Monday, 19 April 2021

Tingkah Laku Hoarding

Penulisan daripada Aiman Psikologi yang dikongsi di laman twitter miliknya.

Tingkah laku hoarding.

Kalian semua ada tak resit resit lama yang memang dah tak ada kegunaan tapi masih disimpan? Pen pen yang dah habis dakwat pun masih disimpan juga. Tisu atau sos sos cili McDonalds atau KFC yang dah lama terbiar atas meja pun sayang nak buang. 

Pernah tak kalian macam ini? Atau pernah tak kalian berjumpa dengan orang yang sebegini?

Inilah yang dimaksudkan dengan tingkahlaku 'hoarding'.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh KOHIJAU, 1 daripada 50 rakyat Malaysia mempunyai masalah hoarding iaitu menyimpan barang barang yang sudah tidak terpakai dan sayang untuk dibuang atau dilepaskan. 

1 daripada 50 orang rakyat Malaysia itu dianggarkan bersamaan 650, 000 orang! Ramai! 

Menurut Aiman Psikologi, hoarding boleh dimaksudkan dimana seseorang individu mempunyai tingkah laku menyimpan yang kompulsif sehingga menimbulkan masalah kepada dirinya dan orang disekelilingnya (disorder).



Tidak dinafikan, kita semua ada simpan barang peribadi atau memori tetapi tidak sehingga melebihi batas atau obsesi seperti seorang hoarder.


Ciri ciri seorang hoarder:
  • Simpan barang tak terpakai sejak zaman belajar
  • Borang rosak masih disimpan tanpa digunakan
  • Mengamuk apabila mendapat tahu barangnya dibuang

Mereka menganggap SETIAP barang yang mereka ada itu seperti mana kita lihat barang memori kita. 

Mesti ada yang cakap,
"Biarlah dia nak simpan, itukan barang dia, dia ada hak."
"Barang dia, bukan barang kita."

Tapi itu silap. Mentaliti sebegini silap sebab apa? Sebab ia melibatkan status kesihatan mental seseorang terutama dalam kalangan keluarga kita sendiri. 

Hoarder disorder ini boleh timbulkan masalah kepada orang lain ke?

Yes, boleh. 


1. Rumah akan terasa sesak dan penuh
- Bayangkan kalau ada seorang ibu yang hoarder, habis disimpan semua barang barang zaman belajarnya seperti buku, perabot rosak, tilam yang dah berkulat dan sebagainya. Rimas ke tidak? Dah tentu rimas kan? 

2. Kurang ruang nak bergerak dalam rumah
- Sebabkan barang yang disimpan terlalu banyak, lantai yang sepatutnya jadi ruang berjalan menjadi sempit kerana dipenuhi oleh barang. 

3. Terasa bahang di dalam rumah
- Setiap barang yang ada di dalam rumah akan serap haba daripada cahaya matahari yang masuk melalui tingkap ketika waktu siang. Apabila malam menjelma, haba itu masih terasa kerana diserap barang barang itu. Itu tak termasuk kitaran angin yang tak lancar sebab barang yang banyak.

4. Pandangan rasa berserabut
- Bila barang terlampau banyak di dalam rumah, perpsektif mata kita akan terasa lebih sesak kerana kurang white space atau clear space. 



Perhatikan gambar di atas, mana yang lagi membuatkan pandangan kita menjadi lebih clean? Tak adalah suruh rumah kalian jadi macam gambar serba putih diatas ini tapi much better lah daripada gambar rumah berselerak kan?

Antara mitos atau salah faham pasal hoarders ini ialah:
  • Biasanya warga emas sahaja yang ada (salah, orang muda pun ada)
  • Hoarders ini bersepah (ada saja yang tersusun rapi tetapi tetap dikira hoarders)
  • Hoarding terhad pada barang fizikal (sayang nak buang gambar blur pun dikira hoarding)
Kalau simpan tupperware itu macam mana pula ya? Hihihi. 

Macam family aku sendiri, dalam adik beradik perempuan aku, kakak sulung dan kakak ketiga aku sayang nak buang. Setiap kali mengemas rumah, "eh sayanglah nak buang", "eh ini elok lagi", eh itu eh ini, last last tak pakai dan buat habuk saja dekat situ. 

Sampai lah next session mengemas, terus aku buang. Sebab jenis aku dan kakak kedua, memang nak buang terus. Tinggal yang betul betul penting saja. Biarlah rumah kosong pun, janji tak menyerabutkan 😂 

Barang banyak banyak nanti tak ada sesiapa nak kemas sebab jarang dah balik rumah itu, baik buang terus ataupun sedekahkan kepada orang lain. Lagi bagus. 

Nak nak sekarang rumah itu dah kena serangan anai anai, lagilah baik buang semua barang yang boleh attract anai anai. Sembur anai anai pun dah tak jalan, tetap menjadi. Sos lebihan McDonalds dan KFC itu pun aku simpan tapi biasanya tak sampai sebulan. Lebih dari sebulan terus buang. 

17 comments

  1. Ada juga simpan benda2 yg tak sepatutnya simpan. Rabia simpan bekas scrub tu.

    ReplyDelete
  2. Ada juga feel ini tapi lepas pindah rumah terus buang mana yang tak nak.. Tak ada nak simpan-simpan dah..

    ReplyDelete
  3. Sama ada simpan juga tapi apabila sudah penuh, buang barang yang lama.

    ReplyDelete
  4. hhahhaa ni kak ret dulu2 camni...
    barang2 zaman sekolah...
    semua nk di simpan nya..
    tapi bila pindah rumah, nasib la tergerak nak buang je...
    Kalau x, konpom bertimbun jadi semak je rumah...

    ReplyDelete
  5. suami akak pun kadang ada sikit perangai ni, kalau beli barang suka simpan kotaknya dalam bilik stor, pastu kalau beli makanan bekas pakai buang tu pun dia simpan kadang penuh almari...
    akak mula-mula tegur la suh buang, sekali tegur dua kali tegur tak jalan jugak, kali ketiga akak ugut... kemas mana yg tak guna buang, kalau saya yg kemas semua saya buang... lepas tu mmg akan cantikla dia susun mana tak guna akan buang, kemas tapi nnti dia akan buat lg.... penat bebel

    ReplyDelete
  6. baca entry ni terus teringat someone kat rumah lama dulu... agaknya dia pun termasuk dalam kategori ni. sy x tau laa apa benda yg dia simpan smpi penuh jejak siling! berkotak-kotak. bertimbun2. laluan nk ke bilik cuma boleh lps seorg je... tak tahu nak ckp mcm mn....

    ReplyDelete
  7. samalah..tak suka simpan brg2 yg tak pakai/guna..nak yg perlu saja..

    ReplyDelete
  8. saya pun rimas juga dengan hoarder kekadang

    ReplyDelete
  9. Akak suka tengok rancangan Hoarder kat channel Discovery. Omputih punya tahap teruk. Dan majlis tempatan dia boleh saman kalau kawasan rumah dia orang semak dengan barang.

    ReplyDelete
  10. Aabah akak ngan Mak akak ada perangai ni...kadang- kadang kena bertegas untuk buang..buat apa simpan kalaua tak guna kan?tapi kat Malaysia ni dah macam sama jer macam kat oversea..ada jer jenis menyimpan benda- benda ni semua...dikalangan family akak pun ramai...

    ReplyDelete
  11. ha yang ni rasa lebih kepada perangai anak buah yaya..hehe
    ya Allah budak 12 taun da..semua bnda nak disimpan. bnda yang kdg dah buang pun dia bole kutip balik tau..adudu..makcik dia juga yg serabut pale tgok brg dia pnuh kt uma >,< sedei

    ReplyDelete
  12. Ada jugak tapi bila dah pindah rumah, semua habis dibuang. Hehe...

    ReplyDelete
  13. Pernah jugak hoarding, tapi simpan dengan elok la. I olls tak suka bilik bersepah. Sesekali datang mood spring cleaning, habis semua ke tong sampah.

    ReplyDelete
  14. Barangkali boleh dikaitkan dengan membeli barang yang perlu sahaja, dan kurangkan barang kehendak sebab itu ikut nafsu. Rimas mengurus semak ni.

    ReplyDelete
  15. Pernah baca thread hoarding di twitter. Kalau tersusun kemas takpe, tak semak. Tapi kalau serabut, memang serabut lah jadinya. Kena rajin buat spring cleaning buang mana yang tak perlu.

    ReplyDelete
  16. Tengok pun dah sesak nafas rasa.. kadang2 kena pejam mata buang benda yang tak perlu..

    ReplyDelete

Maaf dipinta kerana bahasakan diri aku. Jangan segan silu untuk tinggalkan komen anda kerana komen anda begitu berharga. Terima kasih! :)