Sunday, 25 September 2022

Mengasah Bakat dan Minda Diri Sendiri dengan Game Matematik bersama Calculators.org

Menjadi seorang juruwang tu merupakan salah satu cita-cita aku masa kecil. Betul ya, sikit tak tipu. Aku suka betul bila teman family pergi shopping barang dapur dan sampai giliran family aku untuk bayar, aku akan tengok cashier scan setiap satu barang yang dibeli. Tengok cashier tekan tekan mesin wang tu aku rasa macam WOW! 


Sekarang dah jarang main games sebab kekangan masa, cumanya bila boring sangat, aku akan main Sudoku tapi jaranglah sebab aku ni boleh tahan loadingnya bila main Sudoku HAHAHA. Tengok kakak aku main Sudoku senang gila, bila time aku, me be like what is this? Tapi kejap, Sudoku ni dikira adik beradik dengan game matematik jugak kan?


Mengasah Bakat dan Minda Diri Sendiri dengan Game Matematik bersama Calculators.org


Jadi, sesiapa nak asah bakat dan minda dengan game Matematik macam aku boleh pergi website Calculators.org. Banyak sangat game matematik tapi bagi aku tak adalah susah sangat pun, simple sahaja. Tapi bila dah berkait dengan pengiraan ni haruslah ada masanya. Kalau lambat memang kalah teruslah. Tapi tak apa, boleh cuba banyak kali sampai mahir. Tak ada masalah!