Sudah menjadi lumrah kehidupan bilamana kita semua mula menginjak ke alam dewasa, kita berkeinginan untuk memiliki sebuah rumah di bawah nama kita sendiri kan? Betul tak? Rumah merupakan tempat untuk kita berlindung dan merehatkan diri selepas seharian penat bekerja di pejabat. Jadi, memiliki rumah sendiri memang merupakan impian dan cita-cita semua orang.
Tapi, bukan mudah ya untuk membeli sebuah rumah. Ada beberapa panduan atau langkah yang perlu diambil kira atau difikirkan semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan untuk membeli sebuah rumah yang diimpikan.
1. Kawasan rumah yang strategik
Bagi aku, benda pertama yang aku akan fikir sebelum membeli rumah ialah kawasan rumah yang strategik. Maksud aku kawasan rumah yang strategik ni, adakah kawasan rumah yang aku akan beli ini berhampiran dengan tempat kerja aku? Kalau boleh, aku akan cari rumah yang berhampiran dengan tempat kerja aku sebab ia dapat menjimatkan masa dan duit kita. Jimat masa sebab jarak yang dekat antara rumah dengan pejabat. Dan jimat duit sebab penggunaan minyak kereta yang tak banyak. Memang membantu sangat dalam menjimatkan masa dan duit kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu berada dalam keadaan yang strategik.
2. Kemudahan fasiliti disekeliling kawasan rumah
Kedua, kemudahan fasiliti yang terdapat disekeliling kawasan rumah. Extra points kalau kawasan rumah yang kita akan beli itu dikelilingi oleh pelbagai kemudahan seperti hsopital, balai polis, balai bomba, pasar raya, sekolah dan kemudahan-kemudahan yang lain lagi. Memang sangat memudahkan kalau dikelilingi kemudahan-kemudahan seperti ini.
Kalau tiba-tiba sakit tengah-tengah malam, tak kalut nak pergi hospital sebab ada hospital yang berhampiran. Tak payah tunggu keesokan harinya baru nak pergi hospital sebab hospital jauh. Nanti dah berkahwin, dah ada anak, anak dah masuk alam persekolahan, tak kalut nak hantar pagi-pagi pergi sekolah sebab sekolah dekat je.
3. Kemampuan
Benda paling penting yang perlu difikirkan sebelum membeli rumah. Membeli rumah mengikut kemampuan diri kita. Kena semak dahulu gaji bersih yang kita terima setiap bulan dan perbelanjaan bulanan kita yang terkini. Buat pengiraan secara kasar dahulu untuk pastikan berapakah bajet yang kita mampu peruntukan untuk membeli sebuah rumah dengan gaji kita sekarang. Nanti nak buat loan pun senang. Untuk membuat pengiraan, aku tertarik dengan cara pengiraan perumahan oleh Mortgage Calculator.
Ahad tiga minggu lepas sempat menghabiskan masa di waktu pagi dengan tidur berjalan jalan di sekitar Masjid Putra dan sekelilingnya. Hari Sabtu dah penat berbaring je atas katil, jadi hari Ahad kenalah keluar walaupun hanya berjalan jalan sambil menghirup udara yang segar. Cerita ni cerita tiga minggu lepas ya teman teman. Dah basi dah. Tapi tak kisah, tetap nak publish juga!
Aku tak tahu lah berapa kilometer aku berjalan tapi yang pasti almost 2 jam lebih aku habiskan masa untuk morning walk di pagi Ahad haritu. Tak adalah straight jalan tak ada berhenti. Adalah dalam 5 atau 6 kali stop untuk ambil nafas. Tapi tak lama pun. Dalam 2 ke 3 minit berehat untuk satu perhentian.
Jalan punya jalan sampailah di tangga viral iaitu Tangga Putrajaya Steps. Viral betul ke? Aku pun tak tahu 😂 Ya Allah ramai ya hamba-hamba Allah yang mendaki tangga viral tu. Tak kira usia. Ada orang tua, ada kanak-kanak dan ada juga baby yang masil kecil, aku assume umur baby tu dalam 3 atau 4 bulan macam tu pun mendaki tangga bersama-sama ibunya.
Jangan ingat baby tu dah boleh berjalan pulak. No! Hahaha. Mestilah ibu baby tu yang mengendong. Yang naik wheelchair pun ada. Tapi tak adalah dia naik melalui tangga tu. Ada laluan lain untuk pengguna wheelchair kalau tak silap aku.
Inilah Tangga Putrajaya Steps dari atas. Tinggi tangganya. 2 kali aku berhenti masa mendaki anak tangga ni. Mengah. Sampai atas, ketar kepala lutut sekejap HAHAHA. Last-last sampai jugak walaupun ada lagi tangganya tapi aku berhenti sampai takat dalam gambar tu sahaja. Lain kali kita sambung naik tangga seterusnya sampailah sampai ke puncaknya.
Cerita dah basi which is hari Ahad lepas yakni Ahad dua minggu lepas, aku sempat menghabiskan waktu pagi dengan berjalan-jalan di Taman Wetland Putrajaya. Memang dah plan nak pergi Taman Wetland sebab nampak banyak good review daripada orang ramai. Yang penting nak masuk Taman Wetland tu tak ada dikenakan fee. Masuk percuma.
Sedikit info tentang Taman Wetland Putrajaya:
"Taman Wetland Putrajaya terletak di Presint 13 dengan keluasan 335.75 ekar. Taman Wetland dibangunkan selaras dengan matlamat untuk mengekalkan kehijauan serta mewujudkan Green Lung di dalam pembanguunan Putrajaya.''
Selanjutnya boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-menu/taman-wetland
Dalam google tulis Taman Wetland dibuka pada pukul 9 pagi hingga 5 petang. Tapi masa aku sampai dalam pukul 8.45 pagi, dah ramai orang. Disarankan untuk datang awal pagi sebab cuaca tak berapa panas. Tapi dalam pukul 10 lebih dah mula panas.
Boleh pilih nak morning walk ke nak sewa basikal ke sewa tramp ke, itu semua bergantung kepada diri sendiri. Tapi bila dah sewa kan, mestilah ada harganya kan? Jangan risau, harga sewaan tak begitu mahal. Tapi ada sedikit perbezaan harga bagi weekdays dan weekend. Weekend mahal sikit tapi tak mahal sangat. Tak jauh mana pun harganya. Yang penting, nak bawa basikal sendiri pun boleh. Tak ada masalah.
Nak tahu pasal harga sewa di Taman Wetland, boleh baca disini: https://www.ppj.gov.my/second-page/kadar-perkhidmatan-1
Aku tak sewa apa-apa sebab memang nak berjalan-jalan sahaja. Tapi next time kalau pergi lagi, boleh dipertimbangkan juga untuk sewa basikal sebab bila dah berjalan selama 3 jam 4 jam tu agak semput sis 😂
Kawasan Taman Wetland ni besar gila. Aku rasa aku pergi tempoh hari tak sampai 50% kawasan taman yang aku jelajah. Jadi jawabnya next time kena pergi lagilah. Suasana yang tenang, udara yang segar. Itu first impressions aku bila sampai di taman. Penuh kehijauan.
Sadly, Look Out Tower tak dapat naik sebab under maintenance. Baru nak tengok keseluruhan taman ni. Tapi nak buat macam mana kan? Tak tahulah bila boleh naik sebab tak ada sebarang kerja-kerja pembaikan pun dijalankan.
Tapi tak mengapa, kita teruskan berjalan ke tempat seterusnya. Next location ialah tengok swan. Aku pun keliru kejap dengan angsa dan flamingo. Itik pun. Dekat sini boleh tengok ada pelbagai jenis swan yang sedang berehat. Pukul 11 pagi boleh tengok swan makan. Memang lagi ramai swan yang ada waktu makan. Time kami sampai tu dalam pukul 9 lebih.
Sejak sejak duit gaji dimasukkan dalam Bank Maybank, memang tak pandang dah Bank Islam. Nak nak lagi, kad Bank Islam expired bulan November 2021. Takut nak letak duit dalam Bank Islam sebab takut tiba-tiba duit beku dalam akaun sebab kad expired. Padahal tak ada apa pun 😂
Finally, semalam sempat pergi tukar kad Bank Islam. Mulanya tak tahu nak pergi bila memandangkan kerja, siap fikir nak apply cuti semata-mata nak tukar kad bank. Tapi nasib baik ada kawan bagitahu, suruh pergi tukar time lunch hour sebab kaunter bank buka je time lunch hour. Phew.
Cepat cepat siapkan kerja, ngam ngam 12.30 terus keluar pergi makan dulu dekat cafe pejabat. Malas nak pergi jauh. Kita pergi mana dekat dan mana yang mudah. Dalam pukul 1 tengah hari terus pergi bank. Nasib baik tak jauh. Tapi kalau jalan kaki, terasa jauh lah juga kikiki.
Dan lagi sekali bernasib baik, tak ramai pun hamba Allah dalam bank pada masa tu. Less than 10 orang yang ada urusan dengan bank. Tapi setengah jam juga aku tunggu untuk nama dipanggil sebab ada sorang makcik ni duk sembang lama lama dekat kaunter tukar kad bank.
Alhamdulillah, tak sampai 10 minit dah siap kad baru Bank Islamku. Satu benda yang tak suka kalau melibatkan urusan yang memerlukan cap jari adalah jari aku susah nak detect :')
Social Icons