Saturday, 10 July 2021

Kit Ujian Covid-19 Menggunakan Air Liur


'Dua ujian kendiri (Rapid Antigen Test) air liur telah selesai dikaji oleh IMR untuk saringan Covid-19. Kedua-dua mempunyai sensitiviti melebih 90 peratus. MDA sedang memperincikan panduan penggunaan dan in shaa Allah akan selesai minggu hadapan.'

Dua hari lepas tengah scroll Twitter sebelum tidur, ternampak satu tweet daripada official Twitter milik DG Hisham. Aku lepas baca, aku macam 'Oh, aku baru tahu akan ada kit ujian Covid-19 yang akan menggunakan air liur.'

Google google punya google, jumpa satu artikel dalam Berita Harian yang telah dikeluarkan pada 04 Mac 2021, pukul 6.41 petang. Okey, dah tiga bulan berita tersebut dikeluarkan, dan 07 Julai aku baru tahu. 

Aku petik dari akhbar online tersebut,

Alif Masyhur Sdn Bhd dengan usaha sama Fjord Diagnostics Sdn Bhd hari ini melancarkan kit ujian Covid-19 yang akan menggunakan sampel air liur (deep throat saliva) yang lebih murah berbanding swab test.

Kit ujian tersebut dihasilkan oleh rakyat Malaysia dan dikenali sebagai Kit Ujian Pengumpulan Sampel Air Liur, Fjord-Saliva yang mengandungi alat (sediprep) untuk meningkatkan konsentrasi kandungan virus dalam sampel air liur bagi mengesan virus Covid-19.

Kaedah persampelan air liur lebih mudah, selesa dan selamat kerana lebih bersifat 'self-collected' yang tidak memerlukan bantuan petugas barisan hadapan (frontliners) serta kos yang jauh lebih rendah iaitu berjumlah RM 45.00.

Ia turut mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia (MDA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Medical Device Safety Services (MDDSS), Jerman.

Ini kalaulah betul ketepatannya dalam mengesan virus Covid-19 dan harga yang jauh lebih murah berbanding ujian swab test, memang eloklah kalau semua orang cuba sendiri untuk mengetahui sama ada dirinya positif Covid-19 ataupun tidak. 

Sekarang pun, duduk rumah tak pergi mana-mana, tiba tiba positif Covid-19. Berjangkit dari mana pun tak tahu. Jadi elok lah kalau setiap seorang lakukan ujian tersebut. Nak buat swab test macam agak mahal kan? Pokai kalau nak swab test selalu unless tak pakai duit kita sendiri 😂

Apa apapun, doakan yang baik untuk negara kita. Dah penat sebetulnya bila tengok angka kes positif Covid-19 setiap hari. Entah bila nak capai tiga angka pun aku tak tahu dan tiada jawapannya bilamana setiap hari angka kes positif Covid-19 selalu mencapai empat angka. Bahkan lagi sikit nak capai lima angka :')

Nak tulis 'bila nak capai dua angka ataupun satu angka' macam tak tak tertulis sebab memang tak nampak langsunglah bayangan angka kes positif Covid-19 nak turun kepada dua atau satu angka dengan keadaan negara sekarang ini. 

Kalau cakap lebih lebih, takut termasuk bab politik pula. Cuma itulah, risaukan negara, risaukan kaum keluarga, kawan kawan dan keselamatan kita semua. Apa apapun, stay safe dan take care semua! 

Semoga kita semua berada dalam lindungan Allah selalu. Dan semoga wabak Covid-19 ini cepat cepat dihapuskan biar kita semua boleh kembali seperti tahun tahun sebelum Covid-19 melanda. Rindunya nak keluar bebas macam dulu dulu, tanpa mask, tanpa double mask, tanpa face shield dan tanpa perlu scan MySejahtera setiap masa. 

26 comments

  1. Cuma kemungkinan klu ujian kendiri ni ada yg tak direkodkan keputusannya.

    ReplyDelete
  2. Baguslah tak payah cucuk lubang hidungku yang dah macam director Ahmad Nisfu ni. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adoiii!! Gelak berguling baca komen si Sal ni. Tak pasal-pasal terbayang director Ahmad Nisfu 🤣

      Delete
    2. tumpang gelak hahhahaa 🤣 🤣 🤣

      Delete
  3. Haah senang sedikit boleh buat sendiri, kalau jenis berhati-hati boleh tenang kan hati untuk buat ujian. Tapi tidak dengaemr pula ada yang buat ujian dengan air liur.

    ReplyDelete
  4. Semoga ini menjadi salah satu bantuan juga untuk kita semua. Walau tetap mengeluarkan kos untuk membelinya. Sekurang-kurangnya mungkin lebih mampu.

    ReplyDelete
  5. Semoga kit tu berjaya disempurnakan untuk digunakan..
    Macam-macam usaha pihak kesihatan buat untuk rakyat.. Harap rakyat terus patuhi SOP lah.. Seram tengok angka kes.. Boleh murung dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kata Sha.
      mcm2 usaha KKM dlm memudahkan kita.
      kesian mereka, letih.
      letih menjaga pesakit.
      letih r&d.

      Delete
  6. Ujian ni bagus sbb senang dan x menyakitkan tp bak kata kak seri la.. Klu buat sndri ni takut bila tau positiif, xde rekod dalam KMm.. Kdg tkut kita nak laporkan result tu.. Ermm ntah la eh

    ReplyDelete
  7. tu la tu. elok jugak kalau boleh kesan thru air liur.
    seriau akak nak kena cucuk idung cucuk tekak tu.
    tapi, berdoa la agar langsung tak kena covid 19.
    memang hati-hati. langsung tak kluar rumah! kebetulan BDR, kan.

    ntah la kan. kes semlm 9k. ari ni akak lom cek lagi brape.
    gila byk kes tu. scary!

    ReplyDelete
  8. Apapun sekarang ini, kita kena sehabis baik jaga diri dan keluarga.
    Terus doa agar keadaan semakin baik. Situasi semasa sekarang amatlah membimbangkan.
    Orang dah penat berkurung, kes tak turun-turun...

    ReplyDelete
  9. enn..senang la kalau guna air liur..hrp covid cpt2 pergi drpd dunia nie.

    ReplyDelete
  10. Harap betul lah. Mudah lagi guna kaedah air liur berbanding kena swab test tu. Selesa pun selesa tak menakutkan.

    ReplyDelete
  11. Kalau betul memanag senang la..xde la di jolok lubang hidung dan tekak lagi

    ReplyDelete
  12. Apa pun ujian yang dibuat, harapnya semua rakyat kita divaksin. Tu yang penting. Sasaran herd immunity kena dapat secepat mungkin. 💪

    ReplyDelete
  13. Dah bertahun covid baru nak jumpa kaedah baru.. Adoyai.. Sakit hidung dicucuk dalam-dalam..

    ReplyDelete
  14. Geli yakmat cucuk lubang idung haha

    ReplyDelete
  15. Senang la tak yah cucuk hidung lg ngeri

    ReplyDelete
  16. Harap dipercepatkan ujian guna air liur. Perit bila teringat kena swab test sebelum ni. hahaha

    ReplyDelete
  17. semoga baik2 je..
    letih dh camni tp xleh ptus asa.. ='(

    ReplyDelete
  18. Terernya orang yang cipta kit ujian tu. Tak perlu lagi jolok lubang hidung. Semoga dapat digunakan tak lama lagi.

    ReplyDelete
  19. Seandainya alat itu ada juga di Indonesia :D. Tak perlu lagi pcr ATO antigen test yg nyakitin itu :(. Pas saya positif C, THN lalu, udh tak ingat dah berapa kali cucuk2 hidung. Sampe trauma rasanya -_-.

    ReplyDelete
  20. Lebih mudah jika ujian guna air liur. Taklah menyakitkan dan menakutkan kena jolok hidung.

    ReplyDelete
  21. semoga baik baik shj. Takut la sekarang ni varian yang lagi ganas..

    ReplyDelete
  22. Harap lps ni guna air liur saja. Bt swab test memang sakit rongga hidung dan tekak. Sekali cucuk terus keluar air mata

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)