Penulisan Aiman Psikologi yang dikongsikan di laman twitter miliknya.
Lelaki dan Perempuan.
Tak ada shemale dan seangkatan dengannya tahu. Keliru aku sekarang bila nak isi sesetengah borang online yang tanya jantina, ada option
Seriously? Ada lagi ke jantina lain selain daripada dua kategori tersebut? Back to the topic, lelaki dan perempuan. Dua jantina yang berbeza. Bukan beza tubuh badan sahaja, tapi berbeza juga dari segi psikologi dan cara pemikiran. Tapi entri kali ini bukan nak cakap pasal generalisasi, stereotaip dan sexist tapi hanya sekadar populasi umum sahaja.
Nak faham psikologi lelaki dan perempuan, penting untuk faham dari perspektif Evolutionary Psychology. Maksudnya, kena faham psikologi, biologi dan fisiologi otak manusia yang berubah sejak awal zaman lagi.
Lelaki: Pemburu keluar cari binatang
Perempuan: Duduk di gua dan jaga gua
1. Kaum hawa atau perempuan lagi banyak berfikir dan tidak fokus. Menurut Aiman, hal ini disebabkan oleh informasi dalam otak perempuan bergerak antara otak kiri dan kanan dengan laju. Terbalik dengan kaum adam atau lelaki, lelaki lagi banyak fokus dalam satu sisi sahaja.
2. Corpus callosum ialah tisu panjang penyambung otak kiri dan kanan. Corpus callosum perempuan lagi tebal kalau nak dibandingkan dengan lelaki, jadi transfer rate perempuan lagi cepat berbanding lelaki. Sebab itu, perempuan hebat dalam task-switching. Tapi lelaki power dalam bab kefokusan.
3. Parietal Lobe. Parietal lobe lelaki lebih luas permukaan berbanding perempuan. Apa fungsi parietal lobe tersebut?
Fungsi dia untuk Spatial Intelligence, kefahaman ruang 3D, jarak, nagivasi dan lain lain. Sebab itu, lelaki lagi bagus baca peta, parking lagi cepat berbanding perempuan.
4.
Bird eye view dan
Spesifik. Lelaki memandang dengan bird eye view yang bermaksud lebih menyeluruh (globally) manakala perempuan memandang dengan speisifik (itemised).
5. Saraf sentuhan. Lelaki lagi banyak saraf sentuhan kalau dibandingkan dengan perempuan, sebab itu dia mudah geli atau sensitif. Sebaliknya dengan perempuan yang kurang sensitif. Jadi, bila jalan dengan kawan 10 orang semua pegang tangan, tak ada masalah.
6. Cone cells. Cone cells di mata perempuan lagi sensitif (part kenal warna). Masa zaman purba, waktu berjaga gua, perempuan mudah kenal buah, tumbuhan, beracun ataupun tidak.
Kalau lelaki, semua nampak oren sahaja. Kalau perempuan, dia akan nampak papaya, peach, apricot, carrot, tangerine dan macam macam lagi.
7. Receptor. Receptor di mata lelaki lagi lebih sensitif pergerakan dan pandangan jarak jauh, sesuailah dengan konsep pemburuan.
8. Dalam Parietal Lobe otak kita ada grey matter. Fungsinya ialah untuk memproses bahasa, emosi dan perasaan. Jadi, parietal lobe di otak perempuan lagi BESAR daripada lelaki.
Jadi faham kan, bila dah parietal lobe besar, jadi banyak benda lah dia proses 😂
9. Otak kita semua ada Protein Foxp2. Juga dikenali sebagai language protein. Dan, perempuan lagi banyak protein ini dalam otak mereka. Boleh dianggarkan, kuota perkataan harian perempuan dalam 13k hingga 20k lagi banyak daripada lelaki.
Jadi, jangan hairan kalau perempuan banyak cakap (membebel). It is SCIENCE!
10. Tunnel vision. Lelaki fokus ke depan dan nampak jauh. Tapi perempuan peripheral vision, dia nampak dekat tapi sekeliling. Sebab itu lelaki boleh pandu kereta dalam keadaan relax tangan straight.
Sesetengah perempuan, mesti dada dan lengan dia rapat ke stereng, paksa fokus ke depan. Aipp, SESETENGAH sahaja okey. Tak semua perempuan macam itu kan? Hehehe. Aku terkecuali sebab aku tak reti bawa kereta hahaha.
11. Manusia associate informasi dengan emosi, cuma perempuan lagi kuat disebabkan faktor grey matter perempuan lagi banyak. Jadi maksudnya, warna baju minggu lepas, harga baju dua tahun lepas, semua dia ingat.
12. Waktu nak faham bahasa, lagi banyak darah mengalir ke frontal lobe otak lelaki berbanding perempuan, sebab nak kena proses banyak benda untuk faham benda benda indirect. Perempuan relax saja, otak tak perlu kerja keras untuk faham.
Sebab itu, perempuan lagi laju untuk detect orang menipu 😛
13. Aktiviti di Hippocampus (tempat simpan memori), perempuan lagi aktif jadi memori dia lagi kuat. Habis 5 tahun yang lalu diungkit balik HAHAHA.
14. Corpus callosum perempuan kan lagi tebal berbanding lelaki, jadi dia power multi-tasking. Sebab itu perempuan boleh masak sambil dukung anak, cakap telefon dan macam macam lagi.
Aku kongsi hasil penulisan Aiman Psikologi ini bukanlah untuk merendahkan mana mana jantina. Tak ada jantina lelaki lagi baik daripada jantina perempuan, atau jantina perempuan lagi baik daripada jantina lelaki.
Kalau cakap perempuan pandai multi-tasking, bukan bermaksud lelaki tak pandai langsung. Bukan begitu maksudnya. Dia hanyalah bermaksud perempuan significantly better in that.
Samalah macam baca peta, parking kereta dan sebagainya.
Pembacaan post entri ini santai santai sahaja 😙
Social Icons