Saturday, 24 July 2021

Korean Drama: Kingdom Ashin of the North


Kingdom: Ashin of the North merupakan Netflix first original Korean Series telah menemui penonton pada 23 Julai 2021 tempoh hari. Kalau sesiapa yang masih ingat, aku pernah buat entri pasal Kingdom Season I dan Season II sebelum ni. 


Tapi Kingdom: Ashin of the North bukanlah Series III. Bukan berbentuk drama yang berepisod, tapi berbentuk movie yang berdurasi selama 1 jam 33 minit. Bukan Season III tapi sidequel dari Kingdom Season II yang menampilkan seorang wanita yang bernama Ashin pada episode terakhir dalam Season II.

Senang kata, Kingdom: Ashin of the North ni merupakan permulaan cerita macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh tercetus dan terjadi. Orang lain cakap, kalau Ashin ni tak buat masalah, tak akan ada lah Kingdom Season I dan Season II ni.

  • Kingdom Season I
  • Kingdom Season II
  • Kingdom: Ashin of the North
  • Kingdom: Crown Prince - coming soon

Turutan cerita kalau nak tengoklah hehehe. Senangnya Jun Ji Hyun berlakon! Tak banyak bercakap pun HAHAHA. Aku boleh kiralah berapa minit je dia bercakap sepanjang 1 jam 33 minit tu. 

Jun Ji Hyun memegang watak sebagai Ashin.

Ashin merupakan seorang budak perempuan yang baik. Tapi selepas kematian keluarga dan orang kampungnya (perkampungan Seongjeoyain), Ashin berubah menjadi seorang pendendam. Kiranya Ashin berdendam dengan satu pihak yang bernama Pajeowi kerana telah membunuh keluarga dan orang kampungnya di Seongjeoyain.

Ashin terselamat daripada dibunuh sebab pada masa kejadian, Ashin tak ada di dalam kampungnya. Ashin keluar dari kampung kerana mencari satu jenis bunga yang boleh menghidupkan kembali orang yang telah mati. Ashin sampai ke kampungnya, dia tengok semua rumah di kampungnya sudah hangus terbakar. 

Dan ayah Ashin dikhabarkan telah mati dibunuh oleh pihak Pajeowi kerana menyebarkan berita palsu tentang kematian sekumpulan Jurchen Pajeowi. Ayah Ashin cakap orang Jurchen Pajeowi tu mati dibunuh kerana serangan harimau padahal yang sebetulnya mereka mati dibunuh oleh pihak Joseon. 

Ketua tentera pihak Joseon suruh ayah Ashin sebarkan berita kematian orang Jurchen Pajeowi kerana serangan harimau untuk elakkan peperangan berlaku antara pihak Pajeowi dan Joseon. Tapi pihak Pajeowi tahu ayah Ashin menipu. Jadi mereka bunuh ayah Ashin. Dan mereka turut berdendam dengan pihak Joseon kerana telah membunuh orang-orangnya.

Jadi, hutang darah mesti dibayar dengan darah. Bila ketua tentera Joseon tahu pihak Pajeowi nak bunuh pihak mereka, jadi ketua tentera Joseon suruh pihak Pajeowi pergi serang kampung Seongjeoyain sebagai pembalasan.

Seriously, memang bodoh gila ketua tentera Joseon tu, sanggup suruh pihak Pajeowi pergi serang dan bunuh orang kampung Ashin padahal mereka semua tak bersalah. Mereka semua tak tahu apa apa pun. Senang kata, orang kampung Ashin dijadikan kambing hitam oleh pihak Joseon sendiri. Padahal orang kampung Ashin sangat taat setia pada pihak Joseon. 

Dan pada awalnya, Ashin tak tahu pun yang ketua tentera Joseon yang menyuruh pihak Pajeowi membunuh orang kampungnya. Jadi, Ashin berlindung di kem tentera Joseon sampai besar. Setiap hari Ashin berlatih memanah sebab nak bunuh pihak Pajeowi. Sampailah satu hari, Ashin terbaca satu surat di Pejabat Komander, Chupajin yang menyatakan bahawa perkampungan Seongjeoyain dijadikan korban kepada pihak Pajeowi.

Ashin terus tambah pihak Joseon juga dalam senarai dendaman dia. Dia nak bunuh semua orang yang berada di pihak Joseon dan Pajeowi. Jadi, Ashin bunuh seorang tentera Joseon dan hidupkan semula dengan meletakkan satu bunga di tengah tengah dahi tentera tersebut.

Untuk makluman, orang yang dah mati tapi dihidupkan semula akan menjadi zombi. Sesiapa yang digigit oleh zombi akan bertukar menjadi zombi juga. Jadi boleh bayangkan tak betapa huru haranya kem tentera Joseon bila ada seorang tentera telah bertukar menjadi zombi.


Ini lah bunga yang mampu menghidupkan semula orang yang telah mati. 

Jadi macam mana Kingdom Season I dan Season II boleh ada zombi? 
Dari Kingdom: Ashin of the North
Siapa puncanya? Ashin
Sebab apa? 
Sebab berdendam atas kematian keluarga dan orang kampungnya.

Itu aku cakap awal awal tadi, kalau Ashin tak mulakan dengan menghidupkan semula orang yang dah mati, tak akan adanya Kingdom Season I dan Season II. 

Tapi Ashin jadi macam tu pun sebab orang kampung dia mati dibunuh, mati dijadikan korban. Siapa je tak marah? Siapa je tak berdendam? Kalau orang kampungnya tak dijadikan korban, memang tak adalah zombinya. Maka tak akan ada lah semua cerita cerita ni hehehe.






Nampak tak dendam Ashin macam mana? Memang berdendam sungguh! Masa ni, Ashin dah hidupkan semua orang kampungnya yang telah mati dibunuh. Memang semua jadi zombi. Tapi Ashin rantai kaki semuanya. Dan hidangkan manusia sebagai makanan kepada zombi zombi tersebut,

Jadi, sesiapa nak tengok bolehlah tengok di Netflix. Tengok dari Kingdom Season I dan Season II dulu ya, baru proceed Kingdom: Ashin of the North. Dan coming soon Kingdom: Crown Prince. Selamat menonton! ;)

17 comments

  1. Jalan cerita yang berthrill ni.. Hero cakap sikit je tu yang tertunggu-tunggu..

    ReplyDelete
  2. Teringat pulak dia dalam My Love From the Star. Betul-betul bimbo watak dia dalam tu. ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  3. Tak pernah tahu tentang drama ni Atiqah. Sebab jarang tengok Kdrama. Layan KMovie cepat sikit habisnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh silap..ingatkan drama rupanya Seriel Movie. kena tengok part I dulu. macam best pulak tengok poster bunga tu yang boleh hidupkan semula orang yang dah mati.

      Delete
  4. Teringin nak tengok tapi Season pula. K.Naniey ni dah la malas nak follow jenis episod2 ni. Tapi macam menarik..

    ReplyDelete
  5. Biasa dahulu fitnah jadi penyebab huru-hara dan persengketaan.

    ReplyDelete
  6. adoii nampak seronok pulak . kene carik masa tuk tengok ni.hahah

    ReplyDelete
  7. Aduh tak rajin la pulak nak tengok yang bersiri. Thanks inform.dah add to list, nampaknya boleh remove. Hihi

    ReplyDelete
  8. Yeay finally dah keluar...lama tunggu sambungan Kingdom ni

    ReplyDelete
  9. Actually tak berapa minat nak tengok kingdom (drama) tapi haih movie nicm best aje... Lagi lagi JJH pegang watak utama

    ReplyDelete
  10. Ini suamiku jadi tertarik nonton seriesnya setelah nonton movie Ashin nih. Hahahaha, akupun bakal nonton nanti, udah masuk dalam list to be watched, belum ada waktu aja untuk nonton. Tapi memang lah WAJIIIIB nak liat movienya dulu, apalagi yg main Jun ji Hyun , dia aktris fav kuuu :D.

    ReplyDelete
  11. Panjang nau.Drama Melayu yang sedia ada ni pun akak becinta nak habiskan tengok๐Ÿ˜‚

    ReplyDelete
  12. Walaupun Ashin tu tak banyak dialog tapi emosi dia sampai.. Aduh.. Tak sabar tunggu next movie dan kingdom season 3.. Cerita pendek tapi impak dia dasyat tuh.. Setahun 1 citer deme keluar.. hampeh tu..

    ReplyDelete
  13. tampak menarik... tp ber season laa pulak yaa... jenuh jg sy nk abis tgk tu nnt heheheh thanks 4 sharing

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)