Tuesday, 25 October 2022

Happy Belated Birthday!


Lama sangat tertangguh entri birthday ni, hari ini baru berkesempatan untuk menaip. Tak apalah tak post exactly on 10 Oktober, janji ada post jugak hehehe. Memang tajuk entri jadi "Happy Belated Birthday" lah jawabnya. 

Pejam celik pejam celik (Alhamdulillah masih celik) genap 25 tahun usia aku pada 10 Oktober tempoh hari. Dah besar panjang dah ghupanya! Macam tak percaya lagi 5 tahun aku akan berusia 30 tahun! Dah habis belajar dah, dah bekerjaya dah walaupun hanya kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Eh! Yeke? 

Birthday tahun ni lain sikit daripada birthday sebelum-sebelum ni sebab birthday tahun ni disambut dengan kawan-kawan satu tempat kerja. Sebelum-sebelum ni dengan orang lain tapi the rest is history hahaha.

Awal pagi kami berempat picnic di tepi tasik sambil makan McDonalds. Aku suka menu breakfast McDonalds! Sebab ada pancake! Sebab ada hashbrown! Lepak lepak sambil makan. 


Aku beli satu slice kek Secret Recipe. My favorite Chocolate Indulgence! Request nak tulis Happy Birthday tapi macam panjang sangat, so staff Secret Recipe pendekkan jadi "HB!" sahaja.


Belon yang kawan aku tiupkan. Sampai sekarang masih ada belon ni. Masih gemok! Tak kempis langsung. Mungkin boleh recycle next birthday pulak ke? Hahaha. 

To my friends: Terima kasih untuk satu hari yang korang habiskan untuk sambut birthday aku. Terima kasih hadiahkan aku sehelai blouse! Terima kasih sebab selalu ada walaupun kita baru start rapat since bulan Julai tempoh hari. Dulu aku sombong tak join group diorang sebab nampak diorang dah ada geng, aku jadi seganlah nak join. Tapi lepas aku broken haritu, aku mula rapat dengan diorang. 

Berkayak di Sisiran Floria, Putrajaya

Assalamualaikum teman-teman! Kembali bersiaran pada pagi ini bersama diriku. Betul-betul berhabuk blog aku sekarang ni, jengah blog gitu-gitu aje. Itupun buka melalui telefon. Bukan tak ada masa tapi yang sebetulnya tak ada mood. Nak menulis ni memerlukan mood, baru idea datang mencurah-curah. Kalau tak ada mood, memang dalam draft lah jawabnya post yang nak publish tu.

Okay short story, harini nak cerita pengalaman berkayak selepas beberapa belas tahun tak berkayak. Seingat aku, last aku berkayak semasa aku Tingkatan 1 atau 2 mungkin? Itupun kena paksa join aktiviti kayak dengan cikgu pengiring. Aktiviti berkayak ni bukanlah aktiviti yang dirancang, dia tiba-tiba "jom kayak" by my housemates. Dah tepu otak tak tahu nak pergi mana, nak pergi mall pun dah kebosanan, jadi, kita pergilah buat aktiviti yang mengeluarkan peluh. Biar terbakar kalori dalam badan gitu.

Mulanya nak pergi berkayak dekat Kelab Tasik Putrajaya, tapi dah full booking. Ingatkan boleh walk-in tapi kena booking dulu. Search google, tiba-tiba teringat macam pernah nampak orang berkayak dekat Sisiran Floria, Putrajaya. Terus call dan kemudian staff mereka cakap boleh walk-in sahaja. Tak payah booking. Jadi kami terus pergi Sisiran Floria.

Boleh call: 011-5552 7110
Dibuka pada setiap hari kecuali hari Isnin bermula jam 9.00 pagi hingga 6.30 petang. Harga RM15.00 untuk kayak double selama 1 jam.


Sesungguhnya sangat tenang ya dapat tengok keindahan alam ciptaan Allah. Walaupun sedikit pening sebab berombak, tapi ketenangan tu tetap ada. Rasa macam hilang sekejap kesedihan atau masalah yang ada dalam hidup.