Showing posts with label Introvert. Show all posts
Showing posts with label Introvert. Show all posts

Thursday, 10 June 2021

Introvert?

Introvert? 

Apa itu introvert? Apa beza dengan extravert? Ambivert? 

Macam biasa, aku akan kongsikan hasil penulisan Aiman Psikologi yang menulis tentang introvert di laman twitternya.

Hari ini nak berkongsi tentang introvert dahulu. Next entri baru berkongsi tentang extravert dan ambivert.


Sesiapa yang ada personaliti introvert mesti selalu disisihkan? Betul atau tidak? Selalu dianggap mempunyai personaliti yang tidak baik, anti sosial dan macam macam lagi.

Kalau nak tahu, konsep introvert dan extravert ini berkait rapat dengan ARAS. ARAS ini sejenis benda dalam otak kita yang memproses Social Pleasure System (SPS).

Nak mudah faham, bila kita bersosial, otak kita akan hasilkan sesuatu yang buat kita rasa pleasure. Something yang buat kita feel good, nice and satisfied.

Orang yang introvert, Social Pleasure System (SPS) dia cepat 'penuh'. 

Fikir ada gelas dalam kepala. Dan SPS pula merujuk kepada air. Gelas introvert kecil. Bila jumpa orang sikit pun dah penuh gelas, dan dia dah seronok. 

Beza dengan extravert, gelas dia besar. Jumpa orang sikit pun tak puas, kena lagi banyak SPS. 

Macam aku cakap diatas tadi, gelas introvert ini kecil, jadi bila dah bersosial sikit, dah terasa pleasure. Kalau dah penuh gelas, dia kena take a step back. Balik awal, pergi berjalan seorang diri, pergi baca buku di kafe dan lain lain lagi.

Ibaratnya, orang introvert ini memerlukan me-time. Sebab itu introvert selalu dianggap anti sosial terutama oleh golongan extravert dan ambivert.

Padahal, introvert ini sangat setia kawan. Quality over quantity. Biar tak ramai kawan, tapi quality kawan itu lagi penting. Kawan ramai ramai, tapi tak ada quality, tak okey juga kan? 

Boleh tak macam itu? 

Diam diam seorang introvert, dia berisi. Suka membaca, suka tengok movie seorang diri, suka simpan isi hati dan ada satu skill akan develop iaitu skill menganalisis. 

Deria orang introvert lagi sensitif, lagi tahu siapa yang ikhlas nak berkawan dan juga suka perhatikan tingkahlaku orang. Luar senyap, tapi dalam kepala orang introvert ini bising.

Introvert ini pun ada jenis jenisnya iaitu:

Anxious introvert, jenis tak boleh bersosial, cepat takut, gemuruh dan takut bercakap depan orang ramai. Tapi orang macam ini biasanya akan ada kawan rapat. Tempat dia meluahkan, bersembang dan sangat menghargai kawannya itu.

Kedua, sosial introvert. Hampir sama dengan anxious introvert tapi dia tak suka bersosial. Bukan tak boleh bersosial macam anxious. Dia lagi suka berseorangan, contoh, pergi mall seorang diri, makan pun seorang diri dan sebagainya. Lain dengan kesepian, dia cuma suka berseorangan. 

Being alone and feeling alone is different. 

Ketiga, thinking introvert. Ini yang kita kata mulut diam tapi dalam kepala bising. Dia suka membaca, analisis, review dan lain lain berkaitan proses otak. 

Walaupun tak bersosial, tapi thinking introvert ini sangat power untuk nampak benda yang orang lain tidak nampak. Bukan nampak hantu tahu 😂

Dan yang keempat, restrained introvert. Jenis tenang, rasional dan ada ciri ciri seorang ketua. Sangat menjaga kata kata, tingkahlaku dan boleh bersosial walaupun tahap minimum.

Nampak senyap saja, tapi sekali bercakap, semua terdiam! Bukan jenis bising tapi tin kosong tahu hehehe.

Sebenarnya, semua introvert ada keempat empat ciri ciri itu cumanya mana satu yang lagi dominant. Tak ada test pun nak tahu kita yang mana satu. Cuba tepuk kepala tanya minda hehehe.

Tapi main point disini ialah, introvert ialah sejenis PERSONALITI bukannya satu KELEMAHAN DIRI

Tak boleh atau tak pandai bersosial tak apa. Benda boleh dilatih. Yang penting, mesti bersosial bila melibatkan kerja contoh assignment berkumpulan 😂

Lepas dah habis buat kerja itu, take a step back lah. Rest dan recharge, bagi gelas SPS tadi itu kosong balik :)

Boleh baca sepenuhnya disini: Introvert by Aiman Psikologi