Showing posts with label Kmovie. Show all posts
Showing posts with label Kmovie. Show all posts

Saturday, 24 July 2021

Korean Drama: Kingdom Ashin of the North


Kingdom: Ashin of the North merupakan Netflix first original Korean Series telah menemui penonton pada 23 Julai 2021 tempoh hari. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah buat entri pasal Kingdom Season I dan Season II sebelum ni. 


Tapi Kingdom: Ashin of the North bukanlah Series III. Bukan berbentuk drama yang berepisod, tapi berbentuk movie yang berdurasi selama 1 jam 33 minit. Bukan Season III tapi sidequel dari Kingdom Season II yang menampilkan seorang wanita yang bernama Ashin pada episode terakhir dalam Season II.

Senang kata, Kingdom: Ashin of the North ni merupakan permulaan cerita macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh tercetus dan terjadi. Orang lain cakap, kalau Ashin ni tak buat masalah, tak akan ada lah Kingdom Season I dan Season II ni.

  • Kingdom Season I
  • Kingdom Season II
  • Kingdom: Ashin of the North
  • Kingdom: Crown Prince - coming soon

Turutan cerita kalau nak tengoklah hehehe. Senangnya Jun Ji Hyun berlakon! Tak banyak bercakap pun HAHAHA. Aku boleh kiralah berapa minit je dia bercakap sepanjang 1 jam 33 minit tu. 

Jun Ji Hyun memegang watak sebagai Ashin.

Ashin merupakan seorang budak perempuan yang baik. Tapi selepas kematian keluarga dan orang kampungnya (perkampungan Seongjeoyain), Ashin berubah menjadi seorang pendendam. Kiranya Ashin berdendam dengan satu pihak yang bernama Pajeowi kerana telah membunuh keluarga dan orang kampungnya di Seongjeoyain.

Ashin terselamat daripada dibunuh sebab pada masa kejadian, Ashin tak ada di dalam kampungnya. Ashin keluar dari kampung kerana mencari satu jenis bunga yang boleh menghidupkan kembali orang yang telah mati. Ashin sampai ke kampungnya, dia tengok semua rumah di kampungnya sudah hangus terbakar. 

Dan ayah Ashin dikhabarkan telah mati dibunuh oleh pihak Pajeowi kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian sekumpulan Jurchen Pajeowi. Ayah Ashin cakap orang Jurchen Pajeowi tu mati dibunuh kerana serangan harimau padahal yang sebetulnya mereka mati dibunuh oleh pihak Joseon. 

Ketua tentera pihak Joseon suruh ayah Ashin sebarkan berita kematian orang Jurchen Pajeowi kerana serangan harimau untuk elakkan peperangan berlaku antara pihak Pajeowi dan Joseon. Tapi pihak Pajeowi tahu ayah Ashin menipu. Jadi mereka bunuh ayah Ashin. Dan mereka turut berdendam dengan pihak Joseon kerana telah membunuh orang-orangnya.

Jadi, hutang darah mesti dibayar dengan darah. Bila ketua tentera Joseon tahu pihak Pajeowi nak bunuh pihak mereka, jadi ketua tentera Joseon suruh pihak Pajeowi pergi serang kampung Seongjeoyain sebagai pembalasan.

Seriously, memang bodoh gila ketua tentera Joseon tu, sanggup suruh pihak Pajeowi pergi serang dan bunuh orang kampung Ashin padahal mereka semua tak bersalah. Mereka semua tak tahu apa apa pun. Senang kata, orang kampung Ashin dijadikan kambing hitam oleh pihak Joseon sendiri. Padahal orang kampung Ashin sangat taat setia pada pihak Joseon. 

Dan pada awalnya, Ashin tak tahu pun yang ketua tentera Joseon yang menyuruh pihak Pajeowi membunuh orang kampungnya. Jadi, Ashin berlindung di kem tentera Joseon sampai besar. Setiap hari Ashin berlatih memanah sebab nak bunuh pihak Pajeowi. Sampailah satu hari, Ashin terbaca satu surat di Pejabat Komander, Chupajin yang menyatakan bahawa perkampungan Seongjeoyain dijadikan korban kepada pihak Pajeowi.

Ashin terus tambah pihak Joseon juga dalam senarai dendaman dia. Dia nak bunuh semua orang yang berada di pihak Joseon dan Pajeowi. Jadi, Ashin bunuh seorang tentera Joseon dan hidupkan semula dengan meletakkan satu bunga di tengah tengah dahi tentera tersebut.

Untuk makluman, orang yang dah mati tapi dihidupkan semula akan menjadi zombi. Sesiapa yang digigit oleh zombi akan bertukar menjadi zombi juga. Jadi boleh bayangkan tak betapa huru haranya kem tentera Joseon bila ada seorang tentera telah bertukar menjadi zombi.


Ini lah bunga yang mampu menghidupkan semula orang yang telah mati. 

Jadi macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh ada zombi? 
Dari Kingdom: Ashin of the North
Siapa puncanya? Ashin
Sebab apa? 
Sebab berdendam atas kematian keluarga dan orang kampungnya.

Itu aku cakap awal awal tadi, kalau Ashin tak mulakan dengan menghidupkan semula orang yang dah mati, tak akan adanya Kingdom Season I dan Season II. 

Tapi Ashin jadi macam tu pun sebab orang kampung dia mati dibunuh, mati dijadikan korban. Siapa je tak marah? Siapa je tak berdendam? Kalau orang kampungnya tak dijadikan korban, memang tak adalah zombinya. Maka tak akan ada lah semua cerita cerita ni hehehe.






Nampak tak dendam Ashin macam mana? Memang berdendam sungguh! Masa ni, Ashin dah hidupkan semua orang kampungnya yang telah mati dibunuh. Memang semua jadi zombi. Tapi Ashin rantai kaki semuanya. Dan hidangkan manusia sebagai makanan kepada zombi zombi tersebut,

Jadi, sesiapa nak tengok bolehlah tengok di Netflix. Tengok dari Kingdom Season I dan Season II dulu ya, baru proceed Kingdom: Ashin of the North. Dan coming soon Kingdom: Crown Prince. Selamat menonton! ;)

Tuesday, 13 July 2021

Korean Movie: Always


Sinopsis

Cheol Min (So Ji Sub) merupakan seorang lelaki yang penuh misteri. Dia bekerja sambilan pada waktu malam sebagai petugas parking lot. Seorang wanita bernama Jung Hwa (Han Hyo Joo) merupakan seorang wanita kurang upaya (buta) setelah mengalami kemalangan jalanraya semasa waktu muda.

Di dalam bilik petugas parking lot itulah, Cheol Min dan Jung Jwa bertemu dan banyak menghabiskan masa bersama sambil menonton televisyen yang disediakan. Tetapi sesuatu telah berlaku antara mereka berdua. Dan bolehkah kebahagiaan mereka kekal selepas kejadian tersebut?

Sinopsis tamat

Dah lama habis tengok korean movie ini, tapi selalu lupa nak update di blog hehehe. Movie Always dah ditayangkan 10 tahun dulu dah, tapi sekarang baru naik balik. Berasal dari negara Korea Selatan, tapi sekarang dah banyak negara remake movie ini. Asalnya masa aku tengah scroll TikTok, aku nampak ada orang recommend movie Always ini tapi versi negara Turki. Aku lupa nama movie yang versi Turki punya.

Tapi memandangkan aku tak jumpa movie versi Turki, tapi jumpa versi Korea dalam Netflix, jadi tengok sajalah. Sama saja jalan cerita, yang berbeza bahasa dan para pelakon.

Bila tengok poster movie, eh! Ada So Ji Sub lah! Salah seorang pelakon lelaki kegemaran aku. Bila dia nak berlakon semula ya? Dah lama berehatnya! 😤 Last drama aku tengok kalau tak silap, Terius Behind Me. Lepas kahwin, senyap terus ya. Ke aku yang ketinggalan? HAHAHA.

Okey kembali kepada tajuk, not bad movie lakonan Ji Sub ini. Boleh dikatakan agak sedih jugalah. Ada scene scene yang membuatkan air mata keperempuananku menitik. Cheol Min sanggup buat apa-apa sahaja pekerjaan asal dapat duit. Duit yang dia dapat, dia kumpul dan bayar kepada hospital untuk pembedahan mata Jung Hwa.

Jung Hwa bukan buta dari lahir, tapi buta disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama ibu dan ayah dia. Tapi, ibu dan ayah Jung Hwa meninggal dunia.

Jung Hwa kemalangan jalan raya pun sebab terkejut tengok ada orang terbakar terjun dari rumah bertingkat. And yes, Cheol Min ada kaitan dengan orang yang terbakar itu. Sebab itu, Cheol Min sanggup buat apa sahaja untuk kembalikan semula penglihatan Jung Hwa sebab dia rasa, Jung Hwa kemalangan dan menjadi buta disebabkan dia. 

Yang sedihnya, Cheol Min janji dengan Jung Hwa yang dia akan ada disisi Jung Hwa bila Jung Hwa selesai pembedahan mata tapi sayang, Cheol Min tak ada. Selepas dua tahun, baru mereka berjumpa semula tapi Jung Hwa tak tahu dan tak kenal yang itu Cheol Min!

Mana nak kenal kalau dah buta sebelum itu kan? Tak sempat nak tengok muka, tiba tiba menghilang tanpa khabar berita. Tapi tapi disebabkan anjing yang Cheol Min pernah hadiahkan sebelum ini kepada Jung Hwa untuk menjadi penjaga sementara Jung Hwa, Jung Hwa dapat berjumpa semula dengan Cheol Min. 

Anjing kan ada deria bau yang sangat kuat, jadi memang mudah sangat untuk anjing itu mengecam bau Cheol Min. Geram aku tengok anjing! Jenis Golden Retriever. Anjing jenis golden retriever memang selalu orang bela sebab salah satunya mampu untuk membantu orang yang memiliki kurang upaya untuk hidup berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Jadi, selamat menonton! Boleh tonton di netflix. 

Friday, 18 June 2021

Korean Movie: Spellbound


Sinopsis:

Sejak usia muda, Yeo Ri boleh melihat hantu dan disebabkan kebolehannya melihat hantu, banyak perkara yang telah berlaku kepada orang yang berada di sekelilingnya. Yeo Ri mula mengasingkan diri daripada dunia luar.

Ketika menjadi pembantu di dalam Horror Magic Show seorang ahli silap mata yang bernama Jo Goo, Yeo Ri secara tidak langsung menjadi rapat dengan Jo Goo setelah Jo Goo diganggu oleh seorang budak kecil yang dilihat berada di rumah Yeo Ri.

Bolehkah Jo Goo membantu Yeo Ri untuk mencari jalan keluar atau adakah dia akan dikejar oleh hantu hantu seperti semua orang yang hadir dalam hidup Yeo Ri?

Sinopsis tamat.

Beginilah kehidupan seorang atiqah najihah yang kebosanan terperap dalam rumah. Habis semua drama atau movie ditengok. Yang habis tengok, habislah. Yang tergendala sekerat jalan, tak tahu bila boleh habis tengok HAHAHA.

Sebenarnya dah lama nampak poster movie ini di dalam aplikasi Viu tapi tak tergerak hati pula nak tengok. Tapi lepas tengok review daripada seseorang di twitter, terus pergi tengok.

Movie Spellbound ini dah keluar lama dah, tahun 2011. Awal awal tak cam siapa dia Yeo Ri itu. Eh rupa rupanya girlfriend Hyun Bin iaitu Son Ye Jin! Tak berubah mukanya ya, makin cantik sekarang ini hehehe.

Okay back to the movie, boleh tahan lah. Not bad. Nak cakap best sangat, tak juga. Nak cakap tak best, itupun tidak juga. Tengah tengah 😂

Kasihan dengan kehidupan Yeo Ri sebab dia terpaksa mengasingkan diri daripada orang ramai. Keluarga dia sendiri terpaksa berpindah ke Norway sebab takut terjadi sesuatu kepada mereka. Makna kata, Yeo Ri tak boleh ada sesiapa dalam hidup dia. Tak boleh rapat. Kalau rapat, nanti nanti adalah berlaku sesuatu kepada orang yang rapat dengan Yeo Ri.

Kawan kawan? Dia berhubung melalui telefon sahaja. Nak berjumpa takut. Jadi telefon saja tempat dia berkomunikasi dengan kawan kawannya dan keluarganya. Tidur malam pun tak lena sebab sentiasa ada hantu yang akan mengganggunya. 

Tapi lepas berjumpa Jo Goo, kehidupan Yeo Ri agak berubah. Jo Goo pun tak terlepas daripada terkena sesuatu. Kemalangan jalan raya, signboard kedai (kalau tak silap) almost jatuh atas kepala dari tempat yang tinggi. Dan paling teruk masa tengah buat magic show. Hampir mati. Tapi berjaya diselamatkan.

Lawak part last sekali bila kawan Jo Goo jatuh cinta dengan hantu HAHAHA. Dia tak tahu itu hantu, siap luah perasaan lagi. Luah perasaan itu okey lagilah, ini siap ajak kahwin lagi 😂 

Kalaulah dia tahu itu hantu, sah sah demam seminggu rasanya :')

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tengok di aplikasi Viu bagi sesiapa yang ada akaun Viu. Bolehlah buat hilang bosan musim lockdown ini hehehe.

Sunday, 13 June 2021

Korean Movie: Pawn


Sinopsis:

1993, Doo Seok bekerja sebagai seorang pemungut hutang. Dia merupakan seorang yang garang dan menakutkan tapi sebenarnya memiliki hati yang sangat baik. 

Dia telah pergi berjumpa dengan seorang wanita bernama Myung Ja dan anak perempuannya bernama Seung Yi. Akibat tidak mampu untuk membayar hutang, Seung Yi telah dijadikan jaminan sementara selagi ibunya tidak selesai melunaskan hutang yang dipinjamnya.

Tetapi, belum sempat Myung Ja menyelesaikan hutangnya, dia telah ditahan oleh polis kerana dia merupakan seorang pendatang tanpa izin dan dihantar pulang ke negara asalnya iaitu China.

Tiba tiba, Doo Seok menjadi penjaga kepada Seung Yi.

Sinopsis tamat.

Menitik air mata keperempuananku bila tonton movie ini. Sedihnya bila dia terpisah dari ibunya. Menangis dan meraung Seung Yi bila Doo Seok cakap ibu dia sudah dihantar pulang ke China. 

Mak dia tak sempat nak bayar hutang, keluar dari pondok telefon terus ada polis menanti. Memang tak sempat buat apa apa. Tapi mak dia cakap 'pakcik' Seung Yi yang akan tolong bayarkan hutangnya dan jaga Seung Yi. 

Tapi sementara menunggu 'pakcik' Seung Yi datang melunaskan hutang ibunya, Seung Yi tinggal bersama sama Doo Seok dan kawan Doo Seok iaitu Jong Bae.

Doo Seok dah curiga bila 'pakcik' sendiri tak ingat nama anak saudaranya. Kalau aku tengok 'pakcik' itupun aku curiga. Nampak macam jahat. Dan memang betul! 

Orang yang Doo Seok sangka 'pakcik' Seung Yi ialah seorang penipu. Sanggup pakcik itu menjual Seung Yi kepada orang lain. Jual kepada seorang perempuan yang buka tempat ala ala pelacuran (lebih kurang). 

Tapi dia tak lacurkan Seung Yi. Cumanya Seung Yi dikerah bersihkan tempat bertemu pelanggan dan tak dihantar ke sekolah seperti yang dijanjikan. Setiap malam Seung Yi menangis sampailah suatu hari Seung Yi berjaya hubungi Doo Seok.

On the spot, Doo Seok terus pergi cari. Nasib baik, Doo Seok berjaya menjumpai Seung Yi. Sanggup Doo Seok bayar balik kepada orang yang telah membeli Seung Yi. Betapa sayangnya dia kepada Seung Yi :')

Bermula hari itu, dia menjaga Seung Yi. Jadikan Seung Yi sebagai anak angkat sebab Seung Yi tak boleh pergi ke sekolah kerana bukan warganegara Korea. Jadi Doo Seok jadikan Seung Yi sebagai anak angkat. Barulah Seung Yi boleh ke sekolah.

Sanggup pergi ke China dan bawa Seung Yi berjumpa ibu kandungnya yang tengah sakit. Sanggup bersusah payah mencari ayah kandung Seung Yi yang disangka telah meninggal dunia.

Tapi suatu hari, Doo Seok menghilang secara tiba tiba. Seung Yi dan Jong Bae puas mencari dan akhirnya selepas 10 tahun, mereka berjaya mencari Doo Seok yang sedang sakit.

Tapi bagi aku, memang sedih movie ini. Walaupun bukan anak kandung dia, tapi dia jaga macam anak kandung sendiri. Dah besar panjang pun, dia masih ambil Seung Yi di sekolah. 

Tapi Seung Yi masa kecil comel gila! Pandai berlakon!  

Overall bagi aku, movie ini best. Tapi tak ada lah sedih macam korean movie Miracle Cell in No 7. Yang itu terpaling sedih! 😂 Tengok empat kali pun, empat kali jugalah menangis HAHAHA.

Apa apapun, selamat menonton! Boleh tonton di Viu bagi sesiapa yang ada account Viu ;)

Tuesday, 8 June 2021

Korean Movie: Sweet & Sour


Sinopsis:

Jang Hyeok (Jang Ki Yong) menjalinkan hubungan romantis dengan Jung Da Eun (Chae Soo Bin) yang bekerja sebagai seorang jururawat. Jang Hyeok terpaksa berulang alik dari Incheon ke Seoul pada setiap hari kerana dihantar ke syarikat besar untuk menguruskan beberapa projek bersama Bo Yeong (Krystal). 

Lama kelamaan, Jang Hyeok mula berasa letih untuk berulang alik pada setiap hari kerana seringkali terperangkap di dalam kesesakan lalulintas. Pada masa yang sama, Hyeok dan Bo Yeong mula menjadi rapat kerana selalu menghabiskan masa bersama sama hingga lewat malam kerana bekerjasama dalam menguruskan projek di syarikat tempat mereka bekerja. 

Dan Hyeok mula mengabaikan Da Eun yang sering bersendirian di Incheon dan akhirnya Da Eun mulai rapat dengan salah seorang pesakit di tempat kerjanya yang juga bernama Lee Jang Hyeok.

Sinopsis tamat.

Penangan Jang Ki Yong dalam My Roommate Is A Gumiho, sis dah mulai minat dengan Ki Yong. Hehehe. 

Kembali kepada topik asal, bagi aku curang bukan masalah utama dalam movie ini. Bagi aku, Hyeok dan Da Eun sendiri yang bermasalah. 

Hyeok yang terlampau sibuk menguruskan projek syarikatnya dan Da Eun yang mula merasa Hyeok jauh darinya dan memutuskan untuk pergi kepada seseorang yang boleh membuatnya merasa disayangi.

Tak boleh nak salahkan Hyeok 100% dalam hal ini tetapi tak boleh nak salahkan Da Eun juga. Macam aku cakap tadi, dua dua salah 😂 Da Eun mulai rapat dengan second Hyeok (nama sama so a little bit confused) sebab Da Eun mulai berasa kesepian akibat selalu ditinggalkan bersendirian oleh teman lelakinya.

Da Eun cuba cari masa supaya dapat spend time dengan Hyeok bila Hyeok pulang ke rumah. Tapi, Hyeok selalu penat, penat dan penat. 

Sepatutnya mereka berdua berbincang macam mana nak menyelesaikan masalah yang berlaku dalam hubungan mereka.

Jarak rumah dengan tempat kerja yang menjadi masalah utama mereka. Boleh saja kalau Da Eun pindah dan duduk sekali dengan Hyeok di Seoul. Ataupun Hyeok tak payah terima tawaran bos lamanya untuk uruskan projek di syarikat besar.

Geram betul dengan pakcik yang selalu tutup lampu syarikat sedangkan Hyeok dan Bo Yeong masih ada di dalam pejabat pada masa itu. Tak tahulah apa motif pakcik itu 😂 Nak suruh Hyeok bercinta mungkin dengan Bo Yeong sedangkan Hyeok sudah ada Da Eun pada masa itu.

Kiranya, second Hyeok mengisi kekosongan yang dirasai oleh Da Eun saat ditinggalkan oleh teman lelakinya. Saat Da Eun baru sahaja menggugurkan kandungannya, second Hyeok yang menemaninya. 

First Hyeok (teman lelakinya) terpaksa pergi ke pejabat untuk setelkan projek sedangkan sudah apply cuti untuk temankan Da Eun yang baru sahaja menggugurkan kandungannya.

Memang Da Eun bagi teman lelakinya pergi pejabat tapi baliklah ke rumah semula lepas selesai waktu pejabat :') Ini tidak. Bermalam di pejabat bersama Bo Yeong. 

Apa apapun, masing masing ada pendapat masing masing kan 😂 Ada yang cakap begitu, ada yang cakap begini. Andaian masing masing hehehe.

Tapi bagi aku, recommended to watch! 

10/10!


Di mana silapnya?


"If you miss a cab, you can wait for the next one. But, if you lose a person, they are lost for good."

Saturday, 29 May 2021

Korean Movie: Recalled


Ada yang dah tengok ke movie korea yang baru keluar baru baru ini? Aku hari ini baru berkesempatan tengok. Bosan tak tahu nak buat apa, puas baring, bangun, termenung, last last tengok movie HAHAHA. Nak tengok Penthouse Season II tak ada mood lagi, nak tengok Sell Your Haunted House pun sama, masih tak ada mood.

Last last tengok movie Recalled. Movie keluaran negara South Korea ini dibintangi oleh Seo Ye Ji, Kim Kang Woo dan ramai lagi. Movie ini ditayangkan betul betul pada minggu Seo Ye Ji terpalit dengan kontroversi kekasih lama dia iaitu Kim Jung Hyun iaitu pada 21 April 2021. 

Walaupun terpalit dengan kontroversi, movie ini tetap menjadi Korea box office! Bukan biasa biasa. 

Sinopsis Recalled:


Kim Soo Jin (Seo Ye Ji) terlibat dalam kemalangan dan apabila sedar daripada koma, dia tidak ingat apa apa yang berlaku. Berkat penjagaan suaminya iaitu Lee Ji Hoon (Kim Kang Woo), Soo Jin dapat pulang dari hospital. 

Tetapi, pada suatu hari, Soo Jin dapat melihat masa depan orang, saat saat mereka menghadapi situasi berbahaya. Kebetulan, Soo Jin bertemu dengan rakan sekerjanya. Bekas rakan sekerjanya menceritakan sesuatu yang dia tidak boleh percayai. 

Sinopsis diambil daripada AsianWiki

Benda pertama aku assumed bila tengok permulaan movie ini, lelaki yang mengaku sebagai suaminya itu bukan suami betulnya. Dan betul jangkaan aku! 😂 Rupa rupanya dia ialah abang angkat yang menyamar sebagai suami Soo Jin.

Soo Jin sebenarnya bukan boleh melihat masa depan, tetapi melihat masa lalunya. Mula mula dia jumpa budak perempuan dan budak lelaki. Kemudian, dia jumpa seorang remaja perempuan. Itu semua masa lalu Soo Jin. Soo Jin masa kecil dan Soo Jin masa remaja. Budak lelaki itu abang angkat dialah.

Lepas kematian mak Soo Jin, Soo Jin tinggal dengan Sun Woo dan ayah Sun Woo. Tapi ayah Sun Woo jahat, nak bunuh Soo Jin. Tapi Sun Woo berjaya selamatkan, end up Sun Woo terbunuh ayahnya sendiri. 

Nama abang angkat dia Kim Sun Woo, dan dia menyamar sebagai suami adiknya pun bersebab. Tapi sad ending, abang dia meninggal :') Emosi kejap tengok movie ini HAHAHAHA sebab tak expect abang angkat dia akan meninggal. Suami Soo Jin pula masuk penjara sebab bunuh orang. 

Nak cerita lebih lebih takut spoilers >.< Jadi, nak tahu lebih lanjut boleh tengok sendiri hehehe. Tak adalah best sangat sangat, tapi tak ada boring sangat sangat. Bagi aku, boleh diterima. Aku bagi 8.7/10. 

Soe Ye Ji berlakon memang best, memang menjadi watak dia. Tengok dalam It's Okey to Not Be Okey lah, memang menjadi watak separuh gila dia tu HAHAHA. 

Tapi macam kecewa juga lah bila Ye Ji terpalit dengan kontroversi baru baru ini, dia undur diri dari semua drama atau movie yang telah dipersetujui oleh Ye Ji.