Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Friday, 17 September 2021

Pertama Kali Makan Mr Dakgalbi

Selamat Hari Malaysia kepada semua warganegara Malaysia. Moga moga lepas ni tak ada dah yang fikir Sabah dan Sarawak bukan negeri dalam Malaysia lagi. Hehehe. Okey sempena Hari Malaysia atau lagi tepat, sempena meraikan hari pembebasan kakak aku daripada ward department, maka kami semua pergi makan di Mr Dakgalbi.
 
Kakak aku gembira tak terkata bila dah habis kerjanya di ward department. Dia kena duduk di ward department selama lapan minggu dan hari Rabu lepas ialah hari terakhir dia di ward department. Memang gembiralah sebabnya letih teramat duduk di bahagian ward ni. Pukul 6.30 pagi dah masuk kerja, balik pukul 9 malam. Kadang kadang je boleh balik awal. Selebihnya memang balik lewat. 
 
Next department dia kena duduk di ward kanser rasanya. Aku pun tak pasti. Sebetulnya nak meraikan di Seoul Garden tapi bila call, Seoul Garden tak beroperasi lagi sebab tak cukup staff atau staff mereka tak cukup dua dos suntikan vaksin lagi. Jadinya, terpaksalah tukar kepada Mr Dakgalbi. 
 
Sejujurnya ini kali pertama aku makan di Mr Dakgalbi. Well you know me HAHAHAHA, kalau Seoul Garden tu memang dah selalu dah makan. Tapi ini first time nak makan di Mr Dakgalbi. Puas kakak aku cakap 'Ala dik, makanan macam orang Korea makan tu je, macam nasi goreng gitu je.' Akhirnya aku setuju jelah makan dekat situ. Sekali sekala mencuba benda baru kan. Hihihi.
 
 
Menu kami makan semalam. Aku tak tahulah nama apa menu ni tapi ada cheese. Bukan aku yang order, tapi housemate aku yang order memandangkan dia dah selalu sangat makan Mr Dakgalbi, jadi kami (baca: aku dan kakak aku) serahkan kepada yang pakar untuk pilih menu.

Hidangan untuk dua orang sahaja walaupun bertiga. Sebetulnya kami berlima. Tapi lagi dua orang tu duduk meja lain dan order menu lain. Ini bahagian kami bertiga. Ada mi, nasi dan yang pasti cheese. Nampak macam sikit kan kalau tengok dalam gambar, tapi banyak yang sebenarnya. Siap makan mi, staff Mr Dakgalbi gorengkan nasi goreng untuk kami. Tak ada gambar sebab malas nak ambil, segan orang tengok 😂 Ambil mana sempat je. 

First impression; rasa macam makan maggi goreng je teman teman.
 
 
Aku makan dua mangkuk kecil ni dan semangkuk nasi goreng. Kenyanglah sekejap, pastu pusing pusing mall dah lapar balik. Jadi not bad lah Mr Dakgalbi ni, kiranya next time boleh repeat makan lagilah. Tapi tak nak ambil cheese. Aku rasa macam muak sikit makan dengan cheese. 

Thursday, 16 September 2021

Muhammad Arfan Dulu dan Kini

Muhammad Arfan dulu dan kini. My latest anak buah iaitu anak saudara yang kelapan dan merupakan anak kepada kakak kedua aku. Ramai dah ya anak saudara aku 😂 Beginilah jadinya bila abang kakak ramai kan, memang beraturlah anak saudaranya kikiki. Coming soon anak saudara yang kesembilan. Mungkin Januari 2022 akan keluar.

 Muhammad Arfan yang dulu (dalam pantang)


Muhammad Arfan yang kini

Arfan baru siap mandi dalam gambar latest ni. Pakai baju che su belikan. Baju murah murah je che su mampu bagi. Ala baby cepat membesar kan, rasa macam sayang kalau beli baju mahal mahal tapi boleh pakai sekejap je. Better tunggu dia besar dulu, then baru boleh beli baju yang mahal sikit. Sikit jelah, tak boleh banyak banyak 😆

Kalau berminat nak beli baju macam Arfan pakai, boleh beli disini: https://bit.ly/3lgEoio atau disini: https://click.accesstra.de/go/SAx6dsFn
 
Kalau kakak aku baca entri ni mesti membebel sebab letak gambar Arfan yang latest ni. Dia cakap 'anak aku comel kot, ambik elok elok lah gambar Arfan'. Maafkan che su Arfan, comel je Arfan dalam gambar yang paling latest tu hehehe. Masih handsome walaupun tak ada rambut 😛

Saturday, 11 September 2021

Poster Keselamatan Pengubatan Part II

Kalau sesiapa yang masih ingat dalam entri lepas, aku ada minta pendapat korang semua pasal poster yang bertemakan Keselamatan Pengubatan kan, jadi hari ini posternya sudah siap! Bukan poster rasmi lagi sebab kakak ketiga aku tak tengok teliti lagi.

Punyalah gigih tanya korang apa yang perlu aku letak dalam poster, sekali kakak aku cakap buat simple simple je. Semalam dia buat seorang diri. Hari ini aku pula buat seorang diri. Lepas dah tengok poster yang dihasilkan kakak aku macam mana, aku buat poster versi aku sendiri.


Ini yang kakak ketiga aku buat. Seringkas yang mungkin sebab dia dah malas. Janji hantar je dia cakap.


Ini yang aku buat. First komen dari kakak aku, dia cakap macam poster budak-budak. Meriah betul posternya HAHAHA. Kakak aku cakap macam poster budak-budak tapi suruh reserved poster aku buat ni 😆 Takut aku terbagi kepada housemate padahal aku tengok housemates aku tak ada yang buat pun. Macam kakak aku je yang bersungguh sungguh buat hehehe. Mungkin nak dapat markah kot? Aku pun tak pasti.

Aku pun tak ada idea sangat nak buat poster yang tema Keselamatan Pengubatan ni. Kalau tema merdeka banyak bendalah juga boleh letak kan tapi ni poster pasal ubat. Memang tak tahu manalah jawabnya huhuhu.

Pendapat korang macam mana? Any idea untuk ditambah atau dibuang? Colorful sangat ke? Bagi pembaca yang berumur 35 dan ke atas, bila tengok poster kedua ni rasa okey ke tak okey? Boleh serap tak maklumat yang ada dalam poster tu ke dalam diri korang? Atau rasa terganggu dengan penggunaan warna yang terlalu banyak? Jangan segan silu untuk komen ya ;) 

Sementara masih ada masa, bolehlah aku edit lagi mana-mana yang patut. Submission 15 September 2021 ni. Terima kasih ya yang sudi komen! 😉

Saturday, 4 September 2021

Makan Petang Bersama Kuih Ketayap

Previous entri, ada yang salah faham ya pasal poster tu. Ramai ingat itu poster yang aku dah siap buat. Tidak teman teman. Aku tak start buat apa-apa lagi. Previous entri itu aku tulis hanya untuk meminta pendapat apakah yang perlu aku letakkan dalam poster yang bertemakan 'Keselamatan Pengubatan'. Okey abaikan sebab tak penting hahaha. Nanti dah siap buat poster, aku update entri macam aku buat poster kemerdekaan tempoh hari.

Hari ini masih seperti hari-hari sebelum ini. Tak ada yang berubah pun. Rutin harian yang masih sama setiap hari. Dan aku masih bertapa di rumah kakak kedua  aku dari hari Khamis, 19 Ogos 2021 lagi. Tak tahulah bila dia nak hantar aku balik 😂 Pergi rumah kakak kedua untuk cucuk vaksin sebab tempat aku cucuk vaksin ni berhampiran dengan rumah dia.

Empat hari berturut turut rasanya makan cempedak goreng. Nasib baik hari ini dah tak makan cempedak goreng sebab dah naik jemu setiap hari makan. Sebagai pengganti cempedak goreng, kita buat kuih ketayap sebagai makan petang sambil ambil angin diluar rumah. Bukan akulah yang buat, aku tukang tengok je hehehe. Oh ya, ini cerita petang semalam.

Nak buat onde-onde tapi baru teringat tak ada tepung pulut. Jadi buatlah kuih ketayap. Ondeh-ondeh ke onde-onde? Aku selalu eja onde-onde. Korang panggil onde-onde juga ke? Ke panggil buah melaka? Tak kisahlah panggil apa pun, janji sedap! Janji bila gigit onde-onde tu memang ada lah air nisan (gula melaka) bahagian dalamnya. Bukan kosong. 

Okey berbalik kepada kuih ketayap, rupa-rupanya senang je nak buat. Ingatkan susah. Bahan-bahan pun simple sahaja. Aku tak nak lah cakap pasal cara cara membuat kuih ketayap sebab kakak aku pun rujuk resipi chenom. Boleh tengok disini: Resipi Kuih Ketayap. Cumanya, kakak aku tak letak telur sebab dia tengah menyusukan anak. Anak saudara aku pula badan macam naik ekzema sikit.

Friday, 3 September 2021

Poster Bertemakan Keselamatan Pengubatan (Medication Safety)

Semalam ingatkan kakak ketiga aku whatsapp nak cakap pasal poster merdeka tempoh harilah. Rupa-rupanya nak bagitahu yang aku kena buat poster lain lagi sekali! Hampeh! Kali ini poster bukan bertemakan kemerdekaan lagi dah, tapi poster bertemakan 'Keselamatan Pengubatan'. 


Baca disini: Poster Kemerdekaan Negara Part I dan Poster Kemerdekaan Negara Part II


Apa benda tu Keselamatan Pengubatan? Dia pun tak tahu. Tapi aku rasa bukan dia tak tahu apa itu Keselamatan Pengubatan, cumanya dia malas lagi nak terangkan dengan lebih terperinci memandangkan lambat lagi tarikh akhir penyertaan iaitu pada 15 September 2021. Dia pun tahu adik kesayangan dia ni bukannya buat terus. Nanti beberapa hari lagi nak sampai tarikh akhir penyertaan, haa masa itulah baru terhegeh hegeh nak buat. Last minit katakan hehehe.



Poster pasal pertandingan. Tapi bukan poster official daripada pihak penganjur. Aku buat sendiri dekat canva sebab terlebih rajin. Ingatkan nak letak je poster pasal pertandingan yang pihak penganjur sediakan, tapi tak apalah. Alang alang dah buka canva, kita design sekejap. Tak ada masalah.

Thursday, 2 September 2021

Bluetick?

Macam biasalah ketandusan idea untuk menaip sebab tu lately ni macam kurang sikit update entri. Penangan vaksin mungkin kikiki. Tengah tengah scroll Twitter, ternampak ada orang tweet pasal bluetick di WhatsApp. Ting! Terus ada idea untuk blog. Maka terhasil lah entri yang bertajuk 'Bluetick?'.



Bluetick tu yang hujung kanan warna biru dan dekat dengan masa. Itulah namanya bluetick. Benda ni kita boleh pilih nak hide bluetick ataupun tak nak hide. Kalau hide memang tak akan jadi warna birulah. Jadi, kita tak boleh tahulah dia dah baca mesej kita ataupun belum. Tapi kalau tak hide, memang akan bertukar warna biru.

Jenis aku, aku tak hide bluetick dan last seen. Tak suka. Tak tahulah kenapa. Bluetick ni boleh bawa masalah ke? Boleh. Bilamana kita WhatsApp kawan kawan atau sesiapa sahaja, tapi dia sekadar read sahaja. Tak reply. Mesej tak penting tak apa lah kot kan kalau kita read je kan? Tapi kalau mesej penting, menyirap jugalah bila orang tak reply hehehe.

Nak nak masa belajar dulu. Group assignment. Pum pam pum pam kita duk hantar mesej dalam group WhatsApp. Tanya itu. Tanya ini. Minta pendapat itu. Minta pendapat ini. Eh! Last-last semua pakat read je. Tak ada seorang pun yang reply. Tapi ada juga yang jenis tak suka reply dalam group, dia akan personal mesej kita. Yang itu tak jadi masalah as long as dia reply lah juga walaupun personal. Kadang-kadang terasa lah juga bila kena macam tu, rasa macam cakap seorang diri pun ada padahal ramai je ahli dalam group WhatsApp tersebut.

Aku bluetick juga orang yang mesej aku kalau dah tak ada idea sangat nak reply apa, tapi sekarang kalau nak tamatkan perbualan dalam WhatsApp, mesti hantar sticker HAHAHAHA. Kiranya sticker tu penamatlah. Kalau tidak pun, reply 'Hahaha' atau emoji '👍' dan '👌'. Siapa sini suka kumpul sticker? Mesti penuh kan koleksi sticker dalam Whatsapp korang kuikuikui.

Friday, 23 July 2021

21 Tahun Yang Berlalu

Macam aku pernah bagitahu sebelum ni, bulan Julai banyak berlaku kematian dalam keluarga aku, saudara mara aku. Tapi yang aku ingat, kematian arwah mak dan arwah abang aku sahaja. Kalau arwah mak aku dah 12 tahun berlalu dari tarikh kematiannya, arwah abang aku pula 21 tahun sudah berlalu. 


23 Julai 2000 - 23 Julai 2021. 21 tahun yang berlalu. Cepat betul masa berlalu kan? Arwah abang aku yang meninggal ialah anak sulung dalam adik beradik aku. Meninggal pada usia yang muda iaitu sewaktu berumur 24 tahun akibat kemalangan jalan raya. Abang accident seorang diri. Tak ada kena langgar atau dilanggar kenderaan lain. 

Abang terbabas seorang diri masa naik motosikal kepunyaan kawannya. Motor RXZ kalau tak silap aku. Motor kegilaan remaja muda mudi suatu ketika dahulu. Aku rasalah motor kegilaan ramai sebab tahun 2000, aku baru berumur tiga tahun.

Arwah abang on the way balik rumah, tapi itulah bila dah ajal. Macam macam boleh berlaku kan? Jarak di antara tempat kemalangan dengan rumah arwah nenek dekat gila. Memang dekat sangat. Dan arwah abang meninggal di klinik kesihatan. 

Abang aku meninggal pun aku tak faham lagi. Pergi tanya arwah mak, kenapa abang amir berbalut serba putih. Najihah oh najihah hahaha. Tengok arwah mak menangis, pergi tanya kenapa menangis. Gigih kesat air liur di muka sebab nak nampak kita menangis padahal tak. Hahaha. Kita manalah reti bahasa lagi masa umur tiga tahun 😅

Aku tak sempat nak bermanja dengan abang aku yang sulung ini sebab dia pergi dalam usia yang muda. Eh bila fikirkan balik, aku pun sekarang 24 tahun. Memang muda sangat. Tapi itulah, ajal tak mengenal usia. Muda ke tua ke, bila Allah dah tetapkan kita hidup sampai umur sekian sekian, maka sampai umur sekian sekian, tamatlah riwayat hidup kita.

Ada juga rasa sedih dihati sebab tak banyak kenangan dengan arwah abang. Kami tak membesar bersama sebab arwah abang tinggal dengan nenek, aku tinggal dengan mak ayah dan adik beradik lain di rumah lain. Tapi aku masih bersyukur, masih punya tiga orang abang yang lain dan tiga orang kakak. Tak dapat kasih sayang dari abang sulung, dapat dari abang kedua, ketiga dan keempat pun alhamdulillah. Tak dilupakan juga, kasih sayang dari kakak kakakku.

Al fatihah Mohd Syamrul Amir,
25 September 1977 - 23 Julai 2000
Semoga arwah abang amir ditempatkan dalam golongan orang orang yang beriman. Aamiin aamiin ya rabbal alamin.  

Thursday, 15 July 2021

12 Tahun Sudah Berlalu

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih dapat celik) dah 12 tahun berlalu. Rasa macam baru beberapa tahun, tapi kenyataannya dah 12 tahun berlalu.


15 Julai 2009 - 15 Julai 2020. Masa yang tercatat dalam sijil kematian, tepat pada pukul 11.15 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Ya, hari ini cukup 12 tahun pemergian arwah mak aku. Kalau bulan Julai ini, memang banyak kematian yang berlaku dalam keluarga dan sanak saudara aku. Tapi ada yang aku ingat dan kenal, dan ada yang aku tak ingat, tak kenal tapi dengar kakak dan abang aku bercerita. Yang bezanya, tahun meninggal sahaja. 

Pergi yang tak akan kembali. Perpisahan yang kekal abadi. Walaupun pada permulaan susah nak terima, tapi lama-lama tetap kena redha. Allah lebih sayangkan arwah mak aku. Walaupun 11 tahun 7 bulan sahaja dapat membesar bersama sama arwah mak, itupun sudah cukup membahagiakan.

Ada yang jauh bernasib malang daripada aku, ada yang tak sempat nak membesar bersama sama ibunya, mungkin sebab ibunya meninggal ketika bersalin dan sebagainya. Apa-apapun, kita yang masih hidup tetap kena redha dengan takdir yang telah Allah tetapkan di Loh Mahfuz lagi.

Sebetulnya arwah mak dah nazak hari Sabtu malam Ahad sebelum 15 Julai 2009, tapi masih dipanjangkan umur untuk beberapa hari. Mungkin bagi peluang kepada sanak saudara yang duduk jauh untuk pulang ziarah arwah mak buat kali terakhir? Aku pun tak pasti huhuhu.

Masa arwah mak nazak hari Sabtu malam Ahad, kami sekeluarga tak tidur. Memang masa itu, orang cakap, nyawa arwah mak dah berada di hujung hujung dah. Tapi aku dengan kakak ketiga dah mengantuk macam apa, dah tersengguk sengguk di kaki arwah mak, tapi tak boleh tidur. Campur dengan menangis lagi, mata bengkak tak payah cakaplah. Baca yassin pun dah tak berapa betul sebab tersedu sedu akibat menangis. 

Ayah dan abang kakak aku yang lain marah kalau kami tidur sebab mungkin itu peluang  terakhir yang ada untuk kami bersama arwah mak. Sampailah pukul tiga atau empat pagi, tiba-tiba arwah mak macam sedar sepenuhnya. Macam tiba tiba sihat. Memang rasa lega gila bila tengok arwah mak dah bernafas macam biasa.

Hari Ahad, Isnin, Selasa, kami bagi apa saja yang arwah mak nak makan. Makanan yang memang dia pantang sepanjang dia sakit, kami bagi saja makan. Biarlah, sebab arwah mak memang dah lama nak makan. Dan kami tak pasti berapa lama lagi arwah mak dapat bertahan. 

Hari Rabu, arwah mak nak sangat pergi jumpa ustaz yang biasa dia jumpa. Pagi pagi buta lagi dah pergi. Aku tak ikut sebab nak pergi sekolah, tak sangka pula itu hari terakhir arwah mak aku akan hidup. Aku celik sekejap saja mata pagi itu, nampak arwah mak tengah duduk atas kerusi roda, kakak sulung aku tengah siapkan arwah mak pagi itu.

Dipendekkan cerita, arwah mak meninggal di hospital. Abang kedua aku datang jemput aku di sekolah. Tengah belajar, tiba tiba kerani sekolah cakap ada orang nak jumpa aku. Aku pelik, siapalah nak jumpa aku kan? Kemas beg sekolah, keluar pintu kelas, dari jauh nampak abang kedua aku tengah berdiri sambil bercakap dengan guru penolong kanan kalau tak silap aku. 

Masa dalam kereta, baru abang aku beritahu, arwah mak dah tak ada. Menangis? Itu pasti. Takkan bergembira pula kan? Hahaha. Sampai rumah, tukar baju, kemas rumah dan apa-apa yang patut, tunggu arwah mak sampai dari hospital. Dalam sejam lebih juga rasanya perjalanan dari hospital ke rumah aku pada masa tu. 

Part paling tak boleh tahan masa nak cium arwah mak buat kali terakhir. Ayah pesan, jangan jatuhkan air mata. Like susah weh! Memang tengah menangis kot masa tu, nampak arwah mak berbalut serba putih, mahu tak menangis? Tapi berjaya juga cium tanpa jatuhkan air mata walaupun puas seka air mata daripada menitik.

Punca kematian? 

Advanced Ovarian Cancer Stage IV with Lung and Bowel Metastasis

Kanser Ovari Tahap Empat dengan paru paru dan usus. Kanser ovari tahap empat bermaksud barah dah merebak ke organ tubuh lain yang agak jauh dari ovari iaitu hati atau paru paru. 


Sumber: Cancer Research UK

Macam aku pernah beritahu sebelum ini, arwah mak dah dua kali melakukan pembedahan dan 18 kali kimoterapi. Kalau tak silap aku 18 kali, tapi memang banyak kalilah arwah mak buat kimoterapi. Kepala botak itu perkara biasa hahaha. Buat nestum panas sikit pun kena marah HAHAHA. Tapi kita kena faham, orang sakit ini memang dah tak fikir benda lain dah selain penyakit yang ada pada dirinya. Dan mungkin, fikir anak-anak. 

Arwah mak bertahan selama tujuh tahun atas sebab nak tengok anak anak membesar. Yang dah besar tak risau mana sebab dah reti jaga diri, yang kecil kecil macam aku, kakak ketiga dan abang keempat masih kategori remaja. Masih memerlukan perhatian seorang ibu. Jadi, mungkin sebab itulah arwah mak berjaya juga bertahan selama tujuh tahun walaupun doktor sendiri cakap arwah mak hanya mampu bertahan sekejap sahaja bila arwah mak mula dikesan menghidapi penyakit kanser ovari tahap empat.

Arwah mak cik aku pun meninggal sebab kanser, kalau tak silap aku kanser antara lapisan perut. Kanser yang agak rare kalau tak silap aku. Bertahan dalam beberapa bulan sahaja. Tapi arwah mak cik baru lagi meninggal, kalau tak silap tahun 2015. 


Kubur yang sudah lama tak diziarahi. Last aku pergi kubur, raya tahun lepas. Tahun ini raya tak boleh rentas daerah, jadinya tak boleh nak ziarah. Tapi tak apa, janji jangan lupa kirimkan doa untuknya yang berada di alam sana. 

Tak cabut rumput sebab orang cakap biarlah, rumput akan doakan untuk orang yang berada di dalamnya. Betul tak? Tapi kalau rumput panjang sangat, cabut juga sikit sikit, tapi tak adalah bagi clear terus. Ada tinggal sikit sikit. 

Rindunya ya Allah. Rasa nak peluk lama lama arwah mak. Nak cakap, adik sayang sangat sangat dekat ma. Ma yang sangat baik, yang sempurna di mata adik. Maaf ya, terluah perasaan sekejap. 

Aku selalu pesan, siapa yang masih ada mak ayah itu, peluk cium lah puas puas, biar mak naik rimas. Sebab nanti bila mereka dah tak ada, dah tak boleh peluk cium dah. Jadi, cepat peluk cium mak ayah sekarang ini hehehe.

Dan pada kesempatan ini, aku nak minta yang baca entri ini untuk sedekahkan Al Fatihah untuk arwah mak aku yang bernama Hasfiah Othman. 

Al Fatihah Hasfiah Othman,
29 Disember 1954 - 15 Julai 2009 

Rindu itu pasti. 

Satu nama tetap tersemat dihati, tetap terlakar indah di sanubari, tetap kukenang sampai ke mati, tetap kusayang sepenuh hati, walaupun jasadmu sudah bersemadi, walaupun dirimu sudah tiada lagi, kerana dirimu tiada pengganti 💛

Tuesday, 6 April 2021

Nasib Si Adik Bongsu

Nasib Si Adik Bongsu | Siapa sini anak bongsu dalam keluarganya? Angkat tangan 🙋 Kita geng! Anak ke-lapan daripada semestinya lapan orang. Dah namanya anak bongsu hehehe. Abang sulung meninggal dunia since 2000 so tinggal tujuh orang jelah laginya. Kalau termasuk abang sulung, aku ada empat orang abang dan tiga orang kakak. Jadi sekarang, tinggal tiga abang jelah lagi. Okey apa kaitannya dengan nasib si anak bongsu ni?



Inilah yang aku maksudkan hahaha. "We found you in the dustbin." Nasib dimana bila orang tanya, aku ni anak siapa? Asal muka tak sama dengan adik beradik lain? Abang sulung dengan kakak kedua muka chinese look, mata sepet. Yang kakak ketiga sama dengan abang kedua dan lain lain lagi. Bila tang aku, tak ada ikut siapa siapa pun, kecuali tahi lalat atas bibir, orang cakap ikut arwah toki. Tapi tahi lalat je? :(


Dulu masa aku kecik, kakak aku selalu cakap, arwah mak aku kutip aku dekat tong sampah, eh sumpahlah aku nangis masa tu 😂 Yelah, budak budak kan, manalah tahu dia tu bergurau ke serius HAHAHA. Lepas tu, bila dah kakak cakap macam tu, terus pergi tanya arwah mak. Arwah mak pun main peranan, pergi cakap "betullah tu, ma kutip adik kat tepi tong sampah." Maka berlarilah aku ke dalam bilik tidur sambil menangis dan terus lock pintu.


Tapi bila dah besar ni, kalau kakak aku cakap macam tu, aku sengeh kerang busuk jelah. Tahu dah dia bergurau. Takkan nak menangis lagi macam zaman budak budak dulu kan hehehe. Tak apalah tak muka sama pun dengan adik beradik lain, janji dalam surat beranak aku, memang nama arwah mak dan ayah aku hohoho.  


Dulu kalau merajuk, lari masuk bilik. Tunggulah sampai arwah mak datang pujuk. Tulis surat then selit bawah pintu biar arwah mak baca. Tulis "ma dok sayang adik, aboh je sayang adik." Yelah ayah aku jaranglah nak marah sebab aku tak membesar dengan ayah. Ayah kerja kat Kuala Lumpur since aku kecik lagi. Kalau jumpa pun time raya, kadang ayah balik sebulan sekali gitu. Kadang tu, arwah mak tak pujuk pun, sebab dia tahu aku akan keluar jugak dari bilik. Yelah, nak kencing, makan, memang tetap kena keluar bilik jugak HAHAHA.