Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man


Lee Kwang Soo Tinggalkan Running Man | Yes, latest info daripada agensi Lee Kwang Soo iaitu King Kong by Starship mengumumkan bahawa 24 Mei merupakan rakaman terakhir Lee Kwang Soo dalam variety show Running Man. 


Lee Kwang Soo dah menyertai Running Man sejak 11 Julai 2010 dan kemungkinan besar lepas keluar dari Running Man ini, Kwang Soo akan fokus dalam bidang lakonan.


Kenyataan rasmi daripada agensi Lee Kwang Soo:

"Kami ingin memberitahu bahawa Lee Kwang Soo akan meninggalkan Running Man SBS setelah rakaman terakhirnya pada 24 Mei. 

Setelah terlibat dalam kemalangan kereta pada tahun lalu, Lee Kwang Soo telah menerima terapi fizikal secara berkala walaupun masih menjalani rawatan, ada kalanya dia berasa sukar untuk menjaga keadaan fizikalnya semasa penggambaran Running Man. Hasilnya, setelah mengadakan perbincangan panjang lebar dengan staf produksi krew, rakan rakannya dan juga agensi, akhirnya kami membuat kesimpulan bahawa dia memerlukan masa untuk pulih, baik secara fizikal dan mental. 

Running Man yang disebut sebagai "rumahnya" selama 11 tahun, sukar baginya untuk membuat keputusan ini. Namun, tidak dapat dielakkan ketika mempertimbangkan niatnya untuk menunjukkan imej yang lebih baik kepada penonton pada masa hadapan.

Kami dengan ikhlas mengucapkan terima kasih kepada semua penonton atas kasih sayang yang mereka tunjukkan kepada Lee Kwang Soo di Running Man dan Lee Kwang Soo berjanji akan muncul nanti dalam keadaan lebih sihat dan ceria."

Whaaaaaaaatttt! Akhirnya, selepas 11 tahun dalam Running Man, akhirnya Lee Kwang tinggalkan juga. Dulu Lizzy, Joong Ki, Gary dan sekarang Kwang Soo. 


Lee Kwang Soo ini antara penyeri dalam Running Man. Ingat lagi masa Kwang Soo accident, dia ada tak datang untuk satu episode, episode itu hambar sangat huhuhu. Next episode terus ada Kwang Soo. Sanggup datang walaupun pakai crutches. 


Lepas ini siapalah pula pengganti Kwang Soo ya? Masa Gary keluar dulu, So Min dengan Se Chan penggantinya. Kwang Soo? Jessi mungkin hahaha.


Ada yang cakap Kwang Soo dah nak kahwin dengan Sun Bin sebab itu Kwang keluar dari Running Man. Sama macam Gary. Lepas Gary keluar, tiba-tiba keluar berita Gary dah berkahwin dan ada anak lelaki seorang.


Tapi bagi aku, variety show Running Man ini dah boleh dibubarkan dah kot ataupun tukar konsep. Buat ala ala talk show ke, sebab ahli member Running Man yang sedia ada pun dah makin berusia, macam Seok Jin sendiri dah cecah 54 tahun. Dah tak larat mana dah nak main aktiviti yang cabut nama, yang kena lari lari.


Ahli Running Man yang lain pun ada banyak masalah kesihatan macam Jong Kook dan Ha Dong Hoon. Walaupun sedih Kwang Soo dah nak tinggalkan Running Man, kita sebagai penonton tetap kena hormatkan keputusan dia. 


Aku memang peminat setia Running Man, memang setiap hari Isnin, aku akan download episode Running Man yang baru keluar. Dan aku kumpul semua episode Running Man dari episode 1 sampai yang paling latest. Memang penuh dalam hard disc aku dengan episode Running Man. Sambil makan sambil tengok semula episode-episode yang lama hehehe. Memang fun! Tak pernah jemu!


Baru semalam siap tengok episode paling latest Episode 522. Hari ini dah keluar berita Kwang Soo dah nak tinggalkan Running Man.

 

Tak boleh tengoklah lepas ni Kwang Soo khianat Jong Kook

25 comments

  1. Replies
    1. Haah dari 2010 lagi, antara variety show agak lama bertahann.

      Delete
  2. dpt berita ni pagi td waaaaaa sedihnyaaaaaaa dah laa sy suka RM waaaaaa x dpt byg kan LKS xde lps gary pergi waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita, peminat setia RM jugak tapi terpaksa terima keputusan Kwang Soo. Tak apa, teruskan menyokong ahli ahli lainnn :)

      Delete
  3. Alaaaa...kenapa....x best la kaalu dia takde kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak SA! Hilang penyeri dalam RM. Nanti tak ada orang lah Jae Suk nak usik nak buat lawak :(

      Delete
  4. 😩Alaaaaa...dah lah yang muka2 baru banyak yang membosankan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lately ni Se Chan dengan So Min dah okey, much better dari awal awal diorang masuk dulu. So Min pun dah behave dah sekarang ni hehehe.

      Delete
  5. tu lah, baca jugak kat blog fiza tadi..sedih pulak walopun da lama tak layan RM ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai jugak update post pasal LKS ni huhuhu, tapi betul, terasa sedih jugak bila KS nak tinggalkan RM

      Delete
  6. betul kaannn... lepas ni x leh tgk dah LKS lawan Jong Kook hahaha..
    pastu derang pun dah x de dah org nk buli2 kan hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll! Tak boleh dah nak tengok JS usik LKS, potong time KS tengah cakap :(

      Delete
  7. Jessi? haru jadinya. nanti R rated pulak sekepala dengan So Min. betul, bila Kwang Soo takde krik krik je. Kannn..mesti rindu moment KJK dengan LKS. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar dengar Jessi atau Sang Yeob tapi tak tahulah tu betul atau salah hehehe.
      Tapi itulah Jessi tu open sangat kan hahahaha. Tapi dia bagus. Kalau ada dia dalam episode RM, mesti lawakkkk kering gusi hahaha.

      Delete
  8. Meroyan peminat LKS. Harap jumpa pengganti yang lebih baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca di facebook tadi macam tak ada pengganti nya hehehe.

      Delete
  9. Lps ni running man dah tak best lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah bila dah hilang penyeri utama dalam RM, mesti dah kurang bestnya.

      Delete
  10. Oh sayangnya... Dah lama tu dia bersama running man

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11 tahun bersama RM, variety show yang menaikkan nama dia sampai terkenal di merata tempat.

      Delete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)