Wednesday, 24 March 2021

Korean Drama: Kingdom Series I & Series II


Kingdom | Ada yang dah tengok ke Season 1 dan Season 2 Kingdom ni? Aku baru je habis tengok kedua dua seasons. Akan datang special episode of this series yang diberi tajuk "Kingdom: Ashin of the North" yang dijangka keluar tahun ni jugak. Special episode ni akan fokus kepada karakter sokongan Ashin yang dilakonkan oleh Jun Ji Hyun

Jun Ji Hyun yang jadi mermaid dalam Legend of the Blue Sea dan kekasih alien dalam My Love from Another Star. Confirm best! Suka kalau Jun Ji Hyun tu berlakon sebab dia crack gila. Kepala masuk air betul hahaha.

Info:
  • Genre: Historical period, political drama, horror & thriller
  • Created by: Netflix
  • Based on: Adapted from webcomic series which is The Kingdom of the Gods
  • Starring by: Ju Ji Hoon, Ryu Seung Ryung, Bae Doo Na, Kim Sang Ho, Kim Sung Kyu, Kim Hye Jun
  • No of season: 2 season
  • No of episode: 12 episodes for 2 seasons

Sinopsis Season 1:
Permulaan cerita, raja meninggal disebabkan oleh penyakit cacar. Pada masa yang sama, permaisuri raja mengandung anak sulung. Ayah Permaisuri menyembunyikan kematian raja sehingga anaknya melahirkan anak sulung raja tersebut. Anak sulung permaisuri dikira lebih layak untuk menjadi pengganti raja berbanding putera mahkota sekarang yang ibunya dahulu hanyalah gundik raja. 
Raja diinokulasi dengan tanaman kebangkitan yang boleh bertukar menjadi zombi pada waktu malam. Raja diikat dengan rantai besi untuk mengelakkan raja memakan manusia yang ada disekelilingnya semasa bertukar menjadi zombi. 
Keadaan bertukar menjadi huru hara apabila ramai rakyat yang bertukar menjadi zombi apabila memakan daging manusia yang pernah digigit oleh raja semasa merawat raja. Rakyat tersebut memakan daging manusia kerana mereka kelaparan dan menyangka daging tu daging rusa.

Sinopsis Season 2:
Permaisuri raja telah mengumpulkan banyak wanita hamil di kediaman peribadinya. Wanita hamil akan dibunuh jika melahirkan anak perempuan. Sekarang, zombi bukan hanya bertukar pada waktu malam tapi cuaca yang sejuk pun mempengaruhi pertukaran zombi
Tujuh tahun kemudian, anak yang dilahirkan oleh permaisuri raja diangkat menjadi raja. Bekas putera mahkota dan beberapa orang pembantunya tiba di sebuah kampung yang kosong semasa menyiasat. Semasa di kampung itu, ada kelihatan seorang perempuan misteri bernama Ashin muncul di dalam sebuah rumah.

My thoughts:

Series ni best and worth to watch. Recommended. Rating pun tinggi. Bila terlampau gilakan kuasa, sampai sanggup sembunyikan kematian raja negara dia sendiri. Permaisuri raja pun sanggup menipu kehamilannya semata mata kuasa. Kuasa ni boleh buat orang baik pun jadi jahat kan tapi bukan semualah, hanya sesetengah manusia hehehe. 

Bagi aku, dalam series ni memang sebabkan kuasalah semua benda ni berlaku. Perebutan kuasa. Semua puak nak kuasa sampai sanggup jadikan raja tu zombi. Rakyat yang tak bersalah pun turut jadi mangsa keadaan. Ada anak hilang mak, ada isteri hilang suami dan sebaliknya. 

Tak reti sangat nak review drama tapi bagus aku berbaloi lah tengok. Pendek je episodenya, bukan macam drama Indonesia hehehe. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tonton di netflix. 

13 comments

  1. Dah tengok tahun lepas.. Best! Sangat recommended. Tak sabar nak tunggu season 3 pulak nanti, katanya akan ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, memang recommended sangat. Haah tahun 2021 jugak akan ada special episode. Cant wait! Hehehe :D

      Delete
  2. tak terlayann wak.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha, drama pendek pendek ni boleh lagi lah layan wak

      Delete
  3. Tak pernah tengok. Tapi macam best. Kalau korea citer mcm ni boleh layan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah episode pendek pendek and drama tak cringe boleh lagilah nak layan hahaha

      Delete
  4. Tak tergerak hati pulak nak tengok drama ni... Tapi oh goshhh kenapa dia pnya barisan pelakon semua power power

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnnn! Ju ji hoon tu antara pelakon yang best jugakk.

      Delete
  5. Cikbunga pon layan citer nje✌️✌️

    ReplyDelete
  6. Belum tgk lg. Masih marathon nk habiskan siri supergirl yg byk season tu

    ReplyDelete
  7. Teringat filem Korea judul Rampant. Kisah raja yang dikaitkan zombie juga. Mula ingat movie itu tadi. huhu. Skang drama Korea dah level macam movie kan kak. GV mmg jarang follow drama/filem korea. Start follow semula bila Train To Busan dan Along With The Gods popular di Malaysia. Masa itu baru tahu banyak juga cite korea berkaitan Zombie dan alam mistik. huhu. Drama Kingdom confirm best kan kak. Tadi baru tgk netflix, drama Kingdom ada juga. Drama horror korea judul Sweet Home pun best juga kak. Yg ni pun another level punya drama Korea yang macam tgk movie sedangkan ia drama bersiri. huhu. Hebat industri hiburan korea selatan. :)

    ReplyDelete
  8. suka cita ni !!!! omggg zombie dia laju gila.. dua hari habis dua season tgk

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)