Friday, 15 July 2022

Tahun Ketiga Belas

Assalamualaikum semuanya! Lama betul menghilang. Last post 29 May dan sekarang dah 15 July. Tak ada niat untuk menghilangkan diri, kekangan masa dan idea untuk update blog dan ditambah dengan ujian di mana hujung bulan June, aku berdepan dengan masalah peribadi yang sangat tak mampu untuk aku luahkan di sini. Tak nak olah panjang lebar, nanti nangis lagi HAHAHA. Nanti habis kering air mata aku. Dahlah setiap malam menangis sampai tertidur :')


Macam biasa bila sampai tarikh 15 July, maka bertambah lagi ulang tahun kematian arwah ibu aku. Tahun ni cukup tiga belas tahun arwah ibu aku pergi tinggalkan aku semua. Sekejap je masa berlalu. Memang sekejap sungguh. Sekarang pergi kerja pun rasa cepat sungguh hari berlalu. Mula mula monday blues, eh eh tahu tahu dah hari Jumaat dah! Dunia akhir zaman kan? Sebulan rasa macam seminggu, seminggu rasa macam sehari.


Kalau orang tanya aku, apa kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku, aku akan jawab tarikh 15 July 2009 merupakan tarikh kenangan pahit yang pernah berlaku dalam hidup aku. Kehilangan seorang ibu yang merupakan syurga aku, penguat semangat aku memang cukup pahit sekali. Sampai sekarang masih terasa kehilangan dirinya. 


Jealous ya teman teman bila tengok kawan-kawan atau housemates yang masih ada emak, ibu, mama, mommy. Setiap malam video call tanya khabar masing-masing, tanya apa yang berlaku hari ini, makan apa, sihat ke tidak dan sebagainya. Kita pendam seorang diri jelah. Nak share masalah dengan adik beradik pun rasa macam buang tabiat pulak sebab memang jaranglah share masalah dengan adik beradik hehehe.