Menabung dalam MAE ni tak pernah aku fikirkan sebab dalam kepala asyik teringat akaun ASB dan Tabung Haji. Tapi bila fikir-fikirkan balik, kalau simpan dalam ASB, agak susah nak keluarkan duit (bagi kes emergency) sebab tak boleh nak transfer secara online. Kiranya kena pergi bank dan isi borang untuk keluarkan duit. Ini based on pengalaman aku masa tahun 2019. Tahun 2021 tak tahu lah macam mana.
Gaji kami masuk lambat ye teman teman, dalam 10 haribulan hingga 13 haribulan baru masuk. Nasib baik dapat owner sewa rumah baik hati. Minta pengecualian untuk bayar sewa bilik lewat sikit sebab gaji masuk lambat. Bukan saja-saja kami nak bayar lambat.
Lepas dah gaji masuk untuk bulan pertama, terus fikir nak menabung di mana? Walaupun gaji tak sampai RM1500 lepas tolak KWSP dan SOCSO, tapi tetap kena menabung untuk masa hadapan ataupun masa emergency. Aku ni kuat berbelanja jugak, jadi nak tak nak kena belajar jimat cermat.
Fikir punya fikir, ternampaklah dekat aplikasi MAE ni boleh create tabung. Tekan itu tekan ini, tiba tiba dah berjaya create satu tabung. Oh ye, MAE ni e-wallet. Best bila guna MAE ni sebab boleh tahu total expenses kita pada setiap bulan. Senanglah nak tahu berapa total kita berbelanja untuk makanan, shopping dan other expenses.
Grey: Other expenses
Red: Food & Beverage
Blue: Medical
Yellow: Financial Services
Orange: Shopping
Total spent so far tu tak adalah ribu riban ye. Tapi bagi aku, memang bestlah sebab boleh trace macam ni. Boleh tahu total aku shopping dekat shopee berapa, dekat food & beverage berapa. Tak adalah duk fikir kemana pergi duit duit dalam bank aku empat hari empat malam 😂
Sambung cerita menabung di MAE, aku create satu tabung yang diberi nama Wishlist. Wishlist? Tak tahu lagi nak buat apa dengan duit menabung ni. Kahwin? Jeng jeng jeng. Tapi nampak macam nak tukar telefon sebab Iphone 6s sekarang ni masih berfungsi dengan baik cuma adalah jugak kadang-kadang timbulkan masalah.
Selama 9 bulan menyimpan untuk dapatkan RM4000. Kalau sesiapa yang gaji besar, mesti gelak aje kan tengok tabung aku ni hahaha. Tapi tak apa. Aku menabung mengikut kemampuan aku. Aku ada flow menabung aku sendiri. Jangan nak ikut orang lain. Betul dak? Ayat sedapkan hati sendiri HAHAHA. Tapi betul lah, kalau aku menabung sampai 700+ 800+ sebulan, memang tak makanlah aku jawabnya. Sewa bilik pun dah RM350 :/
Jadi untuk dapat RM4000 dalam masa 9 bulan, aku kena menabung sebanyak RM444.44 setiap bulan. Auto deduction setiap 19 haribulan pada setiap bulan. Aku pun tak tahu kenapa aku buat RM4000 je. Kenapa tak RM5000 terus. Tapi RM4000 tu kira banyak dah bagi aku yang belum ada komitment kereta, rumah dan sebagainya (buat masa sekarang). Cuma komitment sekarang ialah bayar hutang pinjama masa belajar diploma dan degree iaitu PTPTN aje ler.
Boleh keluarkan duit ke dari tabung incase nak pakai duit?
Jawapannya, jangan risau, memang boleh! Kalau tak ada duit atau terdesak nak pakai duit, boleh je keluarkan duit dari tabung tu. Kalau ada duit lebih pun boleh masukkan lebih dalam tabung tersebut. Kiranya kalau aku ada extra duit sebanyak RM300, aku boleh fund tabung tu sebanyak RM300 tapi RM444.44 tu masih ditolak jugak dari akaun aku. Gituuuu.
Jadi, moh lah kita tunggu sampai bulan Julai tahun 2022. Betul lah, penantian itu satu penyeksaan. Nanti dah cukup, dalam sekelip mata aje dah habis >.<
Social Icons