Showing posts with label McDonalds. Show all posts
Showing posts with label McDonalds. Show all posts

Saturday, 28 August 2021

Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry McDonalds

Last minit plan petang tadi pergi McDonalds. Dah lama sangat tak makan, tiba-tiba hari ini teringin nak makan burger mekdi. Mengada sungguh ya, padahal kalau beli burger ramly tepi jalan tu boleh je, tapi nak juga burger mekdi. Sekali sekala beli dan makan makanan mekdi. Kalau hari-hari mahu kempis beg duit hehehe.

Punyalah panjang barisan drive-thru, last-last pergi beli dekat kaunter. Tak ada seorang pun yang membeli di kaunter dan nasib aku baik, sampai depan pintu terus manager ambil pesanan dan tunggu dalam lima hingga tujuh minit, pesanan pun siap. Beli depan pintu je sebab kawasan kaunter banjir. Tak tahulah apa yang berlaku, mungkin atap bocor barangkali. Nasib baik aku cepat, sebab lepas aku siap order, terus ramai beratur belakang aku. 

Okey dipendekkan cerita, maka menu pilihan aku kali ini ialah Spicy Chicken Mcdeluxe dan Salted Caramel & Pretzel Bits McFlurry. Tak nak cerita pasal burger sebab burger tu semua orang tahu kan? Tapi nak cerita pasal salted caramel mcflurry. Mula mula ambil sundae chocolate tapi ternampak perkataan salted caramel dekat menu board, terus cancel sundae chocolate dan order salted caramel mcflurry. Memang favorite sungguh kalau ada aiskrim yang berunsurkan salted caramel ni! 

Dulu masa kerja dekat mekdi, memang tiap tiap hari aku beratur dekat kaunter semata mata nak beli salted caramel mcflurry lepas dah habis waktu bekerja hihihi. Aiskrim yang macam ni biasanya bermusim, jadi selagi tak habis musim dia, selagi itulah aku membeli 😂 Itu dululah, sekarang beli sekali sekala aje. 


First of all, maaf ya aku ambil gambar orang di google. Aku ada ambil gambar aiskrimnya tapi gambar bergegar sebab ambil masa dalam kereta. Makan dalam kereta. Tak sempat sampai rumah, aiskrim dah habis dimakan. Memang sebijik sama rupa aiskrim yang aku terima dengan gambar diatas. Sikit tak tipu. Memang sama.

Monday, 5 July 2021

Top 5 Most Read Entries Based on Google Search Console

Top 5 Most Read Entries di atiqahnajihah.com. Hari ini tiba tiba rasa nak berkongsi most read entries blog aku. Yang sebetulnya, tak ada idea nak update apa, maka terhasillah entri ini hehehe.


Ala tak salah kan kalau nak share lima entri terbaik yang pernah aku publish di blog aku ini setakat hari ini. Tak adalah nak cakap hebat, hanya sekadar berkongsi 😂 Blog masih di proses beginner, followers pun baru 123 orang. 


Tak dan nak kejar macam followers blog blog orang lain. Masih ada yang jauh lagi hebat! Dan aku sendiri, masih banyak benda yang perlu dipelajari begituu kau Senang kata, masih jauh lagi perjalanan blog aku untuk dilalui HAHAHA.


Okey kembali kepada tajuk, Top 5 Most Read Entries ini aku ambil based on Google Search Console. Aku setiap hari buka untuk tengok perkembangan blog walaupun ada beberapa perkara aku tak faham. Bedal sajalah. Faham yang mana mudah difahami sajalah HAHAHA.


1.    Nombor satu jatuh kepada entri bertajuk Jaringan Prihatin Tunetalk. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/jaringan-prihatin-tunetalk.html


Tak dinafikan, entri pasal Jaringan Prihatin inilah yang buat earnings AdSense aku mencanak naik untuk beberapa hari! Serious tak tipu. Kalau bukan sebab entri ini, aku rasa, aku masih tak cukup nak kumpul 10 US dollar.


Aku langsung tak expect yang entri ini akan meletop kebabom gitulah lebih kurang 😂 Aku update macam biasa dan kemudian aku share di Twitter. Aku share dalam pukul 7 lebih rasanya. Dekat dekat nak Maghrib kalau tak silap aku.


Dan pap! Blog aku terus dikunjungi oleh orang ramai. Macam kunjung rumah dah bunyi ayat ini hahaha.


Mana aku tahu? Aku kan ada letak yang freeuseronline, jadinya dari situlah aku tahu. Legit saja kan freeuseronline itu kan? Malam aku publish entri tersebut, aku bukalah blog aku melalui telefon. Aku nampak 70 something online user.


Me be like "what?!" Memang tak percaya. Keesokan harinya aku buka akaun AdSense, memang naik earnings aku. Mula mula aku ada dalam 0.32 US dollar, tapi lepas saja entri tersebut di publish, earnings aku naik dalam 7 US dollar.


Dan sampai sekarang, entri tersebut masih menjadi the most read entries di blog aku. 


2.    Entri kedua jatuh kepada entri yang bertajuk Pengalaman Bekerja di McDonalds. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/05/pengalaman-bekerja-di-mcdonalds.html


Mungkin ramai yang beminat nak tahu macam mana bekerja di fast food restaurant kan? Mungkin sebab itulah entri tersebut menjadi entri kedua the most read bagi blog aku.


Moga moga apa yang aku kongsi serba sedikit dapat membantu memberi pencerahan kepada orang yang memerlukan maklumat tentang pekerjaan di McDonalds hehehe.


3.    Seterusnya, yang ketiga jatuh kepada entri bertajuk Lee Kwang Soo Last Episode on Running Man Episode 559. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/lee-kwang-soo-last-episode-on-running.html


Rentetan berita pengunduran Lee Kwang Soo dalam variety show Running Man, ramai yang mencari cari tentang berita tersebut.


4.    Entri keempat yang menjadi the most read entries based on Google Search Console ialah entri yang bertajuk Ujian Bahasa Terengganu. Boleh baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/03/ujian-bahasa-terengganu.html?m=1


Mungkin ramai yang berminat nak belajar bahasa Terengganu? 😂


5.    Dan entri di tempat kelima pula jatuh kepada entri yang bertajuk Claim Free 40GB YES Sim on Shopee. Baca disini: https://www.atiqahnajihah.com/2021/06/claim-free-40gb-yes-sim-on-shopee.html


Mungkin sebab ebelia kan? Sebab YES Sim ini aku redeem sebab aku dapat ebelia. Dan aku rasa mungkin ramai yang ingin claim juga, tapi tak tahu macam mana caranya. Mungkin. Hehehe.


Dan itu sahaja. Cadangnya nak buat 10 entri terbaik tapi panjang sangat. Jenuh orang nak baca HAHAHA. Itupun kalau baca 😜

Saturday, 8 May 2021

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 3


Sambungan daripada bahagian 2 di post entri ini. Baca disini: Bahagian 2. Tak baca lagi bahagian 1? Boleh baca disini: Bahagian 1


Uniform kerja disediakan? Yes, disediakan. Apron, uniform, name tag semua disediakan tapi dikenakan bayaran. Bukan percuma tahu hehehe. Kalau tak silap kena bayar dan akan dipotong gaji pertama. Dalam RM50 untuk semua sekali. Tapi minggu pertama aku bekerja, aku pakai tshirt putih saja sebab masa itu tak ada stock lagi untuk uniform. 


Bila dah confirm diterima bekerja, kena cucuk typhoid di mana mana klinik yang anda suka untuk mengelakkan penyebaran demam kepialu. Bukti kita sudah dicucuk typhoid akan dipegang oleh majikan in case ada pihak berkuasa datang buat pemeriksaan. 


Letih, penat, stress itu perkara biasa. Semua kerja ada penatnya yang tersendiri. Kawan aku yang masuk sekali dengan aku surrender awal. Sekejap saja bekerja sebab dia stress sangat. Last last dia bagi alasan nak jaga nenek di kampung padahal tak pun HAHAHA. Kalau tidak, bos tak bagi berhenti kerja. Member dah stress, hari hari whatsapp cakap nak quit nak quit.


Kawan kawan biasalah, ada yang baik, ada yang kurang baik, ada yang mulut lantang dan sebagainya. Ada yang macam anjing dengan kucing, pantang bertemu, gaduh saja kerjanya. 


Depan customers pun gaduh. Aku pula yang malu muka, minta maaf dekat customers. Nasib baik tak ramai customers masa itu, dalam pukul 7 lebih waktu pagi. Customers pun geleng kepala tengok perangai yang tengah bergaduh masa itu. 


Gaji? Dibayar dua kali sebulan. Tak silap aku, aku dibayar RM5.00 untuk satu jam. Itu masa tahun 2017. Sekarang tahun 2021, aku tak pasti. Tapi yang pasti, ada peningkatan. Mungkin RM 5.80 untuk satu jam? 


Makan dan minum? Dibagi secara percuma. Pilihlah nak makan apa. Tapi set medium sahaja, jangan berangan nak set large pula ya HAHAHA. Nak set large, kena beli sendiri. Biasa aku makan, set McChicken, fries, air milo dan aiskrim sundae strawberry atau chocolate. Weekend boleh makan mewah sikit hehehe. Biasa weekend, aku makan ayam goreng! Kadang kadang set GCB. Tengok atas mood. 


Cuti? Seminggu sekali sahaja. Kiranya kerja 6 hari seminggu. Kadang kadang straight tak ada cuti. Tengok atas nasib badanlah. 


Apa lagi ya? 


Kena maki dengan customers? Sudah biasa. Customers angkat middle finger pun sudah biasa. Untuk pengetahuan kalian, kalau di Terengganu, setiap hari Jumaat, semua perniagaan akan berhenti beroperasi untuk seketika bermula pukul 12.30 tengah hari sampai pukul 2 petang. 


Ini semua untuk menghormati solat Jumaat. Even kedai non Muslim pun akan ditutup untuk sementara waktu bagi menghormati solat Jumaat dan memberi laluan kepada kaum Adam untuk menunaikan solat Jumaat.


Tapi ada sesetengah customers yang tak faham, mereka akan marah marah dan persoalkan kenapa McD ditutup. Yang angkat middle finger itu sebab tak puas hatilah sebab tak dapat membeli waktu lunch hour. 


Terkelu sekejap aku bila dia angkat middle finger betul betul depan muka aku. Aku hanya mampu tersenyum sambil minta maaf. Kalau tak tutup, McD boleh dikenakan saman. Untuk elakkan disaman, memang akan ditutup buat sementara waktu. Memang akan lock semua pintu untuk elakkan customer masuk membeli. 


Jadi itulah serbi sedikit pengalaman aku bekerja di McDonalds. 


Nak makan makanan McD percuma? Silalah mohon pekerjaan di McD. Pengalaman berharga untuk aku sebab itulah pekerjaan pertama aku. 

Wednesday, 5 May 2021

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 2


Sambungan daripada bahagian 1 di post entri ini. Baca disini: Bahagian 1


Semua bahagian aku pernah dapat.


Hari pertama masuk kerja, aku dapat bahagian paling senang iaitu packing fries hehehe. Ala newbie kan? Tak akan nak bagi bahagian susah terus. Dalam seminggu juga kerja aku packing fries. Panas ya kawan kawan kalau dapat bahagian packing fries. Panas dengan tempat goreng fries lagi, jadilah double panas. 


Goreng fries bukan goreng atas dapur macam biasa kita buat di rumah. Cara begitu untuk kuantiti sedikit bolehlah goreng, tapi tidak bagi Mcd. Jadi macam mana cara goreng fries McD?


Caranya ialah dengan meletakkan bekas besi fries di bawah mesin fries dan fries automatik keluar sendiri (mesin fries boleh detect bekas besi fries tu) dan terus letak bekas besi yang sudah dipenuhi dengan fries ke dalam minyak yang panas. Kalau tak silap aku, masa diambil untuk goreng fries lebih kurang dalam 4 minit 30 saat. Eh lebih kurang lah rasanya, aku pun dah lupa hehehe.


Minggu kedua aku duduk di bahagian lobby. Customers tak ramai, bestlah HAHAHA boleh relax relax sikit. Tapi bila customers ramai, kirim salam. Memang kena get ready mental dan fizikal. 


Makanan tumpah, minuman tumpah, aiskrim tumpah, sos tumpah itu perkara biasa berlaku. Tak campur dengan habuk dan puntung rokok lagi, memang bersepah atas lantai di bahagian luar lobby. Whyyyyyyyy susah sangat nak buang dalam tong sampah yang disediakan eh? Hisap rokok pandai sangat, tapi buangnya merata. Sumpah, itu perkara yang paling annoying dan menyebalkan bagi aku. 


Aku pernahlah bergenang air mata sambil lap tray sebab aku sangat stress masa itu. Dan memang TERLAMPAU RAMAI customers dine-in. Aku tahan daripada menangis sebab tak nak lah menangis teresak esak. Sudahlah masa itu tak ada covid lagi, mana ada pakai mask. Memang boleh tahu aku menangis HAHAHA. Lantaklah hidung merah ke mata merah ke, memang tak boleh nak fikir apa dah.


Punca air mata bergenang adalah kerana aku dah terlampau letih, dah kerja lebih daripada 10 jam dan otak dah serabut dan fikir nak balik je, tapi disebabkan tak cukup staff, aku kena overtime (OT). Aku pun tak tahu kenapalah aku terlebih emosi sangat padahal sebelum ini bukan tak pernah hadap customer ramai ramai HAHAHA. 


Perempuan, biasalah kan? Boleh tak macam itu? Hehehehe.


Nasib baik dapat manager yang bertugas masa itu baik dan pujuk aku suruh bertahan sekejap sementara tunggu crew lain datang ganti tugas aku. Aku geram jugalah dengan crew yang sepatutnya masuk shift pukul sekian sekian tapi lambat datang dengan alasan terlajak tidur. Cliche kan alasannya? Nak kerja, buatlah cara nak kerja. Janganlah menyusahkan orang lain dengan alasan lapuk.


Aku tak kisah pun kalau OT sebab dapat gaji lebih HAHAHA tapi ada hari tak berapa nak okey, memang tak nak lah aku OT. 


Kalau nak relax sikit, duduk di bahagian cashier. Cuma satu benda saja aku tak reti, aku tak reti nak buat aiskrim cone tu. Tak menjadi HAHAHA. Auto gelabah kalau naik order aiskrim cone sundae vanilla banyak-banyak! 


Lepas sebulan kerja kalau tak silap aku, manager letak shift pagi untuk aku. Masuk waktu opening which is pukul 7 pagi dan balik dalam pukul 3 petang. Itupun kalau boleh balik awal lah HAHAHA. Pagi pagi tenang sikit, tapi bila masuk lunch hour, dah tak tenang dah, dah kelam kabut sebab customers dah mula ramai.


Petang petang biasanya tak ramai mana customer, tapi lepas saja waktu Maghrib, fuhhh! Lagi ramai daripada lunch hour tadi. Aku pernah masuk kerja pukul 10 pagi dan balik pukul 12 tengah malam. Mahu menangis aku bila tengok jadual, kena masuk kerja pukul 7 pagi untuk keesokan harinya :')


Uniform? Gaji? Cuti? Kawan kawan?


Bersambung di bahagian 3 😉 

Tuesday, 4 May 2021

Pengalaman Bekerja di McDonalds Bahagian 1


Pengalaman Bekerja di McDonalds | Hari ini teringin nak berkongsi pengalaman pertama bekerja di McDonalds (McD). Aku kerja tak lama pun dalam 4 bulan lebih sebab tengah cuti semester. Jadi, daripada goyang kaki di rumah, baik aku cari kerja. Dapatlah duit poket sikit hehehe.


Seminggu selepas isi borang kerja kosong di McDonalds, aku dapat panggilan temuduga. Keesokan harinya aku pun pergi temuduga. Ketar lutut, sakit perut tak payah cakap. Simptom orang tengah nervous HAHAHA. 


Alhamdulillah temuduga berjalan dengan lancar. Manager tak adalah tanya soalan membunuh pun, habis habis dia tanya "sanggup tak kerja lebih masa", "boleh kerja berat tak". Itu sahaja. Selebihnya, dia cuma terangkan pasal bekerja di McD.


Sebelum itu, di McD ada beberapa bahagian kerja. Tapi aku tak pasti nama spesifik setiap bahagian tersebut. Nama bahagian tersebut ikut sedap tekak aku saja hehehe.


Bahagian pertama ialah kerja di lobby. Lobby? Tak tahu apa itu lobby? Lobby itu kalau kalian nak tahu, ia adalah tempat para pelanggan (customers) makan dan minum. Skop kerja di lobby adalah membersihkan tray, lap meja, sapu sampah, mop lantai, buang sampah, jaga kebersihan playground (kalau ada), lap tingkap, topup sos, straw dan juga hantar order drive-thru (DT).


Bahagian kedua ialah cashier. Cashier macam biasa lah, ambil order, siapkan order customers. Tapi biasanya akan ada seorang lagi pekerja untuk tolong siapkan order sementara lagi seorang pekerja jaga cashier. Faham tak? Hehehe. Kalau customers tak ramai, yang duduk di bahagian cashier ini akan topup mana mana barang yang dah makin berkurangan.


Contohnya, gelas air, cone aiskrim, penuhkan aiskrim dalam mesin aiskrim, topup oreo, bekas mcflurry oreo dan sebagainya. Jadi, memang kena pastikan semua barang barang sentiasa full. Masa customers tak ramai lah boleh stock up barang barangnya sebab bila customers dah mula ramai, memang tak sempat langsung nak stock up. Masa tu memang kelam kabutlah! 


Bahagian ketiga ialah kitchen. Di kitchen biasanya manager akan letakkan kaum lelaki. Macam biasa, di kitchen kena sediakan burger, goreng patty burger, nugget, apple pie dan segala jenis pie yang ada masa itu. Sama macam bahagian cashier, kalau customers tak ramai, masa tu memang kena stock up barang yang dah berkurangan.


Contohnya, sos yang digunapakai dalam burger, sayur sayuran, bun roti, bubur, ayam goreng dan sebagainya. Kena laju kalau duduk di bahagian kitchen sebab kalau lambat, nanti get ready lah kena maki dengan orang yang jaga cashier sebab produk lambat siap, customers menunggu lama. Jadi nanti yang jaga cashier pula kena maki dengan customers sebab menunggu lama. 


Bahagian drive-thru (DT). Bahagian DT biasa sediakan tiga orang pekerja (based on tempat kerja lama aku dulu). Seorang tukang ambil order, seorang tukang siapkan order dan lagi seorang tukang bagi order kepada customers. Duduk DT pun kena laju juga sebab kejar masa. Masa ini penting sebab setiap McD akan berlawan dengan McD McD yang lain. 


Akan ada satu monitor yang paparkan masa setiap McD di bahagian DT. Ingatkan tempat kalian biasa ambil makanan masa di DT? Ya disitu biasanya tak boleh biarkan customers lama lama. Kalau order siap lambat, selagi itulah kereta customers akan menunggu kan? Jadi masa yang diperuntukkan itu akan bertukar menjadi warna merah. Kalau tak melebihi masa, dia akan jadi warna hijau. 


Kalau tak silap aku, dia boleh detect kereta customers ada ke tidak di petak ambil order tu. Dan aku rasa benda ini tak penting pun, cumanya untuk tunjuk kecepatan atau kelajuan sesebuah McD di DT sahaja. Cakap pasal DT ini memang pening sikit sebab aku tak reti nak explain pasal masa tu hahaha. Kalian buat buat faham saja lah 😆


Pokok pangkalnya, semua bahagian kena laju. Dah namanya fast food restaurant kan? Service pun kena lajulah juga. Tidak begitu kawan kawan hehehe. Tapi bila namanya manusia, memang akan ada slow lah juga. Manusia kan, bukan robot hehehe. 


Tapi tapi tapi, customers pun kena faham, ayam goreng kena goreng dalam 30 minit dan baru boleh jual kepada customers, tapi customers janganlah expect ayam boleh siap digoreng dalam masa 15 minit :( Nak cepat cepat, tak nak tunggu lama lama tapi faham tak, ayam itu kena goreng dalam 30 minit, jadinya sila lah tunggu selama 30 minit. Bila nanti dapat ayam tak masak, nak saman McD pula. Ini aku cakap untuk customers yang tak reti sabar. Bukan kalian yang tengah membaca hehehe ;)


Aku pernah dapat di bahagian mana?


Bersambung di bahagian 2 😛