli cheezy popcorn bowl dengan banana ball. 


Pernah makan banana ball sebiji je, memang ingat ingat lupa rasa dia macam mana, sebab tu aku beli banana ball. Nampak dari illustration gambar macam menarik! Tapi biasalah, gambar tak pernah tak gempak hihihi.



Abaikan request aku tu hehehe. Jumlah semua sekali ialah RM14.48. Ini kalau beli satu jenis lauk dah kenyang dah ni dengan nasi. Extra air teh peng. Tapi tak apalah, sekali sekala. Aku pun tak ada selera nak makan nasi sebab ulser dekat bibir. 


Terseksa nak makan oi. Dan rasa nak makan makanan mengarut. Mengarut bukan la makanan haram ye, mengarut macam makan kepci ke McD ke burger tepi jalan ke. Yang pasti bukan nasi. Tapi tetap makan nasi juga walaupun sikit. Sebab takut perut masuk angin. 


Cheezy Popcorn Bowl


Okey kembali kepada cheezy popcorn bowl, memang tak dapat dinafikan lagi, memang sedap! Makan time panas panas lagi double sedap! Aku lagi suka fries kepci. Sebab fries kepci memang lagi sedap dari fries McD 😂 Siapa setuju dengan aku? Angkat tangan sikit, kita geng! Hehehe. Ayam popcorn pun sedap! Tapi sikit sangat. Adalah dalam tiga atau empat ketul. Selebihnya fries.


Banana Ball


Banana ball? Bagi aku biasa biasa je. Sekali beli je. Lepas ni tak beli dah kot 😂 Baik aku beli cheezy popcorn bowl. Murah pun murah. Banana ball ni aku ambil yang lima ketul. Dia ada dua pilihan iaitu tiga atau lima ketul. Aku fikir pisang kan, dan makanan yang berunsurkan pisang memang favorite aku, jadi aku ambil lima ketul.


Dan lagi sekali, macam aku cakap, banana ball ni biasa biasa aje. Dia macam tak capai expectations aku. Entah. Macam ada kuranglah sikit. Inti pisang dekat dalam macam sikit je. Tapi overall okey je. Bukan aku cakap tak sedap langsung. Sedap tu sedap. Tapi biasa biasa je. Tapi kalau makan panas panas memang sedap.


Untuk beli kali kedua ke ketiga ke, tak akan beli dah kot. Tapi kalau cheezy popcorn bowl, memang antara menu sampingan wajib beli kalau beli makanan di kepci. Ini sekadar pendapat dari aku. Lain orang, lain citarasanya. Nak tahu, boleh cuba sendiri. Adios!

Nota jemari: Bilalah boleh blogwalking ni :/