Saturday, 29 January 2022

Tangga Putrajaya Steps

Ahad tiga minggu lepas sempat menghabiskan masa di waktu pagi dengan tidur berjalan jalan di sekitar Masjid Putra dan sekelilingnya. Hari Sabtu dah penat berbaring je atas katil, jadi hari Ahad kenalah keluar walaupun hanya berjalan jalan sambil menghirup udara yang segar. Cerita ni cerita tiga minggu lepas ya teman teman. Dah basi dah. Tapi tak kisah, tetap nak publish juga!


Aku tak tahu lah berapa kilometer aku berjalan tapi yang pasti almost 2 jam lebih aku habiskan masa untuk morning walk di pagi Ahad haritu. Tak adalah straight jalan tak ada berhenti. Adalah dalam 5 atau 6 kali stop untuk ambil nafas. Tapi tak lama pun. Dalam 2 ke 3 minit berehat untuk satu perhentian. 


Jalan punya jalan sampailah di tangga viral iaitu Tangga Putrajaya Steps. Viral betul ke? Aku pun tak tahu 😂 Ya Allah ramai ya hamba-hamba Allah yang mendaki tangga viral tu. Tak kira usia. Ada orang tua, ada kanak-kanak dan ada juga baby yang masil kecil, aku assume umur baby tu dalam 3 atau 4 bulan macam tu pun mendaki tangga bersama-sama ibunya. 


Jangan ingat baby tu dah boleh berjalan pulak. No! Hahaha. Mestilah ibu baby tu yang mengendong. Yang naik wheelchair pun ada. Tapi tak adalah dia naik melalui tangga tu. Ada laluan lain untuk pengguna wheelchair kalau tak silap aku. 


Pemandangan dari atas

Inilah Tangga Putrajaya Steps dari atas. Tinggi tangganya. 2 kali aku berhenti masa mendaki anak tangga ni. Mengah. Sampai atas, ketar kepala lutut sekejap HAHAHA. Last-last sampai jugak walaupun ada lagi tangganya tapi aku berhenti sampai takat dalam gambar tu sahaja. Lain kali kita sambung naik tangga seterusnya sampailah sampai ke puncaknya. 


Pemandangan dari bawah


Duduk dekat situ dalam 20 minit untuk menghayati pemandangan, menstabilkan semula pernafasan sebab semput mendaki anak-anak tangga yang tinggi, selfie dua tiga keping dan sebagainya 😂 Siap morning walk terus lepak mamak. Order air teh o beng. Nasi dah beli awal-awal lepas siap morning walk tu, on the way nak pergi ke kereta, singgah di kedai yang menjual nasi kak wok. Bau ayam goreng dia menggoda gila!



Aku akhiri entri ini dengan sekeping gambar tuan tanah blog ni. Berkilat muka! Bukan sebab merkuri! Pejam mata je mampu time ambil gambar ni sebab cahaya matahari betul betul menyinari hidupku 😂

6 comments

  1. Bagus semua orang ada semangat kesukanan. Cantik tempat ni. Kalau dekat boleh cuba cuba naik tangga sampai atas :)

    ReplyDelete
  2. Hehe nampak bahagia lepas puas keluarkan peluh. Lama itu jalan.

    ReplyDelete
  3. eh eh, lama tuan punya blog tak payung gambar. Caiyok! Lain kali cuba sampai ke puncak ye

    ReplyDelete
  4. Sewonoknya dia jenjalan Putrajaya. Untung kerja dekat sana 😊.

    ReplyDelete
  5. Kalau badan tak fit mesti mengah nak sampai ke atas tu.. Tapi turun dah ok dah. hehe..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)