Saturday, 2 October 2021

Bulan Oktober Bulan Permulaan Hidup Baharu


Bukan niat diriku untuk menyepi, apatah lagi menghilangkan diri, cuma sedikit busy membuat persiapan diri untuk hidup sendiri. 
 
Sesuai dengan tajuk entri kali ini, bulan Oktober ialah bulan pertama bagi aku untuk memulakan hidup sendiri di tempat baru iaitu di Putrajaya. Alhamdulillah, hari Isnin lepas aku ada dapat tawaran bekerja dan aku bersetuju untuk terima tawaran kerja tu walaupun lari bidang dari apa yang aku belajar dari diploma sampai degree hehehe.
 
Tak apalah, kita cuba dulu. Cari pengalaman. Tanya family, family pun okey sahaja. Family pun suruh pergi je. Yang penting, pengalaman. Memang rushing jugalah sebab last minit dapat tawaran dan kena lapor diri hari Jumaat (01/10/2021) tapi aku minta tangguh. Jadi, hari Isnin depan yakni 04 Oktober 2021, aku akan laporkan diri buat pertama kalinya.
 
Aku bertolak dari Terengganu ke Putrajaya pada hari Jumaat semalam. Sampai Putrajaya, terus masuk bilik sewa. Abang kedua aku memang tinggalkan aku seorang diri dekat bilik sewa ni 😂 Abang, kakak ipar dengan anak saudara menginap di hotel. Tapi, tak ada masalah pun. Boleh lah aku sesuaikan diri dulu kan? Hehehe.
 
Jujur aku cakap, berat hati nak pergi awal awal sebab dah terbiasa duduk dengan kakak ketiga. Kakak ketiga aku pun macam tak bagi aku pergi, suruh aku duduk je di Terengganu. Cari kerja di Terengganu je. Tak payah lah pergi Putrajaya, katanya. Masa menaip ni pun rasa sayu sekejap mengenangkan kakak ketiga aku. Rindu. 
 
Ini kalau dia baca, memang kaw kaw kena ejek HAHAHA. Kakak kedua aku cakap, "Pergi lah dik, cari pengalaman. Jangan fikirlah si kakak ketiga tu, nanti kahwin, mu tetap kena tinggalkan dia juga.
 
Nervous. Takut. Dan macam macam lagi. Harap harap aku dapatlah bekerja dengan baik. Dapat buat kerja dengan baik. Moga moga semuanya akan baik baik sahaja. Doakan saya teman teman! Dan nanti aku blogwalking ya blog semua orang, mungkin akan ambil masa sedikit tapi aku akan usahakan juga ;)

24 comments

  1. Tahniah An dah dapat kerja. Takpe, bila lagi nak berdikari. Betul kata kakak tu, nanti² terpaksa jugak berjauhan dengan kakak No.3. hehe...

    Apa² pun semoga urusan An dipermudahkan hendaknya. Aamiin...

    ReplyDelete
  2. Tahniah tiqah.. Putrajaya area mana tiqah??? Semoga tiqah berjaya menempuh suasana baru

    ReplyDelete
  3. Hehe jauh merantau. Alhamdulillah dapat peluang kerja jangan dilepaskan. Semoga berjaya ya.
    Nanti cerita terperinci di kawasan baru.

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. tahniah buat Atiqah. Semoga hijrah ini yang terbaik buatmu, dik. Semoga dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam peliharaan-Nya.

    ReplyDelete
  5. Tahniah, Atiqah. Lari bidang tak pe. Yang penting dapat pengalaman dulu. Doakan saya juga dapat tawaran kerja tak lama lagi.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, seronok ikuti perjalanan kehidupan berdikari Atiqah. Tahniah, moga dipermudahkan urusan dan dilindungi Allah swt, Aameen.

    ReplyDelete
  7. Tahniah...kerja elok2,rajin2,jaga diri ya

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah..Kalau dah ada rezeki kat situ, teruskan. Semoga Atiqah baik baik di tempat tinggal baru dan kerja baru.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah...tahniah Atiqah...Betul..ini satu keputusan yang bijak...bagus mencari pengalaman di tempat orang...nanti dah selesa ke apa boleh la kita jumpa...

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah. Tahniah. Semoga cepat sesuai kan diri ditempat bekerja, dpt kawan baru yg best2

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Tahniah. Selamat bekerja. Jaga diri.

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah tahniah dah dapat job di perantauan. All the best dan semoga maju jaya! Putrajaya best kot tempat dia. Haha Nanti dah dapat alamat jangan lupa wassep Aien tau. ^^

    ReplyDelete
  13. Salam bulan oktober tiqah . Alhamdulillah , tumpang gembira sekali . Semoga akan ada rezeki yang bakal datang lagi pada bulan oktober

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah.. tahniah atiqah! selamat maju jaya..
    semoga baik2 je di tmpt baru..
    cr pengalaman byk2.. nt bru blk keje kat teganu.. =)

    ReplyDelete
  15. Tahniah Atiqah. Welcome to Putrajaya. Selamat bekerja. Semoga dipermudahkn urusan. Jaga diri OK. Awal-awal nak belajar hidup sendiri memang susah, tapi pengalaman itu akan ajar awak lebih matang nanti.
    P/s : akak selalu lepak Putrajaya, kalau nampak tegur lah kite. Hehe

    ReplyDelete
  16. Tahniah dapat kerja sudah. Putrajaya! Saya aim nak kerja dekat putrajaya juga. Sebab Putrajaya terasa indah gitu

    ReplyDelete
  17. Wah tahniah. Jadi orang keyel(KL) lah pasni😁. Semoga lancar penjalanan Tiqah di tempat baru😊💕.

    ReplyDelete
  18. wahhh tahniah tahniah! putrajaya kt mana tu? mn tau bleh ajak lepak2 kat IOI nnt x pun kat alamanda ;-)

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, permulaan hidup baru, teruskan berjuanggggggg! Gituhh

    ReplyDelete
  20. Tahniah AN.
    InShaAllah doa yang baik-baik, minta yang baik-baik akan datang yang baik-baik juga.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah.. Tahniah Atiqah.. good luck dan semoga dipermudahkan segala urusan Atiqah...

    ReplyDelete
  22. Semoga semua urusan dipermudahkn AN :)

    ReplyDelete
  23. Welcome to Putrajaya. Takpe. Merantau kat tempat orang, boleh kumpul pengalaman berharga. Putrajaya takde lah hiruk-pikuk macam KL dan Selangor. Senang je nak adept nanti tu.

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)