Thursday, 5 August 2021

English Movie: Aftermath (2021)


Sinopsis:


Pasangan suami isteri berusaha untuk memulihkan hubungan mereka selepas perkahwinan mereka mengalami masalah akibat kecurangan sang isteri. Berpindah ke sebuah rumah baru bagi memulakan kehidupan baru tapi mereka tidah tahu bahawa rumah tersebut ada kisah misteri disebaliknya.


!Spoiler Alert!

1 jam 54 minit selesai diperuntukkan untuk tengok US Movie terbaharu iaitu Aftermath. Baru ditayangkan di Netflix pada 03 Ogos 2021. Genre suspenseful, scary, mystery, thriller dan juga horror. Dan movie Aftermath ini diilhamkan dari kisah benar.

Mula mula rasa seram tapi lama lama tak menyeramkan dah. Kufikir hantu, rupanya manusia. Oh ya, movie ini sesuai untuk 18 tahun dan keatas sebab ada scene scene yang tak sepatutnya ditonton budak bawah umur. Aku sendiri pun skip scene scene yang tak elok tu, tengok scene yang elok je hehehe.

Honest opinion, movie ni biasa biasa je. Kisah rumah berhantu. Pasangan suami isteri pindah ke rumah baru untuk mulakan kehidupan baru selepas si suami tak boleh nak teruskan hidup bersama isterinya kalau duduk rumah lama. Terbayang bayang si isteri yang pernah curang sebelum ni.

Tapi mereka tak bercerai. Mereka pergi kaunseling untuk dapatkan nasihat dari pakar bertauliah untuk menyelesaikan masalah rumahtangga mereka. Jadi, si suami pun belilah sebuah rumah yang agak murah dijual selepas dapat persetujuan dari isterinya untuk berpindah dari rumah lama. Rumah murah sebab dalam rumah tu pernah berlaku pembunuhan antara pasangan suami isteri juga iaitu Jay dan Erin.

Macam aku cakap awal awal tadi, ingatkan hantu yang mengusik tapi manusia rupanya. Macam kak naniey cakap, ending dia tergantung sebab habis macam tu je 😂 Si Kevin dan isterinya iaitu Natalie pindah dari rumah yang dibelinya satu bulan selepas berjaya menyelamatkan diri daripada dibunuh oleh manusia lain yang turut menghuni rumah mereka. 

Tiba tiba, ada satu pintu tertutup sendiri. The end. Curious juga, kalau manusia yang mengganggu rumah tersebut dah mati, jadi siapa yang tutup pintu pada minit terakhir movie tersebut? Jeng jeng jeng. Manusia lain tu sebenarnya kekasih kepada Erin. Lelaki misteri yang tak dikenali. Tak ada nama disebut. 

Jay curang - Erin tahu dan Erin pun curang dengan lelaki misteri yang tak ada nama tu - Jay dan Erin berbaik sebab mereka sayang each other - Erin rekabentuk rumah - Mereka hidup berdua dalam rumah tersebut - Dan mati pun bersama

Erin rekabentuk rumah tersebut sebab nak kurung lelaki misteri tersebut dekat satu ruang kosong dalam rumah tersebut. Tapi lelaki misteri tu sedih sebab macam mana sekalipun, Erin tetap pilih Jay. Dan akhirnya, Erin dan Jay mati bersama pada minit awal movie ni. Aku rasa lelaki misteri tersebut yang bunuh. I think so hehehe.

Aku rasa lelaki misteri tu ada masalah mental. Memang aim nak musnahkan rumahtangga orang. Ambil gambar Natalie tengah tidur, mesej Kevin cakap Kevin tak perlu balik rumah malam ni (masa tu Kevin dan Natalie tengah gaduh) dan sebagainya. Padahal Natalie tak buat pun. Si lelaki misteri itulah yang buat. Porak perandakan rumahtangga Kevin dan Natalie yang memang tengah bergolak.

Polis dan Kevin pada mulanya pun ingat Natalie gila sebab Natalie je yang nampak ada bayangan orang lain dalam rumah mereka tu. Nak pula time Natalie kena tu, Kevin tak ada sekali. Kevin pun rasa partner curang Natalie yang ambilkan gambar Natalie masa tengah tidur tu. 

Nampak tak, Kevin masih belum boleh lupakan kisah kecurangan Natalie? Yelah, isteri sendiri yang curang. Depan mata sendiri pula tu. Siapa je yang boleh lupakan sekelip mata?

Dan nasib baik, mati juga lelaki misteri tu. Tapi lagi satu yang misteri bagi aku, kemana pergi adik Natalie iaitu Dani? Dani hilang begitu je lepas ditarik oleh seseorang ketika berada di rumah kakaknya. Mati juga mungkin? 

Apa apa pun, jangan risau tak ada muka hantu menyeramkan pun. Suspens je banyak. Memang tak ada hantu langsung 😂 Dan boleh tonton di Netflix. Selamat menonton! ;)

16 comments

  1. Menarik jugak ni tp kena tgu budak2 xde lah br boleh tgk sbb ada scene2 hot tu

    ReplyDelete
  2. alaa ending cqmtu la yg buat tak syok he hee xda kesudahan
    apapun best jga jln ceritanya

    ReplyDelete
  3. Suspen ni yang sakit jantung ni haha

    ReplyDelete
  4. ok la movie ni tak de la seram.. Cuma misteri di akhir cerita tu..

    ReplyDelete
  5. aduh, baru nak baikpulih hubungan husband and wife. Lain pulak jadi kat rumah baru tu. Misteri sungguh tu kalau ending macam tu. Tak syok lah ending macam tergantung. Huhu

    ReplyDelete
  6. Ada sambungan ke? Hehe pembunuh yang minat isteri orang. Perosak rumahtangga.

    ReplyDelete
  7. Alamak adik sayang, kalau review movie genre thriller jangan la cerita sampai habis. takpun taruk spoiler warning. hehe. ending tergantung maybe ada sambungan kot. Thanks share. Weekend boleh layan

    ReplyDelete
  8. Kena tgk time bdk2 dah tido la kan..hehe..akak duka tgk filem2 mcm ni sorg2

    ReplyDelete
  9. alamak, ada bunuh2 tak, tak suka

    ReplyDelete
  10. tadi bukak netflix nampak citer ni antara top 10 kat malaysia. kalau citer ada misteri hantu2 ni saya suka hahah

    ReplyDelete
  11. Wah . mcm menarik cerita ni... nak kena cari ni

    ReplyDelete
  12. Baca review movie ni tak masuk dlm list la hahaha

    ReplyDelete
  13. hahaha kalau tergantung cenggitu memang tak lah nak tengok

    ReplyDelete
  14. Aduh.. menarik ini.. Tapi ending pula spoil..
    Hari tu nak tengok dah, ingatkan seram.. kalau thriller best r..

    ReplyDelete
  15. alaa tergantung ke... ni yg rs mcm x syok pula😀

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)