Wednesday, 31 March 2021

Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi.


Mak. Mama. Ibu. Mommy. Umi. | Panggilan nama seorang anak kepada seorang wanita yang melahirkan dirinya. Panggilan nama yang ditunggu saat anak mula bertatih berbicara. Rindunya nak panggil seseorang dengan panggilan nama Ma. 2021, 12 tahun berlalu. Sekejap saja masa berlalu.


12 tahun yang lalu, aku berumur 12 tahun. Dan 12 tahun pada 2021, aku berumur 24 tahun. Pejam celik pejam celik, berjaya menghabiskan pembelajaran sampai ijazah sarjana muda walaupun ma hanya sempat tengok sampai UPSR. Actually, UPSR pun tak sempat sebab arwah mak meninggal bulan 7, UPSR bulan 10 kot hehe. Sudah lupa bulan berapa.


Betul tak, tak kiralah berapa ramai pun manusia yang ada dalam sesebuah rumah tu, kalau mak tak ada di dalamnya, rumah tu tetap terasa kosong. Hilang penyeri. Boleh diibaratkan hilang tiang rumah. Boleh runtuh bila bila masa. 


Arwah mak meninggal disebabkan oleh penyakit kanser rahim dan beberapa komplikasi lain. Panjang sangat punca kematian yang ditulis dalam sijil kematian. Tapi nak senang cerita dan apa yang aku faham, puncanya kanser rahim. 


Dulu masa kecik kecik, sesetengah mak kepada kawan kawan aku bahasakan dirinya mak kepada aku. Sebab tahu aku dah tak ada mak masa tu. Tapi kadang kadang aku tak selesa sebab takut anak dia jealous kan bila mak dia bahasakan diri as mak kepada aku, padahal tak ada masalah pun. Kawan aku okey je, aku je yang over rasa macam tu HAHAHA.


Dulu, zaman arwah mak ada memang excited nak puasa dan raya. Arwah mak masak sejenis je lauk tapi feel dia tu fuhhh. Pantang orang Kemboja datang rumah sambil junjung bungkusan baju atas kepala, mak belikan baju lawa lawa hehehe. Sekarang, baju raya pun recycle je baju lama lama since aku pun tak berubah berat badan sobs sobs sobs. Masih muat dipakai even dah bertahun bertahun bajunya 😭 Can someone transfer your fat (lemak) to me? 


Nota jemari: Hargai mak dan ayah korang selagi mereka masih hidup. Aku terkilan sebab tak sempat nak balas jasa arwah mak aku since mak aku meninggal pun aku masih sekolah.

Wednesday, 24 March 2021

Korean Drama: Kingdom Series I & Series II


Kingdom | Ada yang dah tengok ke Season 1 dan Season 2 Kingdom ni? Aku baru je habis tengok kedua dua seasons. Akan datang special episode of this series yang diberi tajuk "Kingdom: Ashin of the North" yang dijangka keluar tahun ni jugak. Special episode ni akan fokus kepada karakter sokongan Ashin yang dilakonkan oleh Jun Ji Hyun

Jun Ji Hyun yang jadi mermaid dalam Legend of the Blue Sea dan kekasih alien dalam My Love from Another Star. Confirm best! Suka kalau Jun Ji Hyun tu berlakon sebab dia crack gila. Kepala masuk air betul hahaha.

Info:
  • Genre: Historical period, political drama, horror & thriller
  • Created by: Netflix
  • Based on: Adapted from webcomic series which is The Kingdom of the Gods
  • Starring by: Ju Ji Hoon, Ryu Seung Ryung, Bae Doo Na, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Kim Hye Jun
  • No of season: 2 season
  • No of episode: 12 episodes for 2 seasons

Sinopsis Season 1:
Permulaan cerita, raja meninggal disebabkan oleh penyakit cacar. Pada masa yang sama, permaisuri raja mengandung anak sulung. Ayah Permaisuri menyembunyikan kematian raja sehingga anaknya melahirkan anak sulung raja tersebut. Anak sulung permaisuri dikira lebih layak untuk menjadi pengganti raja berbanding putera mahkota sekarang yang ibunya dahulu hanyalah gundik raja. 
Raja diinokulasi dengan tanaman kebangkitan yang boleh bertukar menjadi zombi pada waktu malam. Raja diikat dengan rantai besi untuk mengelakkan raja memakan manusia yang ada disekelilingnya semasa bertukar menjadi zombi. 
Keadaan bertukar menjadi huru hara apabila ramai rakyat yang bertukar menjadi zombi apabila memakan daging manusia yang pernah digigit oleh raja semasa merawat raja. Rakyat tersebut memakan daging manusia kerana mereka kelaparan dan menyangka daging tu daging rusa.

Sinopsis Season 2:
Permaisuri raja telah mengumpulkan banyak wanita hamil di kediaman peribadinya. Wanita hamil akan dibunuh jika melahirkan anak perempuan. Sekarang, zombi bukan hanya bertukar pada waktu malam tapi cuaca yang sejuk pun mempengaruhi pertukaran zombi
Tujuh tahun kemudian, anak yang dilahirkan oleh permaisuri raja diangkat menjadi raja. Bekas putera mahkota dan beberapa orang pembantunya tiba di sebuah kampung yang kosong semasa menyiasat. Semasa di kampung itu, ada kelihatan seorang perempuan misteri bernama Ashin muncul di dalam sebuah rumah.

My thoughts:

Series ni best and worth to watch. Recommended. Rating pun tinggi. Bila terlampau gilakan kuasa, sampai sanggup sembunyikan kematian raja negara dia sendiri. Permaisuri raja pun sanggup menipu kehamilannya semata mata kuasa. Kuasa ni boleh buat orang baik pun jadi jahat kan tapi bukan semualah, hanya sesetengah manusia hehehe. 

Bagi aku, dalam series ni memang sebabkan kuasalah semua benda ni berlaku. Perebutan kuasa. Semua puak nak kuasa sampai sanggup jadikan raja tu zombi. Rakyat yang tak bersalah pun turut jadi mangsa keadaan. Ada anak hilang mak, ada isteri hilang suami dan sebaliknya. 

Tak reti sangat nak review drama tapi bagus aku berbaloi lah tengok. Pendek je episodenya, bukan macam drama Indonesia hehehe. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tonton di netflix. 

Ditemani Oleh

Ditemani oleh | Haaa, ditemani oleh siapa? Mestilah makhluk Allah yang berbulu hitam. Peneman setia. Makhluk Allah yang diberi nama Hitam. Inilah si adik yang penakut dengan abang hehehe. 


Abang tengah tidur juga tapi bawah kereta. Abang susah dah sekarang ini kalau ajak tidur atas katil sekali. Mungkin sebab ada hitam rasanya, jadi abang mengalah dan tidur luar. Jadi pengawal keselamatan rumah hahaha.




Tidur dekat atas selimut. Favorite hitam lah tu. Selimut tu selimut dia. Letak lah kat mana mana, nanti dia akan pergi tidur balik atas selimut tu. Minat sangat dengan selimut tu hahaha. Tidur dari pagi tadi lagi, lepas siap makan dalam pukul 7.10 pagi, terus masuk bilik aku. Jilat jilat badan then terus tidur sampai sekarang. Bangun tak bangun pukul 2 petang nanti. 


Bangun minta makanan. Frieskies lah jawabnya. Sebab nanti petang, makan ikan rebus lagi. Jadi sementara tunggu nak makan ikan rebus, makan frieskies dahulu, buat alas perut sebelum makan malam.


Nanti siap makan frieskies baru keluar jalan jalan. Petang dalam pukul 5 lebih balik rumah sebab dia tahu "mama" dia balik kerja. Mama tu kakak aku, owner asal hitam dengan abang dia, Sayang. 


Tapi memandangkan kakak aku tengah sarat mengandung dan bakal bersalin bulan Mei nanti, dia bagi hak penjagaan kucing kucing dia kepada aku 😂 Jadi, aku lah owner kedua (read as: bibik) Hitam dan Sayang. 


Best tengok si bulu bulu dua ekor ini tidur. Sejuk sebab dah dua hari hujan di muka bumi Terengganu ini. Jadi makin best dan syoklah tidurnya. Si abang pun macam macam gaya dah tidur bawah kereta tu. Buas! 


Kalau tidur sekali dengan Sayang atas katil, padan dia seekor saja yang menguasai katil. Kuak lentang sana, kuak lentang sini, terpaling penat gayanya HAHAHA.


Nanti petang bisinglah nak makanan lah nak masuk rumahlah. Si abang tak lepas nak masuk ikut tingkap atau celah pintu grill sebab gemok hahaha. Jadi si abang kena tunggu orang bukakan pintu baru boleh masuk rumah.


Sedih jugalah kalau pindah nanti. Nak bawa pindah sekali, nanti duduk apartment. Kasihan pula dekat dia orang. Tak bebas nak hidup. Kena kurung dalam rumah saja. 


Si abang itu tak apa sebab boleh berdikari lah, yang paling kasihan si adik lah sebab Hitam ni memang penakut. Kalau orang ramai ramai dalam rumah, dia memang lintang pukang lari. Lari selamatkan diri. Kadang kadang tak balik rumah sebab takut orang ramai. 


Kakak kedua aku pun selalu buat ayat sedih, "Kasihan dekat Hitam, bibik nak tinggal dah Hitam. Lepas ini Hitam nak tidur dengan siapa lagi, siapa nak bagi Hitam makan pagi pagi. Kasihan Hitam." 


Saja saja buat ayat sedih. Tapi bagi aku memang sedih hahaha. Nanti mesti rindu dengan Hitam dan Sayang. Sayang pun walaupun garang, tapi dalam hati ada taman. Manja gila. Nak duduk atas riba orang saja. Tapi itulah, masih tak boleh nak bayangkan nanti bila pindah rumah macam mana :(

Monday, 22 March 2021

Ulser Mulut

Ulser Mulut | Siapa dekat sini tak pernah kena ulser mulut? Semua pernah rasa kot. Baik kanak kanak mahupun dewasa. Semua pernah alaminya. Ada yang kena seminggu sekali, ada yang kena sebulan sekali dan ada yang kena jarang jarang sekali. 


Kalau aku, aku termasuk dalam kategori jarang jarang sekali. Sekali kena, seminggu tak ada selera makan HAHAHA. Sumpah tak ada selera langsung nak makan kalau kena dekat bibir dan pipi. 


Hidanglah makanan favorite masa itu, memang tak ada juga selera makan. Ke kalian masih ada selera makan kalau kena ulser? 😂



Nama lain ulser ni ada yang panggil guam, serawan atau mata ikan. Menurut Dr Samhan, ulser mulut ni boleh berlaku disebabkan oleh stress, kekurangan zat makanan, kurang tidur dan rehat, mulut yang kotor dan tidak bersih, perubahan hormon, jangkitan virus dan berlaku kecederaan fizikal seperti tergigit bibir atau lidah


Dr. Sivakama Sunthari iaitu Ketua Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial di Hospital Kuala Lumpur berkata, ulser mulut jika tidak sembuh dalam masa dua minggu, ia perlu dirawat bagi mengesan jika itu simptom awal penyakit kanser mulut


Kanser SCC iaitu 'squamous cell carcinoma  adalah barah yang paling kerap berlaku dalam rongga mulut iaitu 90 peratus daripada kes semua kanser dalam mulut. 


Antara tips untuk mengelakkan terkena ulser mulut ini adalah:

  • Minum air sebanyak 2 liter sehari
  • Urus stress dengan baik
  • Tidur secukupnya
  • Berus gigi selepas makan
  • Pastikan gigi palsu bersih *bagi yang memakai gigi palsu
  • Hindari fake braces
  • Banyakkan makan buah buahan, sayur sayuran
  • Berhenti merokok

Adalah ditegah bagi kanak kanak bawah umur 16 tahun untuk menggunakan bonjela. Hal ini demikian kerana bonjela mengandungi Salicylic Acid. Salicylic Acid adalah kandungan dalam ubat yang dinamakan Aspirin (ubat cair darah). 

Aspirin ni boleh menyebabkan risiko Reye Syndrome iaitu satu komplikasi yang boleh menyebabkan kegagalan hati, kerosakan otak dan kematian (Medicines and Healthcare products Regulatory Agency).

Kalau tak boleh guna bonjela, nak guna apa? Okey, kanak kanak bawah 16 tahun disarankan untuk menggunakan ubat ubatan yang mengandungi Hyaluronic Acid. 

Contoh contoh ubat yang mengandungi Hyaluronic Acid ialah Aftamed Gel, Aloclair Gel, Aloclair Spray dan Oral 7 Gel. Rawatan lain yang boleh digunakan untuk rawat ulser mulut ini adalah dengan berkumur air garam, antiseptik dan guna aloe vera.

Sumber: Ulser Mulut

Sunday, 21 March 2021

Farewell Party by AP 119 B

Farewell party by AP 119 B | Jadi kami satu kelas decided nak buat farewell party semasa last semester before semua orang sambung internship di tempat masing masing. AP 119 itu code kursus "Ukur Bangunan" semasa diploma. B itu pula kelas aku sepanjang diploma. Farewell party masa ini tak ada Covid-19 lagi, tahun 2018 rasanya kalau tak silap aku. 



5 B sebab masa ini kami semua semester 5 dan semester seterusnya merangkap semester terakhir sudah internship.



Kami bertolak dalam pukul 3 lebih dari Seri Iskandar menuju ke Pantai Teluk Batik. Sampai sampai terus hidang makanan. Gigih tahu sediakan semua makanan ini semua kami semua duduk kolej jadi tak boleh memasak. 

Tapi mujurlah ada rumah classmate ini dekat saja dengan uitm, jadi pergi siapkan apa yang patut dekat rumah dia.

Sampai Teluk Batik terus tukar baju, dan yang lelaki ambik bahagian membakar. Perempuan duduk hidang makanan dan apa yang patut hehehe. 


Siap makan, ada yang dah terjun dalam air. Memang tak menyempat. Ada yang masih makan. Ada yang sembang sembang. Aku pun terjun sekali lah tapi tak reti berenang pun HAHAHA. 

Main tepi tepi macam tu saja. Rasa hanyut bila main jauh jauh. Sekejap mandi sekejap makan sekejap mandi lagi sampai lah penat. Sampai makanan habis kemudian terus kemas kemas nak pergi tempat lain pula. Lagi pun dah nak maghrib so kami semua get ready nak solat maghrib pula.


Siap solat terus pergi main boling hehehe. Tak ramai pun main sebab dah penat. Ini main pun sekadar suka suka sahaja, tak ada pertandingan menang kalah pun. 


Dan akhir sekali, siap main boling terus balik Seri Iskandar. Tapi sebelum masuk kolej, pergi makan malam dulu. Makan ramai ramai kemudian ambil gambar kenangan depan kedai hehehe. 

Sampai kolej, mandi dan solat terus tidur sebab KELETIHAN. Wah macam aku lah yang terpaling penat hahaha. Padahal orang lain lagi penat. Tapi penat sebab mandi pantai aku rasa. Sebab dah lama tak mandi pantai huhuhu. 

Dan now, masing masing dah ada kerjaya sendiri. Ada yang dah kerja, ada yang masih tanam anggur (read as: tidak bekerja) which is me, ada yang degree dapat course lain jadi masih belajar sampai sekarang. 

Rindunya. Degree tak ada proper goodbye pun sebab tak jumpa since 17 March 2020. Sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Malam itu memang semua kelam kabut balik rumah masing masing. Sampailah sekarang tak jumpa-jumpa. Jumpa dalam Google Meet sahaja.

In shaa Allah, suatu hari nanti boleh jumpa balik. Cepat atau lambat saja. 

Thursday, 18 March 2021

Makan Petang di Kelulut, Marang

Makan petang di Kelulut | Petang tadi lepas solat asar, terus siap siap nak pergi makan petang di Kelulut. Untuk pengetahuan para pembaca, Kelulut terletak di Marang, Terengganu. 


Mostly kedai kedai makan di Kelulut ini terletak di tepi pantai Kelulut. Best dan syok makan petang tepi pantai. Makan berdua saja dengan kakak. Biasalah single life hahaha. Mula mula sampai tak ramai mana, tapi bila nak masuk pukul 6 dan ke atas, berderet deret kereta masuk. 


Jadi, order nasi goreng kampung, mee goreng, air batu campur (ABC), milo peng (read as: milo ais) dan sotong celup tepung. First makanan yang sampai ialah sotong celup tepung. Banyaknya kerak! Punyalah banyak sampai tak nampak mana sotong. Tertimbus di sebalik kerak HAHAHA. Tapi sedap! Cuka dia pun sedap. Tapi sikit. Macam tak puas nak cicah sebab sotong tak sempat habis lagi, cuka habis dulu. 



Itu dia sotong celup tepung. Memang tak nampaklah sotong itu dekat mana. Kena menyelam baru jumpa 😂 Tengah tengah makan, sampai dah air batu campur dengan milo peng. 


Dah cair masa sampai. Mungkin dah siap awal tapi lambat dihantar. Tapi bila dah kacau tu, sedap je. Tapi bahan bahan dalam air batu campur itu sikit. Tak sebanyak dulu. Lepas itu baru sampai mee goreng and nasi goreng kampung. Dua dua itu pun sedap, tapi nasi goreng kampung pedas bagi aku yang tak berapa ngam dengan pedas. 

Tak habis makan nasi goreng sebab kenyang dengan air sebab pedas. Tak boleh tahan pedas. Lagi satu, kenyang dah sebab makan sotong celup tepung awal awal tadi huhuhu.


Makan sambil ditemani angin pantai. Mujur tak panas mana. Best makan sambil tengok pantai. Tengok ombak membadai, indah sungguh ciptaanNya. Dari jauh nampak Pulau Kapas. 

Tak pernah sampai lagi Pulau Kapas. Pulau Redang pernahlah sampai masa pergi lawatan tingkatan 5 tahun 2014 tempoh hari. Dah tujuh tahun dah berlalu dan memori mabuk laut masih segar di ingatan HAHAHA.

Makan petang kalian apa pula? 

Panadol Bahaya?

Siapa sini suka makan panadol? Setiap kali sakit, terus telan panadol. Panadol dan dirinya tak dapat dipisahkan. Tidak bagi aku hehehe. Panadol dengan aku ibarat musuh okay. Demam teruk sangat baru aku akan makan panadol. 


Tengok size panadol. Kalau size panadol kecil macam ubat selsema boleh ditelan lagilah. Kalau size panadolnya besar gila, kirim salam awal awal. Memang tak akan aku telan HAHAHA. Telan telan pastu keluar balik sebab tekak tak relakan panadol itu memasuki perut aku 😆


Tapi, betul ke panadol ini boleh membahayakan kesihatan? Boleh rosakkan buah pinggang? Betul ke panadol ni bila kita telan, dia akan kekal dalam badan kita selama 5 tahun? Siap boleh rosakkan hati? Betul ke? Nak tahu betul atau salah, jom baca entri ini sampai habis. Aku macam biasa, terjumpa masa tengah scroll twitter. Ternampak Dr Samhan (@DoktorSamhan) share berkenaan panadol ni di laman twitter miliknya.



Panadol atau Paracetamol ini biasanya digunakan sebagai ubat demam (antipyretic). Selain itu, panadol ini juga bertindak sebagai ubat tahan sakit atau biasa dipanggil sebagai painkiller. 

Panadol ini paling selamat dan sesuai digunakan oleh sesiapapun dan tidak mengenal usia, contoh: kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan warga emas.

Nak telan panadol ini mestilah mengikut dos yang ditetapkan. Jangan telan sesuka hati. Itu yang jadi bahayanya bila telan tak mengikut arahan doktor. 

  • Dewasa: 
    • Panadol 2 biji (500 mg) setiap enam hingga lapan jam sekali (maksima 4 g sehari). 
  • Kanak-kanak: 
    • Sirap pracetamol (ubat cair) adalah 15 mg per kilogram berat badan dalam enam hingga lapan jam (tiga hingga empat kali sehari).
    • Kalau ubat peluru yang masuk ikut rektum tu pulak 30 mg per kilogram setiap enam jam sekali (maksima 5 g sehari).

Berapa dos yang boleh rosakkan hati?

Menurut Dr Samhan, kalau orang dewasa ambil 20 biji dalam satu masa dan bagi kanak kanak pula, 200 mg/kilogram dalam satu masa. Itu semua memang dah melebihi dos yang dibenarkan dan tak mengikut arahan doktor. Jadi, kesan pengambilan yang melebihi dos itulah yang akan merosakkan hati kita.

Tuntasnya, jangan risau kalau telan panadol. Janji jangan melebihi dos yang dibenarkan dalam satu masa. Kena berpada-pada. Kena baca dan dengar arahan doktor. Doktor lagi pandai daripada kita. Memang diakui paracetamol ada kesan sampingan lain seperti loya dan sebagainya, tapi apa apa pun, rujuk doktor terlebih dahulu. Jangan ikut sedap tekak kita sahaja.

Nota jemari: Aku lagi suka ubat cair daripada telan panadol hiks 😂

Baca lebih lanjut: Panadol Bahaya

Wednesday, 17 March 2021

Celebration Sempena Keputusan Empat Rata (4.0)

Such a productive day for me today. Pagi and petang tadi tak sempat nak update blog sebab ada hal. Pagi tadi sempat blogwalking dalam 15 minit kemudian terus siap siap nak keluar. 


Keluar pergi KTCC Mall dengan kawan yang praktikal sekali dengan aku tempoh hari hehehe. Keluar makan sempena meraikan keputusan cemerlang internship tempoh hari. Masing masing dapat keputusan yang cemerlang, jadi apa salahnya kami berlima pergi meraikannya. Pergi makan makan saja.


Keluar pukul 11 pagi dan pukul 4 dah balik. Tak boleh keluar lama lama, sakit kepala menyerang. Dengan ramai orangnya, dengan cuaca panas even duduk dalam mall yang ada aircond, dengan pakai mask lagi. Memang tak boleh keluar lama lama. Rimas dengan mask. Rasa macam kurang selesa nak pakai kalau dalam jangka masa lama.


Sampai saja di KTCC Mall, terus pergi food court sebab dah kebulur. Dah plan nak makan kat tempat ini sebab nampak banner makanan kedai itu agak menyelerakan. Padahal udang saja yang menyelerakan sebab udang galah. Memang besar. 





Ini yang kami berlima order dan makan. Udang memang besar. Kami berlima pakat makan maggi udang galah biasa. Pilih paling murah HAHAHA. At least kalau tak sedap, tak menyesal mana. 

Lagipun malas nak pening pening, beli makanan sama je semuanya. Sebab nanti nak beli makanan lain pula hihihi. Tapi bagi aku dan kawan kawan, makanan dia boleh diterima tapi rasa sos macam kuat sangat. 


Brown sugar boba milk *kalau tak silap aku* dari Xing Fu Tang. Always be my favorite. Harga dalam RM 13.00 sahaja. Beli jarang jarang tak apalah. Kalau beli selalu, mahu bankrupt aku. 

Bankrupt pakej sekali dengan penyakit kencing manis. Muda muda dah ada penyakit kencing manis, nauzubillahiminzalik. Minta dijauhkan 😭

Dari kiri (belakang): Nadiah dan Ecah
Dari kiri (hadapan): Tqah, Sya dan Echo

Inilah kawan kawan praktikal aku baru baru ini. Aku paling tua dan paling muda ialah Ecah, Nadiah and Echo iaitu 21 tahun. Sya muda setahun sahaja dari aku. Aku paling tua tapi paling kecil comel ðŸ˜†

Muka dah tak larat nak senyum sebab sakit kepala. Sampai rumah, mandi ala kadar dan terus tidur. Sempat lah tidur dalam sejam. Bangun tidur, terus segar. Tadi pun, sambil jalan jalan dalam mall, sambil mata melilau lilau cari iklan kerja kosong. Dapatlah dalam empat atau lima iklan kerja kosong. Nanti esok nak try call, semoga dapatlah satu kerja dalam banyak banyak yang aku jumpa. Aamiin.

Tuesday, 16 March 2021

Blog Lama vs Blog Baru

Actually malam ini tak ada idea nak tulis pasal apa hehehe. Jadi fikir punya fikir, teringat dekat blog lama. Dah tak ingat dah link blog lama apa sebenarnya. Dah selamat dipadam buat selama lamanya bulan January haritu :') 


Aku dah berblogging since 2011, memang aktif gila dan followers blog lama hampir mencecah seramai 2000 orang. Tapi since 2013, aku start masuk sekolah asrama iaitu sekolah teknik, aku terus tinggalkan blog lama. Memang tak ambil kisah langsung.


Masuk asrama memang tak sempat nak blogging, mana boleh bawa laptop pergi asrama. Nanti hilang, menangis bucu katil pulak hahaha. Blog lama aku memang selalu buat giveaway dan memang aktif lah senang cerita. 


Ceritanya, aku bosan masa intern tempoh hari, duduk melepet dekat office sebab tak pergi site, aku buka blog lama aku. Terus delete semua post. Memang kosong terus post entry aku pada waktu itu. Lepas tu, eh eh gatal tangan pergi delete. 


TAK FIKIR PANJANG LANGSUNG! 


Acah nak aktif blogging balik tapi pakai email baru dan link blog baru. Itu pasal terus pergi padam blog lama. Eh eh, sekarang menyesal pula hahaha. Tapi tidak mengapa, benda dah jadi, memang salah aku juga. Tapi aku bersyukur juga sebab melalui blog baru ini juga aku kenal ramai bloggers baru. 


Semuanya aktif aktif blogging ya. Macam macam post update setiap hari. Aku rasa followers blog lama pun semua dah menyepi and dah tak aktif blogging rasanya. Blog lama dulu memang tempat luahan hati, zaman-zaman cinta monyet. Memang betul betul luahan hati. 


Kena reject, kena tinggal, gaduh dengan kawan dan macam macam lagi. Semua diupdate. Adoii bila difikir-fikirkan balik, terasa malu pula hahaha. Tapi zaman tak berapa matang lagi kan, sekarang pun bukan matang sepenuhnya tapi much better than before lah hihihi. 


Jadi sekarang, blog baru aku ini harap sampai bila bila. Tak delete delete dah lepas ini. Ingat senang ke nak bina blog dari awal banyak kali. Letih juga hehehe. Kiranya nak betul betul serious lah dengan blog baru ini, tak nak dah main main macam blog lama. Bak kata pepatah, benda yang lama jangan dikenang, tapi jadikan pengajaran hehehe 😆 


Nota jemari: Hari ini spend time dengan member intern, lepak kat kedai makan tepi pantai sambil makan mee sup. Tak dan ambil gambar, semua kebulur, sampai saja makanan terus makan. Selfie pun tak sempat juga sebab rancak berborak, bergosip hehehe.

Ganti Puasa

Alhamdulillah, semalam sudah selesai ganti puasa. Sekarang dah masuk 2 Syaaban, jadi tak lama lagi Ramadhan menjelma. Bulan puasa tahun lepas niat nak ganti puasa masa bulan Syawal. 


Eh eh niat tak kesampaian HAHAHA last last bulan Rejab atau bulan Syaaban juga baru habis gantinya. Sesiapa yang belum setel hutang tinggal puasa, boleh dah ganti terus hehehe. Kalau tak sempat, kena bayar fidyah. 


Apa itu Fidyah?


Fidyah itu DENDA ke atas seseorang umat Islam yang telah mencapai akal baligh kerana telah melakukan sesuatu perkara yang melibatkan pelanggaran terhadap hukum puasa, haji dan hal hal lain yang berkaitan. 


Kalau melibatkan hukum puasa, fidyah dikenakan kerana meninggalkan puasa wajib semasa bulan Ramadhan atas sebab sebab tertentu atau sengaja melewatkan puasa ganti sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun seterusnya.


Dari segi hukum, hukum fidyah adalah WAJIB. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia dikira satu tanggungan (hutang) kepada Allah s.w.t jika tidak dilaksanakan. 


Kiraan fidyah:


Contoh: Aminah telah meninggalkan puasa selama tujuh hari kerana haid pada bulan Ramadhan 1438 H (2017). 


Situasi 1: Aminah belum menggantikan puasa sehingga memasuki bulan Ramdhan seterusnya iaitu 1439 H (2018). 


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah


7 hari x RM 4.00 = RM 28.00


Situasi 2: Aminah belum menggantikan puasa yang ditinggalkannya pada 1438, 1439 dan sehinggalah 1441 H. Aminah berkemampuan untuk menggandakan bayaran fidyah beliau.


Formula kiraan: Bilangan hari tidak berpuasa x Kadar fidyah x Berapa tahun yang ditinggalkan


7 hari x RM 4.00 x 3 tahun = RM 84.00


**3 tahun bermula dari 1439 hingga 1441 H. 


Bayaran Fidyah dan Qada' Puasa bagi golongan ini?

  • Perempuan hamil
  • Perempuan susukan anak
  • Orang tua yang uzur
  • Sakit hingga tidak dapat puasa


*Rujuk jadual dibawah


Harga fidyah (sehari) di Malaysia 2021:

  • Wilayah: RM 4.00
  • Kedah, Perak dan Selangor: RM 1.80
  • Penang, Sarawak, Negeri Sembilan, Sabah, Terengganu, Johor, Pahang, Perlis dan juga Kelantan: RM 1.75
  • Melaka: RM 1.70


Nak tahu selebihnya, boleh rujuk disini: Fidyah dan Bayaran Fidyah. Semoga kita diberikan kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini 💜

Monday, 15 March 2021

292, 104 Sudah Cucuk Vaksin


Menurut Berita Harian, seramai 292, 104 orang telah menerima suntikan vaksin Covid19 dos pertama iaitu Pfizer-BioNTech sehingga 13 March 2021.

Perkongsian Datuk Seri Dr. Adham Baba di Twitternya, menunjukkan individu di Selangor adalah paling ramai menerima suntikan vaksin itu.
  • Selangor: 35, 620 orang
  • Perak: 31, 675 orang
  • Sarawak: 30, 634 orang
  • Kuala Lumpur: 28, 244 orang
  • Pahang: 25, 128 orang
  • Sabah: 24, 042 orang
  • Johor: 21, 835 orang
  • Kedah: 17, 114 orang
  • Pulau Pinang: 16, 255 orang
  • Kelantan: 15, 339 orang
  • Terengganu: 13 070 orang
  • Negeri Sembilan: 12, 209 orang
  • Melaka: 7, 963 orang
  • Perlis: 6, 807 orang
  • Putrajaya: 3, 827 orang
  • Labuan: 2, 342 orang

Malaysia berada dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan, menyasarkan 500, 000 petugas barisan hadapan antara hujung Februari hingga April. Jadi jangan potong line tahu! Utamakan barisan hadapan sebab mereka paling mudah dijangkiti sebab merawat pesakit Covid19 itu sendiri. 

Fasa kedua (April - August) menyasarkan 9.4 juta warga emas berusia 60 tahun ke atas dan juga golongan berisiko tinggi. Fasa ketiga (May - February 2022) menyasarkan 13.7 juta penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas tak kira warga tempatan atau warga asing.  

Kalian dah cucuk vaksin belum? 

Sunday, 14 March 2021

Sebab Sebab Anda Sering Digigit Nyamuk

Okey, mula mula aku terjumpa article pasal nyamuk ini kan aku tergelak kecil sikit. Serious lah nyamuk gigit kita pun ada sebab sebabnya. Bagi aku macam lawak jugalah sikit sebab ingat nyamuk gigit random saja. Rupanya ada enam sebab kita sering digigit nyamuk. Sharing by @DrSamhan di twitter. Jom baca sebab sebabnya.



  • Berdarah O
    • Siapa sini darah jenis O? Okey kalian selalu ke kena gigit nyamuk? Sebab menurut Dr Samhan, darah jenis O ini mempunyai kebarangkalian yang tinggi iaitu sebanyak 83% untuk digigit nyamuk. 
    • Tetapi sebaliknya dengan darah jenis A. Jadi sesiapa darah A itu selamat sikit daripada digigit nyamuk. Eh ini sebab betul betul ke auta? HAHAHA.
  • Individu bertubuh besar
    • Masalah badan besar atau kecil pun memainkan peranan juga ya? Nyamuk pun pandai juga eh main pilih-pilih orang untuk menggigit? Menurut kajian, ia ada kena mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.
    • Sebab apa? Sebab nyamuk mengesan sasaran mereka menggunakan karbon dioksida dan boleh dikesan dari jarak 50 meter. 
    • Makin besar badan anda, makin banyak karbon dioksida yang dilepaskan jadi makin besar peluang anda untuk digigit oleh nyamuk.
  • Wanita hamil
    • Wanita yang mengandung mempunyai 2 kali ganda peluang digigit nyamuk sebab mereka lagi banyak membebaskan karbon dioksida. 
    • Wanita sarat mengandung lebih banyak membebaskan karbon dioksida iaitu sebanyak 21% lebih banyak berbanding wanita biasa.
  • Individu sedang bersenam
    • Nyamuk tertarik dengan asid laktik iaitu kompaun yang yang dikesan dalam peluh. Haba tubuh badan yang meningkat semasa bersenam turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.
  • Memakai pakaian gelap
    • Sebab ini boleh diterima sebab boleh dikira logik. Persekitaran yang gelap membuatkan nyamuk jadi selesa jadi memakai pakaian gelap boleh membuatkan nyamuk menumpang di badan kita dan seterusnya menggigit kita.
  • Individu mudah berpeluh
    • Asid asid tertentu seperti laktik dan urik serta kolestrol yang berada dalam badan kita mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Jadi, ia mampu menarik nyamuk kerana orang jenis ni mempunyai kadar metabolisme tinggi dan memproses kolestrol lebih cepat dari yang lain.

Jadi macam mana? Sebab sebab yang betul atau auta semata mata? HAHAHA. Sebab sebab digigit nyamuk ini hasil perkongsian Dr Samhan, jadi aku sampaikan dalam blog aku. 

Aku bukan berdarah jenis O pun selalu sangat digigit nyamuk :( Gigit tak tinggal parut tak apalah, ini pakej sekali dengan parut. Dah satu kerja pula nak kena pudarkan parut. Berbintik bintik tangan kaki kesan parut nyamuk 😭

Tutorial: Disable Highlight Text


Kali ini nak berkongsi tutorial disable highlight text. Tapi aku lupa tah siapa tanya haritu. Aku pun lupa aku buat disable higlight text Ini. Bila nak highlight link url peserta giveaway tiba tiba tak boleh boleh highlight. 


Naik hairan dah kenapa tak boleh pula. Duduk termenung sekejap baru teringat, ya Allah aku buat disable rupanya. Adoi baru 24 tahun dah nyanyuk. 


So sesiapa nak buat juga disable highlight text ini, boleh lah ikut step by step seperti dibawah. 

  • Blog layout
  • Add gadget
  • Choose html / java script


<script type="text/javascript">

/***********************************************

* Disable Text Selection script- &#169; Dynamic Drive DHTML code library (www.dynamicdrive.com)

* This notice MUST stay intact for legal use

* Visit Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/ for full source code

***********************************************/

 

function disableSelection(target){

if (typeof target.onselectstart!="undefined") //IE route

target.onselectstart=function(){return false}

else if (typeof target.style.MozUserSelect!="undefined") //Firefox route

target.style.MozUserSelect="none"

else //All other route (ie: Opera)

target.onmousedown=function(){return false}

target.style.cursor = "default"

}

 

//Sample usages

//disableSelection(document.body) //Disable text selection on entire body

//disableSelection(document.getElementById("mydiv")) //Disable text selection on element with id="mydiv"

</script>

<script type="text/javascript">

disableSelection(document.body) //disable text selection on entire body of page

</script>

  • Paste code di atas dalam kotak html / java script tadi
  • Preview dan save

Senang and simple sahaja kan?. Selamat mencuba dan semoga membantu.

Keputusan Final Semester UiTM

Dua hari lepas, result final semester aku keluar. Alhamdulillah. Maka, berakhirlah kehidupan aku sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Ukur Bangunan di UiTM Seri Iskandar. 


Kebiasaannya, kalau practical training memang akan dapat result yang tersangatlah elok unless pelajar ada masalah dengan supervisor universiti mereka atau supervisor di company mereka berpraktikal.Tapi, Alhamdulillah sekali lagi. Aku dapat kedua dua supervisor yang sangatlah baik dan tak kedekut markah. Baik supervisor uitm mahupun supervisor company aku practical. 


Masa mula mula dapat supervisor UITM, aku takut and ketar lutut jugalah sebab lecturer itu bekeng! Bekeng is garang. Bekeng is from negeri Darul Iman hehehe. Untuk practical training, aku buat report pasal "Maintenance work at Sekolah Tunas Bakti (P) Marang, Terengganu". Dah selalu ikut penolong jurutera pergi site visit untuk project itu, jadi terhasillah report based on maintenance work sekolah tersebut. 


Tersangatlah mudah report practical sebab tak boleh lebih 60 pages. Tapi aku tetap terlebih HAHAHA. Syok menaip katakan sampai tak sedar dah masuk 70 pages. Dan english exit test aku mujurlah lulus walaupun speakingnya berterabur. Masa speaking test tu, aku banyaklah juga terkeluar "emm, emm, apa lagi ya" sebab tak ada idea nak speaking. Diberi 5 soalan dalam masa 20 minit kena speaking. 


Walaupun ada masa preparation untuk setiap soalan, tapi tetap tak cukup. Bagi soalan on the spot, so otak kena ligat lah fikir nak cakap apa. Aku pula perut meragam sebab nervous punya pasal. Turn speaking aku pula pukul 2.20 petang, otak jammed betul! 😆


Dan dan abang J&T datang hantar parcel pula. Kalut lah aku bangun pergi ambil parcel sampai tergelak lecturer. Untuk writing test pula tersangatlah bagus. Sebab tak perlu bercakap, hanya menulis dua karangan dan kemudian hantar melalui UFuture. Soalan pun agak senang. 



Dapat 4.0 untuk GPA. Masa diploma tempoh hari pun dapat 4.0 juga untuk GPA. Memang mudah nak score kalau practical training ni. Dan CGPA pun naik lah sikit daripada semester lepas. Alhamdulillah. Dah lega dah untuk degree. Sekarang tengah fokus mencari kerja, semoga ada rezeki dapat kerja nanti. Aamiin.

Saturday, 13 March 2021

Graduation's Day 2019

Seperti biasa, assalamualaikum dan selamat pagi semuanya. Semoga harini berjalan dengan lancar dan dimurahkan rezeki yang melimpah ruah. Pagi ini nak throwback to graduation's day pada tahun 2019. 


Graduated from UiTM Seri Iskandar in Diploma of Building Surveying. Alhamdulillah dapat graduate on time bersama kawan kawan yang lain. Tak ada repeat paper and CGPA 3.37. Daftar 02 June 2015 and officially tamat 12 December 2018. Tak tahu kenapa tamat 12 December sedangkan aku habis praktikal pada bulan June 2018. 



Gambar atas pentas masa ambil sijil. Menyesal sebut "thank you" sebab mulut jadi muncung, sepatutnya sebut "terima kasih" baru mulut jadi senyum. Itulah, sehari sebelum hari kejadian tak nak pergi rehearsal, kesudahannya menyesal tak sudah. 

Yang print gambar pun, macam tak ada gambar lain nak pilih. Oh maybe gambar ini sajalah yang paling okey HAHAHA. Tapi tak apalah, benda dah siap jadi gambar dah.

Nanti degree tak tahu lah boleh konvo macam ini ataupun tidak. Tidakpun konvo secara atas talian atau mungkin ambil sijil dengan abang poslaju HAHAHA. Lagi satu kemungkinan, pergi ke UiTM yang berhampiran. 

Nak buat macam mana, keadaan pandemik Covid19 ini yang tak ada kesudahan. Moga moga pandemik ini berakhir dengan segera. 

Okey back to konvokesyen diploma, keluarga aku tak dapat datang. Jadi, aku tumpang lah mak ayah kawan kawan aku hehehe. Ada mak housemates aku siap bagi bunga and teddy bear sebab kasihankan aku yang family tak datang. Aku terharu kejap bila mak dia bagi sejambak bunga beserta teddy bear. Rasa dikasihi!

Sempat spend time bersama kawan kawan diploma sebab mostly kawan diploma aku bila sambung degree dalam bidang yang sama, mereka dapat UiTM Shah Alam. Batch degree aku yang tinggal 18 orang sahaja, yang selebihnya pergi UiTM Shah Alam. Dalam 10 orang tak sambung degree sebab ada komitmen lain. 

Nah kalian enjoy lah tengok gambar gambar pre-convo aku. Bukan main posing ya!








Hari konvokesyen kalian macam mana pulak? Mind to share? 

Friday, 12 March 2021

Tutorial: Letak Top Commentators



Hello! Malam ini rajin sikit nak berkongsi tutorial macam mana nak letak widget top commentators dalam blog. Tadi ada baca komen, Kak Nadyya tanya macam mana nak add widget tersebut. Jadi tanpa membuang masa, lets proceed to the steps.


Langkah pertama:

  • Scroll ke bawah dan kemudian kalian akan nampak widget options. Kalau nak edit or tukar apa apa, just tukar ikut selera masing masing. Nak kekalkan pun boleh. 

Langkah kedua:
  • Tekan add widget yang ada dibawah widget options tadi.


Langkah ketiga:
  • Lepas tekan add widget, dia akan bawa kita seperti gambar di bawah.
  • Dekat title kalau nak tukar, tukarlah. Ikut nama apa kita nak letak. Then tekan add widget dalam kotak biru tu.

  • Lepas itu, dia akan bawa kita ke blog layout blog kita. Boleh lah pilih nak letak di bahagian mana mana yang kita nak dan suka. Drag sahaja. 
  • Tekan view dan bila dah puas hati, baru tekan save. 

Itu sahaja. Simple kan? Hehehe semoga membantu :)

Wednesday, 10 March 2021

Korean Drama: Vincenzo


Assalamualaikum. Ada yang layan ke drama korea Vincenzo ini? Aku baru lagi tengok, baru episod 1. Drama still on-going dan sekarang dah ada 6 episod. So far so good sebab ada Song Joong Ki! 

Minat betul dengan dia since Joong Ki jadi ahli member Running Man dan dalam drama The Innocent Man. Good looking dan merupakan salah seorang bestfriend Lee Kwang Soo. 

  • Jumlah episod: 20 episod
  • Tarikh tayangan: 20 February 2021 - 26 April 2021
  • Waktu siaran: Saturday & Sunday, 9.00 p.m.
  • Network: tvN
  • Negara: South Korea
  • Bahasa: Korean

Sinopsis:

Pada usia 8 tahun, Park Joo-Hyeong (Song Joong Ki) pindah ke Itali setelah diambil sebagai anak angkat. Apabila meningkat dewasa, namanya ditukar menjadi Vincenzo Cassano dan menjadi seorang peguam yang bekerja untuk geng mafia sebagai kongsigliere. 

Vincenzo pulang ke Korea Selatan kerana perang antara kumpulan mafia di Itali. Di Korea Selatan, dia terlibat dengan seorang peguam perempuan iaitu Hong Cha Young (Jeon Yeo Bin). 

Cha Young seorang peguam yang sanggup melakukan apa apa sahaja untuk memenangi kesnya. Dan, Vincenzo Cassano telah jatuh cinta kepadanya.

Sinopsis tamat.

Nak tahu lebih lanjut? Kena tengok sendiri hehehe. Aku pun baru episod 1. Baru sampai scene Vincenzo sampai South Korea kemudian kena rompak dengan pemandu teksi. Banyak sangat drama korea sekarang ini sampai tak tahu nak tengok mana satu HAHAHA. 

Kadang-kadang tunggu dah habis semua episod, baru marathon tengok. Baru syok nak tengok. Tapi jenis tak menyabar macam aku ini, tengok jug masa on-going 😆

      

Antara barisan pelakon utama Vincenzo. Selamat menonton!

Nota Jemari: Boleh tonton di netflix

Tuesday, 9 March 2021

Polydactyly / Individu Mempunyai Jari Lebih

 

Assalamualaikum dan selamat pagi! 

Hari ini nak berkongsi dengan para pembaca semua mengenai polydactyly. Dan untuk pengetahuan kalian, aku merupakan salah seorang polydactyly. Aku dalam kategori preaxial di tangan kanan. 

Sebab itu aku kidal? Sebab tak boleh menulis dengan baik kalau pakai tangan kanan. Lagi satu, jari lebih aku ini bertulang dan ada kuku, ada sesetengah orang lain dia cuma isi sahaja. Kalau tengok, dia macam huruf U hehe. 

Jadi sebelum itu, aku nak terangkan serba sedikit apa itu polydactyly. Polydactyly bermaksud keadaan di mana seseorang itu dilahirkan dengan jari tangan atau jari kaki tambahan. 

"Poli" yang berasal dari kata-kata Yunani yang membawa maksud "banyak" dan "dactylos" yang bermaksud "digit". Kebiasaannya, polydactyly ini berjalan dalam keluarga, mutasi genetik atau persekitaran. 

Fakta mengenai polydactyly ialah:
  • Tangan kanan dan kaki kiri paling kerap terkena
  • Tangan terkena lebih kerap berbanding kaki
  • Polydactyly adalah dua kali lebih biasa dalam kalangan lelaki
  • Berlaku dalam 1 dari 1,000 kelahiran pada populasi umum
  • Dijumpai lebih kerap pada penduduk Afrika, Amerika dan berlaku dalam 1 dari 150 kelahiran

Source: https://www.healthline.com/health/polydactyly#types

Back to my story, zaman persekolahan iaitu zaman sekolah rendah dan sekolah menengah merupakan zaman yang menyedihkan juga bila bercerita tentang jari lebih ini. Dipanggil cacat itu normal. 

Siap tanya, ada kad OKU tak? Ya Allah aku tak kurang upaya pun, jari terlebih satu saja. Zaman sekolah dulu aku selalu lah sembunyikan jari lebih dengan tarik lengan baju sampai terkoyak! 

Masuk sekolah menengah pun masih macam itu juga. Sama sahaja. Bagi aku zaman sekolah rendah dan sekolah menengah masih dalam zaman budak budak dan masih tak matang, jadi ejek mengejek itu perkara biasalah walaupun kadang kadang terasa juga bila dipanggil cacat. Nasib baik kawan perempuan aku tak perangai macam sesetengah kawan lelaki aku.

Bila masuk UITM, terasa debarannya. Mula-mula masuk saja UITM, aku sembunyikan juga tapi lama kelamaan aku beranikan diri untuk bebaskan tangan kanan aku yang tersembunyi dalam lengan baju. Sebab apa? 

Sebab susah nak buat kerja kalau tersembunyi selalu. Alhamdulillah, mereka okey. Habis habis mereka tanya sahaja pengalaman hidup masa zaman sekolah dulu. Dah masuk universiti kan, boleh dikatakan semua dah matang dah semuanya dan tak sama macam zaman sekolah dulu dulu kala. 

Orang cakap, jari lebih banyak kelebihan. Betul ke? HAHAHA. Dah lebih jari, jadi kelebihan terlebih sikitlah daripada orang yang ada lima jari ini hahaha. Ada yang cakap, selalu murah rezeki, pandai and kreatif, pandai melukis dan sebagainya. Tapi apa apa pun, itu semua dari Allah s.w.t.

Apa yang aku boleh simpulkan disini, janganlah ejek atau hina fizikal seseorang itu. Dia tak minta dilahirkan dengan fizikal macam itu sebab itu semua kerja Allah. Kalau ejek atau hina juga itu bermaksud hina ciptaan Allah. Berani ya ejek atau hina ciptaan Allah?

Macam mana dengan kalian? Ada family yang polydactyly juga? Mind to share?

Monday, 8 March 2021

Fakta Kidal

Assalamualaikum! Hello! Hari ini nak bercerita tentang kewujudan blog yang diberi nama "Gadis Kidal Menaip". Ya, kidal. Kenapa kidal? Sebab owner blog ini yakni aku merupakan seorang bertangan kidal. 

Mari aku beritahu beberapa fakta tentang left-handed person. Fakta ini aku baca dan aku petik semula daripada akhbar Metro yang bertarikh 17 Ogos 2020, 6.30 pagi.

Rose Blackpink
Bill Gates
Rafael Nadal

13 Ogos pada setiap tahun merupakan Hari Kidal Sedunia. 13 Ogos ini dipilih oleh Persatuan Tangan Kiri Antarabangsa bagi meraikan orang yang bertangan kidal. 

Bill Gates, Rafael Nadal, Leonardo Da Vincci, Rose Blackpink dan ramai lagi merupakan individu yang bertangan kidal yang berjaya. Dr. Azura Hashim iaitu seorang pakar analisis tulisan tangan berkata mengikut kajian yang dilakukan, terdapat kira kira 10 hingga 15 peratus populasi bertangan kidal di seluruh dunia.

Fakta kelebihan si kidal:

  • Berfikiran luar dari kotak pemikiran
    • Berfikir berlainan dengan individu lain.
  • Suka berdaya saing
    • Sangat bagus untuk memiliki seseorang bertangan kidal dalam sebagai ahli pasukan kerana golongan ini tidak mudah berputus asa dan menyerah kalah.
  • Mempunyai kawalan diri yang bagus
    • Memiliki kemahiran yang yang bagus dalam membina karakter seorang insan yang cemerlang.
  • Memiliki kepintaran dan memori yang baik
    • Memiliki kelebihan untuk menggunakan otak dengan sepenuhnya. Oleh itu, mereka mudah memahami maklumat dengan lebih cepat dan mudah mengingati sesuatu perkara dengan baik.
  • Kelebihan dalam pelbagai tugasan
    • Mempunyai kelebihan untuk melakukan banyak perkara dalam satu masa tertentu.
  • Kemahiran berkomunikasi
    • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang lebih terarah mengikut kajian yang dijalankan oleh Universiti Oxford.

Tak tahu lah fakta ke auta HAHAHA! Itu semua kebetulan semata mata. Ada juga aku baca yang orang left handed pandai melukis tapi tidak bagi aku. Diri aku sebaliknya HAHAHA. 

Kesusahan aku bila bertangan kidal ini, aku susah nak menggunting. Buat kerja, nampak kekok. Meja lipat di dewan kuliah universiti pun tak mesra untuk pengguna bertangan kidal sebab dibelah kanan. Sungguh tidak adil hahaha.

Adik beradik aku ada lapan (8) orang termasuk aku. Empat (4) orang lelaki dan empat (4) orang perempuan. Satu (1) lelaki bertangan kidal dan lagi tiga (3) orang bertangan kanan. 

Satu (1) perempuan bertangan kanan dan lagi tiga (3) orang bertangan kidal 😂 Tapi both my parents bertangan kanan. 

Jadi macam mana dengan kalian? Kalian left-handed macam aku atau right-handed? Bagi left-handed, apa yang agak menyusahkan kalian? 

Mind to share? ;)

Sunday, 7 March 2021

Skincare: Toner

Hello! Assalamualaikum! Okey today, i am going to share about toner. Bagi kalian toner penting ataupun tidak untuk include sekali dalam skincare routine kalian? 


Bagi aku penting. Sebab apa aku cakap penting? Sebab toner boleh membantu melembapkan kulit muka kita disamping mengurangkan penampakan pores. Ingat, pores bukannya sejenis pintu yang boleh ditutup dan dibuka begitu sahaja. 


Kita cuma boleh mengurangkan penampakan pores sahaja. Before that, what works for me, might not work for you. This is just my personal experience. Tapi sebelum itu, untuk pengetahuan kalian, toner terbahagi kepada tiga jenis iaitu hydrating toner, exfoliating toner dan astrigents toner. Apa itu? Apa fungsi setiap jenis itu?


Mari sini aku terangkan.

  • Hydrating toner - berfungsi untuk melembapkan kulit disamping mengurangkan penampakan pores
  • Exfoliating toner - mengandungi AHA BHA yang berfungsi untuk adjust pH value kulit
  • Astringents toner - mengandungi kandungan alcohol yang tinggi


Terdapat beberapa jenis toner atau pelembap muka yang pernah aku cuba iaitu:

Friday, 5 March 2021

Dilapidation Survey Work

Hello! Assalamualaikum! Baru berkesempatan untuk menaip sebab hari ini merupakan hari yang begitu productive bagi diriku. Diberi peluang untuk buat kerja selama beberapa jam hehehe. Alhamdulillah :) 


Actually, hari ini tolong kawan buat dilapidation survey work di Gong Badak. Untuk pengetahuan kalian, dilapidation survey work ini dilakukan untuk mengenalpasti kecacatan pada sesebuah bangunan ataupun rumah. 


Maksudnya, aku akan ambil semua kecacatan pada rumah especially kecacatan jenis retak (crack) yang besar dan high depth. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca disini. P-Con ini salah satu syarikat yang menjalankan dilapidation survey work ini juga. Tapi kerja aku hari ini tak ada kena mengena dengan syarikat P-Con ini. Jangan salah faham pula ya. 



Itu saya! Hahaha. Acah acah sekejap sebelum sambung buat kerja lepas makan tengah hari HAHAHA! Ambil gambar untuk kenang-kenangan. Pengalaman baru. 

Padahal masa belajar dah buat dah dilapidation survey work ini. Tapi belajar dengan kerja mana sama kan kan kan? Hehehe.

Kalau time belajar, santai santai saja, tapi kerja ini rasa nervous betul pada permulaan itu. Tapi bila dah setel satu rumah itu terus okey. 

Terus gembira dan seronok walaupun penat HAHAHA! Tapi biasalah itu, kerja apa saja yang tak penat kan? Kerja menghadap laptop pun penat, penat mata kannnnn. 

           

Jadi, inilah antara contoh-contoh gambar kecacatan yang ada pada bangunan berdasarkan kerja yang aku buat pagi tadi. Dilapidation survey ini pun salah satu scope of work bagi Building Surveying. It was fun! 

Aku berterima kasih kepada kawan satu kelas aku semasa ijazah sarjana muda tempoh hari iaitu Fatihah sebab sudi ajak aku buat kerja walaupun untuk beberapa jam sahaja. Boleh lah dapat duit poket sikit hehehe.

Nanti next time ajak aku lagi! HAHAHAHAHAHAHA! Aku suka okey buat kerja kerja macam ini sebab kerja ini memang benda yang aku belajar. Jadi bila lagi aku nak praktikkan apa yang pernah aku belajar kan?

Thursday, 4 March 2021

Skincare: Cleanser

Hello! Hari ini nak share dengan kalian semua beberapa jenis pencuci muka yang pernah aku pakai and masih dipakai sampai sekarang. Before that, what works for me, might not work for you. This is just my personal experience. Aku dan skincare memang tak dipisahkan.

Simple Refreshing Facial Wash

First and foremost, pencuci muka jenama Simple. Aku rasa semua orang pernah pakai. Sebab cleanser simple ini paling gentle. Tak ada sebarang irritation bila cuci muka. 

Aku sempat pakai dalam tiga (3) atau empat (4) botol sebelum bertukar kepada pencuci muka jenama lain pula. Tapi pada pendapat aku, aku berpuas hati dengan pencuci muka ini. 

Secara keseluruhannya memang bagus, murah dan mudah sangat untuk didapati. Hanya perlu membeli di drugstores yang berhampiran seperti Guardian mahupun Watsons. 

Coalface Soap Kayman Beauty

Second, Coalface Soap by Kayman Beauty. Kayman Beauty? Kalian pernah dengar tak? Kayman Beauty ini salah satu local product tapi jangan bimbang sebab dijamin selamat daripada sebarang mercury atau bahan bahan larangan. Kalau search twitter founder Kayman Beauty (@NabellaAnuar) ini, kalian boleh tengok banyak positive feedback soap ini daripada para pengguna. 

                                   

Aku sendiri dah membeli sebanyak lapan (8) kali. Harga RM39 untuk satu buku tapi boleh tahan sampai empat (4) bulan kalau pandai jaga sebab sabun mudah cair kalau terdedah dengan air. Aku start pakai since Julai 2018 sebab breakout teruk. 

Punca utama aku breakout adalah disebabkan aku berpraktikal dan ulang alik pergi tapak pembinaan, jadi memang sangat terdedah dengan habuk, debu, panas, peluh dan termasuklah persekitaran yang tak bersih. 

Faham faham sendirilah tapak pembinaan macam mana kawasannya. Bukannya bersih sangat kan? Sudahlah begitu, night routine itupun hilang entah kemana HAHAHA. Bila rajin, memang lengkap night routine, tapi bila dah malas, memang kirim salam.

Aku pakai sekali dengan garden of eden yang botol hijau kecil itu. Memang menjadi! Hilang terus jerawat di dahi. Memang tak naik dah lepas tu. Parut pun pudar cepat. Serious talk! Memang tak tipu. Walaupun harga eden itu agak mahal dengan kuantiti dia, tapi sangat berbaloi! 

Pakai sikit saja sudah memadai, memang sudah cukup untuk cover satu muka hehehe. Bau dia pun boleh tahan. Siapa yang tak suka, memang menyerah awal hahaha. Contoh? Kakak aku sendiri. Dia cakap boleh sakit kepala bila pakai eden.

Coalface Cleanser Kayman Beauty

Third, aku pernah pakai Coalface Cleanser by Kayman Beauty juga. Tapi aku sempat pakai sebotol sahaja sebab tak suka. Harga RM49. Sekarang dah tukar botol baru dan lagi cantik. 

Tak tahulah kenapa tak suka, rasa macam tak menjadi dengan kulit muka aku. Jadi, aku lagi suka sabun punya pencuci muka. 

Alluskin Purifying Cleanser (APC)

Dan, pencuci muka yang terakhir iaitu daripada jenama Alluskin. Founder Alluskin ialah seorang doktor iaitu Doktor Aen. Local product juga and dijamin selamat daripada sebarang bahan bahan terlarang. 

Dalam Alluskin Purifying Cleanser ini ada glycolic acid yang bertindak sebagai alpha hydroxy acids (AHA). Tapi jangan risau. Pencuci muka ini masih selamat untuk dipakai setiap hari. Harga RM49 dan boleh bertahan dalam sebulan lebih kalau berjimat cermat.

Jadi, buat masa sekarang aku masih pakai Coalface Soap by Kayman Beauty. Ada niat dihati nak cuba Mimpimika Salicylic Acid Deep Cleansing Cleanser pula. Tapi belum ada rezeki. Apa apa pun, sebelum try produk baru, sila patch test dahulu. Jangan menyesal di kemudian hari kalau tiba tiba purging ataupun breakout.

Macam mana pula dengan kalian? Pencuci muka apa yang kalian pakai? Mana tahu lain kali aku boleh cuba juga hehehe.