Mana Satu Pilihan Hati?

Mana Satu Pilihan Hati | Eh, jangan salah faham, post entri ini bukan pasal cinta. Pilihan hati chocojar sahaja hehehe. Sebelum itu, salam Jumaat semuanya.



Mouthgasm Crunchy. Chocojar brand pertama kali aku beli masa chocojar tengah viral. Dulu ada satu jenis sahaja which is perisa mocha, tapi sekarang dah ada dua jenis iaitu macchiato

Yang dalam gambar diatas ialah jenis mocha, coklat hitam. Macchiato coklat putih. Aku tak tahulah dah berapa kali aku repeat beli mouthgasm crunchy ini. Memang kena dengan selera aku. Walaupun tak suka mana mocha, tapi bila makan ini, dia macam "eh, boleh telan pula." 

Tak kuat sangat rasa mochanya, acceptable bagi aku. Perisa macchiato itu baru sekali aku beli dan tak berhasrat untuk beli kali kedua sebab tak berapa kena dengan selera aku. Sedap itu sedap tapi itulah, bagi aku mocha itu lagi sedap. Manis. Hehehe.

Kalau sesiapa yang jaga kesihatan, mungkin tak boleh habiskan rasanya sebab manis. Mungkin boleh habiskan tapi memakan masa yang lama HAHAHA. Oh ya lagi satu, dalam mouthgasm crunchy ini ada cookies dan cookies dia pun sedap. Tapi tak banyak lah cookiesnya, tak lebih 10 keping (betul ke keping) rasanya. 

Aku pun dah selalu kena bebel dengan kakak aku sebab asyik beli saja, nanti dapat penyakit kencing manis baru tahu 😂 Ya Allah, nauzubillahminzalik! Minta dijauhkan.


Choco Jerr. Dua kali saja aku membeli jenama ini. Dua kali beli, dua kali jugalah aku dapat coklat yang dah nak kering. Sedap rasanya cumanya kalau tak kering, mungkin lagi sedap! Mungkin stock lama sangat dah, sebab itu coklat pun dah kering. Seller pun bukannya tahu, isi dalam bekas chocojar itu kering ke tidak, sebab seal kan. Tak akan nak buka pula kan. 

Choco Jerr ni kalau tak silap ada banyak jenis contoh bubble rice, baby crunch, qkiss chip dan satu lagi lupa. Tapi hari itu aku beli bubble rice, baby crunch dengan qkiss. Yang paling latest bentuk ikan kalau tak silap, yang itu belum dicuba hehehe.


Dan yang terakhir ialah jenama NIMS Crispy Choco Tub. Sekali saja beli sebab masa itu tengok ada lebihan duit dalam shopee pay, jadi kita beli lah choco tub ini. Beli yang coco rice. Sedap juga.

Coklat dia banyak, sampai tak habis aku makan. Masalahnya, coklat dia duduk bawah bawah. Mula mula makan itu, puas korek coklatnya, ingatkan coklat dah kering lah. Sekali bila dah nak habis, ya Allah coklat dia duduk bawah rupanya. 

Jadi mana satu pilihan hati? Semua pilihan hati aku HAHAHA. Tak boleh buat pilihan. Selagi nama dia coklat, selagi itu aku suka. Janji halal. 

Sekarang tengah tunggu rielkies by Aeril Zafril. Tengok ramai sangat dah cuba, kita pun nak join lah sekali. Dah dua hari beli, seller tak pos pos lagi. Jadi kita tunggulah lagi untuk hari ketiga. Kalau tak pos juga, cancel lah jawabnya huhuhu.

Frunchie itupun nampak sedap juga tapi banyak sangat bad reviewsnya. Pernah viral beberapa kali sebab isi dalam tak banyak dan tak berbaloi dengan harga. 

Ada lagi ke brand lain untuk chocojar? Mana tahu boleh cuba cuba lepas ini hehehe.

Kalau kalian pula biasa makan brand apa? Mind to share? ;)

20 comments

  1. Mengancamnya coklat itu. Saya tak pernah try lagi cocojar nih nampak macam sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh try satu dulu, mana tahu berkenan di hati hehehe :P

      Delete
  2. Macam boleh buat sapu roti ek.
    Tidak pernah cuba lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah kak NA, sapu roti punnn sedapp. Saya dah pernah buat hehehe

      Delete
  3. semuanya menggoda selera tp sy belum pernah try mana2 choco jar yg ada ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau dah namanya coklat, memang susah nak pilih..

    ReplyDelete
  5. Tak tahu mana satu nak pilih kalau dah semuanya nampak sedap. Lama tak makan kudapan moden yang manis ni. Ramai juga selebriti yang jual lebih kurang macam ni. Bolehlah pilih ikut taste dan harga :)

    ReplyDelete
  6. Akak lah tu, golongan yang jaga kesihatan. haha. chocojar ada dark chocolate x? tu je yang akak makan

    ReplyDelete
  7. betul2 bila nama pun coklat semua pun sedap2 je hahaha...
    tp cuma k ret kureng klu dark choc je.. sbb pahit tekak hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn! Nama coklat semua sedapppp hahaha.
      Samalah, dark coklat pun saya tak suka mana gak sebab pahit dia tu tak boleh bawak bincang hahaha

      Delete
  8. waaah ? susah mahu memilih coklat mana saja yang disuka, semua terasa sedap namun favorit saya cokies good time yang bikin gak mahu berhenti makan .

    ReplyDelete
  9. Akak tak pernah makan lagi, Atiqah, choco jar ni. Memang selalu nampak, tapi akak kalau makan coklat, rasa ngilu bila lekat kat gigi tu. Terus tak jadi beli.

    ReplyDelete
  10. choco yg sedapp tuuh... 😅

    ReplyDelete
  11. tak pernah makan lg brand2 ni semua..Mouthgasm nampak sgt yummy!

    ReplyDelete
  12. Anak² saya suka makan cocojar ni..

    ReplyDelete
  13. Wahhh. Sedapppppp! Tp kokojar ni akk xpenah makan lagi.. kalau nk beli rielkies dari aeril zafril boleh je nk beli ngn akak.hahah

    ReplyDelete
  14. Apapun..akak tetap suka yang Mouthgasm tu...sedap dan suka botol dia,nak beli lagi la....Dania suka kumpul botol dia tu....unik katanya...lepas tu jadi tempat simpan duit syiling

    ReplyDelete
  15. Belum cuba lagi. Dah lama tak beli coklat hahahahaa!

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)