Wednesday, 10 March 2021

Korean Drama: Vincenzo


Assalamualaikum. Ada yang layan ke drama korea Vincenzo ini? Aku baru lagi tengok, baru episod 1. Drama still on-going dan sekarang dah ada 6 episod. So far so good sebab ada Song Joong Ki! 

Minat betul dengan dia since Joong Ki jadi ahli member Running Man dan dalam drama The Innocent Man. Good looking dan merupakan salah seorang bestfriend Lee Kwang Soo. 

  • Jumlah episod: 20 episod
  • Tarikh tayangan: 20 February 2021 - 26 April 2021
  • Waktu siaran: Saturday & Sunday, 9.00 p.m.
  • Network: tvN
  • Negara: South Korea
  • Bahasa: Korean

Sinopsis:

Pada usia 8 tahun, Park Joo-Hyeong (Song Joong Ki) pindah ke Itali setelah diambil sebagai anak angkat. Apabila meningkat dewasa, namanya ditukar menjadi Vincenzo Cassano dan menjadi seorang peguam yang bekerja untuk geng mafia sebagai kongsigliere. 

Vincenzo pulang ke Korea Selatan kerana perang antara kumpulan mafia di Itali. Di Korea Selatan, dia terlibat dengan seorang peguam perempuan iaitu Hong Cha Young (Jeon Yeo Bin). 

Cha Young seorang peguam yang sanggup melakukan apa apa sahaja untuk memenangi kesnya. Dan, Vincenzo Cassano telah jatuh cinta kepadanya.

Sinopsis tamat.

Nak tahu lebih lanjut? Kena tengok sendiri hehehe. Aku pun baru episod 1. Baru sampai scene Vincenzo sampai South Korea kemudian kena rompak dengan pemandu teksi. Banyak sangat drama korea sekarang ini sampai tak tahu nak tengok mana satu HAHAHA. 

Kadang-kadang tunggu dah habis semua episod, baru marathon tengok. Baru syok nak tengok. Tapi jenis tak menyabar macam aku ini, tengok jug masa on-going 😆

      

Antara barisan pelakon utama Vincenzo. Selamat menonton!

Nota Jemari: Boleh tonton di netflix

21 comments

  1. Kita layan.. Best gilaaa!! Ni nak smbg epd 5 & 6

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ep 1 pun dah best, next next ep mesti lagi best kan! :D

      Delete
    2. tp geram Tachyeon jadi watak jahat plak.... jarang tgk dia bawa watak cmatu hahah

      Delete
    3. Ala expect dia jadi watak baik sebab mostly drama dia berlakon semua baik baik hahah

      Delete
  2. tunggu habis tayang dulu baru decide nak tengok ke tidak..hehe

    https://www.tiarasaphire.com/2021/03/drama-korea-dinner-mate-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh, nanti bulan 5 la baru boleh decide nak tengok ke tidak hehehe :D

      Delete
  3. makin lama makin menarik cerita ni, sila tonton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay harini nak habiskan sampai 6 episode hehehe

      Delete
  4. suami tgh follow cerita ni. best gile katanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah suami pun layan, biasa susah laki nak tengok drama korea ni hahaha. Tapi memang best pun, rating every week and episode semua tinggi tinggi hahah

      Delete
  5. Boleh tahan drama atau filem yang dilakonkan. Suka dia dalam Descendent of Sun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. DOTS tu memang tak payah cakap kak, memang best gila kot. Siap kahwin in real life dengan heroin walaupun tak bertahan lama. Takde jodoh hehehe

      Delete
  6. Belum tengok lagi cerita ni. Semua nak tengok sebab ada Song Jong Ki je :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha song joong ki tu semestinya tapi drama ni memang best, rating selalu tinggi :D

      Delete
  7. i dulu suka bukak kissasian juga but too many iklan plak now

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kissasian banyak ads yang pelik pelik. Kalau nak bukak kat tempat awam, kena hati hati kan. Takut orang tuduh kita tengok video pelik hahaha

      Delete
  8. Tak tengok lagi drama ni. Ramai kata best sebab plot lain dari yang lain.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)