Tuesday, 12 October 2021

Akaun Adsense Temporarily Suspended

 
Ya teman teman. Rentetan adsense mencanak naik beberapa hari yang lepas, akhirnya pada hari jadi aku iaitu semalam, aku dapat email daripada pihak Google Adsense yang menyatakan bahawa akaun adsense aku suspended selama satu bulan bermula 09 Oktober hingga 08 November 2021. 

 

Betul lah apa yang aku rasa. Memang betul apa yang aku risaukan dan jangkakan iaitu akaun adsense akan suspended. Dan memang betul-betul terjadi 😂 Akaun kena suspended ni pernah berlaku dekat blogger Kak Shida. Punca akaun suspended adalah kerana multi clicking iaitu satu atau lebih pengguna click iklan di blog dengan berulang ulang kali. 

 

Tak apalah kan? Nak buat macam mana? Cuba positifkan diri hahaha. Harap harap sebulan jelah akaun kena suspended. Moga moga tak berulang lagi sekali pada masa akan datang. Walaupun dah kerja, tak bermaksud aku akan lupakan blog aku. Adsense masih penting untuk aku as sumber pendapatan yang kedua walaupun tak cashout 100 USD setiap bulan pun. 

 

Ngam ngam hari jadi aku 10 Oktober, aku dapat email ni. Spoiled mood sikit sebab iyelah bukan senang nak lulus adsense ni tiba tiba suspended. Ish lah siapalah yang duk click iklan kat blog aku ni. Jahat betul kome ye. 

 

Aku tengok negara yang mostly click iklan di blog aku ialah United States dan juga Indonesia. Kalau United States tu memang beratus ratus yang click. Kalau pihak Google Adsense ada jumpa lagi policy violations sama ada dalam tempoh suspension ataupun selepas suspension tamat, besar kemungkinan akaun adsense aku akan disabled buat selama-lamanya. 

 

Tapi tak apalah, tunggu jelah sampai habis tempoh suspension ni, sampai 08 November. Kita tengok macam mana ya :') Kalau disabled forever pun nak buat macam mana kan? Kita menulis macam biasa jelah kikiki.

24 comments

  1. Alahu Akhbar. Pulak dah... Siapala yang punya kerja. 😔

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, itu bukan kita buat. Bukannya kita klik iklan sendiri. Negara lain yang buat.

    ReplyDelete
  3. GA ammi masa kat blog lama pun tiba2 disabled. Tak kuasa nak merayu2. Lantaklah nak disable ke apa..bajet bagus je GA ni. Hahahha.. Boleh camtu?

    ReplyDelete
  4. Huhu... benda mcm nie lah yg kita nak elak juga sebenarnya.. semoga adsense kembali pulih..

    ReplyDelete
  5. Kenapa jd mcm tu ya
    Bimbang jgk rabia ni
    Ada yg ckp jgn click iklan sendiri kan

    ReplyDelete
  6. Bahaya jugak bila jadi macam ni. Harap lepas ni takde masalah lah.

    ReplyDelete
  7. ala lamanya sebulan.. arap sabar ye atiqah..
    insyaAllah akan ok lepas ni..
    jgn ptus semangat utk berblog ok.. =)

    ReplyDelete
  8. Laaa..baru ja seronok baca akaun add mencanak naik hari tu..sabar ja la..mudah2an pulih seperti biasa lps sbln..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah..
    seriouslah? Pelik jugak banyak dari sana. kalaulah adsense bagitahu entry mana dan dari mana klik tu secara details dapat jugak kita ubah. At least warning ke apa kan. Ini terus suspend. Aduhaiii..
    Lama jugak sebulan tu. Sabar ye Atiqah. Keep writing okay.

    ReplyDelete
  10. memang ada ye jenis sengaja klik adsense orang utk sabotaj ni. seram pulak rasa.

    ReplyDelete
  11. Allahu Akbar, tue yang risau bila akaun kita suspended, kan.. Insha Allah semoga suspended nie hanya berlaku sementara saja, apapun hati-hati..

    ReplyDelete
  12. iklan di blog sy x de pun org sudi klik. 0 je memanjang. lagi sakit hati. iklan2 tu sekadar hiasan semata2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah dengan saya abam kie. Hari2 Adsense kosong jer.Hu3

      Delete
  13. Ish.. Tu pasal risau kalau banyak viewer oversea ni. Entah sape-sape la. Semoga akaun Asense Atiqah akan kembali.

    ReplyDelete
  14. hurmmm...akhirnya up jugak post ni. sabar jelah Tiqah. Banyak songgeh GA ni kan. Nampak macam yang tukang klik tu saja2 nak buat sabotaj. Gila ke apa...

    ReplyDelete
  15. Allahu. Ini yang blogger nak elak kan.. Atiqah kuat semangat. In sya Allah nanti pulih semula. Aamiin.

    ReplyDelete
  16. wAhduhhh! Gawat niii!
    Jangan ler suspended lagi....Dun gibap, kipidapppp ya...

    ReplyDelete
  17. Lepas ni AN lebih kena berhati2 bila update entri..byk dr sana mesti entri anime..xpe sebulan tak lama pejam celik je,yg penting terus menulis jgn down ok! GA ni dia nk test new user mcm kita ni..keep wrtiting sbb depa pantau juga nnt!

    ReplyDelete
  18. Aduhaiiii...sygnyaaa....baru je iklan tu kan..sape la yg duk click2 iklan tu..sabar jer la Atiqah...semoga suspended kejap je...jangan la disabled buat selamanya..

    ReplyDelete
  19. tu lah risau jugak bila tengok banyak kes macam ni sekarang. Haritu dah kena dah, memang murung jadinya. Be strong tiqah

    ReplyDelete
  20. saya tak pernah buat adsense n taktau camne nak buat haha. tetiba rasa rugi 10 tahun berblogging tapi tak pernah dapat income dari blog xD
    if suspended, duit yg sebelum ni masuk tu hilang semua ke? harap lepasni dia okay balik

    ReplyDelete
  21. Aduh risau pula kalau kena macam ni, entri nampaknya kena melayu kan sikit lah gini. Biar view dari Malaysia dan indonesia

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)