Showing posts with label Intellifluence. Show all posts
Showing posts with label Intellifluence. Show all posts

Wednesday, 21 July 2021

Pengalaman Bersama Intellifluence

Hello semuanya! Entri aku kali ini aku rasa sebilangan besar bloggers dah pernah baca dan tahu tentang Intellifluence. Sebab apa aku cakap sedemikian? Sebab kebanyakan bloggers sekarang dah ramai yang sign up bersama Intellifluence. Begitu juga dengan aku. 


Jadi kali ini, aku nak share pengalaman aku bersama Intellifluence. Sebelum aku pergi jauh, aku nak terangkan sikit apa itu Intellifluence. Intellifluence adalah satu platform dimana seseorang itu boleh dapat review jobs. Bukan secara percuma, tapi ada bayarannya. Bukan kita yang kena bayar, tapi orang yang membayar hasil kerja kita. 

Bayaran bukan dalam Malaysian Ringgit tapi dalam US Dollar. Ya teman teman, dalam US Dollar. Kalau convert ke duit Malaysia, agak agak berapa ringgit ya? Atau berapa ratus? Hehehe. Bayaran yang diterima akan dimasukkan ke dalam akaun PayPal apabila mencecah 25.00 US Dollar. Bukan 100.00 US Dollar macam AdSense. Cukup 25.00 US Dollar, automatik duit akan diproses dan ditransfer ke dalam akaun PayPal kita. 

Jobs? Jangan risau, kita boleh pilih jobs apa yang sesuai dengan diri kita. Tak ada paksaan sama sekali. Kalau kita rasa job tu sesuai dengan kita, barulah kita apply. Tapi kalau rasa macam tak ngam, abaikan je. Boleh survey jobs lain pula. Banyak jobs yang ada dalam Intellifluence. Siapa yang tahu mana satu review jobs yang pernah aku ambil, maka bijaklah kamu hehehe. 

Jobs yang available tak semestinya menulis di blog sahaja, boleh jadi di Instagram, Youtube dan sebagainya. Tapi kalau tanya aku, aku suka yang melibatkan blog. Kalau jobs yang melibatkan Instagram tu aku macam a little bit shy shy shy hehehe. Tapi sesiapa yang follow aku di Instagram, jangan terkejut pula kalau nampak story aku lepas lepas ni kikiki. Tapi setakat ni, aku masih belum ambil jobs yang melibatkan Instagram dan Youtube. Masih memikirkan.

Macam mana nak dapat jobs yang banyak? Sesiapa yang sign up kena pastikan profile kamu semua mencapai 100%. Tapi tapi tapi, pada permulaan memang tak akan capai 100% terus. Aku pun dapat 80% something. Lepas dah selesai satu job, baru naik jadi 100%. 

Tapi make sure, dekat bahagian About Me tu kena karang ayat bombastik sikit. Biar orang tengok profile kita, orang rasa yakin nak bekerjasama dengan kita. Aku jenuh juga lah nak karang ayat tentang diri aku tapi bedal saja. Janji nampak panjang dekat About Me tu HAHAHA. 


Profile aku capai 100% bila dah selesai satu jobs


Ini job pertama yang aku buat dan sudah eligible pembayarannya. Tapi memandangkan setiap hari Jumaat sahaja pembayaran akan dilakukan, jadi aku kena tunggu 23 Julai untuk duit ditransfer ke dalam akaun PayPal aku. 


Macam aku cakap tadi, tak payah tunggu 100.00 US Dollar baru boleh cashout. Minimum 25.00 US Dollar sahaja. Bolehlah daripada tak ada kan? Hanya perlu menulis sahaja. Senang. Hehehehe.


Job kedua masih pending sebab article yang aku tulis baru lulus 14 Julai tempoh hari, jadi aku kena tunggu selama 15 hari baru duit akan menjadi eligible. Tak apa, 15 hari sahaja. Bukan berbulan bulan.


Ini antara flow dari aku mula mula berminat untuk buat review job tersebut sampailah job aku diterima oleh pihak mereka. 

  • 03 Julai (6.33 petang) - Aku hantar pitch kepada pihak di sana lepas aku berminat untuk buat review job yang ditawarkan oleh mereka
  • 03 Julai (7.17 malam) - Hari yang sama pitch aku diterima dan aku baru boleh mula menulis review tentang job tersebut. 
  • 03 Julai (7.39 malam) - Dan pukul 7.39 malam aku hantar link entri yang telah aku publish di blog. 
  • 05 Julai - Job aku telah diterima oleh pihak mereka. Jadi aku kena tunggu selama 15 hari barulah bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun PayPal aku. Dan untuk job pertama ni, bayaran yang aku dapat ialah sebanyak 100.00 US Dollar. 

Bolehlah jana pendapatan sambil sambil blogging. Janji usaha. Tak adanya duit nak jatuh dari langit macam tu saja kan?

Nak access akaun Intellifluence kita pun senang sebab Intellifluence dah ada aplikasi di Play Store dan juga App Store. Boleh check setiap hari jobs apa yang available dan menarik untuk diambil. Oh ya, bukan semua jobs dibayar 100.00 US Dollar ya, ada yang dibayar 20.00 US Dollar, 75.00 US Dollar dan sebagainya.

Jadi sesiapa yang berminat juga nak buat pendapatan sambilan bersama blog, Youtube atau Instagram, bolehlah mendaftar disini -- Daftar Sini

Belum cuba belum tahu, sudah cuba pasti mahu lagi 😉

Kalau tak faham, boleh tanya. In shaa Allah aku tolong mana aku mampu. Adios!