Thursday, 18 November 2021

Tukar Kad Bank Islam

Sejak sejak duit gaji dimasukkan dalam Bank Maybank, memang tak pandang dah Bank Islam. Nak nak lagi, kad Bank Islam expired bulan November 2021. Takut nak letak duit dalam Bank Islam sebab takut tiba-tiba duit beku dalam akaun sebab kad expired. Padahal tak ada apa pun 😂


Finally, semalam sempat pergi tukar kad Bank Islam. Mulanya tak tahu nak pergi bila memandangkan kerja, siap fikir nak apply cuti semata-mata nak tukar kad bank. Tapi nasib baik ada kawan bagitahu, suruh pergi tukar time lunch hour sebab kaunter bank buka je time lunch hour. Phew. 


Cepat cepat siapkan kerja, ngam ngam 12.30 terus keluar pergi makan dulu dekat cafe pejabat. Malas nak pergi jauh. Kita pergi mana dekat dan mana yang mudah. Dalam pukul 1 tengah hari terus pergi bank. Nasib baik tak jauh. Tapi kalau jalan kaki, terasa jauh lah juga kikiki.


Dan lagi sekali bernasib baik, tak ramai pun hamba Allah dalam bank pada masa tu. Less than 10 orang yang ada urusan dengan bank. Tapi setengah jam juga aku tunggu untuk nama dipanggil sebab ada sorang makcik ni duk sembang lama lama dekat kaunter tukar kad bank. 


Alhamdulillah, tak sampai 10 minit dah siap kad baru Bank Islamku. Satu benda yang tak suka kalau melibatkan urusan yang memerlukan cap jari adalah jari aku susah nak detect :')


Tukar Kad Bank Islam
Gomo Kelate Gomo

Staff bagi kad bank baru versi negeri Kelantan. Bedal lah, janji dah tukar HAHAHA. Aku tak pastilah ada berapa jenis kad baru sebab staff semalam cakap ada kad bank Kelantan itu aje. Tanya juga dekat staff, versi Terengganu 'peteh ganu peteh' tak ada ke? Dia gelak aje. Dia cakap buat masa sekarang tak ada lagi. Ada yang ini aje haaaa.

Bye! 

12 comments

  1. Kad bank islam akak pun dah expired dua bulan. Hurmm.. kita ada masalah sama bab cap jari tu 😓

    ReplyDelete
  2. Akk pun ada kad bank satu ni nak kena gi tukar tapi belum buat lagi :(
    Malas nak beratur huhu...

    ReplyDelete
  3. cik nor tak tukar2 pun lagi kad bank islam yang expired tu..:)

    ReplyDelete
  4. Lega bila urusan penting dah settle. Mujur lah tak ramai orang dan tak tunggu lama sangat kan musim pandemik ni. Ada pulak kad tema kenegerian. Kalau ada ganu lagi syok kan. barulah ganu kita :)

    ReplyDelete
  5. kita dah tukar kad bank rakyat. baru je. nasib x kena appointment

    ReplyDelete
  6. dulu masa akak keje kat utm skudai, kad gaji cimb... pastu bila kerja dengan jupem ni kad gaji guna maybank. Cimb pun dah lama tak guna sekarang cuma ada kad maybank dan bank rakyat je, tak pernah buat kad bank islam

    ReplyDelete
  7. Sama susah kesan cap jari sampai kena pergi Pejabat Pendaftaran Negara dapat surat cap jari susah baca. Tapi kadang-kadang ok boleh baca.
    Hehe ada pula kad ikut negeri.

    ReplyDelete
  8. Cantik warna kadnya. Akak punya akaun bank Islam dah lama tutup 😂. Rasanya pakai bank yang mana ada jelah.

    ReplyDelete
  9. cantik lah kad tu. alhamdulillah selesai satu urusan hihi

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)