Showing posts with label Indian. Show all posts
Showing posts with label Indian. Show all posts

Wednesday, 4 August 2021

Indian Movie: Mimi


Sinopsis:


Mengisahkan seorang wanita bernama Mimi yang menjadi ibu tumpangan kepada pasangan suami isteri dari Amerika yang bernama John dan Summer. John dan Summer pergi ke Rajasthan untuk mencari seorang wanita muda yang sihat untuk menjadi ibu tumpangan kerana Summer tidak mampu untuk melahirkan anak. 


Bhanu yang merupakan seorang pemandu teksi merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Mimi kepada John dan Summer. Mimi yang bercita cita ingin menjadi seorang artis Bollywood yang terkenal seperti Priyanka Chopra tapi mempunyai masalah kewangan dan akhirnya bersetuju untuk menjadi ibu tumpangan selepas mendapat tahu bahawa bayaran yang bakal diterima daripada pasangan suami isteri tersebut adalah sebanyak 20 lakhs.


Tetapi, satu berita yang disampaikan oleh doktor yang bertanggungjawab terhadap kandungan Mimi telah menyebabkan John dan Summer melarikan diri dari Mimi. Apakah beritanya? 


Sinopsis tamat.


Punyalah bosan tak tahu nak buat apa sebab laptop tak ada, habis dicarinya cerita yang best best untuk ditonton. Bukan setakat cari, siap tengok sampai habis lagi hahaha. 


Jaranglah aku nak tengok Bollywood movie ni, tapi memandangkan ramai yang review dan recommend cakap best, jadi apa salahnya kita tengok kan? Hehehe.


My honest opinion, not bad. Boleh diterima. Mula mula sebelum aku start tengok, aku fikir mesti bosan. Tapi aku silap. Memang tak boring.


Sedih. Sedih ke? Sedih lah juga dekat sesetengah part bila John dan Summer tahu yang anak mereka yang dikandungkan oleh Mimi berkemungkinan akan cacat. Syndrome down. Mereka berdua langsung tak fikirkan si Mimi yang tengah bawa anak mereka. Terus cabut lari balik Amerika. Tak sanggup terima kalau anak mereka cacat. Tak nak jaga.


Like hello? Anak tu anak kau, bukan anak Mimi. Mimi cuma tolong kandungkan sahaja. Sudahlah tak bincang empat mata dengan Mimi, tahu tahu tak boleh dihubungi dah. Mimi tu baru 25 tahun. Cita cita nak jadi artis Bollywood tak tercapai lagi. Tapi mujurlah family Mimi boleh terima walaupun pada awalnya Mimi tipu mereka. Walaupun sedih bila dapat tahu Mimi menipu mereka, tapi lama lama mereka boleh terima. 


Ayah Mimi dah canang dekat semua orang dah, cakap nanti Mimi jadi artis terkenal. Punyalah excited dan gembira bila Mimi cakap akan berlakon dalam movie hebat selama sembilan bulan. Cakap nak pergi shooting movie, padahal pergi duduk rumah kawan Mimi iaitu Shama. 


Tapi kelakarlah juga bila pemandu teksi si Bhanu tu terpaksa jadi suami Mimi sebab Mimi mengaku yang Bhanu tu ayah kepada anak dalam kandungannya. Bhanu tu dah berkahwin, tapi terpaksa berlakon jadi ayah kepada anak dalam rahim Mimi. 


Mimi tak nak bagitahu yang anak tu anak pasangan suami isteri America tu. Dan sampailah satu hari Mimi bersalin, keluar bayi lelaki. Tak nampak langsung muka Indian 😂 Iyelah dah mak ayah kandungnya dari Amerika. Habis semua orang macam "aikkk" bila tengok anak Mimi. Putih. Memang muka orang Amerikalah. 


Dan lepas melahirkan Raj (nama anak Mimi), mak ayah Mimi maafkan semua kesalahan Mimi. Raj tu memang bawa kebahagiaan dalam hidup mereka semua. 



Tapi itulah, sepandai pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Akhirnya mak ayah Mimi tahu yang Raj itu bukan anak Mimi dan Bhanu. Mereka tahu pun lepas diserang oleh isteri Bhanu. Mimi terpaksa mengaku juga lepas Bhanu merayu suruh jelaskan perkara sebenar.


Tiba tiba, John dan Summer datang ke rumah Mimi. Nak ambil Raj. Part ni geram betul. Dah tahu Raj normal, tak syndrome down, eh terus nak claim anaknya. Masa tahu dari doktor tempoh hari, bukan main menangis tak nak terima anak tu. Dasar. Hahaha.


Siap contact lawyer lagi sebab Mimi berkeras tak nak bagi Raj kepada mak ayah kandung Raj. Tapi nasib baik, Raj tak jadi diambil oleh John dan Summer. Sebab apa? Sebab John dan Summer tengok Mimi memang betul betul sayangkan si Raj walaupun bukan darah dagingnya. Last last, John dan Summer ambil anak angkat perempuan. 


Nasib baik tak ambil Raj dari Mimi. Mimi punyalah sayang dekat Raj walaupun bukan anak kandungnya sendiri. Bela dan jaga macam anak sendiri. Keluar dari rahim Mimi kan, tipulah tak sayang kan? Semua orang tahu rasanya betapa sakitnya nak bersalin. Contraction lagi. Uishh, nak cakap lebih lebih pun tak ada pengalaman lagi kikiki. Tapi dengar kakak sulung bercerita, kawan kawan yang dah pernah beranak, memang seram! 


Apa apa pun, itu semua dari pandangan aku sendiri. Nak tahu, boleh tonton di Netflix! Selamat menonton! 


Nota jemari: Maaf ya, masih belum boleh blogwalking lagi :/