Macam biasalah ketandusan idea untuk menaip sebab tu lately ni macam kurang sikit update entri. Penangan vaksin mungkin kikiki. Tengah tengah scroll Twitter, ternampak ada orang tweet pasal bluetick di WhatsApp. Ting! Terus ada idea untuk blog. Maka terhasil lah entri yang bertajuk 'Bluetick?'.
Bluetick tu yang hujung kanan warna biru dan dekat dengan masa. Itulah namanya bluetick. Benda ni kita boleh pilih nak hide bluetick ataupun tak nak hide. Kalau hide memang tak akan jadi warna birulah. Jadi, kita tak boleh tahulah dia dah baca mesej kita ataupun belum. Tapi kalau tak hide, memang akan bertukar warna biru.
Jenis aku, aku tak hide bluetick dan last seen. Tak suka. Tak tahulah kenapa. Bluetick ni boleh bawa masalah ke? Boleh. Bilamana kita WhatsApp kawan kawan atau sesiapa sahaja, tapi dia sekadar read sahaja. Tak reply. Mesej tak penting tak apa lah kot kan kalau kita read je kan? Tapi kalau mesej penting, menyirap jugalah bila orang tak reply hehehe.
Nak nak masa belajar dulu. Group assignment. Pum pam pum pam kita duk hantar mesej dalam group WhatsApp. Tanya itu. Tanya ini. Minta pendapat itu. Minta pendapat ini. Eh! Last-last semua pakat read je. Tak ada seorang pun yang reply. Tapi ada juga yang jenis tak suka reply dalam group, dia akan personal mesej kita. Yang itu tak jadi masalah as long as dia reply lah juga walaupun personal. Kadang-kadang terasa lah juga bila kena macam tu, rasa macam cakap seorang diri pun ada padahal ramai je ahli dalam group WhatsApp tersebut.
Aku bluetick juga orang yang mesej aku kalau dah tak ada idea sangat nak reply apa, tapi sekarang kalau nak tamatkan perbualan dalam WhatsApp, mesti hantar sticker HAHAHAHA. Kiranya sticker tu penamatlah. Kalau tidak pun, reply 'Hahaha' atau emoji '👍' dan '👌'. Siapa sini suka kumpul sticker? Mesti penuh kan koleksi sticker dalam Whatsapp korang kuikuikui.
Social Icons