English Movie: Blood Red Sky


Sinopsis

Seorang ibu tunggal yang bernama Nadja bersiap siap untuk terbang ke New York bersama anaknya iaitu Elias. Mereka ingin ke New York kerana ingin bertemu dengan seorang doktor yang boleh membantu menyembuhkan penyakit yang dialaminya. Sementara menunggu ibunya mengambil ubat di dalam tandas, Elias telah berkawan dengan seorang lelaki yang bernama Farid.

Tetapi tanpa disangka, kapal terbang yang dinaiki oleh mereka telah ditawan oleh sekumpulan terrorist (pengganas) termasuklah pramugara dan co-pilot kapal terbang tersebut. Nadja berusaha hingga ke hujung nyawa untuk menyelamatkan anaknya daripada mati.

Sinopsis tamat.

Finally selesai tengok movie yang banyak di recommend kan oleh orang ramai. Dan bagi aku movie ni tak mengecewakan. Suka betul ya aku tengok movie yang ada zombi zombi ni HAHAHA. Tempoh hari tengok Kingdom: Ashin of the North. Yang baru selesai tengok Blood Red Sky. Coming soon, Army of the Dead. Pasal zombi juga. 

Aku jarang layan movie english tapi lately ni dah boring tengok korean drama. Tengok pun satu drama je sekarang ni iaitu Monthly Magazine House. Korean drama dalam waiting list dah penuh, tapi tak terlayan walaupun ada banyak masa lapang. Macam demotivated sikit. 

Kembali kepada tajuk iaitu Blood Red Sky, sebetulnya movie ni berkisahkan tentang zombi. Nadja jadi zombi lepas digigit oleh seorang zombi ketika Elias masih bayi. Tapi, sedih part ayah Elias mati sebab kena gigit dengan zombi. Alkisahnya bermula bila kereta yang mereka naiki rosak, then ayah Elias pergi minta pertolongan tapi tak balik balik. Nadja pun keluar dari kereta bersama sama Elias pergi mencari ayah Elias (suaminya). 

Sampailah mereka berdua di satu rumah, rupa-rupanya dalam rumah tu ada zombi. Dan mereka jumpa badan ayah Elias yang dah mati digigit oleh zombi di atas lantai rumah tersebut. Masa tengah berlari lari untuk selamatkan diri dari zombi, Nadja pun terkena gigitan cinta zombi di tangannya.

Tapi, Nadja zombi baik. Dia boleh kawal diri. Bukti? Dia tak makan pun anaknya. Dari Elias bayi sampai Elias besar, memang dijaga dengan baik. Tapi kadang-kadang terseksa juga Nadja sebab dia kena makan ubat selalu. Macam ubat untuk tenangkan diri daripada bertukar menjadi zombi barangkali hehehe. Dan masa kapal terbang kena tawan dengan pengganas, Nadja bertukar jadi zombi semata mata untuk selamatkan Elias dan penumpang yang lain. 

Tapi keadaan jadi huru hara bila salah seorang pengganas tahu yang Nadja tu zombi. Salah seorang pengganas ambil darah Nadja dan masukkan darah tersebut ke dalam dirinya. Automatik dia pun jadi zombi juga. Masa mula mula Nadja jadi zombi, keadaan macam okey sikit sebab Nadja seorang je yang zombi dan Nadja memang boleh kawal dirinya. Tapi lepas pengganas tu jadi zombi, memang teruk keadaan dalam kapal terbang tu. Habis semua orang nak digigitnya! Memang tak terkawal. 

Ending, Elias letupkan kapal terbang tu lepas selamat mendarat di satu tempat. Dengan Nadja sekali mati. Tapi apa boleh buat kan, Elias terpaksa sebab satu kapal terbang tu dah jadi zombi kecuali Elias dan Farid. Yang lain semua jadi zombi. Zombi Kampung Pisang, eh tiber! Hahaha. Kalau semua zombi yang ada dalam kapal terbang tu keluar, memang lagi haru biru. Kalau tak silap, kapal terbang tu landed dekat kawasan tentera. 

Farid pun pada awalnya disangka pengganas yang menawan kapal terbang tersebut, siap suruh Farid keluarkan semua penumpang lagi! Tapi Farid tak nak sebab semua dah jadi zombi! Tapi ketua tentera tak tahu pasal zombi. Bila tentera dah masuk dalam kapal terbang, baru tahu ada zombi.


Pengganas pertama yang tewas di tangan Nadja 


Nadja botak tapi dia pakai rambut palsu, tapi last last bila dah bertukar zombi tu, rambut palsu terbang tak tahu ke mana hahaha

Overall, best. Jangan risau, tak seram pun zombinya hehehe. Aku tengok sambil makan, bila masuk part darah auto tutup mata kejap >.< Jadi, sesiapa nak tengok boleh tonton di Netflix. Selamat menonton! 

Nota jemari: Maaflah ya banyak review drama atau movie sebab duduk rumah tak ada apa sangat nak diceritakan huhuhu. Otak pun tepu fikir nak update pasal apa.

33 comments

  1. Thrilling dan suspenn jalan ceritanya, biasa zombi ada Alhpha.. fast movie..enjoy tonton, thanks for sharing sesuai seisi keluarga, sebab ada budak dalam cerita ni..

    ReplyDelete
  2. Not bad la movie ni.. Enjoy je walaupun tengok ada yang kurang berpuas hati dengan movie ni. hehe..

    ReplyDelete
  3. Minat betul ya cerita pasal zombie. Hehe macam manalah Elias dan Farid dapat elak kena gigit ya? Kiranya heronya budak-budak eh? Haha banyak tanya.
    Eh takpe, buat 'review' filem, drama. Faham keadaan. Lagipun blog sendiri, boleh tulis apa yang selesa dan hendak dikongsikan. Asal baik dan bermanfaat.

    ReplyDelete
  4. Ada tengok poster dia. Seram betul tengok gigi yang tajam tajam macam piranha tu. Nanti nak tengoklah jugak.

    ReplyDelete
  5. haha... spoiler habis dia kasi... Sk pun dah tengok movie ni, terus Netflix rekomen kingdom... nt tengok

    ReplyDelete
  6. Tak berpeluang lagi nak tengok.. Baca review Atiqah ini nampak macam best je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tengok dah.. Best and mendebarkan.. Lepas tu sedih..

      Delete
  7. Jalan cerita menarik, tapi akak tak suka zombi huhuhu

    ReplyDelete
  8. alamak..cerita zombi ke..tengok nama2 tu, dah mcm movie melayu pulak...hehe..

    ReplyDelete
  9. Menarik!! Cik TK memang suka cerita zombi ni!! Boleh layan nanti!

    ReplyDelete
  10. Oh, cerita zombie rupanya. Suka juga layan cerita zombie ni. Akak ada tengok Walking Dead, dari season 1 sampai 10.

    ReplyDelete
  11. Kalau cerita zombi akak suka. Thanks rekemen. Weekend boleh layan

    ReplyDelete
  12. laaa citer zombi je weii????
    baru nak tgk... asyik lalu lalang je kat netflix hahaha

    ReplyDelete
  13. okay nak layan lah malam nih
    zombie
    hehehe

    ReplyDelete
  14. boleh layan citer cmni..suke hahahaaa

    ReplyDelete
  15. husband akak dah tengok ari tu tapi akak x join... bz buat keja opis.. huhuhu.. lama x layan netflix

    ReplyDelete
  16. Tak pernah tengok lagi cerita pasal zombie ni. Last tengok pasal zombie pun cerita Train to Busan 2.

    ReplyDelete
  17. menarik citenya bercampur zombi lak..hahaa

    ReplyDelete
  18. Geli dan seram ni...leh terkeut jantung tengok cite gini..huhu

    ReplyDelete
  19. ada tngok kt tiktok org share.. jalan cerita dia mcm best.. tp x tngok lg. hehe

    ReplyDelete
  20. Dah add to list filem ni. Nanti free nak tgok la...

    ReplyDelete
  21. kalau baca sinopsis layan jugak ceritanya lain dari lain... tapi sebab kan ada zombie dan akak memang tak minat filem zombie kecuali zombie kampung pisang...
    tak suka tgk zombie yang menyeramkan tu...

    ReplyDelete
  22. Ada tgk dekat netflix, bolehlah mlm ni bernetflix n chill..

    ReplyDelete
  23. macam menarik jalan cerita..btw jom join GA http://tarotthefool.blogspot.com/2021/07/merdeka-giveaway-by-tarotthefool.html

    ReplyDelete
  24. I tried to layan. Tapi, urgh.. Baik tengok train to busan je la. Haha

    ReplyDelete
  25. Suka juga cerita ada zombi-zombi. Taklah rasa seram sangat.

    ReplyDelete
  26. ramai juga kawan2 yang share cerita ni

    ReplyDelete
  27. Gigi dia mak ai tajamnyaa hahaha. Sokay tiqah jnji tak bosan

    ReplyDelete
  28. sesekali layan 'perangai' zombie ni syok jg relaks kn otak heheeh

    ReplyDelete
  29. Macam menarik jer citer ni..akak baru tgok citer K Drama Doctor John...hehehe..nanti nak tgok la citer ni macam best je

    ReplyDelete
  30. Cerita ni nampak menarik wooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo. Tetapi saya tengah demotivated sikit nak tengok movie/drama

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)